Memaparkan catatan dengan label beauty. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label beauty. Papar semua catatan

Beautea By Safi Cleanser Dengan 100%  Ekstrak Tea Premium

Beautea By Safi Cleanser Dengan 100% Ekstrak Tea Premium



Beautea By Safi Cleanser Dengan 100%  Ekstrak Tea Premium. Assalamualaikum. Siapa pengguna produk jenama Safi kat sini? zaza nak beritahu yang Safi sekarang dah keluarkan produk baru tau iaitu Beautea by Safi Cleanser dengan 100% ekstrak tea premium.

So zaza pun tak ketinggalan untuk mendapatkan cleanser terbaru ini. Ada 4 jenis varian tapi zaza ambil dua je iaitu Apricot Tea Revitalising Face Scrub dan Hydrating Gel Cleanser White Tea & Damask Rose.

Beautea By Safi Cleanser Dengan 100%  Ekstrak Tea Premium

Apricot Tea Revitalising Face Scrub

Scrub ini sesuai untuk semua jenis kulit. Fungsi scrub ini untuk membantu membersihkan liang pori dan juga menyingkirkan sel kulit mati. Ia singkirkan kulit mati secara pengelupasan tetapi tidak mengeringkan kulit.

Ia dihasilkan dengan rumusan gabungan ekstrak aprikot dan white tea dan ia kaya dengan antioksidan yang dapat membantu memulihkan tekstur kulit supaya lebih cerah.

Beautea By Safi Cleanser Dengan 100%  Ekstrak Tea Premium

Beautea By Safi Cleanser Dengan 100%  Ekstrak Tea Premium

Scrub wajah ni memang antara barangan yang wajib kena ada. Biasanya zaza akan scrub wajah tu dalam seminggu 2-3 kali bila perlu. Bila dah scrub tu baru zaza akan cuci wajah guna cleanser.

Hydrating Gel Cleanser White Tea & Damask Rose

Untuk pencuci wajah, zaza pilih varian White Tea dan Damask Rose. Sebab zaza gemar akan bauan dari damask rose yang memang sedap gila!

Sesuai untuk jenis kulit kering dan kulit normal. Diuji secara dermatologically, bebas alkohol, bebas paraben, bebas  SLS/SLES dan bebas silikon.

Beautea By Safi Cleanser Dengan 100%  Ekstrak Tea Premium

Beautea By Safi Cleanser Dengan 100%  Ekstrak Tea Premium

Beautea By Safi Cleanser Dengan 100%  Ekstrak Tea Premium

Pencuci ini dapat membantu dalam membersihkan liang yang tersumbat dan mengeluarkan kotoran pada wajah. Ia dirumus dengan gabungan white tea dan damask rose yang kaya dengan antioksidan bagi mengimbangi tahap kelembapan kulit. Ia juga menghidrat dan mengurangkan saiz liang roma.

Beautea By Safi Cleanser Dengan 100%  Ekstrak Tea Premium

Harga bagi produk Safi ini hanya dijual RM23.30 je..tapi sekarang ni tengah ada diskaun tau. You all boleh dapatkan dimana-mana pasaraya yang menjual dengan harga RM19.90 je okay..



CONTINUE READING
Zaza Iman
9 Comments

Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung Bersama Safi Shayla

Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung Bersama Safi Shayla



Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung Bersama Safi Shayla. Assalamualaikum dan hi all, bagi wanita bertudung seperti zaza memang menitikberatkan penjagaan rambut. Penjagaan yang rapi ni penting kerana kalau tak jaga terutama mereka yang bertudung, pastinya rambut akan rasa tak selesa dan berbau.

So zaza nak share beberapa tips boleh dibuat dalam penjagaan rambut wanita bertudung ni. Antaranya :

1. Gunakan Serum dan Conditioner

Jika rambut agak panjang, seeloknya pakailah conditioner selepas syampu rambut kerana conditioner berfungsi untuk merawat hujung rambut yang kering. Tips : Jangan terlalu letak banyak sangat contioner kerana ia boleh menyebabkan rambut jadi berat dan berminyak

2. Jangan Balut/Bungkus Rambut

Sebenarnya membalut atau membungkus rambut memang rutin zaza. Tapi rupanya ia tidak berapa bagus untuk rambut kerana rambut akan menjadi kering dan bercabang.

3. Pengambilan Air dan Vitamin

Salah satu penyebab yang menjadikan rambut sihat dan segar adalah pengambilan nutrisi harian yang mencukupi. Banyakkan minum air mineral, amalkan memakan makanan yang sihat dan mengambil vitamin untuk rambut.

4. Jangan Ikat Rambut Terlalu Ketat

Elakkan dari mengikat rambut terlalu ketat. Untuk pakai anak tudung pula, cari yang selesa dan lembut bagi menutup rambut. Dengan iniia boleh mengelakkan rasa sakit kepala semasa bertudung sekaligus dapat membuatkan rambut tumbuh dalam keadaan baik.

5. Penggunaan Syampu Rambut

Bagi yang mempunyai masalah kelemumur, sesuai sekali menggunakan syampu jenis menthol. Antara salah satu jenama yang terbaik adalah SAFI SHAYLA dimana Safi telah memperkenalkan syampu dengan formulasi baru yang terdiri dari Syampu, Minyak Rambut dan Mask Anti Kelemumur

Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung Bersama Safi Shayla

Cara Menggunakan Syampu formulasi baru Safi Shayla :

 Step 1 - Guna Minyak Rambut Anti Kelemumur - Pertama sekali adalah menggunakan Minyak Rambut Anti Kelemumur. Ia mengandungi Minyak Organik Habbatus Sauda ( membantu dalam memberi kelembutan pada rambut,nutrien, anti bakteria dan  perlindungan matahari ),  Minyak Zaitun Tulen ( memelihara dan memberikan lembapan pada rambut kering, kusam dan kerinting ) dan Ejen Anti Kelemumur + Menthol ( Mengurangkan kelemumur, minyak dan gatal kulit kepala dan memberikan kesegaran pada kulit kepala.

- Goncang sebelum guna
- Kemudian urutkan minyak perlahan-lahan ke kulit kepala melalui hujung rambut.
- Biarkan selama 3 hingga 5 minit

Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung Bersama Safi Shayla
Minyak Rambut Anti Kelemumur

 Step 2 - Pakai Syampu Safi Shayla Anti Kelemumur -  Menggunakan Micro Bamboo Charcoal + Habbatus Sauda - Micro ZPT Complex yang berkesan menghapuskan 99.9% kulat yang menyebabkan kelemumur dari cucian pertama dengan haruman 48 jam. Mengandungi Mikro Bamboo Charcoal ( bahan semulajadi yang diaktifkan untuk menghilangkan minyak dan bau kepam dari kulit kepala dan rambut ), Habbatus Sauda ( menghalang pembiakan bakteria, menyihat, melindungi dan mencantikkan rambut ), Mikro ZPT Complex ( Agen anti kelemumur yang berkesan untuk menghapuskan kulat yang menyebabkan kelemumur )

- Selepas pakai minyak tadi selama beberapa minit, terus pakai pula syampu anti kelemumur
( gunakan amaun syampu lebih banyak )
- Kemudian urut sebati pada kulit kepala.
- Bilas rambut sehingga bersih
- Gunakan 1-2 kali seminggu

Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung Bersama Safi Shayla
Syampu Safi Shayla Anti Kelemumur

Senang dan mudah je kan? Dalam masa yang sama juga menggunakan Safi Shayla Refreshing Scalp Mask Dandruff & ITCH Control.

⥁ Safi Shayla Refreshing Scalp Mask Danduff & ITCH Control - ia adalah masker penyegar kulit kepala kawalan kelemumur dnan gatal. Ia mengandungi Micro Bamboo Charcoal ( menghilangkan minyak dan bau kepam dari kulit kepala dan rambut ), Minyak Organik Habbatus Sauda ( kaya dengan nutrien yang membantu melindungi dan menyuburkan kulit kepala ) dan Menthol ( menyegar dan menyamankan )

- Ratakan masker penyegar kulit kepala dan urut kulit kepala perlahan-lahan selama 1 minit
- Kemudian bilas

Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung Bersama Safi Shayla
Safi Shayla Refreshing Scalp Mask Danduff & ITCH Control

So bolehlah you all yang bertudung menggunakan beberapa tips ini. Oh ya... ada berita istimewa juga untuk pengguna Safi. You all boleh mendapatkan dan kumpul 4 koleksi sling beg " We Bare Bears " 

Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung Bersama Safi Shayla

Hanya perlu membuat pembelian mana-mana produk Safi Shayla berharga RM35 ke atas, you all akan dapat koleksi beg comel ini. Bolehlah nanti bagi pada anak-anak. Mereka pasti suka!

Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung Bersama Safi Shayla
"We Bare Bears " untuk anak buah..

You all boleh mendapatkan ia di mana-mana hypermarket yang menjualnya. So apa lagi kan, cepat dapatkannya sekarang sementara stok masih ada. Zaza pun dah dapatkan keempat koleksi beg ni tau..



Sumber tips penjagaan rambut - OhBulan


CONTINUE READING
Zaza Iman
6 Comments

Serum Wajah Dr Beau Untuk Masalah Parut Dan Kulit Kusam

Serum Wajah Dr Beau Untuk Masalah Parut Dan Kulit Kusam



Serum Wajah Dr Beau Untuk Masalah Parut Dan Kulit Kusam. Assalamualaikum hi, rata-rata kebanyakan dari kita pastinya stress dengan masalah kulit wajah yang dihadapi. Masalah parut, masalah kusam, kulit muka terlalu kering dan jerawat.

Zaza juga mengalami keadaan yang sama suatu ketika dulu. Tapi alhamdulillah kini kulit zaza makin sihat.

So bagi korang yang tengah ada masalah kulit muka tu, zaza ada ini, Serum Dr Beau dan yang menariknya sebab ia datang dalam bentuk softgel yang comel.

Serum Wajah Dr Beau Untuk Masalah Parut Dan Kulit Kusam

Serum Dr Beau Pure Natural Skin Oil

Serum Dr Beau telah pun berada dalam pasaran sejak tahun 2015 di Malaysia dan telah pun mendapat tempat dihati negara jiran seperti Brunei, Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan dan China.

Serum Dr Beau telah pun mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan ( Nombor Daftar : NOT170502921K )

Bentuk serum ni softgel ala-ala anak ikan kecil. So cute sangat. Dan zaza suka dengan bungkusannya di dalam kotak dan botol saiz kecil sederhana. Jadi amat mudahlah untuk dibawa berjalan kemana-mana.

Serum Wajah Dr Beau Untuk Masalah Parut Dan Kulit Kusam

Ramuan Yang Digunakan Dalam Penghasilan Serum Dr Beau

Terdapat beberapa bahan yang digunakan dalam serum ini. Semestinya bahan-bahan ni adalah 100% bahan semulajadi. Antaranya ialah :

Minyak Argan Oil, Minyak Gandum, Minyak Badam , Minyak Aprikot, Minyak Primerose dan Ekstrak Rose Hip Oil


Serum Wajah Dr Beau Untuk Masalah Parut Dan Kulit Kusam


Serum Wajah Dr Beau Untuk Masalah Parut Dan Kulit Kusam


Serum Dr Beau Baik Untuk...

Bahan-bahan yang terdapat dalam serum ini dapat membantu dalam mengatasi :

Masalah jerawat dan parut jerawat, masalah kulit kusam, mereka yang mempunyai kulit gelap akibat dari sinaran matahari dan lingkaran gelap bawah mata, mereka yang mengalami masalah kulit wajah yang kering dan berminyak, Pori terbuka, White Head dan Black Head

Cara Menggunakan Serum Dr Beau

Menggunakan serum Dr Beau ini cukup mudah. Pastikan wajah dibersihkan terlebih dahulu. Boleh di sapu sebelum tidur atau pun sebelum keluar rumah. Seterusnya :

1. Tarik bucu hujung pada kapsul serum
2. Titiskan serum terus ke bahagian kulit muka ataupun boleh juga titis pada tapak tangan dahulu
3. Kemudian sapu rata serum di muka sehingga ia meresap ke lapisan dalam kulit
4. Boleh juga sapu dileher

Serum Wajah Dr Beau Untuk Masalah Parut Dan Kulit Kusam

Serum Wajah Dr Beau Untuk Masalah Parut Dan Kulit Kusam

Testimoni Pengguna Serum Dr Beau

Ada banyak pengguna yang telah pun mencuba sendiri serum Dr Beau ini. Rata-ratanya gembira dengan perubahan kulit mereka selepas konsisten memakainya. Berikut zaza kongsikan sedikit testimoni pengguna.

Serum Wajah Dr Beau Untuk Masalah Parut Dan Kulit Kusam

Jangan tak tahu, selebriti pun ada juga yang menggunakan serum Dr Beau ini dalam rutin penjagaan kecantikan mereka tau..

Serum Wajah Dr Beau Untuk Masalah Parut Dan Kulit Kusam
Antara beberapa selebriti yang telah cuba menggunakan serum Dr Beau

Zaza sendiri pun tengah cuba juga serum Dr Beau ini. Zaza pakai bila time rileks-rileks kat rumah. Best dan tidak rasa melekit pun. Selain kat wajah dan leher, zaza sapu juga kat lengan sekali. Kulit pun rasa lembut je selepas beberapa ketika.

So untuk korang yang nak cuba tu, zaza suggest kalau boleh ambil secara konsisten. Mean fokus pakai jenama ini saja. Selepas itu boleh la tengok hasilnya dalam beberapa minggu atau sebulan lebih bergantung kepada masalah kulit muka korang tu.

Serum Wajah Dr Beau Untuk Masalah Parut Dan Kulit Kusam


Bagi yang ingin mendapatkan produk Dr Beau atau jika ada sebarang pertanyaan,sila lah terus menghubungi mereka di laman berikut :

Website : https://drbeau.com.my/
Telefon : 016 963 3443


CONTINUE READING
Zaza Iman
10 Comments

Jonlivia Daily Diva Shaper Dengan  Pemanasan Kristal Tourmaline

Jonlivia Daily Diva Shaper Dengan Pemanasan Kristal Tourmaline



Jonlivia Daily Diva Shaper Dengan  Pemanasan Kristal Tourmaline. Hi all, biasa dengar tak jenama Jonlivia? Zaza tahu jenama ni beberapa tahun lalu. Masa tu zaza diperkenalkan dengan Jonlivia Hotpants. Seluar yang sesuai digunakan untuk senaman. Hotpants tu dicipta untuk membantu membakar lemak-lemak di badan dan peha.

So untuk tahun 2019 ni, Jonlivia sekali lagi memperkenalkan produk baru pula iaitu Jonlivia Daily Diva Shaper.

Apa yang istimewanya Daily Diva Shaper ni? okay zaza nak share la ni..

Jonlivia Daily Diva Shaper Dengan  Pemanasan Kristal Tourmaline

Daily Diva Shaper telah diperkenalkan pada bulan mei yang lalu. Ia berfungsi membentuk badan dengan segera untuk potongan badan yang sempurna.

Daily Diva Shaper ni antara produk yang bagus sebenarnya tau sebab ada beberapa feature dia yang menarik sangat.

Zaza sendiri pun dah try pakai Daily Diva ini. So bagi zaza la kan..sangat-sangat tak rugi untuk korang beli.

Daily Diva Shaper Feature

1. 360-degree Instant Waist Slimmer - untuk membentuk bahagian bawah ( to shape your lower part )

Jonlivia Daily Diva Shaper

2. Fabrik Yang Sangat Lembut, Sejuk dan Bernafas - masa zaza sentuh je shaper ini kan, serius zaza katakan fabriknya memang lembut gilaaaaaaa..bila pakai pun cukup selesa dan kainnya pun rasa sejuk.

Jonlivia Daily Diva Shaper

3. Hook Design selamat dan Secure Detachment - rekaan cangkuk yang sangat mudah digunakan dan selamat. So kalau tiba-tiba nak ke toilet ke, just buka je cangkuk tu. 

Jonlivia Daily Diva Shaper

4. Tenunan Kain Berkualiti Tinggi - bila zaza teliti setiap jahitan pada Daily Diva Shaper ini, sangat-sangat kemas. Zaza ada cuba juga main tarik-tarik sekuatnya..memang tak ada kerosakan pun. Rasa macam kain tu tegang je.

Jonlivia Daily Diva Shaper

5. 4 Warming Tourmaline Crystal ( 4 Pemanasan Kristal Tourmaline ) - dapat membantu dalam mengurangkan kesakitan haid ( weekly if any ) dan juga membantu membakar sejumlah kalori semasa berada di zon ( burn an amount of calories while you in the zone )

Jonlivia Daily Diva Shaper

Hadir Dengan Dua Pilihan Warna

Daily Diva Shaper didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Black dan Nude. Saiz pula dari M, L, XL, dan 2XL

Macam zaza pilih black dan ambil saiz L . Pakai pun ngam-ngam dengan badan.

Tapi kalau korang rasa macam confius dengan saiz tu, boleh je chat dengan pihak jonlivia untuk bertanya. Dekat website ada disediakan ruang chat. So amat mudah untuk bertanya sebarang soalan. 

Jonlivia Daily Diva Shaper

Jonlivia Daily Diva Shaper

Cara Pembelian

Untuk pembelian Daily Diva Shaper, ada 2 pilihan iaitu Express Order dan Pre- Order 25. 

Express Order - Pihak Jonlivia akan menghantar produk dengan segera dari warehouse mereka. Biasanya dalam masa 24 jam untuk sampai ke pintu dan yang diluar kawasan mengambil masa 2 -3 hari bekerja untuk diterima.

Pre-Order Item - Untuk pre-order, pihak Jonlivia tidak perlu menyimpan stok sebelum membuatnya tersedia di kedai. Oleh itu, harga untuk pre order biasanya lebih murah. Jadi pelanggan perlu menunggu. Bagi pembelian pre-order Daily Diva Shaper, akan mengambil masa untuk dihantar dalam 25 hari selepas pembelian.

Jenis Pesanan Yang Harus Saya Pilih?

Bagi pelanggan yang ingin membeli dan tidak terburu-buru, pihak Jonlivia mencadangkan untuk memilih jenis pesanan Pre-order kerana ia akan dihantar serta merta dalam masa 25 hari selepas membuat pesanan.

Tetapi jika pelanggan mahukan segera, boleh memilih Pesanan Express kerana ia menjimatkan masa menunggu.

Harga Daily Diva Shaper :

- Express Order : 1 FOR RM 150
- Pre-order : 1 FOR RM 120 / 2 FOR RM 99 EACH

Jonlivia Daily Diva Shaper

Kepada yang ingin membuat pembelian, tempahan terus boleh dibuat melalui website rasmi Jonlivia di bawah :

Link Tempahan : http://bit.ly/2IC5w8k

Maklumat lanjut dan info terkini boleh ikuti Jonlivia di :



 JONLIVIA SDN BHD (1173869-X)
Telefon : 016 - 321 5358 (Whatsapp / Call / Mesej Teks)
E-mel: hello@jonlivia.com
Masa Operasi Perkhidmatan Pelanggan:
9:00 pagi - 5:00 petang
Isnin Jumaat
(Ditutup: Sabtu - Ahad & Cuti Umum)


CONTINUE READING
Zaza Iman
11 Comments

Althea A'bloom - New Collection From Althea

Althea A'bloom - New Collection From Althea



Althea A'bloom - New Collection From Althea. Hi guys! Setiap tahun Althea sentiasa memperkenalkan produk-produk barunya di website Althea.  Untuk yang belum mengenali tentang website ni, Althea adalah satu laman beli belah produk kecantikan dan kosmetik dari Korea. So kalau korang semua nak dapatkan produk-produk Korea yang berkualiti, sila terjah website ini okayy..

Untuk kali ini, Althea sekali lagi memperkenalkan produk baru iaitu Althea A'bloom. Apa yang menarik dalam koleksi kali ini?

Althea A'bloom - New Collection From Althea
Athea A'bloom Collection
CONTINUE READING
Zaza Iman
16 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)