Memaparkan catatan dengan label beauty. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label beauty. Papar semua catatan

Crystal Skin Rish Beauty : Tomato Kristal dengan Collagen, Habbatus Sauda

Crystal Skin Rish Beauty : Tomato Kristal dengan Collagen, Habbatus Sauda



Crystal Skin Rish Beauty : Tomato Kristal dengan Collagen, Habbatus Sauda. Assalamualaikum dan hi korang..siapa suka makan tomato kat sini? Kalau zaza memang tak makan tomato tapi zaza ada sorang kawan yang memang hari-hari dia akan tomato macam makan buah epal. Biasa tomato zaza suka buat tepek kat muka je.

Walaupun tak makan buah tomato tapi jika ada minuman atau jus berasaskan tomato, zaza suka je minum. Kebetulan pula kulit zaza pun tengah kering sikit. So ada rakan zaza perkenalkan minuman botanical Crystal Skin dari Rish Beauty. Crystal Skin ini berasaskan Tomato Kristal dengan Collagen dan Habbatus Sauda.

Crystal Skin RishBeauty : Tomato Kristal dengan Collagen, Habbatus Sauda

Apakah itu Tomato Kristal? Mengikut sumber yang dipercayai, Tomato Kristal mengandungi karotenoid jernih. Sebab itu ia dinamakan Tomato Kristal. Pertama kali juga zaza tahu tentang tomato kristal ni. Biasa nampak tomato merah yang biasa tu je.

Crystal Skin RishBeauty : Tomato Kristal dengan Collagen, Habbatus Sauda

Memandangkan kulit muka zaza pun tengah problem sikit, itu yang zaza pun nak cuba Crystal Skin ni. Crystal Skin diasaskan oleh seorang pemuda, iaitu Encik Airiey Sayuti. Menceritakan pengalaman beliau sendiri yang pernah berdepan dengan masalah kulit yang berjerawat teruk dan gelap. Encik Airiey pernah mengambil beberapa suplemen dan produk skincare namun agak kecewa dengan kesannya yang agak lambat sehinggalah beliau mendapat inspirasi menghasilkan produk minuman botanical Crystal Skin.

Crystal Skin Tomato Kristal dari Bahan Semulajadi

Crystal Skin adalah produk minuman kecantikan yang berkhasiat kerana berasaskan bahan semulajadi. Ia dapat membantu mencantikan kulit dari dalam dan luar.

Ia juga merupakan produk bumiputerasa Muslim yang dikilangkan di Malaysia. Tak perlu risau jika korang nak cuba produk minuman ini kerana bahannya dari material gred AAA dan kilang juga berstatus Halal. Selain itu, kilang RishBeauty mempunyai akreditasi GMP ( Good Manufacturing Practice ), HACCP ( Hazard Analysis Critical Control Point ) dan ISO 22000.

Crystal Skin RishBeauty : Tomato Kristal dengan Collagen, Habbatus Sauda

Crystal Skin RishBeauty : Tomato Kristal dengan Collagen, Habbatus Sauda

Antara bahan utama yang terdapat dalam Crystal Skin adalah Tomato Kristal, Habbatus Sauda, Collagen, Vitamin C, Jus Blackcurrant dan Ekstrak Biji Anggur.

Fungsi Bahan Utama Crystal Skin

Tomato Kristal -  Bertindak sebagai anti-oksidan terkuat. Ia dapat membantu mengurangkan jeragat dan melindungi dari kerosakan sinar matahari.

Habbatus Sauda - Sebagai anti - radang. Ia membantu dalam mengurangkan jerawat dan juga membunuh kuman disebabkan jerawat.

Collagen -Memberikan keanjalan pada kulit dan mencegah kedutan

Vitamin C - Melindungi sel dan menjaga kulit agar sihat

Jus Blackcurrant - Sebagai anti-oksidan menguatkan sistem pertahanan badan

Ekstrak Biji Anggur - Sebagai anti-oksidan. Ia membantu membunuh kuman dan membantu pemyembuhan luka

Kebaikan Jika Mengamalkan Crystal Skin
  • Membantu mengatasi masalah jerawat
  • Mengurangkan jerawat
  • Mengurangkan parut
  • Mengecilkan pori
  • Memutihkan kulit
  • Mengurangkan muka berminyak
  • Kulit kurang kusam dan glowing
  • Menambah kelembapan kulit
Cara Pengambilan Crystal Skin

Setiap kotak mengandungi 15 sachet ( 15g ) untuk kegunaan selama 15 hari. Jadi untuk mengambilnya, hanya perlu 1 sachet sehari bercampur dengan 150ml air sebelum sarapan.

Crystal Skin RishBeauty : Tomato Kristal dengan Collagen, Habbatus Sauda

Disarankan selepas minum untuk ambil 2-3liter air putih setiap hari bagi mempercepatkan proses keberkesanan Crystal Skin. Elakkan minuman berkafein, beralkohol dan berkarbonat sekiranya korang ingin mendapatkan hasil dan keberkesanan yang baik. 

Crystal Skin RishBeauty : Tomato Kristal dengan Collagen, Habbatus Sauda

Selain itu, sentiasa amalkan gaya hidup yang sihat seperti tidak merokok, menjaga pemakanan, mengurangkan makanan berminyak dan rajinkan diri membuat senaman sekerap yang mampu.

Insyaallah, tiada kesan sampingan jika korang mengamalkannya kerana bahan semulajadi nya telah diuji secara klinikal malah Crystal Skin juga diselia di bawah gred makanan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan do Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ).

Crystal Skin RishBeauty : Tomato Kristal dengan Collagen, Habbatus Sauda

Pendapat Sendiri Selepas Minum

Selepas zaza cuba minum, zaza akui yang rasanya memang sedap. Zaza dapatkan dua kotak untuk sebulan. Memandangkan zaza pun baru je dalam tempoh percubaan minum Crystal Skin ini, jadinya zaza belum boleh kongsi feedback lagi. Insyaallah, tunggu selepas zaza habiskannya, zaza akan cuba update kesannya okayyy

Btw, biasanya zaza suka minum dengan air sejuk. Terasa segar kat tekak. Kalau korang nak cuba, dialu-alukan tau.

Oh ya, zaza nak share sikit info, jika korang ada sakit kronik tapi nak cuba produk ini, disarankan untuk mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu. Walaupun Crystal Skin ini semulajadi dan tidak mempunyai sebarang bahan terlarang serta bukan dikategorikan sebagai ubat-ubatan, tetapi amat baik untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mencubanya.

Crystal Skin RishBeauty : Tomato Kristal dengan Collagen, Habbatus Sauda

Harga dan Cara Pembelian

Harganya sudah tentu harga mampu milik. Bagi yang ingin mencuba, sekarang tengah ada tawaran yang istimewa tau.

1 Kotak ( RM 69 )      - Harga biasa RM89 ( Diskaun sebanyak 23% )
2 Kotak ( RM 132 )    - Harga biasa RM178 ( Diskaun sebanyak 26% )
3 Kotak ( RM 186 )    - Harga biasa RM267 ( Diskaun sebanyak 30% )
4 Kotak ( RM230 )     - Harga Biasa RM 356 ( Diskaun sebanyak 35%)


Untuk pembelian boleh dibuat terus di :


Info lanjut boleh dapatkan di :

 



CONTINUE READING
Zaza Iman
3 Comments

Y.O.U Beauty Just Launched One Of The Longest Lasting Eyeliner That Will Amaze You!

Y.O.U Beauty Just Launched One Of The Longest Lasting Eyeliner That Will Amaze You!



Y.O.U Beauty Just Launched One Of The Longest Lasting Eyeliner That Will Amaze You!.Kuala Lumpur, 27 July 2021 – Global beauty brand Y.O.U Beauty is on fire with the launch of Stay All Day Pen Eyeliner, just like its’ name, this eyeliner can indeed stay all day. It is invented with a colour-lock formula that lasts up to 24 hours, catering to the growing demand for eye wear makeup. Especially during the pandemic where everyone has a face mask on and want to emphasis on their eye makeup look.

Y.O.U Beauty Just Launched One Of The Longest Lasting Eyeliner That Will Amaze You!
CONTINUE READING
Zaza Iman
0 Comments

Mixberry Yogurt Powder Drink Untuk Kulit Cantik Dan Beri Tenaga Pada Badan

Mixberry Yogurt Powder Drink Untuk Kulit Cantik Dan Beri Tenaga Pada Badan


Mixberry Yogurt Powder Drink Untuk Kulit Cantik Dan Beri Tenaga Pada Badan. Assalamualaikum dan hi..Kebiasaan waktu malam adalah waktu untuk zaza buat kerja-kerja editing dekat pc. So bila kerja waktu malam memang sampai ke pagi lah..selepas tu mula lah tak cukup tidur atau bila siang hari je, mesti badan rasa lesu dan keletihan. Jadi zaza memerlukan something yang boleh bantu beri zaza tenaga. Tambahan pula dengan faktor usia semakin meningkat ni, memang zaza memerlukan suplemen untuk kecantikan dan kesihatan badan.

So zaza diperkenalkan dengan minuman kecantikan dan kesihatan Mixberry Yogurt Powder dari Mia Beauty Care Enterprise.

Mixberry Yogurt Powder Drink Untuk Kulit Cantik Dan Beri Tenaga Tambahan Pada Badan

Btw, yang memperkenalkan produk ni dari kak Nanie ( rakan zaza ) so zaza grab la sebotol. Zaza dapatkannya dekat Kak Siti ( agen yang menjual Mixberry Yogurt Powder ). Nanti zaza share contact no Kak Siti okay kalau korang nak dapatkannya. Sekarang zaza nak share dulu  kebaikan minuman ni..

Mixberry Yogurt Powder Drink Untuk Kulit Cantik Dan Beri Tenaga Tambahan Pada Badan

Mixberry Yogurt Powder Drink Untuk Kulit Cantik Dan Beri Tenaga Tambahan Pada Badan

Mixberry Yogurt Powder ini didatangkan dalam bentuk serbuk dan packaging botol berwarna hitam seberat 500gram. 

Dihasilkan dari kandungan bahan seperti Ekstrak Campuran Beri, Yogurt, Susu, Vitamin C, Ekstrak Ubi Bit Merah, Perisa Strawberry dan Gula. Buah Beri antara buah yang kaya dengan vitamin dan akntioksidan dan memiliki banyak khasiat untuk tubuh badan.

Mixberry Yogurt Powder Drink Untuk Kulit Cantik Dan Beri Tenaga Tambahan Pada Badan

Zaza dah amalkan Mixberry Yogurt Powder ini sudah beberapa hari. Serius zaza cakap rasanya memang enak sangat. Sekali bancuh rasa nak bancuh lagi hehe..Sebotol tu bancuh macam tak cukup pula. Tapi tak bolehlah nak ambil berlebihan kan dalam sehari. Cukup 1 scoop sekali di waktu pagi dan 1 scoop di waktu malam.

Mixberry Yogurt Powder Drink Untuk Kulit Cantik Dan Beri Tenaga Tambahan Pada Badan

Mixberry Yogurt Powder Drink Untuk Kulit Cantik Dan Beri Tenaga Tambahan Pada Badan
Setiap pembelian disertakan dengan shaker

Untuk bancuhan tu, gunakan air sejuk. Selepas minum tu memang terasa segar sungguh tekak. Selain memberikan kesegaran pada tekak, pengambilan Mixberry Yogurt Powder ini bagus kerana ia memberikan beberapa kebaikan dan khasiat pada badan kita antaranya :

Khasiat Mixberry Yogurt Drink

  • Mencantikkan kulit
  • Membantu memutihkan kulit
  • Baik untuk kesihatan mata
  • Menyihatkan kuku
  • Menyuburkan akar rambut
  • Menambahkan tenaga
  • Mengurangkan rasa lesu
  • Mengurangkan selera makan
  • Melangsingkan badan
  • Melancarkan sistem penghadaman
Memandangkan zaza pun baru amalkan, jadi kesannya tu belumlah serta merta. Tapi insyaallah, boleh bantu untuk kecantikan kulit dan kesihatan badan jika berterusan mengambil minuman ini.

Oh ya, sebelum nak beli, sudah tentu kita akan google dulu kan mengenai produk tu..so kalau korang google mungkin akan keliru sebab ada label tertulis MB ( Mia Beauty ) dan ada label Qhita Beauty.  Sebenarnya label MB adalah packaging yang lama dan Qhita Beauty adalah yang baru. Mana-mana pun boleh dibeli.

Mixberry Yogurt Powder Drink Untuk Kulit Cantik Dan Beri Tenaga Tambahan Pada Badan

Cara Pengambilan

Untuk pengambilan Mixberry Yogurt Powder ini adalah dengan cara berikut :

  • Bancuh 1 scoop ( 30gram )bersama air sejuk ( 150ml )
  • Ambil 1 kali di waktu pagi dan 1 kali di waktu malam
  • ( Sebelum sarapan dan sebelum tidur )

Boleh diambil oleh lelaki dan perempuan ( 15 tahun ke atas )

Mixberry Yogurt Powder Drink Untuk Kulit Cantik Dan Beri Tenaga Tambahan Pada Badan

Mixberry Yogurt Powder Drink Untuk Kulit Cantik Dan Beri Tenaga Tambahan Pada Badan


Untuk WANITA MENGANDUNG TIDAK DIGALAKKAN mengambil kerana ada gula. Risau mendatangkan kencing manis pula. Untuk ibu menyusu tiada masalah untuk mengamalkannya.

Harga Dan Promosi 

Untuk sebotol ni, kalau setiap hari kita amal 1 scoop pagi, 1 scoop malam, zaza rasa boleh bertahan dalam setengah bulan macam tu..so untuk cukup sebulan, elok beli dua terus. Tapi kalau baru nak cuba, boleh beli satu je dulu. Harga yang ditawarkan pun adalah harga mampu milik.

Sebotol cuma RM80 je untuk Semenanjung ( Percuma kos penghantaran ) dan untuk Sabah/Sarawak, kos penghantaran adalah RM12 sahaja.

Mixberry Yogurt Powder Drink Untuk Kulit Cantik Dan Beri Tenaga Pada Badan

Ada tawaran promosi istimewa tau untuk korang yang beli. Setiap pembelian Mixberry Yogurt Powder ini, korang akan menerima hadiah dari Kak Siti. Tapi hadiah ini hanya untuk stok yang masih ada je tau. Siapa cepat dia dapat. 

Mixberry Yogurt Powder Drink Untuk Kulit Cantik Dan Beri Tenaga Tambahan Pada Badan

Bagi yang berminat boleh membuat pembelian terus di
 ( Kak Siti )
Whatsapp : 013 773 7330




CONTINUE READING
Zaza Iman
4 Comments

 Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach Minuman Botani ada Kelulusan Ke?

Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach Minuman Botani ada Kelulusan Ke?


Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach Minuman Botani ada Kelulusan Ke? Assalamualaikum dan hi korang.. Siapa kat sini yang ada masalah berat badan? Macam zaza memang dah kurus cumanya perut tu buncit sikit dengan masalah sembelit. Masalah sembelit zaza tu lama juga zaza hadapi sejak bertahun-tahun. Teringat peristiwa dulu, masa dekat satu event yang zaza hadir . Masuk waktu zohor, zaza nak solat kejap dekat surau.. Siap solat semua, tiba-tiba sakit perut..so apa lagi berlari lah zaza ke tandas. Sekali sembelit tu datang. Sampai 3 jam lebih zaza dalam tandas. Seksanya tuhan je yang tahu masa tu..

Sejak dari tu zaza memang macam fobia kalau nak memerut dekat tandas awam. Perut buncit pula mungkin sebab zaza dah tak bersenam dan toksin banyak dalam badan. Tapi bila fikirkan, dua keadaan ini memang tak baik untuk badan kita kan..

Bila dah umur-umur macam zaza ni, memang kena jaga betul-betul badan luar dan dalam. Untuk masalah ni, zaza adalah nampak produk suplemen tambahan minuman botani, jenama Leedee. So zaza pun cubalah dapatkannya.

Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach Minuman Botani ada Kelulusan Ke?

Leedee ini ada jua jenis iaitu Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach. Dulu zaza pernah makan Leedee Pineapple sekotak tapi lama sangat dah. So kali ni zaza nak cubalah balik. Leedee Tox Peach tu pula produk baru..

Baru ni masa berkesempatan pergi bandar, sempatlah juga zaza timbang berat. Berat zaza sekarang 49kg. Kalau dulu berat zaza 45kg je.. rasa macam nak kena turun sikit bagi kekal 45kg macam dulu hehe..dan yang penting zaza nak leperkan perut ni..malu dah tengok buncit semacam haha..

Btw, zaza nak share sikitlah pasal Leedee pineapple dan Leede Tox Peach ni.. dua-dua zaza tengah consume. Produk Leedee ini dikeluarkan oleh Nadd Empire Sdn. Bhd.

Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach Minuman Botani ada Kelulusan Ke?

Leedee Pineapple

Leedee Pineapple ni datang dalam kotak berwarna kuning dengan gambar nenas kerana bahan utamanya adalah serbuk Jus Nenas Brazil dan Manga Afrika. Digabungkan Bersama dengan bahan makanan lain seperti Rasberry Ketone, Hoodia, Bitter Orange, Garcinia dan Fructose ( gula yang dikenali sebagai gula buah yang terdapat dalam banyak buah-buahan )

Leedee Pineapple berupa dalam bentuk Serbuk Sachet. Rasanya memang sedap seperti gula-gula. Sekali consume satu sachet, rasa nak lagi..tapi tak bolehlah ambil banyak dalam sehari. Cukup satu sachet dah memadai.


Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach Minuman Botani ada Kelulusan Ke?

Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach Minuman Botani ada Kelulusan Ke?

Produk ini sesuai diambil untuk korang yang ingin diet dan menurunkan berat badan. Biasa kegemukan adalah disebabkan pemakanan kita. So bila kita consume Leedee Pineapple ni, insyaallah ia dapat kawal selera makan kita. Tak adalah asyik nak makan macam-macam je kan terutama makanan fast food.

Kebaikan Leedee Pineapple

1. Membantu mengawal selera makan

2. Membantu menurunkan berat badan

3. Meningkatkan metabolisma

4. Mengandungi vitamin C ( 200mg )

Cara Pengambilan Leedee pineapple

1. Bancuh 1 sachet dalam air sejuk atau suhu bilik ( elakkan menggunakan air panas kerana boleh merosakkan bahan-bahan dalam Leedee.

2. Boleh juga makan cara kemam. Lebih jimat dan rasanya pun sedap.

3. Ambil 1 sachet sehari, 30 minit sebelum sarapan pagi ( bagi yang ada gastrik, boleh ambil 30 minit selepas sarapan pagi atau bancuh dalam jus buah tanpa gula )

Setengah orang memang takut nak ambil produk minuman diet dan turunkan berat badan sebab takut kesan seperti sakit perut memulas dan kena buang air besar kan? Tapi Leedee Pineapple ni tak ada kesan macam tu. Zaza dah makan beberapa sachet dah setakat ni keadaan okay. Tak ada sakit perut.

Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach Minuman Botani ada Kelulusan Ke?

Zaza ambil waktu pagi 1 sachet dan selepas tu minum air masak. Btw, Nenas ni memang kaya dengan serat, sumber nutrien dan mineral yang membantu dalam meningkatkan sistem pencernaan.

Dalam sekotak Leedee Pineapple ini mengandungi 10 sachet untuk kegunaan selama 10 hari.


Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach Minuman Botani ada Kelulusan Ke?

Leedee Tox Peach


Leedee Tox peach ini pula merupakan produk baru berasaskan Jus Buah Pic, Markisa dan Pir sebagai bahan utama dalam produk. Bahan-bahan lain seperti Vitamin C pula baik untuk mencantikkan kulit dan sebagai makanan tambahan antioksida.

Bagi yang mempunyai masalah sembelit boleh mengambil Leedee Tox ini. Zaza amat sukakan rasa jus nya. Memang sedap sungguh!

Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach Minuman Botani ada Kelulusan Ke?

Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach Minuman Botani ada Kelulusan Ke?

Kebaikan Leedee Tox Peach

1. Membantu masalah sembelit

2. Melawaskan tanpa sakit perut yang memulas

3. Menyingkirkan toksin dalam badan

Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach Minuman Botani ada Kelulusan Ke?

Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach Minuman Botani ada Kelulusan Ke?

Cara Pengambilan Leedee Tox Peach


1. Ambil 1 sachet sebelum tidur malam ( Boleh simpan dalam peti ais sebelum consume untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap ).

Sekotak Leedee Tox Peach ini ada 10 sachet dan tahan 10 – 30 hari hari ( begantung dengan setiap badan ). Bagi yang ada masalah sembelit, disarankan untuk ambil 1 sachet sehari atau 2 kali sehari. Bagi yang tidak mengalami sembelit pula boleh ambil separuh sachet dan consume 2 atau 3 kali sehari.

Produk Leedee ini Selamat dan ada Kelulusan ke?

Bila zaza cuba dua-dua produk Leedee ni, mesti akan ada yang tertanya-tanya produk Leedee ni selamat ke? Ada kelulusan ke?

Oklah, zaza terangkan sikit. Zaza sendiri pun bukanlah main bedal je ambil suplemen tambahan. Memandangkan zaza pun ada masalah sembelit yang teruk, so memang kena cari suplemen yang boleh bantu mengatasi sembelit zaza tu.

Sebelum nak cumsume Leedee, memang zaza akan cari info pasal produk dulu. Bila dah yakin barulah berani nak cuba.

Produk Leedee insyaallah, selamat untuk diambil dan ia mempunyai surat BKKM iaitu dibawah Pengkelasan Makanan dan bukan dibawah ubat-ubatan yang perlu didaftarkan dibawah ubatan ( Malaysia )

Leedee juga telah mendapat Kelulusan Ujian Makmal Malaysia dan dari Negara Singapura iaitu ALS. Ini menunjukkan bahawa Leedee terbukti bebas dari bahan terlarang Sibutramine. Untuk mendapatkan kelulusan dari Singapura pula bukanlah sesuatu yang mudah.

Zaza sertakan sekali dekat bawah ini beberapa lampiran sijil dan lab test produk Leedee.


Lampiran Pengelasan Produk Leedee


Laporan Kelulusan Ujian Makmal

Laporan Ujian Makmal Menyatakan Leedee BEBAS daripada Sibutramine


Sibu Lab Test Malaysia

Lab Test Singapore

Siapa yang boleh ambil Produk Leedee ini?

Ia boleh diambil lelaki dan perempuan dari yang berumur 15 tahun dan keatas. Untuk dewasa yang sihat tanpa ada sebarang penyakit kronik.

Ibu mengandung boleh ambil ke?

Ibu mengandung adalah dilarang sama sekali daripada mengambil sebarang suplemen kurus.

Kalau ambil produk Leedee, kena bersenam juga tak?


Sebenarnya ia bergantung pada setiap badan seseorang. Kalau boleh, rajinkan bersenam juga supaya kadar penurunan berat badan tu lebih banyak dan cepat selain badan pun lebih sihat dan fit.

Berminat nak cuba produk Leedee, berapa harga dan macam mana nak dapatkan?


Leedee kini bukan sahaja telah berada dipasaran Malaysia sejak 2018, tetapi turut meluas di seluruh negara jiran seperti Singapura dan Brunei.

Ia telah didaftarkan sebagai jualan online. Oleh itu ia tidak masuk ke farmasi dan drugstore lain. Jadi ia boleh didapati di dalam talian atau agen yang berdaftar sahaja.


Untuk harga pula, lihat harga di bawah :

Leedee pineapple

Sekotak RM89 ( Semenanjung )

RM92 ( Sabah/Sarawak )

Leedee Tox peach

Sekotak RM79 ( Semenanjung )

RM82 ( Sabah/Sarawak )


Untuk pembelian produk dan pertanyaan lanjut, boleh terus menghubungi pihak Nadd Empire Sdn. Bhd di :

Nadd Empire Sdn Bhd - 017 679 7270

Encik Syafiq - 017 679 0191

Website : www.leedee.my

Instagram : @leedee.hq

Facebook : Leedee Online HQ








CONTINUE READING
Zaza Iman
4 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)