Posts about: TIP
8 Kebaikan Makan Buah Manggis. Buah manggis memang manis isinya. Buah manggis kerap muncul apabila tibanya musim buah durian. Bila duduk kampung dan datang musim durian..memang banyak la buah manggis berbuah
Foto - foodtrients.com
Tapi tahukah anda buah manggis ni banyak khasiatnya. Selama ni hanya tahu makan je tanpa tahu apa khasiat yang tersembunyi. So jom kita tengok 8 Kebaikan Makan Buah Manggis... sedapppp
1. Mengekalkan Kesihatan dan Kecantikan
Manggis mengandungi sebatian antioksidan yang lebih tinggi daripada kandungan vitamin C dan vitamin E, yang bermanfaat untuk mengekalkan badan yang sihat dan berkhasiat untuk kecantikan.
2. Mencegah dan Merawat Kanser
Buah manggis mengandungi Antioksidan yang tinggi dan dikatakan sebagai anti-kanser. Buah manggis mampu merawat penyakit seperti kanser payudara, kanser darah, kanser perut, kanser paru-paru, dan kanser kulit.
3. Mengurangkan Paras Kolesterol
Xantohne yang terdapat dalam buah manggis dapat menurunkan kadar kolestrol di dalam badan
4. Mengekalkan Kesihatan Mata
Manfaat buah manggis untuk kesihatan mata adalah dapat mencegah katarak dan masalah penglihatan, gangguan yang disebabkan oleh radiasi yang menghilangkan protein dalam kanta mata. Oleh itu memakan buah manggis amat baik kerana ia kaya dengan anti -oksida

5. Mencegah dan merawat batu karang
Batu karang umumnya berlaku pada lelaki. Mengambil buah manggis dapat membuatkan anda kerap membuang air kecil sekaligus dapat mengurangkan berlakunya batu karang dalam badan,
6. Mencegah dan merawat penyakit jantung
Boleh mengelakkan berlakunya penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis yang menyebabkan saluran darah di kawasan jantung mengalami kehilangan keanjalan. buah manggis dapat memulihkan keadaan kembali normal Ini kerana antimikrobial dan antioksidan terkandung di dalam buah manggis. Oleh itu ia dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
7. Menormalkan tekanan darah (tinggi)
Menormalkan tekanan darah tinggi, penyakit yang sering dirujuk sebagai tekanan darah tinggi berlaku disebabkan gangguan ke dalam saluran darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok yang boleh menyerang tubuh. Oleh yang demikian, pemgambilan buah manggis diyakini dapat mengelakkan berlakunya tekanan darah tinggi.
8. Merawat Asma / Sesak Nafas
Jika anda mengalami sesak nafas, segera mengambil buah manggis. Ini kerana asma adalah penyakit yang diklasifikasikan sebagai kecemasan yang membawa kepada kematian. Oleh kerana kerosakan kepada sistem pernafasan. buah manggis mempunyai keupayaan untuk melawan jangkitan dan mengandungi bahan yang boleh mengurangkan alahan.
Banyak lagi khasiat dan kebaikkan buah manggis ni.. so buat korang jom amalkan memakan buah manggis. Bagi yang tak gemar memakan buah manggis eloklah ubah cara pemikiran. Ini kerana buah manggis mempunyai banyak khasiat terutamanya dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit berbahaya.
sumber- health tips
Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung Bersama Safi Shayla. Assalamualaikum dan hi all, bagi wanita bertudung seperti zaza memang menitikberatkan penjagaan rambut. Penjagaan yang rapi ni penting kerana kalau tak jaga terutama mereka yang bertudung, pastinya rambut akan rasa tak selesa dan berbau.
So zaza nak share beberapa tips boleh dibuat dalam penjagaan rambut wanita bertudung ni. Antaranya :
1. Gunakan Serum dan Conditioner
Jika rambut agak panjang, seeloknya pakailah conditioner selepas syampu rambut kerana conditioner berfungsi untuk merawat hujung rambut yang kering. Tips : Jangan terlalu letak banyak sangat contioner kerana ia boleh menyebabkan rambut jadi berat dan berminyak
2. Jangan Balut/Bungkus Rambut
Sebenarnya membalut atau membungkus rambut memang rutin zaza. Tapi rupanya ia tidak berapa bagus untuk rambut kerana rambut akan menjadi kering dan bercabang.
3. Pengambilan Air dan Vitamin
Salah satu penyebab yang menjadikan rambut sihat dan segar adalah pengambilan nutrisi harian yang mencukupi. Banyakkan minum air mineral, amalkan memakan makanan yang sihat dan mengambil vitamin untuk rambut.
4. Jangan Ikat Rambut Terlalu Ketat
Elakkan dari mengikat rambut terlalu ketat. Untuk pakai anak tudung pula, cari yang selesa dan lembut bagi menutup rambut. Dengan iniia boleh mengelakkan rasa sakit kepala semasa bertudung sekaligus dapat membuatkan rambut tumbuh dalam keadaan baik.
5. Penggunaan Syampu Rambut
Bagi yang mempunyai masalah kelemumur, sesuai sekali menggunakan syampu jenis menthol. Antara salah satu jenama yang terbaik adalah SAFI SHAYLA dimana Safi telah memperkenalkan syampu dengan formulasi baru yang terdiri dari Syampu, Minyak Rambut dan Mask Anti Kelemumur
Cara Menggunakan Syampu formulasi baru Safi Shayla :
- Goncang sebelum guna
- Kemudian urutkan minyak perlahan-lahan ke kulit kepala melalui hujung rambut.
- Biarkan selama 3 hingga 5 minit
Minyak Rambut Anti Kelemumur
- Selepas pakai minyak tadi selama beberapa minit, terus pakai pula syampu anti kelemumur
( gunakan amaun syampu lebih banyak )
- Kemudian urut sebati pada kulit kepala.
- Bilas rambut sehingga bersih
- Gunakan 1-2 kali seminggu
Syampu Safi Shayla Anti Kelemumur
Senang dan mudah je kan? Dalam masa yang sama juga menggunakan Safi Shayla Refreshing Scalp Mask Dandruff & ITCH Control.
⥁ Safi Shayla Refreshing Scalp Mask Danduff & ITCH Control - ia adalah masker penyegar kulit kepala kawalan kelemumur dnan gatal. Ia mengandungi Micro Bamboo Charcoal ( menghilangkan minyak dan bau kepam dari kulit kepala dan rambut ), Minyak Organik Habbatus Sauda ( kaya dengan nutrien yang membantu melindungi dan menyuburkan kulit kepala ) dan Menthol ( menyegar dan menyamankan )
- Ratakan masker penyegar kulit kepala dan urut kulit kepala perlahan-lahan selama 1 minit
- Kemudian bilas
Safi Shayla Refreshing Scalp Mask Danduff & ITCH Control
So bolehlah you all yang bertudung menggunakan beberapa tips ini. Oh ya... ada berita istimewa juga untuk pengguna Safi. You all boleh mendapatkan dan kumpul 4 koleksi sling beg " We Bare Bears "
Hanya perlu membuat pembelian mana-mana produk Safi Shayla berharga RM35 ke atas, you all akan dapat koleksi beg comel ini. Bolehlah nanti bagi pada anak-anak. Mereka pasti suka!
"We Bare Bears " untuk anak buah..
You all boleh mendapatkan ia di mana-mana hypermarket yang menjualnya. So apa lagi kan, cepat dapatkannya sekarang sementara stok masih ada. Zaza pun dah dapatkan keempat koleksi beg ni tau..
Website : https://safi.com.my/bm/
Facebook : https://www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram : https://www.instagram.com/safimalaysia/
Bijirin Oat Antara Makanan Yang Baik Diambil Ketika Sarapan Pagi. Masa zaza kerja dulu, zaza memang suka makan oat..sebab ia antara makanan untuk sarapan pagi yang mudah nak disediakan. Zaza pernah makan oat jenama Beautyoat. Memang sedap gila rasanya. Sejak tu lah zaza jadi suka dengan oat. Tapi jenama Beautyoat dah tak ada dikeluarkan lagi..Beautyoat ni pun zaza dapat masa buat review suatu ketika dulu.
Bijirin Oat antara makanan yang amat baik diambil ketika sarapan pagi kerana khasiatnya pada tubuh badan. Kebiasaannya orang yang berdiet gemar mengambil oat.
Kenapa Bijirin Oat sentiasa menjadi pilihan ketika sarapan pagi?
1. Makanan Yang Sesuai Untuk Sarapan pagi - pengambilan sarapan pagi memang penting. Oleh itu,oat adalah makanan yang memang berkhasiat dan rasanya sedap. Dimakan bersama dengan susu krim beserta buah-buahan dapat memberikan kepeluan nutrisi seharian. Oat dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan juga paras kolestrol.
2. Memberikan Rasa Kenyang Yang Lama - Makan oat dapat memberikan rasa kenyang. Dalam buku Panduan Diet Malaysia 2010, separuh daripada pengambilan bijirin penuh terdiri daripada bijirin penuh iaitu 2-4 saiz sajian sehari. Oleh itu, jika berasa mengantuk atau hilang tumpuan bolehlah mengambil oat sebagai makanan yang dapat memberikan tenaga
3. Makanan Yang Mempunyai Serat Yang Tinggi - Oat memiliki kandungan serat yang tinggi. Jadi oat adalah makanan yang sesuai untuk mereka yang nak berdiet kerana ia dapat memberikan rasa kenyang bagi jangka masa yang panjang. Makanan yang tinggi gula dan lemak dapat memberikan rasa kenyang dalam tempoh yang singkat. Cuba ambil oat sewaktu sarapan pagi dan campurkan bersama buah-buahan dapat mengenyangkan anda sehingga ke waktu tengahari
4. Mempunyai pelbagai khasiat - Oat mengandungi Protein, Kalsium, Magnesium, Zink, Vitamin E dan Zat Besi.
5. Membantu Dalam Mengurangkan Kadar Kolestrol - Di dalam oat terdapat satu kompenen iaitu Beta- Glukan. Kompenen ini dapat mengurangkan kolestrol yang terdapat di dalam badan. Ia terdiri daripada serat yang mudah larut di dalam saluran pemakanan dan penghasilan lapisan seperti agar-agar yang bertindak mengumpulkan kolestrol berlebihan bersama-sama bahan seakan kolestrol.
6. Mengurangkan Risiko Sakit Jantung - Pengambilan oat disyorkan oleh saintis kerana ia dapat mengurangkan risiko sakit kardiovaskular iaitu sakit jantung. Kajian mendapati kadar kolestrol berkurang apabila mengambil oat. Seorang professor perubatan dan pemakanan, Dr James W. Anderson dari University of Kentucky mendapati bahawa paras kolestrol dapat diturunkan melalui pengambilan oat. Sumber - Majalah Mingguan Wanita
Tip Untuk Membantu Mudahkan Anda Tidur . Zaza antara individu yang kerap tidur lewat malam..pernah banyak kali cuba tidur awal antara jam 11.00 malam ke 12 malam tapi still tak boleh nak tidur..ada saja perkara yang nak dibuat,,belek buku, tengok phone sehinggalah berlarutan sampai jam 1.00 ke 3.00 pagi.
Pernah juga terjadi masa sedang elok layari internet di laptop..secara tiba-tiba kepala rasa pening dan seperti nak tumbang..sebenarnya keadaan macam tu tandanya disebabkan kita kurang tidur. Jadi menjaga kualiti tidur tu penting. Dengan tidur yang cukup, aktiviti seharian pun menjadi mudah dan tidak terganggu.
Jadi untuk mendapatkan kualiti tidur yang cukup dan berkualiti, ada beberapa tip untuk anda yang mungkin berguna..
1. Menukar Waktu Melakukan Aktiviti Pada Sebelah Pagi
Macam zaza selalu baca buku diwaktu malam..jadi mungkin selepas ini zaza pun kena cuba ubah waktu membaca ke pagi. Kebanyakan ada antara kita sanggup berjaga sehingga lewat malam untuk melakukan perkara yang disukai seperti membaca novel. Jadi apa kata cuba ubah di waktu pagi. Dengan cara ini, anda akan rasa nak tidur lebih awal supaya dapat bangun lebih awal untuk membaca novel. Mungkin boleh membaca ketika sedang menikmati sarapan pagi..
2. Pengambilan Kopi Terakhir Pada Jam 2 Petang
Zaza memang jarang gila minum kopi..tapi bagi anda yang gemarkan kopi, tahukah anda purata seseorang untuk menyingkirkan kafien dalam sistem tubuh adalah kira-kira 5 hingga 7 jam. Bagi menyingkirkan 75% kafien yang ada dalam tubuh akan mengambil masa 8 hingga 10 jam. Jadi pengambilan kopi atau minuman berkafien di petang hari atau malam pastinya akan menganggu tidur. Oleh itu, waktu terbaik minum kopi sebelum jam 2 petang
3. Pakai Stokin Untuk Hangatkan Kaki
Kalau berada dalam bilik yang bersuhu sejuk, pastinya mudah untuk kita tidur kan kerana tubuh memerlukan suhu yang lebih rendah untuk tidur, tetapi sekiranya suhu terlampau sejuk akan menyebabkan kaki menjadi sejuk dan dingin. Bila ini terjadi, ia boleh menyebabkan salur darah menjadi sempit dan haba dalam tubuh terperangkap lalu menyebabkan anda menjadi susah nak tidur. Oleh itu pakailah stokin ketika tidur untuk mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti
4. Mengemas Tempat Tidur
Bila tempat tidur sentiasa kemas dan cadar serta selimut berbau wangi, ia akan membuatkan anda rasa nak tidur lebih awal
5. Tiada Gadget 2 Jam Sebelum Tidur
Punca lewat tidur kadangkala sebab gadget. Terlampau terdedah dengan cahaya biru sebelum tidur akan mengganggu penghasilan melatonin iaitu hormon yang mengawal putaran tidur. Ada beberapa alat yang boleh menghalang cahaya biru terus ke mata. Contohnya alat F. Lux . Alat ini membantu untuk menyuramkan kecerahan cahaya. Tapi sebaiknya cuba limit kan penggunaan gadget beberapa jam sebelum tidur. - Sumber Majalah Fesyen Hijab
Langgan:
Catatan (Atom)
Social Media
Search