Zaza Iman : TEKNOLOGI
Memaparkan catatan dengan label TEKNOLOGI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TEKNOLOGI. Papar semua catatan

Isnin, Disember 18, 2017

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i
Isnin, Disember 18, 2017 23 Comments
Kualiti Gambar Huawei Nova 2i. Assalamualaikum dan hi all.. memandangkan baru-baru ni Huawei Nova 2i diperkenalkan di Malaysia, so zaza pun tak lepaskan peluang untuk memilikinya juga. Kebetulan telefon zaza yang satu lagi dah rosak.

Amat tertarik dengan review dan harganya yang murah, rezeki kali ni zaza dapat Huawei Nova 2i edisi warna biru.

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i

Sebelum mendapatkan sesebuah telefon, zaza akan pastikan keutamaan pada kamera sebab zaza memang suka mengambil gambar yang jelas dan warna yang terang. Ternyata Huawei Nova 2i antara yang berjaya memikat zaza sesuai dengan harganya yang tidak terlalu mahal.

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i

Huawei Nova 2i didatangkan dengan 4 kamera di mana  ia disokong dengan dwi kamera di hadapan dan dwi kamera di bahagian belakang.

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i

Hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Graphite Black, Prestige Gold dan Aurora Blue. Pilihan zaza pada mulanya Prestige Gold tapi bila di offer dengan warna biru, terus zaza ambil biru. Lagi pun warna biru terhad.

Saiz skrinnya 5.93 inci senang dimasukkan di dalam poket.

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i

Memperkenalkan gabungan kamera hadapan iaitu 12 megapixel dan 2 megapixel serta pelbagai fungsi gambar yang menarik. Manakala kamera belakang pula gabungan 16 Megapixel dan 2 megapixel di mana ia dapat memberikan kesan bokeh pada sesuatu gambar.

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i

Satu lagi yang zaza suka adalah gambarnya yang terang dan warnanya cantik. Berbeza dengan kamera casio zaza yang agak suram sedikit warnanya.

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i

Huawei Nova 2i menggunakan Sistem Operasi Android 7.0 dan EMUI 5.1 serta paparan 2160x1080 pixel. Turut dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 659, Memori 4GB RAM dan juga ruang storan sebanyak 64GB.
Antara gambar-gambar yang diambil
menggunakan Huawei Nova 2i

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i
Kamera belakang dengan kesan bokeh

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i

Bagi kamera belakang zaza amat berpuas hati kerana hasilnya memang cantik. Cuma di waktu malam, jika mode biasa agak kurang sedikit. tetapi korang boleh menggunakan mode Night Shoot kerana kesan dari mode ini agak kelihatan cantik juga.. sebenarnya banyak setting yang zaza masih belum cuba lagi..

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i
Menggunakan Night Mode

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i
Menggunakan mode biasa dengan flash

Bagi kamera hadapan pula..kualiti pun ok cuma ada sedikit noise terutamanya pada kawasan yang low light. Ada sebahagian gambar di dalam bangunan sedikit kurang tapi pandangan zaza okey je..

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i
mode biasa menggunakan kamera hadapan

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i
kesan bokeh kamera hadapan

Bagi siri Huawei Nova, Hannah Delisha telah dilantik sebagai duta dan beliau juga turut menyanyikan lagu tema bagi siri ini.

Huawei Nova 2i kini boleh didapati dengan harga RM1,299 dan pembeli terawal akan menerima cenderahati. Zaza turut menerima beberapa gift dari Huawei.

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i

Maklumat lanjut mengenai Huawei Nova 2i boleh melayari http://consumer.huawei.com/my/ dan   Facebook Huawei Malaysia.


Reading Time:

Selasa, September 26, 2017

ShopBack Malaysia | Anda Shopping Online Anda Dapat Cashback Semula
Selasa, September 26, 2017 6 Comments
ShopBack Malaysia | Anda Shopping Online Anda Dapat Cashback Semula. Shopping online masa kini sudah menjadi sebahagian dari kehidupan orang ramai di seluruh dunia. Zaza juga antara salah seorang yang gemar membuat pembelian atas talian memandangkan bandar agak jauh sedikit dari tempat tinggal zaza.

Namun baru-baru ini zaza telah diperkenalkan oleh rakan apabila mereka berkongsi tentang ShopBack Malaysia dimana ia sebuah website yang menawarkan diskaun semasa pembelian dan memberi cashback semula kepada pembeli.

Shopback Malaysia | Anda Shopping Online Anda Dapat Cashback Semula

Terdapat banyak laman beli belah yang ditawarkan apabila anda menggunakan ShopBack Malaysia. Antaranya seperti  Zalora, Lazada, Forever 21 Malaysia, Adidas MY, Photobook Malaysia, Fave dan banyak lagi.

Selain itu, ada juga ditawarkan 9.9 Rewards Day untuk anda.


Pejabat ShopBack yang beroperasi di Singapura kini telah pun berkembang  di Malaysia, India, Indonesia, Filipina, Taiwan dan Amerika Syarikat.

Selain diskaun pembeli akan mendapat cashback semula. Bagaimana caranya?

Untuk pembaca semua, bagi anda yang ingin mendapatkan cashback mudah sahaja. Apa yang perlu anda buat adalah hanya membuka laman website ShopBack Malaysia, kemudian pilih tempat shopping yang anda mahukan seperti yang zaza sebutkan dalam senarai laman beli belah di atas.
Kemudian cashback akan dimasukkan ke dalam akaun ShopBack anda dalam tempoh 48 jam.

Anda boleh ikuti cara di bawah :

1. Buka laman ShopBack Malaysia.  Sign Up terlebih dahulu dan log masuk.
2. Kemudian pilih laman beli belah yang anda mahu. Contohnya zaza memilih Lazada

Shopback Malaysia | Anda Shopping Online Anda Dapat Cashback Semula

3. Setelah itu akan keluar tetingkap seperti diatas dan tekan “Active Cashback”
4. Akan muncul tetingkap dibawah dengan menunjukkan berapa  %  cashback akan anda terima. Kemudian membelilah seperti biasa.

Shopback Malaysia | Anda Shopping Online Anda Dapat Cashback Semula

Zaza kini dalam wishlist  untuk membeli  Dslr Nikon D5300 di Lazada untuk tujuan fotografi. Jadi apabila zaza membelinya nanti, dalam tempoh 48 jam zaza akan menyemak kembali account ShopBack zaza untuk melihat cashback yang diterima

Shopback Malaysia | Anda Shopping Online Anda Dapat Cashback Semula

Bagi anda yang masih belum memahami boleh rujuk video di bawah :


Sangat mudah sebenarnya. Siapa tak seronok apabila shopping online menggunakan ShopBack, anda akan dapat semula cashback. Memang berbaloi.

Jadi apa lagi, daftar segera akaun anda di sini >>  DAFTAR SHOPBACK SEKARANG

Maklumat lanjut anda boleh melayari :



Reading Time:

Selasa, April 18, 2017

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera
Selasa, April 18, 2017 7 Comments
Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera. Minat merakam gambar adalah satu hobi yang amat zaza suka. Tak kira gambar pemandangan atau gambar diri sendiri. Bagaimanapun zaza alami kesukaran mengambil gambar yang cantik ketika di bawah pencahayaan rendah atau di kawasan gelap. Ini menyebabkan zaza tidak menyukai foto yang diambil itu.

Tapi baru-baru ini zaza telah berjumpa dengan satu gadget baru iaitu IBLAZR 2. Menariknya ia hadir tanpa wayar. Bertindak sebagai lampu tambahan ketika keadaan gelap atau low light. Dapat menghasilkan gambar yang lebih berkualiti.

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

IBLAZR 2 dibungkus dengan sebuah kotak yang cantik. Sebaik membuka kotak terdapat illustrasi gambar dan hasil penggunaan Iblazr 2. Terdapat sebuah buku panduan bagaimana menggunakan iblazr 2 ini

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

Dibelakang kotak juga turut ada beberapa penenrangan ringas. Dan inilah yang terdapat di dalam kotak iblazr 2.. jom kita baca lebih lanjut setiap item di dalam bungkusan iblazr 2 ini

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

IBLAZR 2 datang dengan saiz yang kecil dan mempunyai 4 lampu LED, dibahagaian belakang terdapat sensor kawalan sentuh yang boleh dikawal ( Touch Sensor Control )

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

Dibahagian bawah terdaapt Micro USB Port dan dibahagian tepi pula ada Butang ( Button ) untuk membuka dan menutup iblazr 2

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

Seterusnya terdapat Mount Clip ( pemegang ),USB Charger, Key Clasp dan Silicon Diffuser

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera
Kiri ( Mount Clip ), Kanan ( USB Charger )

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera
Kiri ( Key Clasp ), Kanan Silifon Diffuser

Anda boleh meletakkan dimana sahaja Iblazr 2 ini sama ada di atas telefon atau dibahagian tepi telefon. Iblazr 2 juga boleh digunakan pada kamera digital dan DSLR

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

Sebaik sahaja Iblazr 2 dihidupkan, anda boleh melaraskan cahaya.terdapat 2 cahaya iaitu Lampu Putih ( white ) dan Lampu Kuning ( Yellow ) serta Lampu Temperature

Untuk melaraskan cahaya, anda hanya perlu menyentuh sensor kawalan ( Touch Sensor Control ) di belakang iblazr 2.

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera
Kiri ( Lampu Putih - white ), Kanan ( Lampu Kuning - yellow )

Dengan melaraskan pencahayaan, anda boleh memilih dua keamatan cahaya rendah atau tinggi. Keamatan cahaya rendah amat sesuai apabila anda mengambil gambar selfie secara dekat. Keamatan cahaya tinggi pula amat sesuai pada objek di belakang kamera.

Bagaimanapun boleh saja jika anda mahu menggunakan kedua-dua cahaya ini.


Kiri ( Lampu Putih ), Tengah ( Lampu Putih + Lampu Kuning ), Kanan Lampu ( Temperature )


Kelebihan Lain Iblazr 2

Terdapat beberapa kelebihan lain Iblazr 2 ini, antaranya :

1. Mempunyai Shutter Remote
2. Native App Sync
3.Brightness Adjustment
4. No red-eye
5. 300 Flashes per charger
6. 3 hour Battery Life

Penggunaan Aplikasi Shotlight

Aplikasi Shotlight ini memudahkan anda melaraskan cahaya menggunakan telefon. Saya telah mencubanya dengan telefon ZTE saya. Amat senang digunakan dan berfungsi dengan baik sekali.

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

Install ( muat turun ) terlebih dahulu aplikasi Shotlight di Play Store. Setelah muat turun, Buat sambungan Bluetooth. Dan buka aplikasi shotlight di telefon. Pilih lambang Shotlight ( kilat ) dan akan terlihat dua pelarasan iaitu Intensity dan Lightness. Disitu lah anda boleh adjsut cahaya mengikut kesesuaian.

Hasil dan Perbezaan Gambar

Beberapa perbezaan gambar dapat dilihat di sini. ia pastinya membuatkan anda teruja. Anda juga boleh mengabungkan dengan menggunakan Flash kamera atau telefon bersama Iblazr 2. Anda juga boleh menggunakan suhu warna ( temperature ) untuk melihat cahaya mana yang lebih sesuai.

Pada gambar ini, saya menyukai gambar di tengah kerana ia kelihatan lebih normal

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera
Kiri ( Flash Kamera ), Tengah ( Lampu Putih Iblazr 2), Kanan ( Lampu Kuning Iblazr 2 )

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera
Kiri ( Flash Kamera ), Tengah ( Lampu Putih Iblazr 2), Kanan ( Lampu Kuning Iblazr 2 )

Ini pula gambar selfie saya di dalam bilik. Bilik ini mempunyai lampu yang agak malap. Lihat perbezaan sebelum dan selepas saya menggunakan Iblazr 2

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera
Kiri ( Sebelum menggunakan Iblazr 2 ), Kanan (Selepas menggunakan Iblazr 2 )

Gambar yang saya tunjukkan ini adalah perbezaan hasil menggunakan kamera saya. Jadi untuk anda yang amat suka mengambil gambar atau jurufoto, saya mencadangkan Iblazr 2 amatlah sesuai kerana ia serba boleh dan mampu memberikan kualiti gambar yang lebih baik.

Mereka yang ingin mendapatkan Iblarz 2 kini boleh di dapati di Store Lazada Malaysia dengan harga RM269.00 sahaja

BELI SEKARANG >> STORE LAZADA MALAYSIA




Reading Time:

Sabtu, Januari 21, 2017

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur
Sabtu, Januari 21, 2017 3 Comments
Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur. Pada 16 Januari 2017 baru-baru ini, satu Majlis Pelancaran GT Dollar Malaysia telah diadakan di  Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Mas Ermieyati Bin Samsudin.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan terkenal dan 3,000 pemimpin industri IT dan e-dagang yang menyokong pembangunan ekosistem FinTech dinamik sekaligus membuka jalan untuk inovasi SMART seperti GT DOLLAR menjadikan Malaysia sebagau satu kuasa yang berpengaruh dalam sektor FinTech.


Dalam majlis ini, GT Dollar telah melancarkan produk baru yang dibawa oleh mereka iaitu Aplikasi GT Dollar dan GT Robot.


Pelancaran GT Dollar Malaysia

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur

Kerjasama diantara Malaysia dan GT Dollar ini dikatakan dapat memberikan kemudahan gaya hidup kepada masyarakat melalui pelancaran aplikasi mudah alih GT Dollar.

Aplikasi "One-stop mobile e-commerce platform" ini bertujuan membina masyarakat yang padu untuk penggunaan dan perniagaan dari pelbagai industri untuk berinteraksi dalam pasarannya.

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur

Melengkapkan lagi kerjasama ini, GT Robot dihasilkan dengan teknologi tinggi dan inovasi di bawah GT Group, Pakar kemajuan dalam penyelesaian robot humanoid.

Robot comel ini dikenali sebagai GT Wonder Boy yang mampu berinterkasi sebagai pembantu manusia.

Kerajaan Malaysia juga sedang merancang untuk memperuntukkan pelaburan di suatu kawasan di sepanjang sempadan Negeri Sembilan - Melaka untuk pembuatan dan pemasangan sendiri kilang GT Robot yang bernilai RM300 juta.

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur
GT Wonder Boy 

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur

Dengan pertumbuhan ini, dianggarkan sebanyak lebih kurang USD 20 Billion dapat dijana oleh syarikat ( sama dengan 10 Juta Mobile Robot ) dan mampu mewujudkan lebih 10,000 pelaung pekerjaan kepada penduduk dalam tempoh 5 tahun yang akan datang.

Oleh yang demikian, Kilang GT Robot tersebut akan menjadi yang pertama di Asia dengan pembuatan yang mesra alam ditambah lagi menggunakan peralatan teknologi tinggi selepas China.

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur
Y.B Datuk Mas Ermieyati Bin Samsudin melancarkan secara rasmi Majlis Perlancaran GT Dollar Malaysia 
Berbelanja Dengan Bijak Bersama GT Dollar

GT Dollar juga turut menawarkan e-wallet buat mereka yang sentiasa sibuk dengan kos sara hidup sekarang yang tinggi.

Dengan e-wallet ini ia dapat membantu peniaga mengembangkan perniagaan mereka dan mendapat lebih ramai pelanggan baru.

Ia juga menawarkan kepada pengguna tawaran istimewa, diskaun dan promosi di peringkat global.Selain itu dia juga dapat menghubungkan mereka dengan pengguna baru serta dapat mengekalkan program kesetiaan melalui pengagihan kredit maya ( GTD )

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur

Komunikasi diantara pengguna dan peniaga juga bertambah mudah kerana adanya lokasi GPS-Lancar dan perkhidmatan lain seperti pemindahan data,pembayaran bil utiliti dan rangkaian chat sosial dan beberapa lagi perkhidmatan lain.

Bagi anda yang ingin menggunakan aplikasi ini, boleh muat turun di aplikasi ' GT Dollar " di play store. Apabila anda memuat turun dan mendaftar, anda akan diberikan kredit percuma RM300 ke dalam akaun GT Dollar anda.

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur
GT Mobile

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur
GT Watch

Selain robot GT Wonder Boy, GT Dollar juga turut melancarkan dua lagi gadget istimewa iaitu GT Mobile dan GT Smart Watch.

Maklumat lanjut mengenai GT Dollar dan gadget  ini boleh layari www.gtdollar.com
Reading Time:

Jumaat, Januari 13, 2017

Tookar Menyediakan Khidmat Beli Kereta dan Angpau Istimewa Sempena Tahun Baru Cina
Jumaat, Januari 13, 20171 Comments
Tookar Menyediakan Khidmat Beli Kereta dan Angpau Istimewa Sempena Tahun Baru Cina. Assalamualaikum. Ada berita gembira buat anda semua sempena dengan Tahun Baru Cina tak lama lagi iaitu sebuah platform membeli kereta pertama di Asia yang memberikan perkhidmatan membeli dan menukar kereta secara online bagi dealer,pembeli mahupun penjual.

Platform tersebut adalah dari TOOKAR di mana turut menawarkan angpau sempena Tahun Baru Cina yang bermula dari RM1000 sekiranya anda membeli kereta baru secara online. Bukan itu sahaja, pembeli juga turut ditawarkan diskaun serta rebat tunai. 

Tookar Menyediakan Khidmat Beli Kereta dan Angpau Istimewa Sempena Tahun Baru Cina

Mudah je kan.. beli secara online je. Jangan risau kerana platform TOOKAR ni selamat digunakan dan anda hanya akan berurusan dengan dealer yang SAH je tau.

Cara nak beli pun senang je..

1. Pilih kereta anda
2. Dapatkan tawaran dengan segera
3. Bayar pendahuluan untuk tempahan anda
4. Bersantai di rumah dan tunggu sehingga pihak dealer menghubungi anda

Tookar Menyediakan Khidmat Beli Kereta dan Angpau Istimewa Sempena Tahun Baru Cina

Berikut antara pembeli yang telah menggunakan khidmat TOOKAR. Mereka telah berpuas hati.

Tookar Menyediakan Khidmat Beli Kereta dan Angpau Istimewa Sempena Tahun Baru Cina

Bagi anda ataupun keluarga dan rakan-rakan yang sedang mencari kereta idaman, boleh la menggunakan khidmat TOOKAR ni.. anda juga boleh mendapatkan diskaun dengan menggunakan kod promo di bawah :  

KOD PROMO : SL1E8PC2

Cepat dapatkan tawaran dan berpeluang menerima angpau RM1000 apabila membuat pembelian membeli kereta pada Tahun Baru Cina ini. Promosi ini sah sehingga pertengahan bulan Februari 2017 sahaja.

Maklumat dan info lanjut mengenai TOOKAR boleh terus melayari website


Reading Time:

Labels

beauty (50) KECANTIKAN (24) KEHIDUPAN (14) KESIHATAN (33) LAIN-LAIN (75) OTHERS (38) PERCUTIAN (5) PROPERTY (2) RESEPI (10) REVIEW (44) SSPN1M (1) TEKNOLOGI (5) TELEKUNG (1) TIP (33)