Zaza Iman : SSPN1M
Memaparkan catatan dengan label SSPN1M. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SSPN1M. Papar semua catatan

Isnin, Mac 26, 2018

Bagaimana Memohon Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia ( SSPN1M )
Isnin, Mac 26, 2018 9 Comments

Bagaimana Memohon Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia ( SSPN1M ). Zaman sekarang ni menabung amat penting terutama untuk anak-anak yang kian membesar. Mereka akan bersekolah dan belajar di mana-mana Institut, kolej mahupun universiti. Oleh itu tabungan bagi pendidikan mereka dimasa akan datang sangat perlu.

Bagaimana Memohon Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia ( SSPN1M )

Zaza pun rasa teringin nak sambung belajar kalau diberi peluang. Siapa tak seronok kan belajar, waktu belajar ni  la macam-macam ilmu kita dapat. Rindu pula masa belajar dulu-dulu.

Nostalgia zaman-zaman sekolah dulu..

Untuk tabungan pendidikan anak-anak, ada satu tawaran skim yang sangat baik untuk korang sebagai ibu bapa ambil bagi pendidikan anak-anak korang nanti.

Skim ni telah diperkenalkan oleh Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN ) iaitu Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia ( SSPN1M-i ).

Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia ( SSPN1M-i )

Pernah dengar? Zaza pernah juga dengar tapi masa tu tak berapa faham sangat. Tapi sekarang zaza dah faham dah sikit dan sebab tu zaza nak share dengan korang tentang skim simpanan ini.

Mungkin korang dan juga rakan zaza tertanya-tanya SSPN1M-i ni apa..kalau nak tau skim ni adalah skim atau instrument simpanan yang telah direka khas oleh PTPTN yang patuh syariah. Mereka menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar”. Maksud konsep ni ialah pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.

Jadi zaza suggest la untuk korang yang ada anak-anak nak belajar dan nak membuat pemohonan pinjaman pendidikan  daftarlah SSPN1M-i ni.. untuk daftar dan buka akaun hanya dengan simpanan minima yang PTPTN telah tetapkan. Korang nak buka boleh buat kat beberapa bank je tau antaranya Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, Angro bank dan RHB Bank

Jadi sekarang ni, apa yang membuatkan zaza rasa nak share tentang ni terutama untuk korang..jika korang simpan RM500, SSPN1M akan memberikan RM500 PERCUMA. Dengan simpanan bersih SSPN1M minimum RM500 ini, korang akan menerima simpanan PERCUMA dalam akaun SSPN1M korang tu..faham kan :)

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web ini

Apa keistimewaan apabila daftar akaun SSPN1M-i ini…?

Apabila korang dah buka akaun dengan SSPN1M-i ni..korang akan dapat menikmati beberapa keistimewaan iaitu :

1.  Layak untuk memohon pinjaman pendidikan
2. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga   RM6000/setahun.
3. Dapat perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1000 ke atas
4. Pemberian Geran Sepadan Sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak
5.  Simpanan dijamin oleh Kerajaan
6. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan
7. Kemudahan menyimpan di cawangan PTPTN dan cawangan ejen SSPN1M-i

Bagaimana Memohon Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia ( SSPN1M )

Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan

Bagi pelepasan taksiran cukai pendapatan mestilah ibu bapa atau ibu bapa angkat atau pun penjaga yang sah dari segi undang-undang yang membuat simpanan dalam akaun SSPN1M-i untuk manfaat anak akan diberikan pelepasan sehingga RM6000 setahun.

Ibu bapa yang membuat taksiran beransingan dan telah membuka akaun simpanan berasingan atas anak yang sama turut diberi pelepasan sehingga maksima RM6000 seorang setahun. Untuk taksiran bersama dan membuka akaun simpanan berasingan diberi pelepasan sehingga maksima RM6000 setahun.

Manakala bagi individu yang menyimpan untuk diri sendiri tiada sebarang pelepasan taksiran cukai diberikan.

Perlindungan takaful secara percuma

Bagi perlindungan takaful secara percuma ni, korang akan dapat keistimewaan premium yang dibayar oleh PTPTN dan perlindungan Ringgit ke Ringgit ( takaful am ) dan RM100,000 ( takaful amanah ). Selain itu korang turut menerima manfaat khairat atau pampasan kematian untuk pendeposit ( RM2000 ) dan penerima manfaat ( RM500 )

Untuk perlindungan ini, ada beberapa syarat iaitu :

Bagi manfaat kematian atau ilat kekal menyeluruh (TPD ) (RM kepada RM) dan khairat kematian disediakan kepada pendeposit yang layak dan berumur 18 tahun sehingga sebelum berumur 65 tahun. Khairat kematian kepada penerima manfaat turut disediakan untuk yang berumur 1 hari sehingga 28 tahun mengikut peraturan yang ditetapkan.

Perlindungan Kematian :
Amaun manfaat bersamaan dengan baki akaun ( RM ke RM )
Khairat Kematian bersamaan RM2,000.00 (pendeposit)
Khairat Kematian bersamaan RM500.00 (penerima manfaat)

Perlindungan Kekal Menteluruh ( TPD ) :
Amaun Manfaat bersamaan dengan baki akaun (RM kepada RM) sehingga RM2,500,000.00 maksimum.

Simpan RM500 PERCUMA RM500

Pemberian Geran Sepadan ini merupakan satu  insentif kewangan yang diberikan kepada pendeposit  yang mempunyai pedapatan bulanan keluarga tidak melebihi RM4000 sebulan. Pemberian ini mengikut beberapa syarat-syarat tertentu.

Pemberian ini adalah dari pembentangan bajet 2018.  Sebanyak RM500 akan diberikan kepada pelajar sekolah jika membuat simpanan sebanyak RM500 pada 2018.


Contohnya korang buka akaun simpanan ini untuk anak dengan jumlah RM500, jadi secara automatik RM500 dari PTPTN akan dimasukkan ke dalam akaun tersebut menjadikan simpanan berjumlah RM1000.

Untuk Geran Sepadan ini layak diberikan kepada pendeposit dengan syarat berikut :

1. Mempunyai akaun SSPN1M yang dibuka untuk penerima manfaat
2. Bagi penerima manfaat mestilah berumur tujuh ( 7 ) tahun sehingga dua belas ( 12 ) tahun  atau  anak yang belajar di sekolah rendah

Menarik kan pemberian geran ni.. so korang cepat-cepatlah daftar kerana ia terhad untuk 500,000 akaun terawal sahaja. Jangan lepaskan peluang ni okay..

Bolehkah Saya Mohon SSPN1M ini?

Ya…sudah tentulah korang boleh mohon. Untuk memohon ada 3 kategori umur tau iaitu :

Kategori 1 : Akaun dibuka oleh ibu bapa atau penjaga yang sah dan merupakan warganegara Malaysia yang lain untuk penerima manfaat yang berumur 1 hari sehingga berumur 29 tahun.

Kategori 2: Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga 29 tahun. Bagi kategori ini, korang boleh pilih nak buka akaun secara individu atau menjadi penerima manfaat dimana akaun dibuka oleh ibu bapa atau penjaya yang sah dan merupakan warganegara Malaysia yang lain.

Kategori 3 : Warganegara Malaysia yang berumur 29 tahun keatas perlu membuka akaun individu

Kenapa saya perlu memohon SSPN1M-i?

Seperti yang telah zaza jelaskan di atas, apabila korang memohon dan memiliki akaun simpanan ini, korang akan mendapat banyak manfaat dan keistimewaan ( rujuk keistimewaan memiliki akaun SSPN1M-i di atas )


Apakah Kriteria atau Syarat Untuk Saya Membuka Akaun SSPN1M-i

Berikut merupakan beberapa syarat untuk korang membuka akaun :

1. Mestilah warganegara Malaysia
2. Pendeposit boleh membuka akaun untuk diri sendiri
3. Pendeposit hanya dibenarkan untuk membuka satu akaun sahaja untuk setiap penerima manfaat yang sama
4. Berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun
5. Bagi penerima manfaat yang telah pun ada akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akuan untuk dirinya sendiri atau membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain. Mkasudnya disini seorang penerima manfaat juga boleh menjadi pendeposit.
6. Pendeposit yang berlainan juga boleh membuka akaun bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.


Cara Membuka Akaun Simpanan SSPN1M-iPlus

Untuk membuka akaun ada dua pilihan sama ada daftar di kaunter cawangan PTPTN atau agen sah yang telah dilantik. Atau cara senang boleh je daftar online..

Untuk daftar online korang ikuti je langkah-langkah yang zaza jelaskan dibawah ini..

Korang akan dibawa ke laman utama SSPN.

Bagaimana Memohon Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia ( SSPN1M )

2. Klik pada Pembukaan Akaun dan isikan segala maklumat di dalam borang. Pastikan korang isi maklumat dengan betul.

Bagaimana Memohon Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia ( SSPN1M )


3. Buat semakan semula maklumat yang telah diisi dan buat bayaran. Jadi siap sudah pendaftaran akaun SSPN1M-i korang tu..

Mudah je kan..dan selepas itu tunggu je RM500 pemberian Geran Sepadan masuk ke akaun penerima manfaat yang layak.

Untuk maklumat lanjut juga korang juga boleh layari web ini

Saluran Penambahan Simpanan

Jika nak membuat penambahan simpanan dalam akaun, boleh je buat di beberapa saluran yang zaza nyatakan kat bawah ni :

1. Kaunter PTPTN boleh dibuat sama ada melalui kad Debit atau kad ATM
2. Secara online dengan JomPay melalui telefon. Untuk panduan bayaran korang boleh rujuk Klik di sini
3. Membuat potongan gaji secara online. Boleh rujuk web http://semakanonline.ptptn.gov.my/potonggajionline/
4.  Simpanan melalui portal PTPTN iaitu E-SPPN1M-i
5. Menggunakan MypayPTPTN dimana korang boleh menyimpan melalui telefon menggunakan laman http://www.mygovmobile.malaysia.gov.my/ Panduan boleh semak di disini
6. Melalui Bank Kerjasama Rakyat Malaysia. Panduan boleh semak di sini
7.  Boleh dibuat melalui ejen PTPTN
8.  Penggunaan kad Debit atau kad ATM si cawangan seluruh negara. Senarai lokasi boleh semak di disini

Reading Time:

Labels

beauty (48) KECANTIKAN (23) KEHIDUPAN (14) KESIHATAN (31) LAIN-LAIN (75) OTHERS (25) PERCUTIAN (5) PROPERTY (2) RESEPI (10) REVIEW (44) SSPN1M (1) TEKNOLOGI (5) TELEKUNG (1) TIP (31)