Posts about: RIVER OF LIFE
Kolam Biru River Of Life Tarikan Baru Bandar Kuala Lumpur. Jarang zaza ke Kuala Lumpur
sekarang ni.. kalau dulu masa zaza belajar dekat KL...selalu juga hujung-hujung
minggu dengan kawan melepak dan naik LRT pusing-pusing Kuala Lumpur tengok keindahan
kota raya yang besar tu..maklumlah zaman tu adalah pertama kali jejak KL..
Ingat lagi macam-macam memori masa belajar kat sana dulu..rindunya la kan..
Sekarang kalau turun KL dengan
bas je..sampai je destinasi hentian bas, zaza akan suruh rakan tolong
ambilkan..kalau suruh zaza sorang-sorang naik LRT ke apa..memang tak berani
lah..takut sesat dan tak biasa..
Sumber gambar - youtube
Sekarang ni..zaza tengok Kuala
Lumpur pun semakin dikenali di seluruh dunia. Mana tidaknya Kuala Lumpur kan
ibu kota bagi negara kita..sudah banyak perubahan berlaku..dan nak tau
tak..zaza baru je tau pasal kewujudan Kolam Biru River Of Life ni..heheh..zaza
tau pun bila ada rakan-rakan zaza yang share pasal kolam biru ni..
Kolam Biru River Of Life ni
merupakan salah satu usaha kerajaan dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (
DBKL ) untuk menjadikan bandar Kuala Lumpur sentiasa hidup di waktu malam.
Malah ia juga merupakan salah satu kawasan pelancongan baru yang telah pun di
rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia kita, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28
Ogos tahun lalu.
Sumber gambar - youtube
Sumber gambar - youtube
Zaza tengok gambar-gambar pemandangan kolam biru ni memang
mengasyikkan..kalau dapat shoot gambar dekat sini memang cantik gila kan..teruja
pula zaza tengok..
Kolam Biru River Of Life ni adalah pertemuan dua sungai
iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang yang terletak di tengah Masjid Jamek Kuala
Lumpur.
Kolam Biru ini dibina sepanjang 10.7 km dan menjadi tarikan
ramai pelancong untuk melihat keindahannya di waktu malam.
Sebenarnya kan..Projek River Of Life ( RoL ) ni mula
menjalani proses pembinaan pada tahun 2011 dan ia adalah projek permulaan Greater Kuala Lumpur di
bawah Bidang Ekonomi Utama Negara ( NKEA ).
Sebanyak RM3.4 bilion telah diperuntukkan bagi kerja-kerja
pembersihan sungai yang meliputi lapan sungai utama iaitu Sungai Gombak, Sungai
Batu, Sungai Jinjang, Sungai Keroh, Sungai Bunus, Sungai Ampang, Sungai Klang
dan Sungai Kerayong sepanjang 110 kilometer.
Selain menyaksikan pemandangan indah sungai, di Kolam Biru
ini juga terdapat pertunjukan air pancut dan pantulan cahaya lampu warna warni
diiringi dengan irama muzik…pastinya ia mampu memukau sesiapa yang datang
melihatnya.
Sambil menyusuri di tepian sungai, bolehlah berswafoto
bersama keluarga dan juga melihat pelbagai bangunan bersejarah disitu..
Kalau anda berjalan-jalan ke Kuala Lumpur..jangan lupa
singgahlah ke Kolam Biru River Of Life ini okay…
Langgan:
Catatan (Atom)
Social Media
Search