Memaparkan catatan dengan label REVIEW. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label REVIEW. Papar semua catatan

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera


Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera. Minat merakam gambar adalah satu hobi yang amat zaza suka. Tak kira gambar pemandangan atau gambar diri sendiri. Bagaimanapun zaza alami kesukaran mengambil gambar yang cantik ketika di bawah pencahayaan rendah atau di kawasan gelap. Ini menyebabkan zaza tidak menyukai foto yang diambil itu.

Tapi baru-baru ini zaza telah berjumpa dengan satu gadget baru iaitu IBLAZR 2. Menariknya ia hadir tanpa wayar. Bertindak sebagai lampu tambahan ketika keadaan gelap atau low light. Dapat menghasilkan gambar yang lebih berkualiti.

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

IBLAZR 2 dibungkus dengan sebuah kotak yang cantik. Sebaik membuka kotak terdapat illustrasi gambar dan hasil penggunaan Iblazr 2. Terdapat sebuah buku panduan bagaimana menggunakan iblazr 2 ini

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

Dibelakang kotak juga turut ada beberapa penenrangan ringas. Dan inilah yang terdapat di dalam kotak iblazr 2.. jom kita baca lebih lanjut setiap item di dalam bungkusan iblazr 2 ini

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

IBLAZR 2 datang dengan saiz yang kecil dan mempunyai 4 lampu LED, dibahagaian belakang terdapat sensor kawalan sentuh yang boleh dikawal ( Touch Sensor Control )

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

Dibahagian bawah terdaapt Micro USB Port dan dibahagian tepi pula ada Butang ( Button ) untuk membuka dan menutup iblazr 2

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

Seterusnya terdapat Mount Clip ( pemegang ),USB Charger, Key Clasp dan Silicon Diffuser

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera
Kiri ( Mount Clip ), Kanan ( USB Charger )

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera
Kiri ( Key Clasp ), Kanan Silifon Diffuser

Anda boleh meletakkan dimana sahaja Iblazr 2 ini sama ada di atas telefon atau dibahagian tepi telefon. Iblazr 2 juga boleh digunakan pada kamera digital dan DSLR

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

Sebaik sahaja Iblazr 2 dihidupkan, anda boleh melaraskan cahaya.terdapat 2 cahaya iaitu Lampu Putih ( white ) dan Lampu Kuning ( Yellow ) serta Lampu Temperature

Untuk melaraskan cahaya, anda hanya perlu menyentuh sensor kawalan ( Touch Sensor Control ) di belakang iblazr 2.

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera
Kiri ( Lampu Putih - white ), Kanan ( Lampu Kuning - yellow )

Dengan melaraskan pencahayaan, anda boleh memilih dua keamatan cahaya rendah atau tinggi. Keamatan cahaya rendah amat sesuai apabila anda mengambil gambar selfie secara dekat. Keamatan cahaya tinggi pula amat sesuai pada objek di belakang kamera.

Bagaimanapun boleh saja jika anda mahu menggunakan kedua-dua cahaya ini.


Kiri ( Lampu Putih ), Tengah ( Lampu Putih + Lampu Kuning ), Kanan Lampu ( Temperature )


Kelebihan Lain Iblazr 2

Terdapat beberapa kelebihan lain Iblazr 2 ini, antaranya :

1. Mempunyai Shutter Remote
2. Native App Sync
3.Brightness Adjustment
4. No red-eye
5. 300 Flashes per charger
6. 3 hour Battery Life

Penggunaan Aplikasi Shotlight

Aplikasi Shotlight ini memudahkan anda melaraskan cahaya menggunakan telefon. Saya telah mencubanya dengan telefon ZTE saya. Amat senang digunakan dan berfungsi dengan baik sekali.

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera

Install ( muat turun ) terlebih dahulu aplikasi Shotlight di Play Store. Setelah muat turun, Buat sambungan Bluetooth. Dan buka aplikasi shotlight di telefon. Pilih lambang Shotlight ( kilat ) dan akan terlihat dua pelarasan iaitu Intensity dan Lightness. Disitu lah anda boleh adjsut cahaya mengikut kesesuaian.

Hasil dan Perbezaan Gambar

Beberapa perbezaan gambar dapat dilihat di sini. ia pastinya membuatkan anda teruja. Anda juga boleh mengabungkan dengan menggunakan Flash kamera atau telefon bersama Iblazr 2. Anda juga boleh menggunakan suhu warna ( temperature ) untuk melihat cahaya mana yang lebih sesuai.

Pada gambar ini, saya menyukai gambar di tengah kerana ia kelihatan lebih normal

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera
Kiri ( Flash Kamera ), Tengah ( Lampu Putih Iblazr 2), Kanan ( Lampu Kuning Iblazr 2 )

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera
Kiri ( Flash Kamera ), Tengah ( Lampu Putih Iblazr 2), Kanan ( Lampu Kuning Iblazr 2 )

Ini pula gambar selfie saya di dalam bilik. Bilik ini mempunyai lampu yang agak malap. Lihat perbezaan sebelum dan selepas saya menggunakan Iblazr 2

Review Powerful Led Flash Iblazr 2 Untuk Phone dan Kamera
Kiri ( Sebelum menggunakan Iblazr 2 ), Kanan (Selepas menggunakan Iblazr 2 )

Gambar yang saya tunjukkan ini adalah perbezaan hasil menggunakan kamera saya. Jadi untuk anda yang amat suka mengambil gambar atau jurufoto, saya mencadangkan Iblazr 2 amatlah sesuai kerana ia serba boleh dan mampu memberikan kualiti gambar yang lebih baik.

Mereka yang ingin mendapatkan Iblarz 2 kini boleh di dapati di Store Lazada Malaysia dengan harga RM269.00 sahaja

BELI SEKARANG >> STORE LAZADA MALAYSIA




CONTINUE READING
Zaza Iman
7 Comments

Tempah Cincin Ukir Nama Perak Bersadur Emas Di Asiasilver

Tempah Cincin Ukir Nama Perak Bersadur Emas Di Asiasilver


Tempah Cincin Ukir Nama Perak Bersadur Emas Di Asiasilver. Assalamualaikum.. akhirnya telah selamat sampai ke tangan zaza cincin ukir nama Perak bersadur emas.  Comelkan. Semestinya cincin ukir nama kini telah menarik ramai wanita untuk memiliknya.

Sebelum tu, sedikit info tentang di mana cincin ini dibuat di ASIASILVER iaitu sebuah kedai yang menjual cincin ukir nama yang terletak di Negeri Kelantan. Negeri kelahiran zaza.

Selain Cincin Ukir Nama.. ASIASILVER juga menawarkan  beberapa produk lain yang mendapat permintaan tinggi antaranya Rantai leher pelbagai design, Rantai tangan, Gelang, Subang, Rantai kaki, Brooch, Butang baju melayu, Neck Tie Klip,Keychain, Loket dan lain-lain.

Tempah Cincin Ukir Nama Perak Bersadur Emas Di Asiasilver
Jenis design yang menjadi kesukaan zaza

Tempah Cincin Ukir Nama Perak Bersadur Emas Di Asiasilver

Beberapa rakan di laman sosial zaza ada bertanya tentang cincin ini..So ada yang zaza dah terangkan..Tapi buat pembaca blog..tentunya terasa juga ingin memiliki kan..

Cincin Ukir Nama ini boleh custome made dan ada juga pre order mengikut citarasa dan design sendiri.

Tempah Cincin Ukir Nama Perak Bersadur Emas Di Asiasilver

Tempah Cincin Ukir Nama Perak Bersadur Emas Di Asiasilver
Zaza mengayakan cincin ukir nama sendiri

Tempah Cincin Ukir Nama Perak Bersadur Emas Di Asiasilver
Hafiz Hamidun di Booth Asiasilver

Bagi yang tinggal jauh dan nak menempah, boleh juga dibuat secara online. Jangan risau ASIASILVER menawarkan pkhidmatan yang terbaik buat anda dan dipercayai..

Malah ASIASILVER juga pernah terlibat dalam pelbagai acara dan booth jualan seperti Timur Fest, Wedding Fest, Meriah Raya Bazaar dan banyak lagi


Untuk membuat tempahan atau ada sebarang pertanyaan, boleh terus menghubungi ASIASILVER di

ASIASILVER, 
G-L1-22, Ground Floor, Bazaar Tuan Padang,
Lot 962, Seksyen11, 15000 Kota Bharu, Kelantan.
WhatsApp : 016 940 3330

-KEMASINI 2019-

UNTUK PENGETAHUAN ASIA SILVER SUDAH BERTUKAR NAMA KEPADA

VENYSS

Website : https://www.venyss.com.my/
Pertanyaan mengenai tempahan terus di facebook official :

https://www.facebook.com/venyssofficial


CONTINUE READING
Zaza Iman
6 Comments

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow


Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow. Assalamualaikum.. kebiasaannya kalau zaza nak keluar ke kedai zaza akan pastikan bibir di oles dengan sedikit lipstik agar wajah tak pucat. Antara lipstik yang amat sesuai sekali digunakan adalah Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow. Lipstiknya comel kerana warnanya transparent dan di dalamnya terdapat sekuntum bunga mekar dengan pelbagai warna yang menarik.

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow
Bunga hijau menjadikan lipstik ini unik dan mendapat perhatian ramai

Pilihan zaza sudah tentulah bunga hijau ( green ) kerana hijau adalah warna kesukaan zaza..tapi zaza pun suka dengan koleksi warna lain yang ada seperti bunga warna pink ( pink ), bunga berwarna merah ( red ) dan juga bunga berwarna kuning ( yellow )

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow
CadeauCadeau Pure Flower Extract Lip Glow mempunyai empat ( 4 ) pilihan warna bunga

Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow mempunyai pelbagai jenis bunga antaranya adalah
  • Chamomilla Recutita - chamomile
  • Hibiscus Sabdariffa - Roselle Hibiscus
  • Calendula Officinalis - English Marigold/Calendula
  • Rosa Damascena - Damask Rose
  • Bellis Perennis - Common Daisy
  • Magnolia Kobus - Kobushi Magnolia
  • Lilium Tigrinum - Tiger Lily
  • Lavandula Angustifolia - Lavender
  • Rosa Rugosa - Beach Rose
Zaza pun tak lah tahu sangat tentang jenis-jenis bunga ni..


Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow 

Apa yang bestnya dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow? Zaza dah pakai. Kelihatan cantik apabila di oles dibibir. Lipstik ini seperti lip balm yang membantu merawat masalah bibir seperti merawat bibir merekah. Pemakaian secara berterusan menjadikan bibir lembab dan lebih cantik.

Ia juga menjadikan bibir kelihatan pink kemerahan semulajadi. Lihat saja perubahan bibir zaza sebelum dan setelah memakai Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow.. nampak lebih berserikan bibir selepas oles lipstik ni..

Zaza menggunakan lisptik kod - Viridiflora GL04 

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow
Sebelum dan selepas..aumm pink bibir..cantik warnanya

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow
Kotak packagingnya berwarna putih dengan dihiasi corak bungaan

Kotak packagingnya berwarna putih dengan dihiasi corak bungaan. Limited edition tau. istimewanya lagi tentang Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow ialah kerana ia dihasilkan secara homemade dari Korea. Baunya wangi. Apabila dikenakan dibibir juga kelihatan bersinar.

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Nak cucinya pun senang.. Macam zaza lah, biasa kalau berjalan jauh, zaza akan kenakan lipstik jenis matte yang sangat susah dicuci..jadi ia memakan masa terutama ketika zaza nak solat. Tapi dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow ia sangat mudah nak cuci. Lipstik ini juga bertahan sehingga 8 jam

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Ok, buat rakan-rakan dan pembaca semua..jika anda berminat untuk mendapatkan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow boleh saja membuat tempahan secara online.

Harga bagi satu unit Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow adalah RM95.00 sahaja

MASUKKAN KOD DISKAUN ZAZA11 SEMASA MEMBELI UNTUK MENDAPATKAN FREE GIFT


Tempahan terus melalui :
Website : maystar.com.my

Info lanjut di :  https://www.cadeau-beauty.com/
Instagram : cadeau_beauty

CONTINUE READING
Zaza Iman
4 Comments

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah


The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah. Assalamualaikum..apa khabar rakan-rakan zaza tersayang. Diharap semuanya sihat. Zaza pun baru balik bercuti dari kampung halaman. Lama tak pulang bertemu mak dan abah.

Sebenarnya zaza nak ceritakan kat semua rakan-rakan tentang ada sebuah tempat yang cukup istimewa untuk rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang ingin melangsungkan pekahwinan.

Tempat tersebut adalah THE WEDDING HERITAGE. Apa yang istimewanya kat sini?

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

Untuk pengetahuan semua, THE WEDDING HERITAGE menawarkan sebuah pakej lengkap perkahwinan di sebuah banglo mewah ( All In Package ). Harga yang ditawarkan juga amatlah berpatutan bermula dari RM9,500 sahaja.

Mendapat sambutan dari orang ramai untuk menggunakan khidmat mereka. Kini THE WEDDING HERITAGE telah pun beroperasi selama 2 tahun dan mempunyai 2 buah cawangan.

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

SENARAI 2 CAWANGAN THE WEDDING HERITAGE
( TWH )

Villa TWH  : Wedding Venue & Eventspace
Tempat : taman Sri Ukay, Ampang

Spesifikasi Majlis :

Birthday Party
Product Lauching
Open House
Berendoi & Aqiqah
Tunang, Nikah ( 100-200 pax )
Private Reception
Terhad kepada 500 pax

Banglo TWH :Wedding Venue
Tempat : Seksyen 6, Kota Damansara

Spesifikasi Majlis :

Malam Berinai
Nikah
Night Reception
Day Reception
Corporate Open House
Terhad kepada 2000 pax

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

Semuanya lengkap seperti Makeup, Katering, Juru foto, Pelamin, Bilik Persalinan, Bilik rehat untuk keluarga dan tetamu.

5 SEBAB KAHWIN DI THE WEDDING HERITAGE...

1. FLEKSIBEL

Dari segi masa dan bajet kahwin pelanggan terdapat perbezaan kahwin di TWH dengan di dewan. Ini kerana pengurusan TWH memberikan lebih masa seperti selepas majlis untuk keluarga pengantin membungkus makanan dan merehatkan diri selama 2-3 jam. Malah tetamu juga masih dapat berjumpa pengantin jika datang lewat. Ibarat seperti berada di rumah mereka sendiri.

Pengurusan TWH juga boleh mengeluarkan quotation secara custom mengikut bajet pengantin. Bagaimanapun kelebihan untuk menempah tarikh hanya dengan deposit sebanyak RM2500 sahaja. Pengurusan TWH juga memberikan masa dan ruang untuk pengantin mengumpul bajet sehingga 3 bulan sebelum majlis.

Pelanggan juga boleh menambah street food seperti kambing golek, apam balik, pisang goreng cheese, abc, aiskrim sebagai menu sampingan

2. KESELESAAN

Bilik persiapan pengantin, surau, bilik rehat tetamu dan ruang tamu bagi kelaurga juga disediakan. Di Banglo Kota Damansara juga mempunyai penginapan homestay 2 hari 1 malam. Ruang yang disediakan cukup selesa untuk keluarga dan mereka yang ada anak kecil untuk menyusukan bayi.

Persiapan ahli keluarga juga seperti berada dirumah kerana keperluan seperti seterika, pemanas air, kelengkapan mandian, tuala, lebihan tilam dan bantal turut disediakan. Untuk solat jemaah juga boleh tau.

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah


3. KUALITI

Vendor dan panel yang bernaung di bawah TWH juga mempunyai pengalaman hampir 20 tahun. Idea-idea baru dan segar dari mereka juga sangat berkualiti. Setiap tempahan pelanggan akandiuruskan oleh senior wedding planer yang dilantik menjadi floor manager di hari majlis.

TWH jua menyediakan servis RELA secara percuma untuk mengawal lalulintas semasa majlis dijalankan.

4. KAHWIN CUCI TANGAN

Ramai yang memilih TWH kerana kekangan masa disebabkan komitmen kerja. Ada juga pelanggan yang tinggal dikawasan perumahan atau pangsapuri dimana tidak mempunyai ruang dan sempit untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Selain itu pelanggan juga tidak perlu berpenat lelah untuk menguruskan perkahwinan mereka. Merak juga menganggap pakej yang ditawarkan TWH murah berbanding wedding venue yang lain. Malah banyak item percuma diberikan. Mereka memilih TWH ibarat mengadakan " Kahwin Cuci Tangan " bagi pelanggan

5. BIDAN TERJUN

Kebanyakan TWH menjadi pilihan utama mereka untuk berkahwin di saat akhir. Jika dalam tempoh 2 minggu tempahan masih ada tarikh kosong, TWh mampu menguruskannya kerana mempunyai vendor yang terbaik dan berkualiti.

TWH juga mempunyai testimoni pelanggan yang melangsungkan perkahwinan saat akhir dan mendapat pujian daripada tetamu dan pelanggan sendiri kerana telah membuat yang terbaik dan mereka semua juga amat berpuas hati.

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

KHAS UNTUK 20 ORANG TERAWAL DENGAN KOD ' BOOKING BLOGGER ' AKAN MENDAPAT REBATE BERNILAI RM500. REBATE INI SAH SEHINGGA MAC 2017 SAHAJA. CEPAT TEMPAH SEKARANG!!!

Untuk maklumat dan tempahan layari


ATAU HUBUNGI TERUS TALIAN 016 562 9394


CONTINUE READING
Zaza Iman
1 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)