Zaza Iman: REVIEW



Memaparkan catatan dengan label REVIEW. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label REVIEW. Papar semua catatan

Ahad, April 09, 2017

Tempah Cincin Ukir Nama Perak Bersadur Emas Di Asiasilver
Ahad, April 09, 2017 6 Comments
Tempah Cincin Ukir Nama Perak Bersadur Emas Di Asiasilver. Assalamualaikum.. akhirnya telah selamat sampai ke tangan zaza cincin ukir nama Perak bersadur emas.  Comelkan. Semestinya cincin ukir nama kini telah menarik ramai wanita untuk memiliknya.

Sebelum tu, sedikit info tentang di mana cincin ini dibuat di ASIASILVER iaitu sebuah kedai yang menjual cincin ukir nama yang terletak di Negeri Kelantan. Negeri kelahiran zaza.

Selain Cincin Ukir Nama.. ASIASILVER juga menawarkan  beberapa produk lain yang mendapat permintaan tinggi antaranya Rantai leher pelbagai design, Rantai tangan, Gelang, Subang, Rantai kaki, Brooch, Butang baju melayu, Neck Tie Klip,Keychain, Loket dan lain-lain.

Tempah Cincin Ukir Nama Perak Bersadur Emas Di Asiasilver
Jenis design yang menjadi kesukaan zaza

Tempah Cincin Ukir Nama Perak Bersadur Emas Di Asiasilver

Beberapa rakan di laman sosial zaza ada bertanya tentang cincin ini..So ada yang zaza dah terangkan..Tapi buat pembaca blog..tentunya terasa juga ingin memiliki kan..

Cincin Ukir Nama ini boleh custome made dan ada juga pre order mengikut citarasa dan design sendiri.

Tempah Cincin Ukir Nama Perak Bersadur Emas Di Asiasilver

Tempah Cincin Ukir Nama Perak Bersadur Emas Di Asiasilver
Zaza mengayakan cincin ukir nama sendiri

Tempah Cincin Ukir Nama Perak Bersadur Emas Di Asiasilver
Hafiz Hamidun di Booth Asiasilver

Bagi yang tinggal jauh dan nak menempah, boleh juga dibuat secara online. Jangan risau ASIASILVER menawarkan pkhidmatan yang terbaik buat anda dan dipercayai..

Malah ASIASILVER juga pernah terlibat dalam pelbagai acara dan booth jualan seperti Timur Fest, Wedding Fest, Meriah Raya Bazaar dan banyak lagi


INFO PENUH MENGENAI CINCIN UKIR NAMA
BOLEH BACA DI LINK DIBAWAH

KLIK



Untuk membuat tempahan atau ada sebarang pertanyaan, boleh terus menghubungi ASIASILVER di

ASIASILVER, 
G-L1-22, Ground Floor, Bazaar Tuan Padang,
Lot 962, Seksyen11, 15000 Kota Bharu, Kelantan.
Facebook : Asia Silver Shop
WhatsApp : 016 940 3330

Reading Time:

Sabtu, Februari 18, 2017

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow
Sabtu, Februari 18, 2017 4 Comments
Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow. Assalamualaikum.. kebiasaannya kalau zaza nak keluar ke kedai zaza akan pastikan bibir di oles dengan sedikit lipstik agar wajah tak pucat. Antara lipstik yang amat sesuai sekali digunakan adalah Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow. Lipstiknya comel kerana warnanya transparent dan di dalamnya terdapat sekuntum bunga mekar dengan pelbagai warna yang menarik.

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow
Bunga hijau menjadikan lipstik ini unik dan mendapat perhatian ramai

Pilihan zaza sudah tentulah bunga hijau ( green ) kerana hijau adalah warna kesukaan zaza..tapi zaza pun suka dengan koleksi warna lain yang ada seperti bunga warna pink ( pink ), bunga berwarna merah ( red ) dan juga bunga berwarna kuning ( yellow )

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow
CadeauCadeau Pure Flower Extract Lip Glow mempunyai empat ( 4 ) pilihan warna bunga

Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow mempunyai pelbagai jenis bunga antaranya adalah
  • Chamomilla Recutita - chamomile
  • Hibiscus Sabdariffa - Roselle Hibiscus
  • Calendula Officinalis - English Marigold/Calendula
  • Rosa Damascena - Damask Rose
  • Bellis Perennis - Common Daisy
  • Magnolia Kobus - Kobushi Magnolia
  • Lilium Tigrinum - Tiger Lily
  • Lavandula Angustifolia - Lavender
  • Rosa Rugosa - Beach Rose
Zaza pun tak lah tahu sangat tentang jenis-jenis bunga ni..


Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow 

Apa yang bestnya dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow? Zaza dah pakai. Kelihatan cantik apabila di oles dibibir. Lipstik ini seperti lip balm yang membantu merawat masalah bibir seperti merawat bibir merekah. Pemakaian secara berterusan menjadikan bibir lembab dan lebih cantik.

Ia juga menjadikan bibir kelihatan pink kemerahan semulajadi. Lihat saja perubahan bibir zaza sebelum dan setelah memakai Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow.. nampak lebih berserikan bibir selepas oles lipstik ni..

Zaza menggunakan lisptik kod - Viridiflora GL04 

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow
Sebelum dan selepas..aumm pink bibir..cantik warnanya

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow
Kotak packagingnya berwarna putih dengan dihiasi corak bungaan

Kotak packagingnya berwarna putih dengan dihiasi corak bungaan. Limited edition tau. istimewanya lagi tentang Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow ialah kerana ia dihasilkan secara homemade dari Korea. Baunya wangi. Apabila dikenakan dibibir juga kelihatan bersinar.

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Nak cucinya pun senang.. Macam zaza lah, biasa kalau berjalan jauh, zaza akan kenakan lipstik jenis matte yang sangat susah dicuci..jadi ia memakan masa terutama ketika zaza nak solat. Tapi dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow ia sangat mudah nak cuci. Lipstik ini juga bertahan sehingga 8 jam

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Ok, buat rakan-rakan dan pembaca semua..jika anda berminat untuk mendapatkan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow boleh saja membuat tempahan secara online.

Harga bagi satu unit Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow adalah RM95.00 sahaja

MASUKKAN KOD DISKAUN ZAZA11 SEMASA MEMBELI UNTUK MENDAPATKAN FREE GIFT


Tempahan terus melalui :
Website : maystar.com.my

Info lanjut di :  https://www.cadeau-beauty.com/
Instagram : cadeau_beauty

Reading Time:

Ahad, Februari 12, 2017

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah
Ahad, Februari 12, 20171 Comments
The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah. Assalamualaikum..apa khabar rakan-rakan zaza tersayang. Diharap semuanya sihat. Zaza pun baru balik bercuti dari kampung halaman. Lama tak pulang bertemu mak dan abah.

Sebenarnya zaza nak ceritakan kat semua rakan-rakan tentang ada sebuah tempat yang cukup istimewa untuk rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang ingin melangsungkan pekahwinan.

Tempat tersebut adalah THE WEDDING HERITAGE. Apa yang istimewanya kat sini?

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

Untuk pengetahuan semua, THE WEDDING HERITAGE menawarkan sebuah pakej lengkap perkahwinan di sebuah banglo mewah ( All In Package ). Harga yang ditawarkan juga amatlah berpatutan bermula dari RM9,500 sahaja.

Mendapat sambutan dari orang ramai untuk menggunakan khidmat mereka. Kini THE WEDDING HERITAGE telah pun beroperasi selama 2 tahun dan mempunyai 2 buah cawangan.

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

SENARAI 2 CAWANGAN THE WEDDING HERITAGE
( TWH )

Villa TWH  : Wedding Venue & Eventspace
Tempat : taman Sri Ukay, Ampang

Spesifikasi Majlis :

Birthday Party
Product Lauching
Open House
Berendoi & Aqiqah
Tunang, Nikah ( 100-200 pax )
Private Reception
Terhad kepada 500 pax

Banglo TWH :Wedding Venue
Tempat : Seksyen 6, Kota Damansara

Spesifikasi Majlis :

Malam Berinai
Nikah
Night Reception
Day Reception
Corporate Open House
Terhad kepada 2000 pax

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

Semuanya lengkap seperti Makeup, Katering, Juru foto, Pelamin, Bilik Persalinan, Bilik rehat untuk keluarga dan tetamu.

5 SEBAB KAHWIN DI THE WEDDING HERITAGE...

1. FLEKSIBEL

Dari segi masa dan bajet kahwin pelanggan terdapat perbezaan kahwin di TWH dengan di dewan. Ini kerana pengurusan TWH memberikan lebih masa seperti selepas majlis untuk keluarga pengantin membungkus makanan dan merehatkan diri selama 2-3 jam. Malah tetamu juga masih dapat berjumpa pengantin jika datang lewat. Ibarat seperti berada di rumah mereka sendiri.

Pengurusan TWH juga boleh mengeluarkan quotation secara custom mengikut bajet pengantin. Bagaimanapun kelebihan untuk menempah tarikh hanya dengan deposit sebanyak RM2500 sahaja. Pengurusan TWH juga memberikan masa dan ruang untuk pengantin mengumpul bajet sehingga 3 bulan sebelum majlis.

Pelanggan juga boleh menambah street food seperti kambing golek, apam balik, pisang goreng cheese, abc, aiskrim sebagai menu sampingan

2. KESELESAAN

Bilik persiapan pengantin, surau, bilik rehat tetamu dan ruang tamu bagi kelaurga juga disediakan. Di Banglo Kota Damansara juga mempunyai penginapan homestay 2 hari 1 malam. Ruang yang disediakan cukup selesa untuk keluarga dan mereka yang ada anak kecil untuk menyusukan bayi.

Persiapan ahli keluarga juga seperti berada dirumah kerana keperluan seperti seterika, pemanas air, kelengkapan mandian, tuala, lebihan tilam dan bantal turut disediakan. Untuk solat jemaah juga boleh tau.

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah


3. KUALITI

Vendor dan panel yang bernaung di bawah TWH juga mempunyai pengalaman hampir 20 tahun. Idea-idea baru dan segar dari mereka juga sangat berkualiti. Setiap tempahan pelanggan akandiuruskan oleh senior wedding planer yang dilantik menjadi floor manager di hari majlis.

TWH jua menyediakan servis RELA secara percuma untuk mengawal lalulintas semasa majlis dijalankan.

4. KAHWIN CUCI TANGAN

Ramai yang memilih TWH kerana kekangan masa disebabkan komitmen kerja. Ada juga pelanggan yang tinggal dikawasan perumahan atau pangsapuri dimana tidak mempunyai ruang dan sempit untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Selain itu pelanggan juga tidak perlu berpenat lelah untuk menguruskan perkahwinan mereka. Merak juga menganggap pakej yang ditawarkan TWH murah berbanding wedding venue yang lain. Malah banyak item percuma diberikan. Mereka memilih TWH ibarat mengadakan " Kahwin Cuci Tangan " bagi pelanggan

5. BIDAN TERJUN

Kebanyakan TWH menjadi pilihan utama mereka untuk berkahwin di saat akhir. Jika dalam tempoh 2 minggu tempahan masih ada tarikh kosong, TWh mampu menguruskannya kerana mempunyai vendor yang terbaik dan berkualiti.

TWH juga mempunyai testimoni pelanggan yang melangsungkan perkahwinan saat akhir dan mendapat pujian daripada tetamu dan pelanggan sendiri kerana telah membuat yang terbaik dan mereka semua juga amat berpuas hati.

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

KHAS UNTUK 20 ORANG TERAWAL DENGAN KOD ' BOOKING BLOGGER ' AKAN MENDAPAT REBATE BERNILAI RM500. REBATE INI SAH SEHINGGA MAC 2017 SAHAJA. CEPAT TEMPAH SEKARANG!!!

Untuk maklumat dan tempahan layari


ATAU HUBUNGI TERUS TALIAN 016 562 9394


Reading Time:

Rabu, Februari 08, 2017

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara
Rabu, Februari 08, 2017 8 Comments
Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara. Assalamualaikum.. apa khabar rakan zaza...syukur masih bertemu lagi kita..Oklah kali ini zaza nak bercerita tentang spek mata. Zaza antara yang wajib pakai spek mata kerana mata yang kabur akibat rabun dan power yang tinggi.. jadi tanpa spek mata memang tak lengkap lah aktiviti seharian zaza..

Bulan lalu sempena dengan harijadi zaza yang ke.... semakin tua dah zaza sekarang.. ;p...sempena dengan harijadi zaza tersebut..seseorang telah menghadiahkan spek mata baru..seseorang tu Insyaallah bakal sehidup semati..

Kebetulan pula spek mata zaza pakai sekarang tu tercalar sikit di bahagian cermin..so agak terganggu juga nak melihat memandangkan calar tu dah tak boleh nak hilang..

Yessssss.. dapat juga spek mata baru yang zaza idam-idamkan..spek mata lama digunakan di rumah.. yang terbaru ni khas untuk pergi kerja dan jalan-jalan..

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara

Spek mata zaza yang baru ni di tempah di sebuah kedai spek mata yang baru dibuka iaitu PUSAT OPTIK OPTOMAN OPTEMETRY BANDAR KINRARA.  Berkonsepkan rekaan menggunakan pallate-pallate kayu yang cantik dan tema warna oren yang menarik. PUSAT OPTIK OPTOMAN OPTEMETRY BANDAR KINRARA telah dibuka untuk orang ramai bermula Disember tahun lalu..

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara
Bahagian hadapan kedai Optoman Optometry Bandar Kinrara

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara

Antara sevis-servis yang diberikan adalah seperti Pemeriksaan kesihatan Mata pecuma, Konsultasi, Spek Mata dan juga kanta lekap yang ada dijual.

Layanan mereka juga amat baik. Harga spek mata pun murah mengikut harga di pasaran. 

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara
Meninjau-ninjau spek mata yang menjadi idaman...

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara
Sempena pembukaan tempohari..

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara
Sesi-sesi berbincang mengenai spek yang dipilih

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara
Dua orang pemilik kedai..

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara
Terima ksih En M hadiahkan spek mata baru ni.. ;)

Ini dia spek mata baru zaza..dibayar oleh En M dengan harga RM400++. Memandangkan spek mata zaza ni perlu ditempah..dan zaza pula tak dapat nak ambil..so spek mata ni dihantar secara pos saja..

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara

Buat rakan-rakan zaza yang tinggal berdekatan Bandar Kinrara dan nak cari spek boleh la datang ke

OPTOMAN OPTOMETRY BANDAR KINRARA
NO 47-G JALAN BK 5A/2, BANDAR KINRARA
( Berhadapan tapak Pasar Tani Masjid Al Ehsan, SMK Sek. 4 Bandar Kinrara )


Reading Time:

Khamis, Januari 26, 2017

Jus Buah Delima Baik Untuk Jantung
Khamis, Januari 26, 2017 7 Comments
Jus Buah Delima Baik Untuk Jantung. Rasanya manis. walaupun buahnya agak mahal dijual..tapi ia tetap menjadi pilihan buat pengemar buah delima. Zaza pun antara yang meminati buah ini. Agak susah juga nak mencari. Kalau ada pun kebetulan dijual.

Isinya banyak dan warna merah. Tak puas rasa bila makan sebiji je. Selain dimakan begitu je, buah delima ni sebenarnya sangat baik jika dibuat jus.

Jus Buah Delima Baik Untuk Jantung
Gambar - nutraingredients-usa.com

Buah delima mempunyai 3 kali ganda antioksidan berbanding buah oren dan teh hijau. Kandungan antioksidan seperti 'anthocyanin' dan 'asid ellagic', senyawa seperti asid gallic dan flavonoid seperti quercetin dapat memberikan perlindungan daripada penyakit jantung,diabetis, osteoarhritis dan beberapa kanser lain.

Jom ketahui beberapa kebaikan jus delima kepada tubuh:

1. Amat baik untuk jantung

Jus delima amat baik untuk jantung. Dengan menjaga arteri ( pembuluh darah berdinding tebal yang membawa darah beroksign dari jantung ke jaringan di semua organ ) agar fleksibel dan mencegah peradangan pada lapisan pembuluh darah. Ia menurunkan risiko tersumbat di bahagian dalam arteri yang memberikan kesan terbatasnya aliran darah ke jantung dan otak.

Oleh itu, jus delima mempunyai efek anti aterogenik pada jantung  dengan menekan jumlah kolestrol jahat (LDL ) dalam tubuh sekaligus meningkatkan jumlah kolestrolbaik ( HDL )

Jus Buah Delima Baik Untuk Jantung
Gambar - motherearthliving.com

2. Bantu merawat peranakan

Buat ibu mengandung, ia amat baik kerana sumber besar daripada sejumlah vitamin dan mineral termasuk asid folic di mana ia merupakan elemen penting dari diet prenatal.

Jadi, anti inflamasi yang terdapat dalam jus delima dapat membantu pengaliran darah yang sihat dan yang penting bagi tumbesaran janin.

Kandungan kalium dalam jus delima juga membantu masalah kaki kejang. Sekiranya ibu mengandung mengambilnya secara teratus, ia dapat mengurangkan risiko kelahiran anak premaute atau kelahiran bayi dengan berat badan tidak mencukupi.

3. Merawat dan mengelakkan rambut rosak

Buah delima juga dapat mencegah dan memperbaiki masalah rambut rosak. Pengambilan jus delima secara teratus dapat memperkuatkan folikelrambut sekaligus dapat mencegah rambut rosak dan menjadikan rambut sihat bersinar.

4. Meningkatkan daya ketahanan tubuh

Jus delima bersifar anti bakteria dan anti mikroba di mana ia dapat melawan virus dan bakteria dan merupaya meningkatkan daya ketahanan tubuh.

Jus Buah Delima Baik Untuk Jantung
Gambar - shuterstock

5. Sebagai anti penuaan semulajadi

Jus delima dapat membantu melambatkan proses penuaan dengan mengurangkan garis halus pada wajah yang disebabkan oleh sinaran UV.

Buah delima merah sangat baik untuk mebantu mempertahankan regenarasi sel-sel kulit dan mencegah berlakunya hyper pigmentasi dan terjadinya bintik-bintik hitam.

Jus delima amat sesuai untuk semua jenis kulit. Ia juga dapat merawat masalah kulit kering. Jus delima juga dapat mengawal minyak dan juga jerawat. Penerapan jus delima merah pada kulit berminyak pula dapat mencegah pecahnya jerawat dan mengawal pengeluaran sebum.

sumber-wom.my

Banyak sebenarnya kebaikan mengamalkan jus buah delima ni. Kat kedai-ledai produk kesihatan pun banyak dijual.

Bolehlah amalkan berterusan. Semoga kesihatan bertambah baik.Insyaallah dengan IzinNYA.


Reading Time:

Khamis, Januari 05, 2017

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat
Khamis, Januari 05, 2017 4 Comments
Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat. Assalamualaikum. Zaza tengok ramai dikalangan rakan zaza mengalami masalah jerawat dan parut dimuka. Zaza pun dulu pernah alami keadaan yang sama. Sangat teruk..kejap muka berjerawat pasir sekejap berjerawat batu sehingga meninggalkan parut coklat kemerahan. Akhirnya zaza cuba pakai serum muka. dari pakai serum itulah yang buatkan kulit zaza dah bersih, parut dah tiada, jerawat pun dah pulih.

So untuk rakan-rakan zaza yang masih gagal merawat masalah tersebut, ada satu lagi produk Serum Muka yang dapat mengatasinya.Insyaallah

Produk serum tersebut adalah AVERA ACNE SERUM. Agak unik kerana didatangkan dalam bentuk roller.

Jom baca lagi kisah lanjut tentang AVERA ACNE SERUM ni..

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat
Avera Acne Serum dalam bentuk roller mudah digunakan


Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat
Packaging kotak yang cantik sesuai dijadikan hadiah juga..


AVERA ACNE SERUM


AVERA ACNE SERUM dihasilkan dari Argan Oil, Witch Hazel, Aloe Vera dan Mulberry Extract.
Berikut adalah fungsi setiap bahan yang digunakan :

Argan Oil
- Merawat dan membaiki tekstur kulit wajah dan memudarkan parut

Witch Hazel
- Mengurangkan bengkak dan keradangan pada kulit
- Mengurangi jumlah bakteria pada wajah dan pori-pori
- Meredakan kulit yang sedang merah dan bengkak kerana jerawat,
                     - Mengurangi jerawat atau menghentikan jerawa
- Membantu mengecilkan pori-pori wajah dan sesuai untuk kulit sensitif

Aloe Vera
- Membantu menghilangkan kotoran pada wajah,
- Mencerahkan wajah secara semulajadi
- Bertindak sebagai pelembab semulajadi
- Memudarkan kesan parut jerawat dan mengatasi kulit kering dan berminyak

Mulberry Extract
- Mengandungi Vitamin C sebagai antioksidan
- Menjaga kulit dari serangan radikal bebas yang berbahaya
- Mengatasi bintik hitam dan garis halus pada wajah
- Mengandungi Vitamin A, mencerahkan kulit dan sekatakan tona wajah


Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

3 SEBAB KENAPA PERLU MENGGUNAKAN AVERA ACNE SERUM NI..

1. Kerana Avera Acne Serum ini dihasilkan dengan 90% dari bahan yang kaya dengan antioksidan
2. Dihasilkan dan diformulasikan untuk kegunaan segala jenis kulit muka yang bermasalah berjerawat
3. Khas untuk rawatan dan kembali pulih dari kesan penggunaan produk yang mengandungi
    hydrokuinon dan merkuri


KELEBIHAN BAHAN ANTI OKSIDAN TINGGI PADA KULIT WAJAH

Antioksidan yang tinggi dapat amat baik kerana ia dapat :

- Menghapuskan jerawat
- Sebagai Anti radang
- Menganjalkan kulit dan meningkatkan kolagen
- Mengurangkan kedutan pada kulit muka
- Menghilangkan parut
- Menghalang kerosakan kulit akibat sinar matahari

TESTIMONI PENGGUNA

Berikut adalah testimoni pengguna yang telah menggunakan AVERA ACNE SERUM secara konsisten..telah banyak feedback positif dari pengguna setelah memakai serum ini.

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

Dan banyak lagi testimoni lain yang anda boleh lihat di sini >>> https://www.facebook.com/averajelita/


MASALAH KULIT YANG BAGAIMANA SESUAI GUNAKAN AVERA ACNE SERUM NI..

Ia dihasilkan dan diformulaksikan khas buat anda yang sedang mengalami masalah kulit seperti

- Kulit berminyak
- Kulit berjerawat begkak dan bernanah
- Kulit kemerahan ( Hypersensitive Skin )
- Mereka yang pernah menggunakan produk Hydrokuinon dan merkuri
kerana lapisan Asid Matel kulit telah terhakis( kulit sudah nipis )


PRODUK INI TELAH LULUS KKM DAN SELAMAT DIGUNAKAN

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

CARA PAKAI AVERA ACNE SERUM

Cara pakainya sangat mudah.  Hanya sapu dibahagian parut dan jerawat dengan pergerakan membulat. Lakukan secara rutin tiga kali sehari.

** Kandungan antioksidan yang tinggi membantu untuk menghasilkan sel kulit baru dan sihat.

TIADA KESAN SAMPINGAN

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

Zaza pun masih baru lagi menggunakan produk ini. Amat serasi dengan zaza. Rasa kulit lebih bermaya. Bagaimanapun produk ini juga bergantung pada kulit seseorang.

ADA MASALAH JERAWAT DAN PARUT............?

DEGIL
MEMALUKAN
TIADA KEYAKINAN DIRI
BERNANAH
PARUT HITAM
JERAWAT KRONIK 
JERAWAT BATU....

NAK CUBA DAN RASAI SENDIRI PERUBAHAN PADA KULIT?

Jom dapatkan segera AVERA ACNE SERUM dengan harga MAMPU MILIK

UNTUK PEMBELIAN HUBUNGI

WhatsApp : 017 924 5937 / +60 11 1091 1745
Facebook : Avera Beauty
Instagram : avera_hq


AVERA ACNE SERUM
ROLL ROLL TERUIH SEGAK JELITA
ROLL SIKIT JER SAMPAI LICIN
ROLL SAMPAI LICIN TAU !


Reading Time:

Ahad, Januari 01, 2017

Testimoni V Asia Advance White Dalam  Metro Jan 2017
Ahad, Januari 01, 20171 Comments
V Asia Advance White. Assalamualaikum.. Sudah tentunya ramai rakan zaza dah tahu zaza mengamalkan minum V Asia Advance White untuk tujuan membaiki kulit zaza yang kusam dan gelap. Berkat mengamalkan minuman V Asia Advance White ni la berjaya buatkan kulit zaza lebih berseri dan sedikit cerah..

Alhamdulillah.. hasil perkongsian zaza setahun lalu mengenai V Asia Advance White ni..pihak V Asia telah menghubungi zaza untuk mendapatkan kebenaran menggunakan gambar zaza sebagai testimoni di laman sosial dan juga surat khabar.

V Asia Advance White

V Asia Advance White

Hari ni zaza diberitahu oleh rakan facebook zaza tentang tersiar gambar zaza di ruangan iklan V Asia Advance White di dalam Surat Khabar METRO.. dalam entri ni..zaza tak nak tulis banyak..nak tahu tentang produk ni... 

BACA KISAH ZAZA BERSAMA V ASIA ADVANCE WHITE >> KLIK


Sekian.. ;)
Reading Time:

Ahad, Disember 11, 2016

Chia Seed Bijian Kaya Nutrien Baik Untuk Jantung
Ahad, Disember 11, 2016 4 Comments
Chia Seed Bijian Kaya Nutrien Baik Untuk Jantung. Assalamualaikum. Rata-rata di laman sosial banyak zaza nampak perkongsian tentang Chia Seed @ Biji Chia. Tertarik untuk membaca dan berkongsi juga mengenai Chia Seed ni. 

Chia Seed berasal dari pokok Mexican. Ia berada didalam keluarga pudina. Chia Seed dapat mengenyangkan perut dan mengimbangkan kandungan gula dalam darah. Malah Chia Seed juga kaya dengan kandungan mineral dan antioksidan.

Chia Seed juga kaya dengan nutrien. Ia mengandungi asid lemak penting iaitu Omega-3 yang baik untuk kesihatan jantung dan sendi. Malah mampu meningkatkan kebolehan memori.

Chia Seed Bijian Kaya Nutrien Baik Untuk Jantung

Chia Seed turut mempunyai fiber yang tinggi. Selain dari itu, Chia Seed kaya juga dengan potasium,kalsium dan juga zat besi.

Bagaimana mengambil Chia Seed ini

Cara 1

Ia boleh dimakan secara mentah. Rasanya seperti mengunyah kekacang

Chia Seed Bijian Kaya Nutrien Baik Untuk Jantung


Cara 2

Masukkan satu sudu besar Chia seed ke dalam jus minuman dan goncangkan. Kemudian baru minum

Cara 3

Boleh campurkan Chia seed ke dalam masakan, puding, kek dan oatmeal

Chia Seed Bijian Kaya Nutrien Baik Untuk Jantung

Disarankan mengambil Chia seed kurang dari tiga sudu besar sehari. Oh ye, pemgambilan Chia seed yang terlalu banyak boleh menurunkan tekanan darah dengan banyak dan mendadak. Jadi makanlah mengikut saranan yang di syorkan sahaja. Sumber Majalah Rapi


Reading Time:

Khamis, Disember 01, 2016

Ameena KSK III Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata
Khamis, Disember 01, 2016 4 Comments
Ameena KSK III Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata. Assalamualaikum dan hai kawan-kawan zaza..apa khabar semua? Sihat? Semoga semuanya sihat dan ceria selalu.

Zaza tahu banyak di kalangan kawan zaza ni alami lebam bawah mata. Memang ia mencacatkan penampilan seseorang. Stress kan rasa. Kadang tu nak guna petua orang dulu rasa malas. Yela nak kena itu ini. Tercari-cari jugalah cara mudah. Akhirnya kan..zaza dah jumpa satu produk baru khusus untuk menghilangkan lebam-lebam dan lingkaran gelap bawah mata tu.

Produk baru ni adalah AMEENA KSK III ENERGY CRYSTAL SKIN ACTIVATOR. Tapi sebelum tu kan zaza nak ceritakan kenapa lebam bawah mata terjadi. Apa puncanya yang sebenar?

6 PUNCA TERJADI LEBAM BAWAH MATA

1. Ia adalah disebabkan keturunan. Untuk pengetahuan semua, Tahap tebal nipis kulit (periorbital skin) di sekitar mata pada setiap orang adalah berbeza dan ini selalunya bergantung kepada genetik atau keturunan. Semakin nipis kulit bawah mata seseorang itu, semakin jelas lebam bawah matanya walaupun cuma sedikit keletihan atau sedikit kurang tidur.

2. Stress / Kurang Tidur dan Keletihan- Bila kita tertekan, kurang tidur atau keletihan, darah kita akan terarah kepada organ-organ utama badan yang memerlukan lebih darah (mengawal stress) berbanding bahagian muka yang nampak sedikit pucat.

3. Mata yang bekerja lebih keras iaitu - Mata bekerja lebih keras sehingga pembuluh-pembuluh darah di sekitar mata juga lebih aktif dan terlihat sebagai bayang-bayang hitam di bawah kulit mata. Perbezaan ketara kandungan darah inilah yang menyebabkan lebam bawah mata kelihatan begitu ketara.

4. Faktor pertambahan Usia dan Penuaan- Semakin bertambah usia, semakin kulit kehilangan kolagen dan keanjalan. Kulit di bahagian bawah mata menjadi lebih nipis dan memudahkan bayang-bayang gelap nampak lebih ketara tidak kira samada sudah cukup tidur atau mata segar dan tidak mengalami keletihan pun.

5. Alergik atau alahan - Alergik atau alahan yang menyebabkan mata gatal menjadikan kita cenderung untuk menggosok mata. Hal ini boleh meningkatkan tekanan pada kulit dan membuatkan darah memenuhi pembuluh darah di bawah mata, dan menyebabkan lebam bawah mata senang terlihat.

6. Kekurangan zat besi atau mengalami Anemia- Lebam bawah mata juga boleh menjadi petanda anda mengalami kekurangan zat besi atau anemia. Mereka yang mempunyai masalah kekurangan zat besi di dalam darah, menyebabkan hemoglobin dan sel darah merah yang membawa oksigen kepada sel-sel badan akan senang terurai dan membuatkan lingkaran bawah mata kelihatan lebih gelap atau lebam.

PETUA ORANG LAMA ZAMAN DULU KALA UNTUK MENGHILANGAN LEBAM BAWAH MATA ADALAH :

1. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup.
2. Amalkan pemakanan sihat seperti pengambilan sayur dan buah-buahan
3. Memperbanyakkan minum air kosong sebab ia dapat mengawal kelembapan kulit
4. Menggunakan ais, timun dan uncang teh

Bagaimanpun tip ini adakala tidak berhasil. Jadi tip mudah adalah menggunakan produk jenis BIOMIST seperti AMEENA KSK III ENERGY CRYSTAL SKIN ACTIVATOR

Ameena KSK III Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

AMEENA KSK III ENERGY CRYSTAL SKIN ACTIVATOR

Korang alami masalah-masalah lebam bawah mata? Ni dia AMEENA KSK III ENERGY CRYSTAL SKIN ACTIVATOR yang dicipta khas untuk merawat masalah tersebut. Produk ini adalah ciptaan Inovasi baru teknologi KSK III terkini dari Jepun. Ia mempunyai kandungan bahan semulajadi. Amat sesuai digunakan oleh wanita dan juga lelaki.

Apa yang bestnya produk AMEENA KSK III ENERGY CRYSTAL SKIN ACTIVATOR?

Produk ini dapat membantu meningkatkan aliran darah ke daerah lingkaran mata dan menebalkan kulit di bawah mata sekaligus dapat mengurangkan bayangan mata yang nampak jelas.

FUNGSI DAN KEBAIKKAN
AMEENA KSK III ENERGY CRYSTAL
SKIN ACTIVATOR

Ia membantu menegangkan kawasan sekeliling mata
Menghilangkan bulatan hitam di bawah mata
Dapat melembab dan mengurangkan kesam lebam kulit di sekeliling mata
Ia dapat menengangkan kawasan kulit bawah mata
Mengurangkan rasa letih pada kulit bawah mata
Dapat menjadikan kulit mata lebih segar dan sihat
Dapat menghilangkan garis-garis  kulit bawah menjadikan ia licin dan halus sekitar mata

Cara pakainya cukup mudah. Hanya picit sedikit ke tapak tangan dan sapu di bahagaian bawah mata. urut perlahan dan biarkan ia meresap.

Ameena KSK III Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Ameena KSK III Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

AMEENA KSK III ENERGY CRYSTAL SKIN ACTIVATOR ini juga bebas dari sebarang bahan kimia berbahaya. Ia juga HALAL dan SELAMAT digunakan. Produk istimewa ini juga telah mendapat kelulusan KKM ( No kelulusan NOT KKM 151205676K )

Ameena KSK III Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata
Pihak AMEENA sendiri telah ke Jepun bagi menghasilkan produk AMEENA KSK III

Ameena KSK III Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Zaza pun masih lagi mencuba produk ini. Buat kawan-kawan zaza dan sesiapa sahaja nak cuba sendiri produk ni..boleh la terus membuat pembelian di 

Instagram : @ameena_khk
Tel : 019 508 1433 ( Eyda )

HARGA : RM150.00  ( WM )
RM160.00 ( EM )

#ameena #lebambawahmata #lebammata
#ubatmatalebam #misiterusjalan


Reading Time: