Langkau ke kandungan utama

SOCIAL MEDIA

Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan


Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Baru je zaza lepas makan siput sedut masak lemak cili api hasil abah dan mak tangkap dekat parit di kampung baru-baru ni. Kebetulan pula ternampak perkongsian dari ( kredit Fienaz Shafie ) berkongsi Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api caranya. Jom kita cuba masak!

Bahan-bahan

1 kg Siput Sedut
2 kotak santan
2 biji kunyit hidup (size kecil)
8-10 biji cili padi
2 batang serai (diketuk)
Halia 1 inci
300ml santan cair
1 cawan air
1 keping Asam Keping
Garam & Gula secukup rasa
1 helai Daun Kunyit (size besar)
*Kalau tak mahu tumis letak minyak pun boleh ikut citarasa masing-masing

Untuk cara memasak, korang boleh tonton video yang Fienaz kongsi di  facebooknya



Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Jumaat, Januari 12, 2024


Resepi Kacang Buncis Sambal Tumis

Malam-malam ni terliur pula bila ternampak Resepi Kacang Buncis Sambal Tumis ni. Makan nasi panas ditambah dengan ikan masin memang cukup menyelerakan.

Jom kita cuba resepi dibawah ini

RESEPI KACANG BUNCIS SAMBAL TUMIS

Bahan-Bahan
1/2kg kacang buncis potong serong
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit belacan
segenggam ikan bilis
3 sudu cili kisar
garam dan aji
sedikit gula

Cara Memasak 
1. Tumbuk bahan-bahan bertanda (*)
2. Panaskan minyak.. masukkan ikan bilis.. goreng sekejap jangan sampai garing..
3. Masukkan bahan tumbuk..tumiskan hingga kekuningan..
4. Masukkan pula cili kisar.. tumis hingga naik bau..
5. Masukkan kacang buncis.. garam.. aji dan gula secukup rasa..
6. Bila kacang dah agak lembut.. tutup api
sedia untuk dihidang.

Kredit kepada pemilik dan juga perkongsian dari facebook Resepi Enak



Resepi Kacang Buncis Sambal Tumis




Resepi Patin Tempoyak Original Pahang

****

Assalamualaikum dan hi..kalau ke Temerloh apa yang korang akan bayangkan? Tentu nya teringat akan makanannya yang paling popular iaitu Ikan Patin Masak Tempoyak kan..zaza pun antara pengemar masakan ikan patin tempoyak..paling suka bila dapat hirup kuahnya..memang boleh licin mangkuk.

Antara kedai patin tempoyak yang sedap di Temerloh yang terletak berhampiran dengan sungai tu..Orang Temerloh dan Pahang mesti tahu kan..kalau orang luar, boleh je google insyaallah jumpa la tempatnya..

Tapi macam zaza lah, kalau nak masak sendiri memang tak terbuat.. setakat kalau zaza nak makan baik beli je hehe..

Tapi mungkin ada dikalangan korang yang nak cuba belajar masak Patin Tempoyak ni boleh cuba Resepi Patin Tempoyak Original Pahang yang dikongsi oleh Suraya Yaacob.

Resepi Patin Tempoyak Original Pahang
Foto dan Resepi  Kredit : Suraya Yaacob
( Minta halal ya untuk zaza share resepi ini kepada pembaca blog ini )

Resepi Patin Tempoyak Original Pahang

Bahan - Bahan dan cara masak :

10 ulas cili padi merah
1 inci kunyit hidup
*Tumbuk dalam lesung batu sampai lumat

3 sudu tempoyak dimasukkan dan gaul rata
Kemudian masukkan ke dalam periuk

Tambah air dan didihkan di atas dapur

Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa
Masukkan ikan dan tunggu sampai didih

Setelah mendidih, masukkan daun kesum dan bunga kantan

Siap dan boleh lah dimakan bersama keluarga tersayang..


Mudah je rupanya kan nak masak ikan patin tempoyak original pahang ni..bahannya pun mudah sangat nak dapat. Ok selepas ni ni boleh la kita sama-sama belajar masak..oh ya zaza patin tempoyak ni mau bertambah-tambah makan nasi..

Oklah selamat mencuba!




Resepi Patin Tempoyak Original Pahang

 

Resepi Rendang Kerang. Assalamualaikum. Tiba-tiba je teringin nak makan rendang kerang. Dulu masa raya, zaza ingat lagi kakak zaza ada buat rendang kerang. Sekali rasa makan dengan nasi impit, Ya Allah, memang sedap sangat-sangat. Kakak zaza ni memang pandai masak macam-macam. Tak macam zaza kurang pandai sikit masak.

Btw, zaza ada terjumpa resepi rendang kerang ni. Boleh lah sesiapa nak belajar masak guna resepi ni.

  • Bawang besaq 2 biji
  • Bawang putih 2 biji
  • Lengkuas besar ibu jari
  • Kunyit hidup 3 ibu jari
  • Serai
  • Halia besar ibu jari
  • Cabai kering ajak-agak je berapa ( jika nak kena letak banyak )

1. Blender semua bahan dan tumis sampai pecah minyak. Letak asam keping

2. Kalau rasa asam keping tak berapa masam, letak air asam jawa

3. Dah mendidih dan pecah minyak letak kerisik 1 sudu besar

4. Agak-agak kerisik dah sebati, masukkan santan. Biar api perlahan. Sentiasa kacau.

5. Dah pecah minyak masuk isi kerang dengan daun kunyit..

6. Masukkan garam. Siap

Resepi Rendang Kerang

Kredit Sumber Noor Ashila 



Resepi Rendang Kerang


Sekali tengok nampak macam sedap je kan Dessert Panacota Buah Buahan ni. Macam dessert yang biasa hidang dekat hotel tu. Zaza nak share resepi buat guna resepi dari siapa lagi kalau bukan baker famous, Azlina Ina. 

Resepi Panacota Buah Buahan

BahanBahan

250 ml susu full cream
350g whipping cream
80g gula custor
135g yogurt asli
1sb gelatin +1/4 air panas (bancuh gelatin)
1tsp esen vanila
Secubit garam

Cara Masak

1. Masak atas dapur susu dan gula. Sampai gula larut
2. Masukkan whiping,esen, garam dan geletin. Masak sekejap je
3. Dalam mangkuk lain satukan adunan masak tadi dengan yogurt
4. Tuang dalam bekas cantik. Sejukkan 5 jam dan sedia untuk dihidang atau dijual
*atas dia tu filling buah + gelatin 1sb, larut kan dalam 1/4 air panas.  Tuang dalam filling lebih kurang 1 mangkuk dan tuang atas panacota tadi

Sumber Resepi : Azlina Ina


Resepi Dessert Panacota Buah Buahan


Resepi Dessert Panacota Buah Buahan


Hello!

I'm zaza iman, blogging since 2012. like photography, sometime i read book, sometime i like travel..masih menulis blog cuma kadangkala jiwa menulis itu telah menjauh ~ jan 2024 ~ for any collaboration can emel me here : zazaiman17@yahoo.com , thanks.

view this blog!