Zaza Iman: PERCUTIAN



Memaparkan catatan dengan label PERCUTIAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERCUTIAN. Papar semua catatan

Rabu, Februari 20, 2019

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong
Rabu, Februari 20, 2019 13 Comments

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong. Assalamualaikum. Sudah lama juga zaza tak berjalan dengan family...tak merancang pun sebenarnya.. tiba-tiba anak buah mesej beritahu ayah long ( abang zaza ) ajak ke Bukit Tinggi ni..masa tu jam 12 tengahari..so apa lagi kan bersiap-siap lah sementara nak tunggu abang datang ambil zaza dengan family lain kat rumah.

Perjalanan ambil masa hampir 2 jam juga. Memang sudah lama teringin nak ke sini..tambahan pula kawasan dikelilingi hutan..zaza memang suka view macam ni..

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong
Suasana di Japanese Village

Colmar Tropicale French Village

Masa sampai ni, zaza pergi kat Colmar Tropicale dulu.. memang ramai gila orang dan macam biasalah zaza tak lepaskan peluang ambil gambar banyak-banyak. Tapi banyak gambar zaza je..gambar pemandangan sampai lupa nak ambil.. haha

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong

Colmar Tropicale French Village ni dibuka oleh Berjaya Hills Resort. Nak sampai tu memang jalan pun berbelit-belit tapi smooth je..

Colmar Tropicale ni macam kampung juga bertemakan gaya Perancis. Diilhamkan dari Colmar Village Alsace iaitu sebuah perkampungan perancis yang memiliki bangunan tinggalan zaman Renaissance.
Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong
Banyak sebenarnya aktiviti menarik kat sini tapi zaza tak sempat nak teroka banyak memandangkan zaza dan sekeluarga pergi balik hari je..

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong

Dalam 2 jam je kat situ.. tapi kat situ kalau nak bermalam pun boleh.. memang rasa seronok je..

Bayaran masuk kat sini untuk dewasa ( RM 16 ) dan kanak-kanak ( RM 8 )

Japanese Village

Seterusnya zaza ke Japanese Village..memang letih juga berjalan kaki nak naik ke sana. Tapi berbaloi lah sebab dapat tengok view hutan yang memang cantik sangat.


Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong
Jalan nak naik ke Japanese Village..agak jauh sikit kena berjalan kaki 

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong
Lega dah sampai..ambil gambar dulu

Japanese Village ni dia sebuah perkampungan dengan konsep ala taman Jepun. Dekat sini ada beberapa tempat boleh singgah seperti Botanical Garden, Tatami Spa, Japanese Tea House, Ume Tatami Suite dan Ryo Zan Tei Restaurant.

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong
Macam zaza kata tadi..syok sangat ambil gambar sendiri sampai lupa nak shoot view sekeliling..rasa rugi pula tak dapat nak share view kat sana..

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong
Anak siapa la ni...

Bukit Tinggi Japanese Village & Colmar Tropicale Bentong
View kat sini cantik sangat..macam lukisan pula tengok..sorry gambar tak sharp sebab anak buah yang shoot...

Seorang arkitek Jepun iaitu Kaio Ariizumi yang mengilhamkan Japanese Village ni.. Korang yang suka kan keindahan alam yang menghijau mesti kena singgah datang tau untuk tengok view.. kat sini pun rasa sejuk-sejuk dan nyaman sangat..zaza rasa macam nak terus je duduk situ.. ada kolam ikan dan beberapa spesis ikan, rumah kimono rental house dan lain-lain.

Banyak lagi view yang zaza tak shoot..rasa rugi la pulak..tapi tak apa lah korang boleh tengok je kat internet banyak yang orang lain share..

Next time boleh la datang lagi.. banyak lagi tempat belum berkesempatan nak singgah sebab masa terhad..


Reading Time:

Khamis, Januari 03, 2019

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan
Khamis, Januari 03, 2019 11 Comments

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan. Assalamualaikum..jika berjalan-jalan ke mana-mana destinasi mesti kita mencari-cari tempat makan yang best..sesekali perut nak makan juga makanan lain selain dari nasi. So jom apa kata singgah makan murtabak di Murtabak Mengkasar yang famous ini di Kuantan.

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan

Ini adalah pertama kali zaza jejakkan kaki dekat Murtabak Mengkasar yang terletak di Bukit Sekilau ini.

Murtabak Mengkasar telah pun memulakan operasinya sejak 17 tahun yang lalu...tidak hairan lah bila ramai yang singgah makan dekat sini kerana kesedapannya. Ia juga antara tempat makan murtabak terkenal di Pahang.

Ramuan untuk menghasilkan murtabak ini juga diturunkan oleh tukang masak Sultan Pahang dan ia juga menjadi makanan bagi kerabat Diraja Pahang.

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan

Di sini, terdapat beberapa jenis murtabak iaitu murtabak biasa, murtabak daging special, murtabak ayam special, murtabak ayam biasa dan daging biasa.

Sempat zaza menikmati beberapa jenis murtabak yang ada. zaza akui rasanya memang sedap..isinya yang tebal dan besar.  Murtabak dekat sini dijual dari harga bermula RM8 sehingga RM12.  Setiap murtabak saiz memang besar dan boleh dimakan oleh 2 orang untuk sekeping murtabak tu. Kira puas lah makan..zaza pun dapat makan dua tiga ketul murtabak yang dah dipotong pun rasa kenyang tau.. 

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan

Selain dari murtabak, ada juga makanan lain seperti roti telur, roti canai, roti planta, roti bawang dan juga roti boom.

Murtabak Mengkasar juga turut menyediakan murtabak sejuk beku. Seiring dengan nama nya yang kini semakin dikenali, Murtabak mengkasar turut menempa nama sehingga ke pasaran di Jeddah. Menurut pemiliknya iaitu Tuan Haji Din, Murtabak sejuk beku di sudah lama ada dari kecil-kecilan kini mempunyai packing yang lebih menarik. Selain itu, terdapat  juga respon dari pelanggannya yang pernah membawa murtabak ni ke luar negara, pelanggan tersebut mendapati murtabak sejuk bekunya tahan lama.

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan
Beramah mesra dengan pemilik iaitu Tuan Haji Din ( berbaju biru kopiah putih )

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan
Murtabak Sejuk Beku

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan

Sebelum pulang, zaza tak lepaskan peluang untuk mendapatkan satu murtabak sejuk beku iaitu murtabak ayam...balik rumah dan keesokannya terus masak untuk sarapan pagi bersama keluarga. Zaza masak guna kuali je dengan sedikit minyak. Nak masak guna oven dan microwave pun boleh juga. Bakar dalam masa 10 minit. Disertakan sekali dengan bawang jeruk. Memang berselera kalau makan.

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan

Bagi zaza memang puas sangat dapat rasa makan Murtabak Mengkasar ni. Isinya yang lembut dan banyak. Selain tu setiap murtabak nya ada rasa berbeza-beza sikit..kalau datang ke kuantan lagi boleh lah singgah dan repeat lagi..

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan

Murtabak Mengkasar : Tempat Makan Murtabak Yang Famous Di Kuantan

Kepada warga kuantan atau sesiapa je yang teringin merasai sendiri kesedapan Murtabak Mengkasar ni, boleh lah mengunjungi di alamat :

Murtabak Mengkasar
Pusat Jaja UiTM, Jalan Bukit Sekilau, 26060 Kuantan Pahang
Telefon : 012 963 0448
Waktu Operasi : 3 petang sehingga 1 pagi


Reading Time:

Isnin, Disember 31, 2018

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan
Isnin, Disember 31, 2018 7 Comments

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan. Assalamualaikum..Semalam masa ke Kuantan sempat juga zaza singgah menikmati makan tengahari dengan menu istimewa di Restoran Bummbu Nasi Singgey, Kuantan. Restoran yang baru memulakan operasinya pada 5 Ogos 2018 yang lalu. Agak menarik kerana di restoran ini menyediakan menu kuah singgang. Kalau sebut singgang kan, ia adalah menu kegemaran mak zaza tau.

Dekat restoran ini juga menggunakan meja dan kerusi menggunakan pallet kayu..serta hiasan lukisan yang terletak di dinding.

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan

Sebaik je menjejak masuk, seperti biasa diberi senarai menu untuk dipilih. Kalau zaza mestilah makanan berasaskan ayam menjadi pilihan.

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan

RESTORAN BUMMBU NASI SINGGEY

Bummbu diambil namanya dari perkataan rempah atau perencah dalam bahasa jawa. Manakala Singgey bermaksud singgang ( singgey sebutan dalam loghat kelantan )

Menu utama dalah nasi dan singgang. Singgang pula terdapat beberapa jenis iaitu Singgang Ikan dan Singgang Daging.

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan
Pemilik Restoran Bummbu Nasi Singgey

Ada beberapa menu yang telah zaza cuba antaranya Bummbu Plate. Dalam Bummbu Plate ni ada Ayam Plate, Daging Plate dan Kambing Plate. Harga dari RM13.50 hingga RM17.50. Memang berbaloi sebab ada roti, kentang dan salad.

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan
Ayam Plate menjadi pilihan zaza..

Zaza juga turut merasai menu utama iaitu nasi, singgang ikan dan singgang daging. Bagi singgang, rasanya sedap dan berbeza sedikit rasa kuahnya dari kebiasaan yang zaza masak..kalau bawa mak abah makan kat sini mesti boleh licin rasa hirup kuahnya..

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan
Singgang Daging

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan
Singgang Ikan Tongkol

Tak lupa juga, zaza turut merasai menu hidangan lain yang disediakan seperti Kepok Cheezy ,Chicken Ball, Tuna Sandwish dan Lempeng Nyior. Kepok Cheezy dia zaza suka..tak ada tulang-tulang pun..biasa sesetengah kepok macam ada tulang-tulang sikit. Harga hidangan ini bermula dari RM2.50 hingga RM6.00. Memang berbaloi lah harganya.

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan
Chicken Ball

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan
Kepok Cheezy


Ini pula hidangan Bummbu Set. Dalam Bummbu Set ini ada beberapa pilihan antanya :

SET A
Ayam Bakar  + Air Sirap/Teh O Beng

SET B
Daging Bakar + Air Sirap/Teh O Beng

SET C
Kambing Bakar  + Air Sirap/Teh O Beng

SET D
Ikan Bakar  + Air Sirap/Teh O Beng

SET E
Lemak Bakar  + Air Sirap/Teh O Beng

SET F
Singgang Daging  + Air Sirap/Teh O Beng

SET G
Singgang Ikan  + Air Sirap/Teh O Beng

Setiap set yang dijual bermula dengan harga dari RM6.50 hingga RM11.00 je..

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan
Hidangan Set

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan
Daging Bakar

Paling zaza suka daging bakar ni..sampai teringat-ingat kesedapannya..rasa yang enak dan lembut. Memang nak kena repeat lagi lah makan daging bakar ni..

Bagi minuman pula, beberapa pilihan yang ada seperti Bummbu Blend iaitu Milo Bummbu Blend, Kopi Bummbu Blend dan Jagung Bummbu Blend. harga hanya RM4.50 je. Dalam minuman Bummbu Blend ni ada sedikit diletakkan aiskrim.

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan
Bummbu Blend

Oh ya..nak tahu tak..inilah satu-satunya restoran yang menawarkan minuman air sirap dan teh O beng hanya 0.50 sen je tau secawan. Sangat-sangat berbaloi jika nak singgah makan kat sini.

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan
Air Sirap dan Teh O Beng hanya 0.50 sen je...

Untuk memenuhi selera citarasa pelanggan, Restoran Bummbu Nasi Singgey ini juga turut menyediakan beberapa menu western.


Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan

Restoran Bummbu Nasi Singgey ni bagi zaza terletak di lokasi yang strategik juga kerana berhampiran je dengan Mr DIY dan Kedai Eco RM2 Batu 3, Kuantan.

Restoran ini dibuka dari jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Setelah selesai menikmati dan menuju ke tempat lain, zaza dan juga rakan sempat merakam kenangan bersama pemilik restoran ini..

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan

Bagi yang ingin merasa masakan singgang dan menu-menu yang zaza share ni, boleh datang ke sini. Sebarang info lanjut boleh mengikuti mereka di :



Reading Time:

Rabu, Jun 06, 2018

Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan
Rabu, Jun 06, 2018 7 Comments
Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan. Hai all..baru-baru ini masa zaza menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim, zaza telah menginap di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang.

Ancasa Royale Hotel ni telah ditubuhkan sejak 2014 lagi. Hotel ini merupakan sebuah dari Ancasa Hotels dan Resort dan ia adalah rangkaian hotel milik UDA Holding Berhad ( UDA ).

Selain di Pekan, hotel ini turut terdapat di Kuala Lumpur, Kuala Terengganu dan Seremban. Antaranya Ancasa Hotel & Spa dan Ancasa Express@Pudu yang terletak di Kuala Lumpur, Ancasa Residemces Port Dickson, Kuala Terengganu Golf Resort ( KTGR ) dan Ancasa Royale Pekan Pahang.

Zaza menginap di hotel ini selama 2 hari 1 malam. Hotel Ancasa Royale Pekan ini mempunyai 7 tingkat dan merupakan Hotel 4 Bintang yang terletak di Kampung Peramu, Jalan Pekan. Jadi kalau nak ke bandar kuantan tu kira-kira dalam setengah jam juga..

Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan

Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan

Hotel ini menawarkan bilik sebanyak 133 bilik yang terdiri daripada 22 unit Deluxe Premier Single, 103 unit Deluxe Premier Twin, 2 unit Family Suite, 4 unit Junior Suite, 1unit Suite Eksekutif dan 1 unit Premier Suite.

Macam zaza menginap di bilik jenis Deluxe  Premier Twin..sebab zaza datang ke hotel ni bersama lagi seorang rakan..bilik yang luas dan cukup selesa dengan rekabentuk yang kontemporari.

Harga untuk bilik bermula dari RM199..dan harga untuk sekali breakfast bermula RM230.

Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan
Deluxe Premier Twin

Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan

Bilik yang zaza dapat ni menghadap pemandangan kolam dan juga sungai. Di bilik ini juga turut dilengkapi sebuah TV LED 39 inci..tapi zaza terlupa nak shoot gambar ruang tv..mehmeh..sorry

Mempunyai bilik mandi yang luas..ada tab mandi..keadaan bili mandi pun begitu bersih..terdapat juga kemudahan lain yang disediakan antaranya iron, wifi, peti ais mini, pemanas air, Hair Dryer, Bathrobe dan kit menjahit.

Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan

Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan
Pemandangan kolam dan juga taman permainan untuk anak-anak bermain..

Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan

Bagi sesiapa yang ingin menginap di Ancasa Royale Hotel Pekan ini boleh la menghubungi di talian tertera di bawah :

Alamat : Ancasa Royale Pekan, Pahang, No 2670,
 Kampung Peramu, Jalan Pekan-Kuantan
Telefon : +609-424 6600
Faks : +609-424 6700
Email : ar.reservation@ancasahotels.com


Reading Time: