Zaza Iman : PELANCONGAN
Memaparkan catatan dengan label PELANCONGAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PELANCONGAN. Papar semua catatan

Isnin, April 23, 2018

6 Destinasi Eko Pelancongan Untuk Dikunjungi
Isnin, April 23, 2018 10 Comments
Negara kita Malaysia memang banyak tempat alam semulajadi yang cantik dan mempunyai pelbagai spesis hidupan.. zaza sendiri pun jika berpeluang memang ingin juga merasai dan melihat sendiri keindahan alam yang menghijau..

Bagi yang nak masuk kawasan eko pelancongan, pastikan membuat beberapa persediaan terlebih dahulu..So zaza nak share beberapa destinasi eko pelancongan yang boleh dikunjungi... ada juga tempat yang zaza tak pernah dengar..

1. Lembah Danum, Sabah

Lembah Danum di Sabah banyak menyimpan khazanah hidupan liar seperti orang utan, rusa, kucing hutan, harimau, gajah dan banyak lagi.. Bagi yang ingin menjejakkan kaki ke sini, perlulah menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Di Lembah Danum ini, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti mendaki, merentas hutan, melihat keindahan hutan dari menara dan juga night walking.

6 Destinasi Eko Pelancongan Untuk Dikunjungi
Sumber Gambar dan info - www.danumvalley.info

2. Kuala Gula, Perak

Kuala Gula merupakan kawasan hutan bakau yang mempunyai pelbagai habitat untuk spesis burung. Bagi yang meminati burung boleh la melihatnya disini kerana terdapat spesis burung seperti Milky Stork dan Lesser Adjutant.

Selain itu, di Kuala Gula juga terdapat aktiviti penangkapan ikan dan udang. Disini juga anda boleh melihat bagaimana cara penghasilan belacan dan makanan berasaskan laut.

6 Destinasi Eko Pelancongan Untuk Dikunjungi
Sumber gambar dan info - www.taiping.info

3. Taman Endau Rompin 

Taman Endau Rompin terletak di Johor bersempadan dengan Pahang. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disini  seperti melawat perkampungan orang asli,night safari atau pun menyusuri sungai dengan menaiki bot.

Disini juga anda boleh menginap di chalet ataupun di tapak perkhemahan. Antara tempat yang sering menjadi tumpuan para pelancong..

6 Destinasi Eko Pelancongan Untuk Dikunjungi
Sumber gambar dan info - tourism.johor.my

4. Parit Jawa, Johor

Merupakan kawasan eko-pelancongan yang semakin dikenali.  Parit Jawa merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan burung terutama pada musim penghijrahan antara bulan Oktober sehingga Mac. Selain itu, Parit Jawa juga terkenal dengan masakan asam pedas di perkampungan nelayan dekat Pantai Leka

6 Destinasi Eko Pelancongan Untuk Dikunjungi
Sumber gambar dan info - wikipedia

5. Gua Niah, Sarawak

Antara destinasi eko pelancongan yang sudah dikenali ramai. Gua Niah terletak di daerah Miri.  Di gua ini, terdapat pelbagai khazanah alam yang menjadi kediaman manusia Paleolitik pada tahun 500,000 sehingga 10,000 sebelum Masihi.

Di gua ini juga turut menjadi tempat penuaian sarang burung walit. Disini juga terdapat lukisan zaman manusia purba di Gua Lukisan  dan anda juga boleh mengunjungi kawasan rumah panjang orang iban

6 Destinasi Eko Pelancongan Untuk Dikunjungi
Sumber gambar dan info - wikipedia

6. Tasik kenyir, Terengganu

Merupakan tasik yang terbesar di Asia Tenggara. Di sini ia merupakan kawasan eco pelancongan yang dipercayai mempunyai lebih 8000 spesis bunga, 2500 spesistumbuh-tumbuhan, beberapa ratus spesis burung dan juga spesis ikan air tawar.

Terdapat beberapa kemudahan terdapat disini untuk pengunjung malah pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti berperahu, memancing, berkayak dan berkhemah.

6 Destinasi Eko Pelancongan Untuk Dikunjungi
Sumber gambar dan info - Wikipedia

sumber tambahan - majalah libur


Reading Time:

Selasa, Ogos 23, 2016

Destinasi Menarik Di Pulau Burung Port Dickson
Selasa, Ogos 23, 2016 14 Comments
Pulau Burung Port Dickson. Baru-baru ni zaza berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di Mambau, Negeri Sembilan. Lepas selesai urusan.. zaza dan seorang lagi rakan sempat datang ke Pulau Burung yang terletak di Port Dickson.

Semua orang tahu Port Dickson memang antara destinasi pilihan banyak pelancong kerana di sana terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Pantai yang cantik dan indah. Malah banyak aktiviti dijalankan di pantai.

Berkesempatan melawat Pulau Burung.. so zaza tak lepaskan peluang untuk merakamkan gambar yang indah semasa di sana. Agak lewat petang zaza dan rakan tiba. 

Destinasi Menarik Di Pulau Burung Port Dickson

Pulau Burung ini terletak berhampiran dengan Pantai Cahaya Negeri. Di Pulau ini terdapat hutan dan pokok paya bakau. Tempat ini menjadi kawasan untuk berekreasi bersama keluarga dan rakan-rakan.

Di Pulau Burung, terdapat tiga spesis pokok iaitu Bakau Minyak, Bakau Kurap dan Api-Api Putih. Bukan itu je, Pulau Burung juga merupakan tempat untuk memancing. So bagi kaki mancing..korang boleh datang ke sini.

Destinasi Menarik Di Pulau Burung Port Dickson
Ramai juga orang..masa ni dikala petang menghampiri senja

Destinasi Menarik Di Pulau Burung Port Dickson
Roboh dah hasil seni burung..mungkin lepas ni pihak pengurusan boleh membaiki..

Destinasi Menarik Di Pulau Burung Port Dickson
Rakan zaza...kak Shila bersama anaknya si Isha..

Destinasi Menarik Di Pulau Burung Port Dickson
Cakk... sempat memberi pose istimewa untuk pembaca...cewahhh

Destinasi Menarik Di Pulau Burung Port Dickson
hijau cantik airnya..terasa indah dan menenangkan...

Destinasi Menarik Di Pulau Burung Port Dickson
Cantik sungguh keindahaan alam dikala senja..

Destinasi Menarik Di Pulau Burung Port Dickson

Destinasi Menarik Di Pulau Burung Port Dickson
Tempat memancing.. siapa yang kaki mancing boleh la datang sini..

Destinasi Menarik Di Pulau Burung Port Dickson

Destinasi Menarik Di Pulau Burung Port Dickson
Jambatan untuk ke Pulau Burung

Destinasi Menarik Di Pulau Burung Port Dickson
Rasa nak menyelam je...

Disini juga..semasa zaza sedang bersiar-siar..terdapat juga sesi fotografi bersama pengantin.. Memang sesuai sangat untuk mereka yang nak rakam gambar pengantin sebab lokasi dan kawasannya yang sangat cantik.

So kalau korang yang tak ada buat apa dihujung minggu..boleh la bawa keluarga datang ke Pulau Burung ni..best dan memang ramai orang yang berkunjung..
Reading Time:

Labels

beauty (49) KECANTIKAN (24) KEHIDUPAN (14) KESIHATAN (32) LAIN-LAIN (75) OTHERS (33) PERCUTIAN (5) PROPERTY (2) RESEPI (10) REVIEW (44) SSPN1M (1) TEKNOLOGI (5) TELEKUNG (1) TIP (33)