Memaparkan catatan dengan label OTHERS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label OTHERS. Papar semua catatan

The UK's No.1 Skincare Brand, Boots Now Available Exclusively At 7-Eleven Malaysia

The UK's No.1 Skincare Brand, Boots Now Available Exclusively At 7-Eleven Malaysia



The UK's No.1 Skincare Brand, Boots Now Available Exclusively At 7-Eleven Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 February 2021 – Heads up to those who never fail to visit Boots when you visit the United Kingdom. Now, no more stocking up the next time you are there as the UK’s No.1 skincare products is now available in Malaysia, exclusively at selected 7-Eleven stores!

Created almost 170 years ago, the Boots brand is still at the heart of the communities it serves. A household name with stores all over the world and a number of hugely successful own-brand ranges, it has risen from humble beginnings to become the well-known and loved brand it is today.

That said, Malaysians can now look forward to the UK’s No.1 skincare product range, which includes the much-lauded Boots Vitamin C Brightening selections, Boots Cucumber series, Boots Korean Sheet Mask collection, Boots Ingredients hair & body products, and Boots Sun Protection range.

Boots skincare ranges are definitely worth keeping an eye out for on your next beauty run. Boots Vitamin C Brightening selections are enriched with 2X YUZU extract and is high in Vitamin C to deliver a 7-day brightening effect; whereas Boots Cucumber series is enriched with cooling cucumber and vitamins, leaving you with hydrated, nourished and beautifully soft skin. Besides, Boots Korean Sheet Mask collection is enriched with natural extracts and leaves your skin more radiant, revitalised and mosturised.

The UK's No.1 Skincare Brand, Boots Now Available Exclusively At 7-Eleven Malaysia

The UK's No.1 Skincare Brand, Boots Now Available Exclusively At 7-Eleven Malaysia

The UK's No.1 Skincare Brand, Boots Now Available Exclusively At 7-Eleven Malaysia

The UK's No.1 Skincare Brand, Boots Now Available Exclusively At 7-Eleven Malaysia

What’s more, customers can look forward to discover the power of natural ingredients in Boots Ingredients hair & body products in which it features superfoods that offer up some of the best nutritional components for beautiful hair and skin. Also, its Boots Sun Protection has a light texture and is quickly absorbed by the skin; it contains green tea extract and provides full protection from harmful UVA and UVB rays.

The UK's No.1 Skincare Brand, Boots Now Available Exclusively At 7-Eleven Malaysia

The UK's No.1 Skincare Brand, Boots Now Available Exclusively At 7-Eleven Malaysia

The UK's No.1 Skincare Brand, Boots Now Available Exclusively At 7-Eleven Malaysia

At present, over 40 products under the Boots brand are available exclusively at selected 7-Eleven stores with prices starting at RM6.90 across various product ranges such as skincare, hair care, shower gel, facial mask and sun protection. Boots skincare products will be made available in more 7-Eleven stores in phases.

For more information, head over to www.7eleven.com.my or follow its official Facebook page at 7ElevenMalaysia.


CONTINUE READING
Zaza Iman
5 Comments

Master : Filem Tamil Baru 2021 Thalapathy Vijay

Master : Filem Tamil Baru 2021 Thalapathy Vijay


Siapa peminat Thalapathy Vijay kat sini? Siapa hantu cerita Tamil mesti kenal kan aktor Vijay ni. Dari zaman dulu sampai sekarang setiap filem dia mesti tonton. Kali ini filem terbarunya bertajuk Master. Selain Thalapthu Vijay, seorang lagi aktor tersohor yang membintangi filem ini ialah Vijay Sethupathi. Walaupun tersohor, zaza kurang kenal sebenarnya dengan Vijay Sethupathi ni..

Zaza memang peminat cerita Tamil tapi kurang tahu dengan nama. Just kenal rupa je.. Dalam filem ini,Thalapathy Vijay mememang watak sebagai JD dan  Vijay Sethupathi sebagai Bhavani.

Masa mula-mula tengok memang kelakar dan bila dah mula part sedih tu..memang sedih sungguh. Serius korang kena tengok cerita ni.

Master : Filem Tamil Baru 2021 Thalapathy Vijay

Sinopsis

JD, seorang professor sebuah kolej. Dia seorang kaki minum dan suatu hari berlaku insiden yang menimbulkan konflik antara pelajar sehingga dia dituduh sebagai penyebab lalu dipecat. JD kemudian bekerja sebagai pengajar dirumah anak yatim dan menyedari bahawa anak-anak disitu terlibat dengan dadah. Vijay membuat keputusan untuk menyiasat perkara tersebut dan mencari siapa dalangnya.

***

Kejadian bermula apabila Bhavani, ketika remaja melihat rumah dan ibu bapa mati dibakar oleh sekumpulan orang jahat. ( ibu bapanya ketua persatuan pemandu lori ). Bhavani hanya mampu menangis dan apabila sekumpulan orang jahat melihatnya, orang jahat tersebut telah memaksanya mengaku bahawa kebakaran itu disebabkan oleh letupan gas. Kemudian orang jahat tersebut telah membawa Bhavani dan menjadikan Bhavani sebagai bersalah kerana mencuri duit tabung persatuan.

Bhavani dibawa ke sebuah penjara juvana dan disitu Bhavani telah disiksa seperti dipukul. Sehingga Bhavani melepaskan perasaannya dengan menumbuk tangan ke dinding. Lama kelamaan, Bhavani menjadi orang yang gagah dan berjaya melepaskan diri dari penjara tersebut.

Bhavani meminta tempoh masa seminggu untuk membawa duit pengeras. Kemudian telah membuat perancangan untuk menyeludup dadah dan arak dengan lori. Jadi dia mendapatkan slip permit supaya lori menghantar barang tersebut dapat melepasi pos kawalan dengan bantuan rakan-rakannya. 

***

Bhavani telah dewasa  dan telah menjadi orang paling kuat. Dia bertemu dengan beberapa orang yang membunuh keluarganya dan membalas dendam.

Master : Filem Tamil Baru 2021 Thalapathy Vijay
Bhavani

Master : Filem Tamil Baru 2021 Thalapathy Vijay

***

JD ditugaskan untuk mengajar di sebuah kolej. JD seorang yang kaki minum dan suka mabuk. Sehinggalah terjadi insiden pergaduhan teruk antara pelajar dan JD dipecat.

JD kemudian ditugaskan untuk mengajar di Pusat Pemulihan anak yatim. Disana, pelajar-pelajar tidak mempunyai disiplin dan melanggar peraturan seperti melakukan jenayah.

Sebaik tiba di sana, JD mengelarkan diri sebagai Master dan disitulah ada ketua dikalangan pelajar tersebut bernama Das.

Master : Filem Tamil Baru 2021 Thalapathy Vijay
JD / Master

Master : Filem Tamil Baru 2021 Thalapathy Vijay
Das

Nak tahu Das tu siapa dan apa dia buat kena tengok ok..

Part best bila JD/Master menyanyikan lagu Kutti Story. Best gila kalau dengar. Lagu ni ada makna dan rasa nak menari ikut rentak je.

***

Suatu hari terdapat dua budak disitu ( adik beradik ) ingin mengadu tentang apa yang berlaku di pusat pemulihan tersebut kepada Master.

Mereka datang kepada Master tetapi ketika itu Master sedang tidur akibat mabuk dan tak sedar akan kehadiran adik beradik tersebut. Adik beradik itu kemudian menyelitkan nota didalam poket Master dan segera berlari pergi.

Malam tiba dan adik beradik tersebut cuba menghubungi Master namun gagal. Sehinggalah kantoi dengan orang yang menjaga kawasan pemulihan tersebut.

Adik beradik itu kemudian telah ditangkap dan dibawa menghadap Bhavani. Siapa sangka, itulah nyawa terakhir mereka.

Keesokannya gempar dengan penemuan mayat dua beradik itu yang telah digantung. Part ni memang sedih gila..zaza pun nangis ok...memang kesian sangat.

Master : Filem Tamil Baru 2021 Thalapathy Vijay
Dua beradik

Master telah dipersalahkan dan telah dipenjara. Semasa dalam penjara, Master menangis mengingatkan apa yang berlaku dan ketika itulah dia menemui nota dalam poketnya. Nota dari dua beradik yang telah mati itu.

Nak tahu nota apa..kena tengok ok..

***

Sejak peristiwa itu, Master menyedari punca berlaku kerana dirinya yang sering mabuk dan tidak menyedari keadaan sekeliling.

Master nekad untuk bertanggungjawab atas apa yang terjadi dan mencari dalang disebalik kejadian tersebut.

Suatu hari berlaku peristiwa menyebabkan ramai orang kesayangan Master mati dibunuh oleh orang-orang Bhavani.

Master begitu sedih dan menjerit sekuat hati sebaik mendengarnya.

Dan disinilah Master bangkit membalas segala kejahatan yang dilakukan oleh Bhavani. Korang tengoklah sendiri bagaimana Master berdepan dengan Bhavani nanti.

Trailer

Lagu Kutti Story






CONTINUE READING
Zaza Iman
2 Comments

Serangga Kamitetep : Beracun Yang Melekat Pada Dinding Boleh Rosakkan Fabrik

Serangga Kamitetep : Beracun Yang Melekat Pada Dinding Boleh Rosakkan Fabrik



Siapa pernah lihat serangga kecil ini? Sebenarnya inilah pengalaman zaza lihat serangga kecil ini. Selepas banjir dan musim hujan hari tu, baru zaza menyedari akan serangga ini yang melekat kat dinding bilik. Tapi masa tu zaza hanya nampak dalam seekor dua je dan masa tu pun zaza fikir ia just binatang biasa yang suka terbang-terbang tu..

Serangga Kamitetep : Beracun Yang Melekat Pada Dinding Boleh Rosakkan Fabrik
Serangga Kamitetep yang melekat di dinding bilik

Tapi beberapa hari selepas itu, zaza ternampak pula serangga kamitetep ni dekat beberapa sudut. Tapi nasib baik zaza tak pegang. Terus zaza ambil gambar serangga tu untuk mengenal pasti serangga apakah ia.

Nasiblah ada google lens untuk bantu zaza cari serangga apa ini. Dan akhirnya zaza pun terjumpalah mengenainya.

Serangga Kamitetep atau nama sainstifik Phereoeca Uterella. Jika dilihat ia berbentuk seakan biji timun dan mempunyai cengkerang berwarna coklat. Ada juga kelihatan seperti serpihan kulit pokok.

Kamitetep akan mengeluarkan separuh dari isi badannya untuk mencari makanan. Kamitetep sejenis serangga parasit yang amat suka makan kain fabrik dan merosakkannya.

Kamitetep ini beracun dan elakkan dari memegangnya kerana ia menyengat dan mengigit. Apabila terkena gigitan, ia boleh menyebabkan lebam dan bengkak serta rasa gatal yang teruk. Jika berterusan ia boleh bertukar menjadi hitam di kawasan lebam dan bengkak tersebut.

Bagaimanapun, jika digigit ia boleh dirawat. Anda boleh gunakan ubat gatal atau balsem. Ada juga cara lain yang zaza jumpa untuk menghilangkan kegatalan iaitu dengan melekatkan pita pada tempat yang digigit kamitetep.

Jadi apa yang perlu dilakukan bila serangga ini terdapat dirumah anda adalah dengan membuat pembersihan dikawasan yang terlibat.

Bersihkan kawasan-kawasan yang berhabuk dan pakaian hendaklah dibasuh dan pastikan betul-betul kering barulah disimpan.

Jika terdapat sarang labah-labah perlu dibersihkan juga kerana kamitetep menyukainya.

Untuk membersihkan perlu berhati-hati untuk mengelakkan ia mengigit. Gunakan racun serangga untuk membunuhnya.


CONTINUE READING
Zaza Iman
1 Comments

Magicopper Mask & KKNEKKI Berkualiti Tinggi Dari Korea

Magicopper Mask & KKNEKKI Berkualiti Tinggi Dari Korea



Magicopper Mask & KKNEKKI Berkualiti Tinggi Dari Korea


Hi, 

Sekarang ini kita skali lagi sedang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) di seluruh Malaysia. Diharap semuanya baik-baik sahaja dan ikuti setiap SOP yang telah digariskan. Jangan lupa setiap kali hendak keluar, pakai pelitup muka dan sentiasa membersihkan tangan.

Pemilihan pelitup muka/mask yang berkualiti pun penting juga. Jadi kali ini zaza nak kenalkan mask yang zaza pakai ini adalah MAGICOPPER MASK & KKNEKKI dari brand MAGICOPPER.MY.

Mask Magicopper ini diperbuat dari Korea dan menggunakan material yang berkualiti tinggi dan lembut.

Dalam kotak Magicopper Mask ini didatangkan dengan 2 mask, 1 Pouch Beg untuk simpan mask dan 1 Strap.

Mask, Pouch dan Strap antimikrobial yang boleh dicuci.

Keistimewaan Magicopper Mask

1. Ia boleh melindungi dari pelbagai bakteria dan bahan berbahaya dengan menggunakan 99.9% bahan tembaga antimikrobial

2. Ia direka khas secara ergonomik dan eco-friendly.

Ciri - Ciri Copper Mask

Copper Metal Fabrik telah dikenali kerana daya aktof antimikrobial terhadap Staphylococus aureus dan E.Coli ( lebih 99.9%)

Ia telah disahkan selamat untuk digunakan melalui ujian Restricted Hazardous Substance ( RoHS ) ke tubuh manusia ( SGS Report )

Ciri - Ciri Mask Inner Fabrik

1. Antimicrobial/deodorization - Mengekalkan kesan Antimikrobial selepas pencucian berterusan dan pencegahan bau
2. Perlindungan UV - Melindungi kulit dari sinar UV
3. Pengeringan Pantas - Keupayaan mengeringkan dengan cepat untuk mengekalkan keselesaan
4. Kesan Penyejukan - Keupayaan penyejukan setelah sekian lama penggunaan

Peringatan

1. Sekiranya terdapat bahan asing pada copper film, bersihkan dengan tisu basah
2. Polyster Fabrik boleh dicuci dengan tangan menggunakan air dibawah 30 darjah celcius.
3. Sekiranya anda mengalami masalah kulit dan sukar bernafas, hentikan penggunaannya dengan segera
4. Sekiranya terdapat masalah dengan produk, sila hubungi tempat pembelian atau pengilang.

Selain dari kualitinya, Magicopper Mask ini juga menarik kerana warnanya macam gold dan nampak classy. Sesuai sangat nak match dengan pakaian. Sambil pakai mask, boleh cantik-cantik juga kan..

Magicopper Mask & KKNEKKI Berkualiti Tinggi Dari Korea

Jika anda berminat nak dapatkan Magicopper Mask ni boleh membuat pembelian terus di whatsapp https://cutt.ly/UjIqGOe  atau check out dekat instagram @magicopper.my. Guna Promo Code: ZZ7703 semasa membuat pembelian.












CONTINUE READING
Zaza Iman
2 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)