Memaparkan catatan dengan label OTHERS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label OTHERS. Papar semua catatan

Tonton Cerekarama Kasih Tau Foo Fah

Tonton Cerekarama Kasih Tau Foo Fah


Tonton Cerekarama Kasih Tau Foo Fah. Di barisi oleh pelakon Michael Ang, Sharifah Sakinah, Mior Darwish dan Pekin Ibrahim yang disiarkan di TV3.

***

Agak jarang juga zaza tonton cerita dekat tv...tapi kalau slot cerita cerekarama memang suka tengok sebab lebih kepada kisah kemasyarakatan yang banyak isi dan pengajaran boleh di ambil.

Baru-baru ini ditayangkan drama Kasih Tau Foo Fah. Dilakonkan oleh pelakon berberbakat seperti Sharifah Sakinah, Pekin Ibrahim, Adik Mior Darwish dan pertama kali zaza tengok lakonan Michael Ang. Memang best cerita ni. Dari mula sampai habis memang mengalir airmata zaza tau!

Tonton Cerekarama Kasih Tau Foo Fah

Sinopsis

Mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri, Ramlan dan Anis bersama anak mereka Fitri. Suatu hari Ramlan telah meninggalkan sepucuk surat yang menyatakan dia terpaksa melarikan diri kerana di kejar oleh Ah Long akibat telah berhutang dengan mereka.

Anis kemudian cuba untuk membawa Fitri pergi tetapi tidak berjaya kerana dihalangi oleh Ah Long yang memberi amaran kepadanya.

Sekali lagi Anis membawa Fitri lari kemudian menyorokkan Fitri di dalam sebuah kotak di tepi bangunan kaki lima. Sebaik sahaja menyorokkan Fitri, datang Ah Long dan menangkap Anis. Anis dan Fitri akhirnya terpisah.

Sehinggalah seorang penjaja Tau Foo Fah bernama Ah Leong menjumpai Fitri dan membawanya tinggal bersama dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Namun sepanjang hari Fitri hanya mendiamkan diri apabila di tanya oleh Ah Leong. Sehinggalah Fitri telah mengundang kemarahan Ah Leong. Disebabkan itulah, akhirnya Fitri bersuara.

Suatu hati Ah Leong bercadang untuk menjadikan Fitri anak angkat dan membawanya ke Pusat Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mehon penjagaan Fitri bagaimanapun pendapatan Ah Leong menjual Tau Foo Fah tidak mampu untuk menampung kehidupan Fitri. 

Sehinggalah ada sebuah keluarga telah mengambil Fitri sebagai anak angkat dan berita ini mengejutkan Ah Leong.

Apa yang terjadi pada Fitri selepas itu? Bahagiakah atau derita? Bagaimana dengan Anis, ibunya yang telah terpisah? dan ayahnya Ramlan? Mampukah Fitri bersatu kembali bersama keluarga kandungnya?

Kalau nak tahu cerita penuh sila tonton terus di link di bawah. Pasti korang pun mengalir airmata tengok kisah ni!

Youtube TV3

Tonton Online Cerekarama Kasih Tau Foo Fah



CONTINUE READING
Zaza Iman
0 Comments

BeliGas Tawar Pembelian Gas Murah Di Sekitar Lembah Klang

BeliGas Tawar Pembelian Gas Murah Di Sekitar Lembah Klang



BeliGas Tawar Pembelian Gas Murah Di Sekitar Lembah Klang. Hi semua..memasak ni seronok sebenarnya kan..walaupun zaza tak lah pandai nak masak sangat tapi suka juga belajar..adakala masakan sedap..adakala langsung tak sedap.. macam baru ni adalah zaza cuba masak satu menu ikut resepi tapi entah kenapa tak menjadi dan memang tak sedap langsung..kecewa gilaaa..tapi mungkin sebab santan yang zaza guna tu agaknya..sebelum di zaza guna jenama xxx..tapi masa cuba menu resepi tu zaza guna santan lain..tapi tak apalah belajar kan..

Bila tengah masak tu kadang kita pun tak sedar kan yang gas habis..ada tu hampir nak masak dah masakan tu, sekali api gas terpadam..stress nyaaaaa..

Tapi kan..zaza ada terjumpa satu servis beli gas dari BeliGas dan rasanya ini adalah tempat beli gas online yang baru diperkenalkan sebab zaza pun baru tahu mengenainya.

So zaza install apps BeliGas ini..dan zaza lihat apps nya sangat mudah untuk diakses..cuma zaza tak dapat nak buat pembelian sebab penghantaran adalah di sekitar Lembah Klang sedangkan zaza stay dekat Pahang.

Tapi tak apa..zaza just nak berkongsi tentang apps BeliGas ini pada pembaca zaza..mana lah tahu korang nak cuba guna perkhidmatan dari mereka ini.

BeliGas Tawar Pembelian Gas Murah Di Sekitar Lembah Klang
Aplikasi BeliGas yang mudah untuk membuat tempahan online

BELIGAS - GAS MURAH DISEKITAR LEMBAH KLANG

BeliGas adalah sebuah syarikat pengedaran gas masak online untuk Lembah Klang . Ia beroperasi di Sri Kembangan.

BeliGas menawarkan gas dengan harga yang murah, servis yang baik dan mesra pelanggan.

BeliGas Tawar Pembelian Gas Murah Di Sekitar Lembah Klang
Penghantaran sama ada di rumah atau di kedai-kedai


Buat masa ini, BeliGas hanya menawarkan tong gas jenama SOLAR tetapi mereka juga turut menerima jenama tong gas untuk penukaran tanpa kos tambahan.

Mereka menjual gas dengan saiz tong 14kg yang biasa digunakan di rumah-rumah mahu pun kedai-kedai.

Buat masa ini juga, BeliGas menyediakan servis ke 55 buah lokasi umum. 

BeliGas Tawar Pembelian Gas Murah Di Sekitar Lembah Klang

BeliGas Tawar Pembelian Gas Murah Di Sekitar Lembah Klang

Harga yang ditawarkan murah iaitu RM26.60 se tong. Ia merupakan harga mengikut warta kerajaan untuk gas memasak LPG. Harga  adalah tetap dan sama di seluruh cawangan outlet retail mereka. Paling utama mereka tidak mengenakan sebarang caj tersembunyi mahupun tambahan apabila menghantar gas.

Waktu pembelian gas adalah 24jam dan penghantaran antara 9 pagi sehingga 11 malam.

BeliGas Tawar Pembelian Gas Murah Di Sekitar Lembah Klang

Dengan adanya aplikasi ini, ia dapat membantu rakyat Malaysia untuk membeli gas dengan lebih mudah. Untuk sebarang info boleh melayari :


Untuk download Aplikasi boleh klik :




CONTINUE READING
Zaza Iman
6 Comments

Bawal Shawl Dengan Awning Bawal Premium Kanggaro

Bawal Shawl Dengan Awning Bawal Premium Kanggaro



Bawal Shawl Dengan Awning Bawal Premium Kanggaro. Assalamualaikum dan hi semua..siapa kat sini suka pakai shawl tapi tak suka bila pakai melekat kat dahi dan jadi bulat? Kalau macam zaza semua gaya zaza okay kecuali gaya turban lah..tapi ikut mood juga tau..adakala terasa cantik dengan shawl biasa..ada kala suka pakai shawl yang awning dia bawal..

Jadi kali ini buat pengemar tudung Bawal Shawl nah zaza bawakan lebih dari 40 warna untuk korang pilih..

Bawal Shawl Dengan Awning Bawal Premium Kanggaro

Bawal Shawl Suri Basic by Lyeen Roslee diperbuat dari kain heavy chiffon dan awning bawal premium kanggaro yang amat mudah di pakai. Zaza sendiri pun suka pakai bawal shawl ni..
CONTINUE READING
Zaza Iman
3 Comments

Resepi Patin Tempoyak Original Pahang

Resepi Patin Tempoyak Original Pahang



Assalamualaikum dan hi..kalau ke Temerloh apa yang korang akan bayangkan? Tentu nya teringat akan makanannya yang paling popular iaitu Ikan Patin Masak Tempoyak kan..zaza pun antara pengemar masakan ikan patin tempoyak..paling suka bila dapat hirup kuahnya..memang boleh licin mangkuk.

Antara kedai patin tempoyak yang sedap di Temerloh yang terletak berhampiran dengan sungai tu..Orang Temerloh dan Pahang mesti tahu kan..kalau orang luar, boleh je google insyaallah jumpa la tempatnya..

Tapi macam zaza lah, kalau nak masak sendiri memang tak terbuat.. setakat kalau zaza nak makan baik beli je hehe..

Tapi mungkin ada dikalangan korang yang nak cuba belajar masak Patin Tempoyak ni boleh cuba Resepi Patin Tempoyak Original Pahang yang dikongsi oleh Suraya Yaacob.

Resepi Patin Tempoyak Original Pahang
Foto dan Resepi  Kredit : Suraya Yaacob
( Minta halal ya untuk zaza share resepi ini kepada pembaca blog ini )

Resepi Patin Tempoyak Original Pahang

Bahan - Bahan dan cara masak :

10 ulas cili padi merah
1 inci kunyit hidup
*Tumbuk dalam lesung batu sampai lumat

3 sudu tempoyak dimasukkan dan gaul rata
Kemudian masukkan ke dalam periuk

Tambah air dan didihkan di atas dapur

Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa
Masukkan ikan dan tunggu sampai didih

Setelah mendidih, masukkan daun kesum dan bunga kantan

Siap dan boleh lah dimakan bersama keluarga tersayang..


Mudah je rupanya kan nak masak ikan patin tempoyak original pahang ni..bahannya pun mudah sangat nak dapat. Ok selepas ni ni boleh la kita sama-sama belajar masak..oh ya zaza patin tempoyak ni mau bertambah-tambah makan nasi..

Oklah selamat mencuba!




CONTINUE READING
Zaza Iman
2 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)