Memaparkan catatan dengan label OTHERS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label OTHERS. Papar semua catatan

Earth Home Pengeluar Racun Serangga Perkenal 6 Produk Baru

Earth Home Pengeluar Racun Serangga Perkenal 6 Produk Baru



Earth Home Pengeluar Racun Serangga No 1 Di Jepun Perkenal 6 Produk Baru Di Malaysia. Earth Corporation Jepun (EC) yang merupakan peneraju global dalam produk penjagaan rumah dan racun serangga baru sahaja memperkenalkan produk bertaraf dunianya di Malaysia.

Nobuhito Hosaka, Pengarah Urusan Earth Home Products (Malaysia) Sdn Bhd, syarikat subsidiari milik EC berkata: “Sebagai permulaan, kami memperkenalkan enam produk penjagaan rumah dan kawalan serangga di Malaysia. Kebanyakannya adalah produk terlaris di Jepun dan di negara-negara di mana produk Earth Corporation dipasarkan. Salah satu produk terunggul kami adalah penyembur penyahbau fabrik bebas alkohol yang dihasilkan menggunakan pati minyak, yang menghilangkan lebih 99% bakteria, virus dan menghalau tungau.” 

“Kami mendapati kebimbangan terhadap pandemik dan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh serangga seperti denggi, menimbulkan permintaan kepada keperluan rangkaian penjagaan rumah kami. Produk-produk ini membantu menjadikan persekitaran rumah lebih selamat dan sihat untuk seisi keluarga.”

“Digabungkan dengan strategi harga yang berpatutan, kami yakin produk kami akan disambut baik di Malaysia,” tambah beliau.




Earth Corporation telah ditubuhkan sejak 128 tahun lalu pada tahun 1892 dan merupakan peneraju pengeluar produk penjagaan rumah dan kawalan serangga perosak, penghalau serangga, penjagaan mulut, bahan tambahan mandian, penyegar udara dan penyahbau, serta alatan berkebun dan produk haiwan peliharaan.
CONTINUE READING
Zaza Iman
6 Comments

Beli Baju Blouse Dekat Herbaju Boutique

Beli Baju Blouse Dekat Herbaju Boutique



Beli Baju Blouse Dekat Herbaju Boutique. Perempuan dah fashion memang tak dapat dipisahkan. Macam zaza la gila dalam membeli pakaian. Tiap bulan tu ada je pakaian yang hendak dibeli. Sekarang ni zaza lebih gemar membeli secara atas talian saja sebab kebanyakan atas talian ni design lebih up to date. Tapi mungkin ada yang kurang gemar kerana risau akan kualiti pakaian tu.

Tapi bagi zaza, jika yang dibeli tak menepati kualiti yang dikehendaki, zaza okay saja. Sebab dah beli kan.. Cuma kalau macam jubah dan dress-dress labuh tu itu memang kena pilih yang betul-betul punya.

Memandangkan zaza sangat gemar membeli pakaian atas talian, so zaza nak share salah satu tempat shopping pakaian yang buat zaza jatuh cinta. Apa yang buatkan zaza suka sebab butik ni sentiasa update pakaian baru.

Butik ini namanya HERBAJU. Setakat ni dah beberapa kali zaza shopping kat Herbaju ni. Asalnya zaza suka tengok Yatie Sendayu Tinggi punya outfit. Pakaian dia simple-simple je tapi nampak nice sangat. So bila zaza nampak pakaian kat Herbaju ni, terus rasa berkenan dan apa lagi kan..

Beli Baju Blouse Dekat Herbaju Boutique

Beli Baju Blouse Dekat Herbaju Boutique

Beli Baju Blouse Dekat Herbaju Boutique

Zaza suka sangat dengan fabrik nya dari jenis cotton blended. Cotton blended tak nipis dan tidak terlalu tebal.

Selain dari blouse dan tshirt, kat Herbaju pun ada jual pants. Harga-harga yang ditawarkan pula bermula dari RM25 hingga RM40.

Korean Women Embroidery Floral Striped Fashion: Herbaju

Korean Women Embroidery Floral Striped Fashion: Herbaju

Korean Women Embroidery Floral Striped Fashion: Herbaju

Kualiti dan jahitan pakaian pun kemas. Setakat ni zaza beli tak ada lagi sebarang kerosakan. Semuanya zaza puas hati.

Penghantaran pun cepat. Biasanya setiap order akan disiapkan dalam tempoh 24jam dan akan dihantar pada keesokannya selepas membuat pembayaran.

So kalau di West  Malaysia, korang akan terima dalam 2-5 hari bekerja bergantung kepada poslaju.  Untuk pelanggan East Malaysia pula anta 3-7 hari. Tapi sepanjang zaza beli, biasanya hari ke tiga dah sampai.. ( tempat zaza memang barang ambil masa 3 hari )

So kepada yang nak dapatkan koleksi-koleksi pakaian dekat Herbaju ni boleh la membuat pembelian di :



CONTINUE READING
Zaza Iman
10 Comments
Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia



Assalamualaikum dan apa khabar semua. Bertemu lagi pada hari ini. harap semuanya ceria dan sihat. Siapa yang dah biasa cari duit sampingan dengan affiliate? Beberapa tahun dulu zaza pernah juga join affiliate dengan jual al Quran. Cecah ratusan la juga hasil yang zaza dapat tapi sekejap je bila pihak yang buat affiliate Al Quran tu dah stop.

Tapi baru-baru ni zaza adalah join Affiliate bersama Shopee Malaysia. Affiliate Shopee ni pun diperkenalkan oleh pihak marketing Shopee sendiri.

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia

So zaza tak nak cerita panjang, just zaza nak ajar macam mana untuk korang daftar dan promote barang-barang yang ada di Shopee dan jana income melaluinya.

Disini zaza share income/komisen zaza dari 1 May hingga 17 May. Bagi zaza ok lah untuk permulaan. Ada rakan lain dah beratus hasilnya.. itu yang zaza pun mencuba dan tak sangka dah berjaya cecah RM50 ni..

Dan paling best sebab minimum untuk cash out adalah RM60 ke atas.


Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia



Jumlah rewards yang zaza kumpul

Apa yang zaza promote? buat masa ni zaza promote produk untuk rambut gugur dan produk ni memang zaza pakai dan menjadi. Zaza memang ada share pasal product ni kat blog zaza juga dulu.

Macam mana nak Daftar Affiliate Shopee

1. Pertama sekali daftar terus di Accestrade ( klik banner ) atau klik DAFTAR AFFILIATE SHOPEE

2. Setelah selesai daftar isi maklumat dekat setting akaun seperti Profile, Bank Acc, Site ( PENTING ). Masa daftar, dekat site url boleh letak url facebook.

3. Selepas tu korang check kat bahagian " Available Campaign" dan cari SHOPEE kemudian tick dan Apply

UPDATE : SELAIN SHOPEE, BOLEH APPLY AFFILIATE BRAND LAIN SEPERTI KLOOK, PGMALL, WATSON, ZALORA, ALLYOUNG dan lain-lain yang ada.

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia


4. Tunggu affiliate Shopee korang tu approved dan bila dah approved korang cek dekat " Applied Campaign"


5. Korang akan nampak seperti gambar dibawah ni dan klik yang zaza bulatkan tu

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia

6. Selepas klik, korang akan nampak lah info-info tentang affiliate seperti link affiliate korang, banners untuk promote di blog, jumlah rewards by categori dan lain-lain.
Selesai.
Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia

Macam mana nak promote produk Shopee dan jana income

1. Pergi kat shopee dan cari produk-produk yang hendak di jual. Ok lebih menarik kalau produk tu korang ada beli dan pengalaman guna sendiri.

2. Copy url link produk tersebut seperti gambar di bawah

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia


3. Generate url link tadi dekat "Custom Creatives". Paste kan url link tu dekat "Landing Url". Kemudian "Creative Name" tu letak la nama seperti contoh Seborin Tonic


Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia

4. Klik Generate

5. Selesai.

6. Gunakan link yang dah generate tadi dan promote la link tersebut sama ada di facebook, instagram, twitter atau apa-apa media sosial yang lain. oh ya..bila dah generate link, dia akan jadi link panjang, so korang kena pendekkan dulu link tu dekat https://bitly.com/  )
so nanti jadilah macam Contoh zaza promote seperti ini :

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia

So kalau ada pembaca yang klik link tersebut dan beli produk-produk melalui link tu, korang akan dapat komisen. Try lah okay..kalau tak faham boleh tanya zaza..



CONTINUE READING
Zaza Iman
11 Comments

Penginapan Di Kompo Villa Kuantan

Penginapan Di Kompo Villa Kuantan


Assalamualaikum dan hi semua..apa khabar? Semoga semua ceria selalu.  Cuti-cuti ni korang ke mana? zaza baru-baru ini pergi jalan kuantan itu pun rakan blogger cik renex yang ajak..biasa kalau ada buat aktiviti kat luar pun dengan cik renex je la sebab dia je yang terdekat dengan tempat zaza tinggal.

Masa jalan-jalan kuantan tu, zaza dan cik renex kitorang menginap kat Kompo Villa Kuantan. Tempat penginapan ni cik renex la yang suggest. So ini adalah kali ke 2 zaza menginap.. yang dulu masa bulan 3 sebelum perintah berkurung covid tu.

Penginapan Di Kompo Villa Kuantan

Kompo Villa ni sesuai sangat untuk solo traveler atau patners sebab harga yang ditawarkan murah. Macam kitorang ni, RM60 untuk 1 malam..so RM30 sorang la kan kena bayar..dah jimat hehe..

CONTINUE READING
Zaza Iman
1 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)