Buku Bahagia Cara Kita by Syira Lokman | Assalamualaikum. Alhamdulillah pejam celik dah masuk 11 ramadan dah. Syukur kerana masih mampu untuk menunaikan ibadah puasa ini.
Korang pernah tak baca buku motivasi "Bersangka Baik Pada Tuhan"..? Buku ini zaza pernah review masa tahun 2020. Penulis buku ini adalah Syira Lokman. Selain dari buku ini, ada dua buku lain yang pernah dihasilkan iaitu Fragile dan Serenity
Kenapa kita perlu baca buku motivasi?
Pada zaza semua orang perlu ada motivasi dalam diri. Sebab itu, kita perlu baca buku motivasi kerana ia merupakan salah satu medium untuk membantu seseorang membentuk keyakinan selain menambah ilmu dan menajamkan memori.
Bagaimanapun membeli kereta baru atau kereta terpakai perlulah mengikut panduan supaya ia tidak merugikan dan menyusahkan kita.
Berikut adalah beberapa panduan yang ingin kongsikan.
1. Rancang Bajet dan Kemampuan
Jika anda ingin membeli kereta baru atau terpakai, fikirkan tentang bajet dan kemampuan untuk anda membayarnya. Misalnya anda hendak membeli kereta Myvi, jadi anda boleh membuat carian mengenai kereta tersebut dan harganya. Adakah anda mampu untuk membayarnya setiap bulan dengan pihak bank?
Sebelum membeli, anda boleh membuat Pengiraan Membeli Kereta terlebih dahulu. Ini memudahkan untuk anda mengira bajet, bayaran ansuran setiap bulan supaya ia tidak membebankan anda.
2. Membuat Carian Online
Sekiranya anda ingin membeli kereta terpakai, anda boleh membuat carian online dan baca dengan teliti penerangan yang diberikan di laman tersebut. Anda juga boleh bertanya kepada rakan-rakan lain yang mempunyai pengalaman membeli kereta terpakai bagi mendapatkan lebih banyak maklumat.
3. Insurans Kereta
Perkara penting dalam pembelian kereta adalah insuran kereta dan roadtax kereta. Kadar insurans dan roadtax bergantung mengikut jenis dan model kereta. Makin mahal sesebuah kereta maka mahal lah juga insurannya. Dapatkan polisi insurans yang sesuai dengan keperluan. Boleh bertanya pada mereka yang berpengalaman dalam menguruskan insurans kereta.
4. Elakkan Beli Kenderaan Yang Diubah Suai
Jika membeli kereta terpakai, anda perlu berhati-hati kerana ia kemungkinan merupakan kereta yang telah diubah suai. Kemungkinan tahap keselamatannya diragui kerana barang alat ganti yang digunakan mungkin dari kedai atau dipasang oleh orang yang tak bertauliah.
5. Membuat Pandu Uji Kereta
Sebaiknya anda hendaklah melakukan pandu uji terutama jika membeli kereta terpakai. Ini amat penting supaya anda dapat mengenal dan menilai kualiti kereta tersebut. Dengan membuat uji pandu, barulah anda merasai pengalaman sendiri. 1) Beberapa perkara yang boleh anda perhatikan ketika membuat pandu uji :
2 ) Adakah anda berasa selesa ketika memandu? tempat duduk adakah boleh diselaraskan?
3 ) Cek brek kereta dan alignment
4 ) Adakah stereng kereta berfungsi dengan baik?
5 ) Cek lampu, wiper kereta, cermin sisi dan segala butang di dashboard adakah semuanya berfungsi?
6 ) Cek aircond sama ada sejuk atau tidak
7 ) Cek bahagian lampu amaran kereta sama ada menyala atau tidak
8 ) Pastikan tiada bunyi pelik ketika anda sedang memandu kereta. Sekiranya ada bunyi pelik itu menandakan kemungkinan ada kerosakan.
Setelah melakukan pandu uji, barulah anda boleh membuat keputusan yang tepat sama ada hendak membeli atau tidak.
Kesimpulannya, bila anda hendak membeli kereta, banyak perkara yang anda perlu fikirkan. Selain dari panduan di atas, ada banyak lagi faktor lain. Yang terbaik adalah bertanya pada mereka yang berpengalaman dan arif dalam pembelian kereta.
Semoga anda dapat membeli kereta yang anda idamkan.
Oh ya, sambil-sambil mencari info tentang kereta kan, mesti dah rasa penat. Apa kata luang kan masa seketika dengan main game kereta online. Best juga. Buat hilang rasa mengantuk dan letih. Ada beberapa game antaranya Apple & Onion Cat Rescue Game, Batman Gotham City Speed, Cars Lightning Speed,Clarence Reckless Ramps,Danger Mouse Full Speed Extreme Turbo Racing dan lain-lain.
Review Lucca Vudor Shoes Dengan Design Stylish dan Sporty. Selain suka shopping baju dan barangan makeup, kasut juga antara barangan yang suka zaza beli. Hari itu kasut yang biasa zaza pakai jalan-jalan dah rosak dan bercadang untuk membeli kasut yang baru.
Kebiasaan zaza lebih gemar mengenakan kasut jenis flat berbanding heels sebab pernah terjadi banyak kali bila pakai kasut heels je mesti kaki zaza terpeleot ( atau bahasa orang lain sebut terseliuh ). Baru ni masa pakai kasut heels kakak punya, kali zaza terpeleot dua kali. Sudahnya kaki kiri sakit dan terpaksa berurut.
Memang fobia la nak pakai heels selepas ni. Sebab itu zaza lebih suka pakai jenis flat je. Senang nak bergerak ke, berlari ke, turun dari bukit-bukit tinggi ke..
Lucca Vudor Jenama Kasut Singapore Berkualiti
Untuk jenama kasut kali ini, zaza pilih jenama LUCCA VUDOR. Pertama kali juga zaza kenali jenama ini. Lucca Vudor adalah jenama kasut dari Singapore. Zaza tahu pasal jenama ini pun bila nampak ada rakan-rakan zaza share dekat media sosial mereka. Jadi zaza tak lepaskan peluang juga untuk dapatkan juga kasut Lucca Vudor ini.Setiap kasut dihasilkan menggunakan buatan tangan dan diperbuat daripada bahan kulit tulen seperti kulit lembu dan kulit kambing yang lembut dan berkualiti.
Memandangkan ia bersifat organik, jadi tentu saja akan ada ketidaksempurnaan, kecacatan dan perbezaan ton warna semasa penghasilan kasut. Walaubagaimanapun, Lucca Vudor akan berusaha memastikan setiap warna tepat dalam imej digital mereka.
Oh ya, kasut Lucca Vudor ini pun mempunyai cawangan dekat Malaysia tau. Korang boleh walk in terus jika berdekatan. Ia terletak di Atria Shopping Gallary, Petaling Jaya, Selangor.
Kasut Mewah, Buatan Tangan Secara Tradisional
Setiap kasut Lucca Vudor direka khas buat wanita untuk keselesaan sepanjang hari.
- Top Italian design dan kualiti
- Menggunakan kulit anak lembu dan kambing yang berkualiti tinggi untuk keselesaan yang lembut
- Ruang tambahan untuk jari kaki yang halus – tiada luka atau gosokan yang menyakitkan!
- Insoles kusyen direka khas untuk sokongan dan daya angkat tambahan ( added support and lift )
Kasut yang tidak berkualiti bukan sahaja mencederakan dan parut kaki melalui lepuh dan luka, ia juga memberi kesan negatif kepada kesihatan, postur dan kesejahteraan kaki dalam jangka masa panjang.
Review Kasut Lucca Vudor Fantasia A888-3
Untuk kasut dekat Lucca Vudor ini, setelah zaza buat servey seminggu akhirnya zaza pilih kasut flat Lucca Vudor Fantasia A888-3 ( white gold ). Asalnya zaza nak pilih warna beige tapi tak ada stok. Terlihat pula warna white gold ini, terus zaza tempah.
Oleh kerana reka bentuk yang berbeza dan mempunyai potongan berbeza, reka bentuk yang berbeza dengan saiz yang sama akan berbeza dari segi keselesaan dan kesesuaian. Jadi mungkin perlu ambil satu saiz yang kecil atau besar untuk mendapatkan kasut dengan kesesuaian saiz yang terbaik.
Namun, jika korang mempunyai saiz yang lebih dari yang ada, korang boleh buat tempahan dengan mengubungi pihak Lucca Vudor.
Boleh menghubungi Lucca Vudor di talian +6592304287 atau e-mel kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan.Selain kasut flat, ada pilihan lain juga seperti Heels, Sandals, Slippers dengan pelbagai design yang cukup mewah, bergaya dan klasik.
Suntec City #02-346
3 Temasek Boulevard Singapore 038983
Opening Hours: 11.00AM TO 8.30 PM
Star Vista #01-30
Envy And Pride
1 Vista Exchange Green Singapore 138617
Opening Hours: 11.00AM TO 9.00PM
Beauty World Centre #02-30
Envy And Pride
144 Upper Bukit Timah Road Singapore 588177
Opening Hours: 11.00AM TO 7.00PM
CAWANGAN MALAYSIA
Atria Shopping Gallary G-15
Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400
Pretaling Jaya,Selangor, Malaysia
Opening Hours: 11.00AM TO 7.00PM
Sebelum ni zaza banyak follow Hilal Asyraf dekat facebook beliau dan website Langitilahi. Ingat dulu zaman-zaman sekitar 2012 boleh dikatakan setiap hari zaza akan lawat website langitilahi untuk baca perkongsian cerita darinya dan penulis lain. Gaya penulisan beliau tu yang best. Tentang kehidupan, tentang Islam..
Zaza tahu beliau ada keluarkan buku tapi masa tu belum tergerak hati nak beli..sehinggalah suatu hari tu beliau ada open untuk baca karyanya secara percuma..dan time tu la tertarik nak baca karya bertajuk Takdir. Tapi masa tu dapat baca sekerat je bila beliau close balik karya percuma tu gara-gara ada orang salah guna.
So disebabkan macam excited gila bila baca Takdir tu..terus la zaza cari..tapiiiiii...yang zaza dapatkan adalah Takdir 1 : Cahaya Yang Tidak Terpadam versi lama..versi baru lain sikit..tapi tak apalah..lama pun lama lah..tetap jalan cerita yang sangat best.
Staycation 3 Hari 2 Malam di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang. Assalamualaikum, Alhamdulillah bertemu lagi kita hari ini. Macam mana korang semua? Harap semua sihat dan ceria selalu.
Baru-baru ini zaza dan rakan zaza datang ke Kuantan atas sedikit urusan kerja. Jadi pada hari tu, kami staycation dekat Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang. Dah lama tak jalan-jalan dan menginap dekat sini. Pertama kali zaza jejak hotel ini sekitar tahun 2018.
Social Media
Search