Zaza Iman : MOTIVASI DIRI
Memaparkan catatan dengan label MOTIVASI DIRI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MOTIVASI DIRI. Papar semua catatan

Sabtu, Mei 05, 2012

Kisah Motivasi Akulah Itu Wright
Sabtu, Mei 05, 2012 20 Comments
Kisah Motivasi Akulah Itu Wright. Hi Assalamualaikum.. zaza ada terbaca sebuah buku motivasi Dr. Tuah Iskandar dengan harga RM12.90 senaskah. Dalam buku itu banyak kisah-kisah menarik yang menjadi teladan dalam kehidupan.

Salah satu petikan dalam kisah Akulah itu Wright amat-amat zaza suka. Petikan dalam buku Dr.Tuah itu bebunyi seperti

"Tuah, aku suka baca riwayat hidup orang  ternama, aku dapati orang ternama ini tidak menjadi seperti itu dalam sekelip mata.Semuanya tidak muncul dengan mudah.Semuanya melalui hidup getir dan payah.Akulah itu.Suatu hari nanti, engkau akan lihat aku seperti orang yang diceritakan itu"

Kisah Motivasi Akulah Itu Wright

Kata-kata motivasi ini membuatkan zaza bersemangat untuk terus berusaha dan memburu impian dan mencapai apa yang zaza mahukan dalam kehidupan.

Petikan ini juga menjadi inspirasi untuk zaza..mungkin untuk rakan juga..

"manusia akan menjadi musuh kepada apa yang tidak diketahuinya. Tatkala Wright bersaudara memulakan untuk menerbangkan besi, ramai masyarakat eropah menyatakan dia gila.mereka tidak segan-segan mencemuhnya.nyata kejahilan mereka menyebabkan mereka memusuhi usaha itu dan akhirnya tersungkur malu kerana akhirnya Wright benar-benar mampu menerbangkan besi, apa yang dinamakan kapal terbang sekarang ini"

Dalam hidup macam mana baik pun kita, mesti ada yang tak suka dan memusuhi kita juga kan.kata dr.tuah lagi apa yang menyebabkan Whight tidak kalah dengan semua cubaan yang dihadapinya???hatinya yang kental, imiginasinya yang cemerlang.

Reading Time:

Labels

beauty (49) KECANTIKAN (24) KEHIDUPAN (14) KESIHATAN (32) LAIN-LAIN (75) OTHERS (33) PERCUTIAN (5) PROPERTY (2) RESEPI (10) REVIEW (44) SSPN1M (1) TEKNOLOGI (5) TELEKUNG (1) TIP (33)