Memaparkan catatan dengan label MAKANAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAKANAN. Papar semua catatan

Makanan Manis Tapi Sihat?

Makanan Manis Tapi Sihat?



Makanan Manis Tapi Sihat? Makanan manis sememangnya perlu dikurangkan terutamanya yang ditambah dengan gula. Namun ada juga makanan manis yang menyihatkan iaitu makanan manis secara semulajadi.

Tahukah anda makanan yang mengandungi banyak gula adalah jenis karbohidrat sederhana dimana ia sangat mudah dipecah dan dicernakan menjadi gula di dalam darah. Akibat dari itu gula yang diambil dengan banyak, paras gula akan meningkat naik dalam tubuh sekaligus menjadikan seseorang itu mengantuk, lemak berlebihan dan juga susah untuk bernafas.

Bagaimanapun makanan manis secara semulajadi pula karbohidrat kompleksnya menjadi lambat dicerna menjadi gula di dalam darah. Oleh itu gula dalam darah akan tetap stabil.

Bagi memastikan tubuh sentiasa sihat walaupun ketika itu anda mengambil makanan dan minuman manis, ada beberapa tip yang boleh dilakukan iaitu dengan memilih makanan yang mempunyai rasa manis semulajadi. Contohnya adalah buah-buahan segar. Bagi mencuba sedikit kelainan, cuba jadikan ia jus tanpa gula atau tambahkan sedikit susu krim atau ais batu.

Selain itu, anda boleh juga menggunakan madu sebagai penganti. Buah-buah kering tanpa diawet dengan gula juga amat sesuai seperti pemgambilan buah ceri, buah apricot dan kismis. Buah-buah seperti ini mempunyai rasa manis semulajadi dan sesuai dijadikan snek yang sihat.

Makanan Manis Tapi Sihat?

Buah Beri

Buah beri mempunyai banyak jenis seperti beri biru, beri hitam dan strawberi. Buah ini rasanya manis dan mengandungi jumlah gula semulajadi. Beri juga mempunyai kandungan rendah lemak. Strawberi pula adalah sumber yang sangat baik untuk kesihatan.

Makanan Manis Tapi Sihat?

Buah Sitrus

Buah-buahan sitrus adalah seperti oren, tangerin dan pummelos. Buah-buahan ini adalah gula semula jadi yang tinggi walaupun limau gedang mengandungi sedikit. Buah-buahan sitrus mengandungi 40-53 kalori dan kurang daripada 1 gram lemak per 3 auns.

Makanan Manis Tapi Sihat?

Madu

Madu amat meluas penggunaannya dan sihat kerana struktur komponen-komponennya walaupun madu mengandungi glukosa dan fruktosa. Madu kurang berkemampuan untuk menukar kepada lemak. Madu juga sebagai antioksidan yang dapat melindungi daripada penyakit. Contohnya madu tualang yang mempunyai manfaat untuk perlindungan payudara dan kanser serviks. Sumber >>> dara karangkraf

CONTINUE READING
Zaza Iman
4 Comments

Popcorn Perisa Tom Yum Dari Garrett Popcorn

Popcorn Perisa Tom Yum Dari Garrett Popcorn


Popcorn Perisa Tom Yum Dari Garrett Popcorn. Lama juga tak makan popcorn. Selau makan popcorn yang jenis biasa dijual. Tapi kali ni dapat menikmati popcorn dengan perisa yang berbeza dan sedap iaitu  Popcorn Perisa Tom Yum Dari Garrett Popcorn.

Popcorn Perisa Tom Yum ini dihasilkan dengan dua perisa tambahan lain iaitu CheeseCorn Popcorn dan Buttery


Popcorn Perisa Tom Yum Dari Garrett Popcorn

Zaza leka makan popcorn ni..sambil-sambil membeli belah bawak popcorn ni sambil makan. Bila makan rasanya seperti Tom Yum. Ada rasa sedikit pedas.

Popcorn Perisa Tom Yum Dari Garrett Popcorn ini menggunakan bahan semulajadi seperti aksen limau, serai, cili lada burung dan rempah.

Sesuai untuk dimakan oleh remaja, dewasa dan keatas. Bagi kanak-kanak kurang sesuai sikit sebab ia pedas.

Popcorn Perisa Tom Yum Dari Garrett Popcorn

Harga Popcorn Tom Yum ini hanya RM13.00 bagi beg kecil ( Buttery ) dan RM18.00 bagi beg kecil ( Tom Yum CheeseCorn )

Nak mencuba? Popcorn Perisa Tom Yum Dari Garrett Popcorn boleh didapati di kedai Garrett Popcorn seperti berikut :

1. Lot 1.109, Aras 1, Pavilion Tower Elite, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
2. Lot G001-B, Ground Floor, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
3. Lot C151,Concourse Level, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre
4. Lot G140,Ground Floor, Pusat Beli Belah 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor
5. L2,-112, Aras 2, Gateaway @klia 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Sepang, Selangor

Popcorn Perisa Tom Yum Dari Garrett Popcorn
Berehat sekejap sambil menimkati popcorn perisa Tom Yum bersama En. Tunang

Popcorn Perisa Tom Yum Dari Garrett Popcorn

Buat mereka yang terasa ingin mencuba, jangan lupa untuk mendapatkan Popcorn Perisa Tom Yum dari Garrett Popcorn seperti yang disenaraikan di atas.

Layari http://garrettpopcorn.com.my untuk maklumat lanjut.


CONTINUE READING
Zaza Iman
3 Comments

Resepi Solok Lada

Resepi Solok Lada


Solok Lada Menu Pilihan Ketika Berbuka Puasa. Assalamualaikum..Alhamdulillah bertemu lagi kita bulan ramadhan. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di dunia.

Kebiasaannya ketika berbuka puasa antara menu hidangan yang wajib ada adalah Solok Lada. Solok Lada merupakan makanan kegemaran Abah dan Mak.

Jadi kali ini zaza nak share rsepi membuat solok lada. Time ni buat dengan mak dan jiran.. kebetulan mak bawa balik lada besar tu banyak..petik dekat kampung.

Solok Lada Menu Pilihan Ketika Berbuka Puasa

Pertama adalah menyediakan bahan-bahannya :

Lada besar ( tak kisah berapa banyak pun yang anda nak )
Ikan Selayang
Bawang Merah 10 biji
Bawang Putih 2 biji
Halia Besar Ibu Jari..lebih sikit sebab halia tu penyedap
Kelapa Parut ( kelapa muda )
Santan
Gula dan Garam secukupnya

**Lupa nak ambil gambar ikan selayang..

Solok Lada Menu Pilihan Ketika Berbuka Puasa

Solok Lada Menu Pilihan Ketika Berbuka Puasa

Cara Membuat :

1. Ikan selayang yang telah direbus diasingkan isinya. Tumbuk ke semua isi ikan selayang. Ketepikan.
2. Tumbuk pula bawang merah, bawang putih, halia
3. Selepas tumbuk campur bersama isi ikan dan gaulkan.
4. Kemudian tumbuk kelapa parut dan selepas itu masukkan ke dalam isi ikan bercampur bahan tumbuk tadi.
5. Masukkan garam dan gula dan gaul sehingga sebati.

Solok Lada Menu Pilihan Ketika Berbuka Puasa

6. Selesai gaul kesemuanya ketepikan sekejap.
7. Basuh dan belah ke semua lada. Buang biji. Setelah itu sumbatkan bahan tumbuk yang telah digaul tadi ke dalam lada.

Solok Lada Menu Pilihan Ketika Berbuka Puasa

8.Susun semua solok lada ke dalam periuk kukus. Kemudian ambil santan tuang ke setiap lada satu persatu..
9. Kukus dengan api perlahan
10. Siap dan boleh dihidang bersama nasi ketika berbuka

Inilah simple resepi zaza belajar dari mak. Berselera sungguh makan. Siap ajak anak-anak jiran makan bersama..So korang kat rumah boleh la mencuba resepi ini okeyy..



CONTINUE READING
Zaza Iman
4 Comments

Sate Tuna Produk Inovasi Baru Beri Pulangan Besar Buat Usahawan

Sate Tuna Produk Inovasi Baru Beri Pulangan Besar Buat Usahawan


Sate Tuna Produk Inovasi Baru Beri Pulangan Besar Buat Usahawan. Enaknya menikmati sate. Paling zaza suka sate ayam. Tapi kali ni zaza nak beritahu rakan-rakan zaza semua kini dengan inovasi baru dari Jabatan Perikanan Malaysia terhasillah sate tuna yang memberikan pulangan besar melebihi RM5,000 sebulan kepada usahawan tempatan

Sate Tuna Produk Inovasi Baru Beri Pulangan Besar Buat Usahawan

Sate Tuna adalah produk inovasi yang diperkenalkan semasa MAHA 2016. Sate Tuna dihasilkan 100% menggunakan Ikan Tuna Sirip Kuning ( Yellofin Tuna ) yang kaya dengan Omega 3. Mempunyai kandungan vitamin yang tinggi dan rendah kalori.

Ujar Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, sate tuna antara pilihan menu bagi pengamal diet kerana isi ikan tuna berasaskan nutrien dan banyak khasiat.

Sate Tuna Produk Inovasi Baru Beri Pulangan Besar Buat Usahawan

Sate Tuna Produk Inovasi Baru Beri Pulangan Besar Buat Usahawan

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga berkata sebagai permulaan untuk mmperlbagaikan varieti sate yang sedia ada, syarikat usahawan Francais Sate Tuna dari Labuan akan membekalkan bahan mentah seperti ikan tuna untuk dijadikan sate. Sate Tuna boleh didapai di Satay Station di Lembah Klang dan cawangan baru akan dibuka di KLIA2.

Sate Tuna Produk Inovasi Baru Beri Pulangan Besar Buat Usahawan

Kerjasama dengan Satay Station juga merupakan langkah yang strategik kerana ia saling melengkapi dan menguntungkan kedua belah pihak.

Selain itu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga menjelaskan pihaknya akan terus berusaha melahirkan usahawan Francais Sate Tuna bagi memperluaskan lagi promosi dan pasaran sate tuna ke seluruh Negara. Peluang perniagaan ini juga perlu direbut oleh usahawan.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ( MOA ) juga menyediakan kemudahan pembiayaan di bawah TEKUN Nasional bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan sate tuna melalui skim TemanNita dan TEMAN TEKUN

Sate Tuna Produk Inovasi Baru Beri Pulangan Besar Buat Usahawan

Sate Tuna Produk Inovasi Baru Beri Pulangan Besar Buat Usahawan

Jabatan Perikanan Malaysia ( DOF ) menjangkakan dengan penggunaan teknologi dan usaha penambahbaikan resepi bersesuaian dengan citarasa tempatan.

Produk sate tuna ini juga boleh memcecah sehingga 50 ribu cucuk sebylan dan semestinya mendapat pulangan besar kepada pengusaha/individu.

Jadi kepada mereka yang ada pertanyaan boleh menghubungi :

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Tel : 03 8870 4234
Faks : 03 8881 0343
Email : ukk@dof.gov.my / pro@dof.gov.my


CONTINUE READING
Zaza Iman
1 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)