Zaza Iman : LAZADA MALAYSIA
Memaparkan catatan dengan label LAZADA MALAYSIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LAZADA MALAYSIA. Papar semua catatan

Sabtu, Julai 28, 2018

Lazada Launches First Super Brand Day with M·A·C
Sabtu, Julai 28, 2018 13 Comments


Lazada Launches First Super Brand Day with M·A·C. Perkara yang zaza suka bila shopping adalah membeli pakaian dan barangan makeup. Sejak dah mula pandai sikit basic makeup yang betul, zaza asyik nak membeli je terutamanya kalau tengah ada sales.

Kalau pasal makeup ni zaza gemar mencuba dan membeli foundation, eyeshadow, berus makeup dan juga lipstik.

Kebetulan pula pada hari esok, Lazada sekali lagi membuat  promosi best untuk kesemua pelanggannya terutama peminat barangan jenama M.A.C.

Lazada Launches First Super Brand Day with M·A·C

M.A.C X Lazada Super Brand Day - Too many lipsticks?Never.  Antara promosi terbaru yang akan berlangsung esok selama satu hari saja tau..

Jadi time ni la untuk you all semua  peminat M.A.C boleh mendapatkan pelbagai koleksi lipstick terbaik mereka.

Lazada Launches First Super Brand Day with M·A·C

M.A.C memang antara jenama paling popular dan diminati ramai..satu jenama yang ikonik dan fashion-forward makeup brands. M.A.C juga antara brand pilihan jurusolek di Malaysia.

Sempena dengan meraikan Nasional Lipstick Day pada 29 Julai ini, semua peminatnya berpeluang mendapatkan tawaran khas sehingga 11.59 malam sahaja di Lazada.

Antara tawaran istimewa tersebut adalah seperti :

1. Free full-sized lipsticks dengan minimum sebanyak RM70
2. Free lipstick mobile key ring dengan pembelian sebanyak RM140*
3. Limited edition Little M.A.C Duos dengan kotak hadiah istimewa ( mini lippies in three different pairs of smashing shades )*
4. Lazada National Lipstick  Day stickers and M.A.C x Lazada Super Brand Day gift box  dengan sebarang pembelian.

Lazada Launches First Super Brand Day with M·A·C

M.A.C atau sebutan penuhnya adalah Make-up Art Cosmetics merupakan satu jenama kosmetik professional dan terkemuka di Toronto dan sehingga kini produk-produk M.A.C telah dijual di 106 buah negara di seluruh dunia.

Lazada Launches First Super Brand Day with M·A·C

Lazada Launches First Super Brand Day with M·A·C

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Lazada, Robin Mah, “ Super Brand Day” adalah satu peristiwa penting bagi Lazada dalam memberikan pengalaman membeli belah selama  satu hari dengan jenama Global.

Jadi apa lagi, untuk you all semua, jangan lepaskan saat-saat sebegini. Muat turn aplikasi Lazada sekarang mulakan troli anda di https://www.lazada.com.my/wow/i/my/sub/super-brand-day-v1?wh_weex=true

Maklumat lanjut mengenai Super Brand Day boleh layari :



Reading Time:

Khamis, Mei 24, 2018

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show
Khamis, Mei 24, 2018 5 Comments


Selain dari sebuah platform membeli belah yang terkemuka, Lazada Malaysia kini telah melancarkan sebuah rancangan TV iaitu LazAdaStyle Fashion Reality Tv Show pertama mereka yang disiarkan menerusi saluran TV3.

Rancangan yang menampilkan pereka fesyen dan juga selebriti tempatan seperti  Rizman Rozaini, Wirda Adnan, Nana Mahazan dan beberapa lagi.

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show
LazAdaStyle Fashion Reality Tv Show

LazAdaStyle Fashion Reality Tv Show ini bersiaran pada setiap hari Ahad, Jam 3 petang.
Rancangan ini disiarkan khas sempena dengan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Melalui kerjasama diantara Rangkaian Televisyen Media Prima, rancangan LazAdaStyle Fashion Reality Tv Show ini  diacarakan oleh pelakon Malaysia iaitu Nana Mahazan.

Rancangan yang menarik ini disiarkan bertujuan untuk memperkenalkan lagi Lazada sebagai destinasi membeli belah rakyat Malaysia bagi produk kecantikan dan juga fesyen.

Menurut Christophe Lejeune yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia,” Kami sedang memulakan perjalanan yang menarik untuk memperdalam rayuan kami kepada pengguna yang berpusatkan fesyen. Acara TV realiyi LazAdaStyle adalah cara kami untuk melibatkan mereka dalam cara yang lebih menarik dan relevan selain menyediakan pengguna dengan pelbagai jenis barangan. Fesyen dan kecantikan adalah tumpuan utama kami untuk Hari Raya tahun ini kerana ia merupakan elemen penting untuk keluarga Melayu semasa perayaan ini.”

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show

Rancangan LazAdastyle ini mempunyai empat episod dimana ia menggabungkan lapan pereka tempatan yang berminat untuk mempamerkan pakaian terbaik mereka. Mereka akan diberikan masa, bahan dan tema pada setiap minggu.

Hasil reka bentuk mereka akan dinilai oleh personality terkenal dalam industri fesyen seperti Rizman Rozaini dan Wirda Adnan.  Para peserta juga turut diawasi oleh usahawan fesyen popular seperti Min Luna, Syed Faizal dan Bustaman Mokhtar sepanjang pertandingan ini berlangsung.

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show

Selain itu, para penonton juga dapat melihat selebriti undangan seperti Elfira Loy,Siti Sarah Raisuddin, Sherry Alhadad, Yasmin Hani, Sha’rin Razali. Para peserta juga akan melalui proses penyingkiran sehingga pemenang dipilih pada akhir rancangan ini nanti.

Pemenang LazAdaSyle akan memenangi wang tunai dan hadiah yang cukup lumayan bernilai sehingga RM100,000.00.

Jadi kepada anda, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti setiap episode LazAdaStyle pada setiap hari Ahad, jam 3 petang  bermula dari 6 sehingga 27 Mei di TV3.

Melalui rancangan ini juga, Lazada turut menawarkan tawaran Hari Raya dan promosi khas di lazada.com.my

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show

Lapan peserta yang telah disenarai pendek melalui uji bakat tertutup selepas pertandingan yang dianjurkan oleh Lazada Malaysia di Instagram telah menerima lebih daripada 300 penyertaan di seluruh negara.

Selain itu, anda juga boleh membeli barangan kegemaran anda dari rancangan TV di aplikasi Lazada di ( klik disini )

Anda juga boleh muat turun LazadaApp bagi memudahkan anda membuat pembelian.

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show

Shake Shake Contest

Berita baik untuk anda, semasa rancangan LazAdaStyle Fashion Reality Tv Show sedang berlangsung, jangan lupa untuk  sertai “Shake Shake Contest” dan anda berpeluang untuk memenangi voucher dari Lazada Malaysia.Pastikan anda memuat turun LazadaApp tau untuk menyertainya.

Bagi anda yang merupakan seller dan berminat untuk dipaparkan dalam LazadaStyle, boleh terus daftar sebagai seller di lazada.com.my.

Untuk pelanggan Lazada pula, anda juga berpeluang untuk kongsikan gambar OOTD anda dengan menggunakan #mylazadastyle dan anda berpeluang untuk muncul di dalam LazadaStyle.

Episod LazAdaStyle Fashion Reality Tv Show

Setiap minggu terdapat pelbagai cabaran yang perlu dilalui oleh mereka.

Episode 1 : Hijabista Collection - Full Episode


Episode 2 : Mother & Me Collection - Full Episode


Episode 3 : Bold & Curvy Collection ( Plus Size )


Episode 4 : Raya Couple Collection - Teaser


Jangan lupa saksikan okay..siapakah yang akan memenanginya..saksikan episod 4 Final ahad ini..
Jumlah Peserta : 8 Orang

Episode 1 : 2 teams, 2 eliminated from losing team
Episode 2 : 2 eliminated, 2 eliminated from losing team
Episode 3 : 1 eliminated out of remaining 4 contestants. Contestants to push their own style in this episode!
Episode 4 : 3 Finalists

Anda juga boleh melayari Instagram Lazada https://www.instagram.com/lazadafashion_my


Reading Time:

Labels

beauty (52) KECANTIKAN (24) KEHIDUPAN (14) KESIHATAN (33) LAIN-LAIN (75) OTHERS (44) PERCUTIAN (5) PROPERTY (2) RESEPI (10) REVIEW (44) SSPN1M (1) TEKNOLOGI (5) TELEKUNG (1) TIP (33)