Zaza Iman: LAIN-LAIN



Memaparkan catatan dengan label LAIN-LAIN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LAIN-LAIN. Papar semua catatan

Isnin, Julai 10, 2017

Buah Berangan Sedap Di Temerloh
Isnin, Julai 10, 2017 7 Comments
Buah Berangan Sedap Di Temerloh. Minggu lepas dah makan buah berangan. Tapi biasalah datang musim kempunan..tercari-cari. Agak susah juga nak mencari. Kebetulan balik ke kampung lalu bandar Temerloh. Memang zaza tahu kat Temerloh ada satu gerai tepi jalan yang menjual buah berangan ni.

So sempat la singgah sekejap dan beli sekilo. Gerai ni berdekatan dengan Jambatan Temerloh dan berhadapan dengan Tempat Mandi Kubang Gajah.

Baru ni masa kat KL, zaza ada beli sedikit dan beri kawan zaza rasa.. teruja dia makan sebab pertama kali rasa. Katanya sedap.

Buah berangan ni dipanggil juga sebagai Chesnut. Agak mahal sedikit harganya.

Buah Berangan Sedap Di Temerloh
Foto-steinchen

Buah Berangan Sedap Di Temerloh

Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh
Sempat singgah membeli.. thanks pakcik..ramah je dengan pelanggan

Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh

Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh

Buah berangan ni dimasak dengan pelbagai cara. Salah satu cara yang paling popular adalah memasak dalam kuali menggunakan batu arang kecil.

Rasa buah berangan ni rasanya manis dan lembut. Baunya wangi. Macam zaza..sekali makan sampai berkali-kali. 

Untuk pengetahuan korang..buah berangan ni mengandungi Vitamin C yang tinggi. tiada kolestrol dan lemak yang sedikit.


Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh
Batu arang kecil digunakan untuk memasak buah berangan

Masa makan buah berangan ni..terfikir juga..dari mana buah berangan ni terhasil. Yela kadang-kadang kekacang ada yang tumbuh dari tumbuhan dalam tanah. Ada yang dari pokok. Rupanya buah ni terhasil dari sebuah pokok. Kalau tengok macam bulu-bulu rambutan pun ada.

Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh
Pokok Buah Berangan yang menghijau..
ala-ala macam rambutan je tengok.. Foto dari Padangjawaku

Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh
Apabila buah telah matang dan masak...Foto dari Padangjawaku

Mungkin tak ramai yang tahu lagi tentang buah ni. Kalau ada pengunjung yang datang..warga asing ke..yang datang ke Temerloh boleh la cuba merasa keenakan buah berangan ni.

Reading Time:

Khamis, Julai 06, 2017

Buah Salak Banyak Manfaatnya Pada Tubuh
Khamis, Julai 06, 2017 6 Comments
Buah Salak Banyak Manfaatnya Pada Tubuh. Buah ni biasa dijumpa jual dekat kampung-kampung. Abah zaza pun ada tanam buah salak ni. Keliling rumah ada. kadang buah salak yang dah masak bagi pada jiran-jiran. Ada juga yang datang membeli. Pendek kata jemu dah makan buah salak ni...tapi bila musim habis..jadi kempunan pula..

Buah salak ni bila masak rasanya manis-manis. Isinya kalau masak betul gebu-gebu. Warna isi nya putih-putih sedikit kekuningan. Ada juga rasa kelat bila tak masak betul. Kat rumah zaza..selalu je petik bila dah masak.

Buah Salak Banyak Manfaatnya Pada Tubuh

Buah Salak Banyak Manfaatnya Pada Tubuh
Ni pokok yang Abah zaza tanam..sempat lagi zaza petik buah yang tengah masak tu

Buah Salak juga disebut sebagai Salacca Zalacca. Nak tahu tak buah Salak turut dipanggil dengan nama Snake Fruit kerana kulitnya seakan-akan sisik ular.

Pokok Buah Salak mempunyai duri yang tajam dan panjang. bentuknya juga unik.

Biasa asyik makan buah Salak tapi zaza tak tahu pun apa kebaikan buah Salak ni..so selepas buat reseach..barulah zaza tahu apa manfaatnya buah Salak ni pada kita.. so zaza nak kongiskan kat korang pula..

Buah Salak Banyak Manfaatnya Pada Tubuh
Duri-duri pokok Buah Salak

Buah Salak Banyak Manfaatnya Pada Tubuh

Dikatakan Buah Salak dapat Meningkatkan Kecerdasan Otak kerana Buah Salak mempunyai kandungan kalium dan peptin yang tinggi. Buah Salak juga sangat baik dalam menjaga sistem saraf.

Buah Salak amat Baik Untuk Pencernaan kerana mengandungi beta karoten,tanin,flavonoid,kalsium dan saponin

Buah Salak juga membantu Meningkatkan Stamina Tubuh Badan kerana mempunyai kandungan Vitamin A dan Serat yang tinggi. Dengan Vitamin A dan Serat inilah tubuh mempunyai tenaga dan stamina badan meningkat. Buah Salak Bermanfaat Untuk Menjaga Mata kerana mengandungi beta-karoten yang tinggi. Malahan juga dapat Mencegah Rabun Jauh kerana kandungan Buah Salak yang tinggi Vitamin A. Vitamin A amat baik untuk kesihatan mata.

Sebenarnya banyak lagi kebaikan dan manfaat yang ada pada Buah Salak ni..tapi makanlah perpada-pada. Kalau tak silap zaza kalau makan banyak sangat pun boleh sebabkan sakit urat. Wallahualam


Reading Time:

Ahad, Julai 02, 2017

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books
Ahad, Julai 02, 2017 5 Comments
Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books. Assalamualaikum..Jika ada rakan-rakan zaza masih ingat zaza pernah posting satu kisah mengenai seorang penuntut Malaysia di University Yasar, Izmir Turki tentang perjalanan kisahnya memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria, Universal Humanitarian Aid - Turkey Sukarelawan Antarabangsa Bantu Pelarian Syria

Kini, penuntut tersebut, Thaqib Shaker telah pun menghasilkan sebuah buku catatan kisah tersebut bertajuk Anak Malaya Di Republik Turki

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Kebiasaannya seringkali kita dihidangkan dengan kisah Turki mengenai zaman kegemilangan Empayar Uthmaniyah.

Namun, penulis Thaqib berjaya menghasil buku mengenai kisah Turki dari sudut yang berbeza.

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Izmir, Sebuah kota dimana kedudukannya terletak antara Greece dan Lautan Ege. Kebanyakan penduduk Izmir mempunyai fahaman sekular dan gaya hidup yang moden dan kebaratan.

Kota Izmir juga turut menjadi transit bagi pelarian-pelarian Syria sebelum mereka sampai ke Pulau Chios di Greece

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Masyarakat di Kota Izmir mempunyai pelbagai latar belakang agama,bangsa dan budaya. Malah minuman harian mereka seperti alkohol adalah perkara biasa.

Bagaimanapun, Thaqib masih berjaya membawa diri  sepanjang berada di sana dan usahanya membantu rakyat di sana telah banyak mengubah persepsi masyarakat di Izmir.


Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books


Terdapat setengan di kalangan warga kota Izmir menjadikan bendera Malaysia sebagai hiasan kedai. Malah ada juga pelarian Syria yang menumpang di Izmir turut mengibarkan bendera Malaysia sambil melaungkan "Bendera ini mengubati luka kami"

Thaqib juga turut menjawab persoalan mengenai keTuhanan yang telah membuka minda seorang wanita warga Italy, Eleonara yang mempunyai fahaman Atheis kepada Islam


Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Kisah Thaqib juga pernah mendapat liputan media Turki dan TV Alhijrah

Pelbagai kisah menarik dihidangkan dalam buku Anak Malaya Di Republik Turki. Buat mereka yang menyukai sejarah atau kisah-kisah kehidupan masyarakat, boleh mendapatkan buku ini dengan harga RM25 sahaja di Pesta Buku Antarabangsa

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Detail : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Tarikh : 28 April - 7 Mei 2017
Judul : Anak Malaya Di Republik Turki
Terbitan : ILHAM Books
Booth No : 3256 - 3257 di Dewan Tun Razak 3, PWTC

Sumber - Ilham Books dan Thaqib Shaker



Reading Time:

Ahad, Mei 28, 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017
Ahad, Mei 28, 20171 Comments
Sepetang Bersama Blogger 2017. Assalamualaikum. Alhamdulillah seronok dan gembira rasa apabila berkesempatan buat kali ke 2 dapat menghadiri majlis Sepetang Bersama Blogger 2017 ( SBB2017 ) yang telah diadakan di Pusat Perlancongan Malaysia ( MaTIC ) pada 13 Mei, Sabtu.

Majlis Sepetang Bersama Blogger telah dianjurkan oleh Denaihati. Majlis ini diadakan untuk rakan blogger, rakan media sosial dan usahawan.

Sepetang Bersama Blogger 2017

Beberapa penaja lain turut terlibat antaranya Yeos Malaysia, Kumpulan Media Karangkraf, Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia , MaTIC, Misi Viral,, GT Mobile, Denaisell,CVS Production, Adi Putra dan eQurban

Majlis SBB2017 kali ini telah dibuat dengan 2 sesi iaitu disebelah petang bagi segmen perkongsian dari beberapa speaker jemputan dan usahawan dan disebelah malam pula majlis makan malam ( Gala Dinner & Award Night )

Bagi zaza dekat majlis ni je la zaza dapat jumpa semua kenalan laman sosial..maklumlah tinggal jauh..malah banyak peluang yang boleh didapati disini. Selain bertukar-tukar kad nama sebagai memperkenalkan diri kepada rakan-rakan baru.

Sepetang Bersama Blogger 2017

Majlis dimulakan dengan doa dan ucapan dari Tuan Haji Amir ( Denaihati ) dan seterusnya segmen bersama speaker. Antara speaker adalah seperti

1. Mahamahu ( Best foodie Blog MSWM Awards 2016 )
2. Norman Danish ( Misi Viral )
3. Datu Ibu Hanim ( Annems Leadership )
4. Cik Lily Putih ( Elite Blogger )
5. Wan Yusof ( Seo Strategist & Content Marketer )

Sepetang Bersama Blogger 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017


Pada sebelah malam pula diadakan Majlis Malam Gala Dinner & Award SBB2017 khas untuk blogger.Antara tetamu yang hadir adalah Timbalan Menteri pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Hajjah Mas Ermieyati Samsudin dan CEO Kumpulan Media Karangkraf iaitu Dato Hussamuddin Yaacub.

Sepetang Bersama Blogger 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017

Selesai majlis seperti biasa acara mengambil gambar kenangan dengan semua rakan-rakan. Ada juga rakan yang tak sempat zaza bergambar bersama. Apapun dapat berjumpa dan membuat aktiviti bersama merupakan kenangan terindah 2017 dan terima kasih buat Denaihati Network kerana menganjurkan majlis sebegini.. semoga di masa akan datang diadakan lagi.Insyaallah



Reading Time:

Khamis, Mei 25, 2017

10 Reka Bentuk Rumah Untuk Penggemar Kucing
Khamis, Mei 25, 2017 5 Comments
10 Reka Bentuk Rumah Untuk Penggemar Kucing. Anda penggemar kucing? Jika jawapan anda ialah YA, anda wajib baca artikel ini sehingga habis.

Bagi mereka yang membela kucing, pelbagai perubahan cara hidup perlu dilakukan untuk memastikan kucing kesayangan mereka sentiasa sihat dan gembira. Antaranya termasuklah mengasingkan wang untuk perbelanjaan makanan dan perubatan kucing tersebut.

Malah, ada juga yang menolak terus idea untuk tinggal di rumah jenis apartmen kerana tak sanggup berpisah dengan haiwan peliharaan mereka. Jika tinggal di rumah atas tanah, #anakanakbulu atau “fur babies” ini akan dapat bermain dan berlari dengan lebih bebas. Tapi kalau rumah anda terlalu lapang dan kosong, kucing kesayangan anda akan cepat berasa bosan kerana tiada cabaran bermain dan tiada tempat untuk menyorok.

Jadi, jika anda mahu jadikan rumah anda lebih cat friendly, lihat idea menarik yang saya telah kumpulkan ini. Enjoy!

1. Pasang alang-alang di dinding dan siling sebagai trek laluan untuk kucing anda.

10 Reka Bentuk Rumah Untuk Penggemar Kucing

Reading Time:

Sabtu, Mei 13, 2017

Sate Tuna Produk Inovasi Baru Beri Pulangan Besar Buat Usahawan
Sabtu, Mei 13, 20171 Comments
Sate Tuna Produk Inovasi Baru Beri Pulangan Besar Buat Usahawan. Enaknya menikmati sate. Paling zaza suka sate ayam. Tapi kali ni zaza nak beritahu rakan-rakan zaza semua kini dengan inovasi baru dari Jabatan Perikanan Malaysia terhasillah sate tuna yang memberikan pulangan besar melebihi RM5,000 sebulan kepada usahawan tempatan

Sate Tuna Produk Inovasi Baru Beri Pulangan Besar Buat Usahawan

Sate Tuna adalah produk inovasi yang diperkenalkan semasa MAHA 2016. Sate Tuna dihasilkan 100% menggunakan Ikan Tuna Sirip Kuning ( Yellofin Tuna ) yang kaya dengan Omega 3. Mempunyai kandungan vitamin yang tinggi dan rendah kalori.

Ujar Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, sate tuna antara pilihan menu bagi pengamal diet kerana isi ikan tuna berasaskan nutrien dan banyak khasiat.

Sate Tuna Produk Inovasi Baru Beri Pulangan Besar Buat Usahawan

Sate Tuna Produk Inovasi Baru Beri Pulangan Besar Buat Usahawan

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga berkata sebagai permulaan untuk mmperlbagaikan varieti sate yang sedia ada, syarikat usahawan Francais Sate Tuna dari Labuan akan membekalkan bahan mentah seperti ikan tuna untuk dijadikan sate. Sate Tuna boleh didapai di Satay Station di Lembah Klang dan cawangan baru akan dibuka di KLIA2.

Sate Tuna Produk Inovasi Baru Beri Pulangan Besar Buat Usahawan

Kerjasama dengan Satay Station juga merupakan langkah yang strategik kerana ia saling melengkapi dan menguntungkan kedua belah pihak.

Selain itu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga menjelaskan pihaknya akan terus berusaha melahirkan usahawan Francais Sate Tuna bagi memperluaskan lagi promosi dan pasaran sate tuna ke seluruh Negara. Peluang perniagaan ini juga perlu direbut oleh usahawan.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ( MOA ) juga menyediakan kemudahan pembiayaan di bawah TEKUN Nasional bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan sate tuna melalui skim TemanNita dan TEMAN TEKUN

Sate Tuna Produk Inovasi Baru Beri Pulangan Besar Buat Usahawan

Sate Tuna Produk Inovasi Baru Beri Pulangan Besar Buat Usahawan

Jabatan Perikanan Malaysia ( DOF ) menjangkakan dengan penggunaan teknologi dan usaha penambahbaikan resepi bersesuaian dengan citarasa tempatan.

Produk sate tuna ini juga boleh memcecah sehingga 50 ribu cucuk sebylan dan semestinya mendapat pulangan besar kepada pengusaha/individu.

Jadi kepada mereka yang ada pertanyaan boleh menghubungi :

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Tel : 03 8870 4234
Faks : 03 8881 0343
Email : ukk@dof.gov.my / pro@dof.gov.my


Reading Time:

Selasa, Mei 09, 2017

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017
Selasa, Mei 09, 20171 Comments
Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017. Assalamualaikum..seperti tahun sebelum ini, Sekali lagi Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan ( HPPNK ) Tahun 2017 akan diadakan pada 28 September hingga 1 Oktober 2017.

Bagi acara ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, MOA mensasarkan setengah juta pengunjung yang akan datang.

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Menurut Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,sambutan HPPKNK 2017 akan diadakan di Tapak MAEPS Serdang memandangkan ada kemudahan dan pengisian program yang menarik untuk pengungjung.

Ujarnya lagi, HPPKNK juga mengiktiraf para tani dan menampilkan makanan terbaik negara serta menberi pengiktirafan kepada pencapaian terbaik peladang, penternak dan nelayan yang telah berjaya menghasilkan produk dan inovasi pertanian.

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Dengan tema " Our Food Our Future " ( Makanan Kita Masa Depan Kita ) HPPNK memberi peluang kepada kementerian untuk menghargai para tani dalam usaha mereka untuk memanstikan sumber makanan terus dipertingkatkan. Satu anugerah khas akan diberikan semasa majlis perasmian itu nanti.

Dalam acara ini juga nanti turut diperkenalkan Malaysia Food Festival ( MyFF ). MyFF2017 adalah satu ekspo hidangan makanan dari seluruh negara. Pengunjung juga dapat menikmati pelbagai jenis makanan dan dapat mendalami situasi pengeluaran, penghasilan dan persembahan makanan di Malaysia ( Farm-to-Fork )

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

MyFF 2017 menerapkan Farms, foods, drinks and experience yang merupakan elemen penting kepada perjalanan industri makanan di Malaysia dengan berinspirasikan elemen berikut :-

  • Makanan: Penghasilan makanan yang sihat dan selamat.
  • Masakan: Penyediaan makanan melalui demonstrasi makanan oleh chef terkemuka.
  • Teknologi makanan: Pameran Teknologi Makanan seperti pembungkusan.
  • Hidangan: Pelbagai jenis juadah dan menu akan dipersembahkan.
  • Agro-pelancongan: Nikmati pengalaman Agropelancongan dengan menyertai The Gourmet Tour, Lawatan sekeliling MAEPS sambil menjamu selera.
  • Komuniti: Menyatukan komuniti melalui konsert Rhythm of The Farmers (ROTF) dan juga Jualan Food Truck.

Selain itu juga, Kementerian juga menyatakan bahawa HPPNK 2017 dan MyFF 2017 akan dapat menyediakan pelbagai ruang untuk perniagaan, pelaburan, kerjasama dan platform yang ideal nagi melancarkan produk dan perkhidmatan baru.

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Exhibitor, jualan dan rakan strategik juga amat dialu-alukan untuk terlibat dalam HPPNK. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook, Twitter dan Instagram @HPPNK2017

Kementerian juga mengalu-alukan penyertaan daripada Exhibitor, jualan dan rakan strategik yang ingin terlibat dalam HPPNK kali ini. Untuk maklumat lanjut dan terkini @HPPNK2017 di FB, Twitter dan Instagram.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi :

Mohd Asril Idris
Ketua Komunikasi Korporat
asril@moa.gov.my , 013-3448185




Reading Time:

Khamis, April 27, 2017

Universal Humanitarian Aid - Turkey Sukarelawan Antarabangsa Bantu Pelarian Syria
Khamis, April 27, 2017 6 Comments
Universal Humanitarian Aid - Turkey Sukarelawan Antarabangsa Bantu Pelarian Syria. Universal Humanitarian Aid - Turkey ( Sebelum ini menggunakan nama Aegean Refugee Aid - ARA )  telah ditubuhkan oleh seorang penuntut Malaysia di Universiti Yasar, Izmir, Turki iaitu Muhammad Nur Thaqib Shaker, 25. Penubuhan ini bertujuan untuk misi bantuan kemanusiaan bagi pelarian Syria.

Usaha Thaqib juga mendapat kerjasama rakan-rakannya dan mendapat sokongan dari rakyat Turki. Bukan itu sahaja, kisah UNIAID juga mendapat perhatian media di sana.

Kagum dengan apa yang dilakukannya, Thaqib menceritakan pengalamannya sepanjang dalam misi bantuan seperti kisah pelarian yang kehilangan keluarga,  pelarian yang menghidap pelbagai penyakit dan kisah kanak-kanak yang dieksploitasikan sindiket peminta sedekah.

Menurut Thaqib, mulanya dia memikirkan akan berdepan dengan pelbagai halangan ketika menjalankan misi tesebut namun sangkaannya nyata meleset kerana misi yang diusahakannya bersama rakan-rakan berjaya dijalankan dengan lancar. Bermula dari November sehingga saat ini, UNIAID telah merekodkan 20 program bantuan kemanusiaan di Syria.


Aegean Refugee Aid (ARA) Sukarelawan Antarabangsa Bantu Pelarian Syria

Lebih membanggakan juga apabila masyarakat Turki juga menyambut baik usaha mereka malah turut memberikan sumbangan.

Terdapat seramai 15 rakyat Turki yang terdiri dari pelajar telah menyertai program misi bantuan ini. Menurut Thaqib lagi, mereka mempunyai beberapa rakyat Syria yang berperanan sebagai penterjemah.

Apabila tiba musim sejuk, ia menjadi sukar buat pelarian terutama kanak-kanak kerana kekurangan pakaian seperti sarung tangan, jaket, penutup kepala dan stoking. Bagaimanapun atas usaha sumbangan yang diberikan orang ramai, UNIAID berjaya menyumbang kasut dan stoking buat mereka.




Aegean Refugee Aid (ARA) Sukarelawan Antarabangsa Bantu Pelarian Syria

Ada satu kisah yang berlaku dimana akibat cuaca sejuk yang melanda, ramai pelarian Syria terkena penyakit Psoriasis di Izmir tahun lalu. Amat menyentuh hati apabila terdapat seorang wanita Iraq yang mengalami penyakit ini selalu menjauhkan diri dari disentuh kanak-kanak kerana risau akan berjangkit.

Aegean Refugee Aid (ARA) Sukarelawan Antarabangsa Bantu Pelarian Syria
Kisah ARA ( kini UNIAID ) mendapat liputan Media Harian Metro

Aegean Refugee Aid (ARA) Sukarelawan Antarabangsa Bantu Pelarian Syria
Senyuman manis kanak-kanak Syria

Aegean Refugee Aid (ARA) Sukarelawan Antarabangsa Bantu Pelarian Syria
Sukarelawan

Terdapat juga sindiket yang menggunakan kanak-kanak Syria untuk dijadikan sebagai peminta sedekah. Di kala petang sindekit terbabit akan mengambil kanak-kanak dan sedikit wang akan diberikan kepada mereka. Kesedihan sering muncul dalam diri sukarelawan kerana kebanyakan pelarian Syria tinggal di kawasan rumah lama dan usang malah terpaksa membayar sewa yang tinggi.


****

Buat anda juga yang ingin memberikan sumbangan boleh la terus membuat pertanyaan di



Untuk Thaqib dan rakan-rakan, sebagai rakan zaza support dari jauh.. semoga terus suksess dan dipermudahkan segala urusan dalam menjayakan misi ini..

Amin...

Reading Time:

Rabu, April 12, 2017

Teknik  Mencari Jodoh Bersama Lunch Actually
Rabu, April 12, 2017 4 Comments
Teknik Mencari Jodoh Bersama Lunch Actually. Satu kelas di Matchmaking Masterclass by Lunch Actually telah diadakan di Kuala Lumpur. Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan bagaimana "cara untuk menjodohkan orang"
Puan Violet Lim selaku tenaga pengajar dan Ketua Pegawai Eksklusif dan co-founder Kumpulan Lunch Actually merupakan 'certified matchmaker' yang bertauliah dari Matchmaking Institute New York. Beliau mempunyai kemahiran dan kepakaran menjodohkan orang lain yang diiktiraf
Matchmaking Masterclass by Lunch Actuallly ini telah diasaskan pada tahun 2014
Kini Lunch Actually telah berjaya menguruskan lebih 90,000 temujanji dan 85% kejayaan dalam mempertemukan jodoh orang.
Lunch Actually juga merupakan syarikat terbesar nombor 1 di Asia
Teknik  Mencari Jodoh Bersama Lunch Actually

Matchmaking Masterclass bersama Lunch Actually ini membantu memberikan kefahaman serta teknik dan cara yang betul dalam mencari jodoh serta 'modern date' agar memudahkan sesiapa sahaja bertemu jodoh.

Mereka yang menghadiri kelas ini akan diajar mengenai 7 Tips Terbaik Cara jodohkan Orang. Tip ini amat berguna untuk mencarikan jodoh sama ada rakan-rakan, keluarga sehingga mereka dapat menjadi suami isteri

Teknik  Mencari Jodoh Bersama Lunch Actually

Violet Lim menjelaskan, pertubuhan ini dilihat sebagai satu cabang perniagaan yang dapat membantu golongan yang sibuk dan tiada masa untuk bersosial.

Melihat keluarga dan rakan-rakannya yang sibuk dan tiada masa untuk bercinta membuatkan Violet menubuhkan Lunch Actaully bersama tunangnya, Mr Jamie Lee yang kini telah menjadi suaminya.

Kini Lunch Actually telah berkembang dengan maju dan merupakan peneraju syarikat temujanji terbesar di Asia. Pejabat Lunch Actually kini ada di Singapura, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Hong Kong, Jakarta dan Bangkok.

Teknik  Mencari Jodoh Bersama Lunch Actually

Lunch Actually menyediakan perkhidmatan offiline bagi memudahkan anda dipadankan dengan pasagan yang sesuai semasa temujanji.

Bagi rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang masih belum bertemu jodoh, boleh lah mengikuti kelas ini. Maklumat lanjut dan penerangan boleh terus menghubungi Lunch Actually di

Lunch Actually
Suite A-29-10, Level 29
Menaa UOA Bangsar, Jalan Bangsar Uta,a
Bangsar, 59000 Kuala Lumpur
Telefon : +063 2282 8310
Email : klcupids@lunchactually.com

Sumber - Bro Framestone
Reading Time: