Memaparkan catatan dengan label LAIN-LAIN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LAIN-LAIN. Papar semua catatan

8 Kebaikan Makan Buah Manggis

8 Kebaikan Makan Buah Manggis



8 Kebaikan Makan Buah Manggis. Buah manggis memang manis isinya. Buah manggis kerap muncul apabila tibanya musim buah durian. Bila duduk kampung dan datang musim durian..memang banyak la buah manggis berbuah

8 Kebaikan Makan Buah Manggis
Foto - foodtrients.com

Tapi tahukah anda buah manggis ni banyak khasiatnya. Selama ni hanya tahu makan je tanpa tahu apa khasiat yang tersembunyi. So jom kita tengok 8 Kebaikan Makan Buah Manggis... sedapppp

1. Mengekalkan Kesihatan dan Kecantikan

Manggis mengandungi sebatian antioksidan yang lebih tinggi daripada kandungan vitamin C dan vitamin E, yang bermanfaat untuk mengekalkan badan yang sihat dan berkhasiat untuk kecantikan.

2. Mencegah dan Merawat Kanser

Buah manggis mengandungi Antioksidan yang tinggi dan dikatakan sebagai anti-kanser. Buah manggis mampu merawat penyakit seperti kanser payudara, kanser darah, kanser perut, kanser paru-paru, dan kanser kulit.

3. Mengurangkan Paras Kolesterol

Xantohne yang terdapat dalam buah manggis dapat menurunkan kadar kolestrol di dalam badan

4. Mengekalkan Kesihatan Mata

Manfaat buah manggis untuk kesihatan mata adalah dapat mencegah katarak dan masalah penglihatan, gangguan yang disebabkan oleh radiasi yang menghilangkan protein dalam kanta mata. Oleh itu memakan buah manggis amat baik kerana ia kaya dengan anti -oksida

8 Kebaikan Makan Buah Manggis

5. Mencegah dan merawat batu karang

Batu karang umumnya berlaku pada lelaki. Mengambil buah manggis dapat membuatkan anda kerap membuang air kecil sekaligus dapat mengurangkan berlakunya batu karang dalam badan,

6. Mencegah dan merawat penyakit jantung

Boleh mengelakkan berlakunya penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis yang menyebabkan saluran darah di kawasan jantung  mengalami kehilangan keanjalan. buah manggis dapat memulihkan keadaan kembali normal  Ini kerana antimikrobial dan antioksidan terkandung di dalam buah manggis. Oleh itu ia dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

7. Menormalkan tekanan darah (tinggi)

Menormalkan tekanan darah tinggi, penyakit yang sering dirujuk sebagai tekanan darah tinggi berlaku disebabkan gangguan ke dalam saluran darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok yang boleh menyerang tubuh. Oleh yang demikian, pemgambilan buah manggis diyakini dapat mengelakkan berlakunya tekanan darah tinggi.

8. Merawat Asma / Sesak Nafas

Jika anda mengalami sesak nafas, segera mengambil buah manggis. Ini kerana asma adalah penyakit yang diklasifikasikan sebagai kecemasan yang membawa kepada kematian. Oleh kerana kerosakan kepada sistem pernafasan. buah manggis mempunyai keupayaan untuk melawan jangkitan dan mengandungi bahan yang boleh mengurangkan alahan.

Banyak lagi khasiat dan kebaikkan buah manggis ni.. so buat korang jom amalkan memakan buah manggis. Bagi yang tak gemar memakan buah manggis eloklah ubah cara pemikiran. Ini kerana buah manggis mempunyai banyak khasiat terutamanya dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit berbahaya.

sumber- health tips

Baca lagi »
Zaza Iman
15 Comments

Lelaki Berjambang : Bergaya Atau Selekeh?

Lelaki Berjambang : Bergaya Atau Selekeh?


Lelaki Berjambang : Bergaya Atau Selekeh? Lelaki berjambang? Jika dulu-dulu lelaki mungkin dianggap selekeh bila berjambang..tapi tidak pada era ini..sebabnya lelaki berjambang juga sering menjadi pilihan wanita.. jangan tak tahu yang zaza pun gemar dengan lelaki berjambang..nampak macho tau.. 

Lelaki Berjambang : Bergaya Atau Selekeh?

Selain sebagai gaya dan penampilan diri..berikut adalah beberapa fakta yang menarik ada pada lelaki berjambang..

1. Mudah Diingati

Lelaki yang memiliki jambang mempunyai karakter atau personaliti yang lebih mudah untuk dikenali..seperti bila pertama kali jumpa pasti diingati. Biasanya mereka juga ada panggilan nama tersendiri seperti Wak Doyok, Pak Janggut dan lain-lain..

2. Lebih Sihat

Ada kajian menyatakan bahawa lelaki berjambang ni mempunyai kesihatan yang lebih baik kerana janggut dapat menyaring kotoran dan partikel berbahaya daripada terus masuk ke mulut atau hidung. Tapi ia hanya berlaku jika mereka menjaga kebersihan janggut. Jika tidak , bimbang janggut pula yang memberikan kesan negatif pada kesihatan mereka

Lelaki Berjambang : Bergaya Atau Selekeh?

Lelaki Berjambang : Bergaya Atau Selekeh?

3. Awet Muda

Kebiasaannya lelaki berjambang ni dianggap lebih tua..tapi sebenarnya jambang berfungsi melindungi kulit daripada pancaran sinaran matahari secara terus. ia juga dapat mencegah tanda penuaan. Tak percaya? Cuba tunggu mereka bercukur..sure kelihatan nampak muda dari usia sebenar

Lelaki Berjambang : Bergaya Atau Selekeh?

4. Simbol Kejantanan

Satu ujikaji yang dibuat mendapati lelaki berjambang dilihat lebih dewasa,dihormati dan status sosialnya lebih tinggi. Jambang juga dilihat sebagai simbol kejantanan sejak zaman dulu lagi. Para ilmuan dunia tehadulu juga mempunyai jambang sebagai simbol kebijaksanaan mereka

Agak-agak korang pula suka tak lelaki berjambang? Sumber-Majalah Harmoni

Baca lagi »
Zaza Iman
8 Comments

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari


Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari. Biasa zaza kalau goreng ayam bubuh kunyit dan garam je..tapi baru-baru ni zaza ternampak satu resepi goreng ayam ala-ala kfc dari Cik Pooja yang merupakan salah seorang ahli dalam group Masak Apa Hari Ni...( MAHN )

So zaza nak share jugak la dengan korang..lepas ni boleh cuba okey..Kat bawah ni resepi dan cara betul nak goreng..

Resepi dari cik Pooja ni hanya menggunakan 2 bahan je..iaitu ayam dan tepung Bistari.

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

1.  Masukkan ayam dalam bekas dan masukkan tepung bistari
2. Masukkan air dan gaul rata

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

3. Sediakan tepung kering ( guna tepung bistari jugak ) dan salut ayam tadi dengan tepung kering
( tepung kering ni letak agak-agak je..kalau tak cukup tambah sikit-sikit )

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

4. Dah gaul-gaul dengan tepung kering boleh lah goreng dalam periuk.

CARA BETUL NAK GORENG

1. Goreng di dalam periuk
2. Pastikan minyak betul-betul panas masa nak menggoreng
3. Pastikan api dipasang perlahan je..jangan kuat-kuat okey
4. Gorengan ayam tu mesti tenggelam dalam minyak 
5. Biarkan seketika gorengan bagi masak dan barulah balik-balikkan
6. Bila dah nampak gorengan ayam macam kekuningan keemasan bolehlah angkat dan toskan minyak
7. Siap dan susun cantik-cantik dalam pinggan

Senang dan mudah je kan rupanya nak buat ayam goreng ala kfc.. tepung bestari boleh cari kat pasaraya-pasaraya berdekatan tempat korang.

Ni kalau hidang kat anak-anak memang suka lah kan..so korang boleh lah cuba resepi ni okey... boleh rujuk perkongsian Cik Pooja di facebook jugak..

Kredit Gambar dan Resepi : Cik Pooja Masak Apa Hari Ni.. ( MAHN )

KALAU NAK BELI  TEPUNG BESTARI BELI JE KAT SHOPEE. KLIK >>



Baca lagi »
Zaza Iman
19 Comments

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest


Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest. Setiap hujung tahun atau bila tiba musim cuti sekolah, sudah semestinya ia adalah masa yang sesuai untuk pergi bercuti bersama keluarga atau teman-teman. Tidak kira pilihan destinasi di dalam negara atau pun luar negara.  Asal kena dengan bajet percutian anda pasti percutian menjadi  cukup bermakna.

Selain dapat mengembirakan keluarga atau teman-teman, dapat juga menghilangkan stress setelah penat lelah bekerja sepanjang hari.

Sekali sekala rewards kan diri dengan bercuti apa salahnya. Bagi zaza sekiranya berpeluang untuk bercuti, zaza akan memilih destinasi seperti pulau-pulau atau pun tempat bermusim seperti musim luruh atau musim bunga.


Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Tapi nak bercuti ni kenalah bijak merancang segalanya.. Selain tempat percutian ada beberapa perkara perlu dititikberatkan seperti tiket penerbangan dan juga hotel untuk anda menginap. Jadi merancanglah dengan baik dengan buat servey dulu hotel-hotel yang menawarkan harga berpatutan.

Bagi tiket penerbangan pula, yang ni memang anda kena booking awal-awal. Tapi bila memikirkan tentang tiket penerbangan dan hotel kat mana nak tempah?

Nak tahu tak sekarang dah mudah dan senang. Nak tempah tiket dan hotel semuanya boleh dilakukan dengan hujung jari je tau..

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Buat yang tengah merancang nak pergi bercuti, zaza nak share kat you all tentang TRAVELOKA. Zaza yakin pasti sudah ramai yang tahu tentang Traveloka ni kan. Mana tidaknya sana sini ramai bercakap tentang Traveloka ni..malah telah mendapat liputan beberapa akhbar tempatan.

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest
Website mesra pengguna memudahkan orang ramai membuat tempahan

Walaupun zaza bukanlah seorang yang selalu berpeluang untuk bercuti, tapi Traveloka ni antara website untuk anda membuat tempahan tiket penerbangan dan hotel yang dipercayai dan selamat selain harga yang ditawarkan sangat berpatutan.

Anda boleh saja pilih destinasi percutian yang anda suka. Semuanya sangat mudah kerana Traveloka menyediakan platform yang amat memudahkan penggunanya. Malah turut menyediakan aplikasi di play store yang boleh anda muat turun melalui telefon mudah alih anda.. Senang kan!

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest
Muat turun aplikasi Traveloka di telefon anda

Bab harga tak payah risau atau takut sebab Traveloka amat memahami kehendak penggunanya. Oleh itu Traveloka sentiasa menawarkan harga murah dan sering membuat promosi serta pelbagai diskaun hebat untuk anda semua. Sekarang ni pun tengah ada promosi tau..

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Dengan menempah tiket penerbangan dan hotel di Traveloka, tiada sebarang cas tersembunyi dikenakan kepada anda. Maknanya apa yang anda bayar kat website itulah nilainya. Nampaknya nak kena ajak keluarga pergi bercuti lah nanti.. kena cepat-cepat booking nanti penuh pulak..

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Sebelum nak tempah hotel tu, buat dulu carian di Traveloka. Cari hotel-hotel yang berdekatan dengan destinasi pilihan anda dan yang ada banyak kemudahan lain seperti pusat beli belah, ATM, kemudahan pengangkutan, parking, Wifi dan lain-lain.

Memang banyak hotel yang akan keluar dalam senarai. Jadi tengok pada harga dan anda juga boleh baca review-review dari pengguna. Lepas dah jumpa yang sesuai dan berpuas hati, barulah buat tempahan dan pembayaran.


Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest
Senarai hotel-hotel yang ada bagi pencarian percutian di Perth, Australia

Dengan Traveloka, anda memang dapat membuat penjimatan yang amat berbaloi. Selain itu Traveloka turut menyediakan Live Chat sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan. Memang bestkan jika nak tanya apa-apa ada live chat.

Bagi anda yang dah tak sabar nak bercuti boleh la  membuat tempahan dengan terus melayari website https://www.traveloka.com/en-my/

Pastikan sebelum menempah anda mengisi segala maklumat tempahan dan tarikh dengan betul. Buat semakan terlebih dahulu sebelum menekan butang booking.

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

SERTAI TRAVELOKA FLY & WIN CNY CONTEST DAN MENANGI PERCUTIAN KE LUAR NEGARA

Ada berita baik untuk semua.. sempena dengan musim Perayaan Tahun Baru Cina ( Happy New Year ) tak lama lagi, Traveloka sedang mengadakan sebuah contest Traveloka Fly & Win CNY Contest.

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest


CNY 2018 Contest ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.  Tempoh peraduan berlangsung dari 22 Januari 2018 sehingga 28 Februari 2018.

Contest ini mudah sahaja, anda perlu ikuti langkah-langkah berikut :

1. Buka aplikasi contest di https://www.traveloka.com/en-my/cny-contest
2. Baca arahan permainan dan mula bermain
3. Tekan anak panah untuk bermula
4. Sentuh skrin telefon anda agar burung boleh terbang untuk memulakan permainan
5. Kumpul seberapa banyak Traveloka Ang Pows untuk mendapatkan points

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Tiga ( 3 ) pemenang utama dengan skor paling tinggi akan menerima hadiah Cabaran Traveloka Fly & Win CNY iaitu :

a ) Pemenang Hadiah Utama – percutian selama 6 Hari 5 Malam ke Seoul, Korea ( penerbangan dan penginapan sahaja ) untuk 2 orang.

b ) 1st Runner Up akan memenangi hadiah percutian selama 5 Hari 4 Malam di Phuket ( penerbangan dan penginapana sahaja ) untuk 2 orang.

c ) Runner 2 akan memenangi percutian 4 hari 3 Malam di Langkawi ( penerbangan dan penginapan ) untuk 2 orang.

Serta hadiah sampingan untuk berkongsi Cabaran Traveloka Fly & Win CNY di Facebook :

a ) Dua ( 2 ) baucer Traveloka bernilai RM1000. Hanya ada 2 pemenang sahaja dimana setiap pemenang akan memenangi baucer Travel ( 1 ) RM1000 Traveloka.

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Menarik gila kan hadiah yang ditawarkan oleh traveloka ni.. percutian luar negara dan dalam negara tuu..zaza pun rasa tak nak lepaskan peluang untuk menyertainya juga nanti. Lagi pun contest ni mudah.. 

Kepada rakan-rakan dan pembaca jom lah sertai. Mana tahu anda juga adalah pemenang bertuah!

Bagi maklumat lanjut dan syarat penuh penyertaan anda boleh dapatkan dengan melayari link contest yang telah dinyatakan di atas.

Baca lagi »
Zaza Iman
21 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)