Memaparkan catatan dengan label KUCING. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUCING. Papar semua catatan

Penyakit Kucing Yang Bahaya dan Boleh Mendatangkan Maut

Penyakit Kucing Yang Bahaya dan Boleh Mendatangkan Maut



Penyakit Kucing Yang Bahaya dan Boleh Mendatangkan Maut
Lesh bersama adik tersayang..

Penyakit Kucing Yang Bahaya dan Boleh Mendatangkan Maut. Pastinya setiap orang mempunyai haiwan belaan kesayangan. Ada orang suka bela ular, suka bela hamster, burung dan lain-lain. Seperti zaza, zaza agak obses untuk memelihara kucing.

Sejak dari zaza kecil lagi hidup zaza dikelilingi oleh kucing. zaza hanya membela kucing kampung sama ada ia datang sendiri ke rumah atau zaza kutip dimana-mana yang zaza jumpa.

Kalau dahulu zaza tak pernah dengar pun penyakit-penyakit bahaya yang boleh melanda kucing. Biasa zaman dulu kalau kucing luka-luka akibat bergaduh, cukup dengan sapu minyak gamat. Selepas itu sembuh.

Tetapi tidak pada zaman sekarang ini apabila banyak info yang zaza tahu selepas kematian kucing kesayangan zaza bernama Wafa akibat kencing berdarah ( batu karang ) dan untuk pengetahuan minyak gamat sangat tidak sesuai untuk luka kucing.

Terdapat beberapa penyakit kucing yang bahaya dan boleh menyebabkan kematian. Antara penyakit tersebut adalah Feline Leukimia, Feline Immunodefiency Virus ( FIV ), Kegagalan Buah Pinggang
( Renal Failure ), Feline Distemper ( Feline Panleukopenia ) dan Feline Rabies.

Feline Leukimia 

Ia bahaya dan boleh membawa kematian. Penyakit ini tidak sama seperti leukimia pada manusia. Ia boleh tersebar melalui air liur, air kencing, tahi kucing dan melalui darah. Ibu kucing yang mempunyai penyakit ini juga boleh diwarisi oleh si anak. Penyakit ini masih belum ada penawarnya.

Feline Immunodefiency Virus ( FIV )

Kebiasaannya penyakit ini tidak dapat dikesan. Tanda dan simptomnya pula memerlukan jangka masa yang lama untuk dikesan. Penyakit ini berlaku di dalam sistem dalamannya. Tidak mempunyai penawar dan ia membawa maut kepada kucing.

Antara tanda yang boleh dikenalpasti adalah seperti turun berat badan yang mendadak, kucing kurang selera hendak makan,cirit birit, keguguran bulu yang banyak, perubahan tingkahlaku, kulit kemerah-merahan dan kencing yang tidak henti-henti.

Kegagalan Buah Pinggang ( Renal Failure )

Biasa ia terjadi pada kucing dewasa. Penyakit ini terjadi apabila kucing menghadapi masalah untuk membuang air kecil secara normal. Punca-punca terjadinya kegagalan buah pinggang adalah disebabkan oleh pemakanan, keturunan, faktor umur dan persekitaran. Kegagalan buah pinggang ada 2 jenis iaitu acute dan chronic.

Acute terjadi apabila buah pinggang berhenti secara tiba-tiba. Antara tanda kehausan, kencing yang berlebihan, muntah, kucing cepat penat, cirit birit berterusan, berat badan menurun secara mendadak dan kurang selera makan.

Feline Distemper ( Feline Panleukopenia ) 

Merupakan penyakit yang sangat bahaya dan biasa berlaku pada anak kucing. Kebanyakan anak kucing yang menghadapi penyakit ini tidak mampu untuk meneruskan hidup. Penyakit ini tidak mempunyai penawar dan terjadi melalui tahi kucing, penyebaran kutu kucing dan cecair badan.

Antara tanda-tandanya seperti muntah, cirit-birit, kekurangan zat makanan, anemia. kurang selera makan dan selalu mengigit ekornya.

Feline Rabies

Ia sejenis penyakit yang boleh menjangkiti manusia juga. Penyakit ini disebarkan melalui gigitan dari haiwan yang membawa penyakit ini. Ia mempengaruhi sistem saraf kucing dan tempoh masa antara dua ke lima minggu. Antara tandanya adalah kelakuan yang sangat agresif, kadar koordinasi yang tidak stabil, demam dan despress yang keterlaluan. Penyakit ini boleh membawa maut kepada kucing dan juga manusia.

Apa pun jika kucing you all ada masalah yang teruk dan lambat sembuh eloklah jika terus membawanya berjumpa doktor haiwan dengan segera bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Sumber dari Majalah Haimeow Edisi 52. Boleh baca kisah kucing zaza bernama Wafa yang telah pun mati akibat batu karang -->  Pengalaman Kucing Sporo Dan Batu Karang.


Penyakit Kucing Yang Bahaya dan Boleh Mendatangkan Maut
Bersama ibu yang dicintai..

Penyakit Kucing Yang Bahaya dan Boleh Mendatangkan Maut



CONTINUE READING
Zaza Iman
4 Comments

Makanan Kucing Terbaik Jadi Pilihan Si Bulusku

Makanan Kucing Terbaik Jadi Pilihan Si Bulusku



Makanan Kucing Terbaik Jadi Pilihan Si Bulusku. Rata-rata dekat Malaysia ni memang ramai yang suka membela haiwan peliharaan seperti kucing. Zaza sendiri pun pernah bela berbelas ekor kucing dahulu dan sekarang hanya tinggal empat saja selepas kematian kucing kesayangan Wafa, akibat batu karang dan Lesh yang baru mati pada 15 Nov 2019 ( Jumaat ) akibat dilanggar. Tapi kena langgar tu zaza pun tak marah sebab faham pemandu pun tak sengaja. Lesh pula masa tu tengah bermain dan mengejar ayam. Zaza pula ada di depan rumah dan tak perasan masa tu..hanya perasan Lesh kejar ayam dan selepas tu dah tak nampak bayangnya..rupa-rupanya..sedih tu memang sedih..tapi tak apalah, sudah masanya. Semoga dapat lagi bertemu Wafa dan Lesh kat sana nanti.

Ok, kalau pasal makanan kucing ni..sekarang memang zaza memilih yang ok dan sesuai dengan bajet zaza. Sebab kes Wafa dulu mati sebab batu karang akibat pemakanan juga. Masa tu zaza beri dia makanan dry food yang jenis berwarna dan masa itu juga zaza belum tahu kesan buruk makanan berwarna ni..

Sejak kes Wafa, memang zaza pilih yang ok atas nasihat rakan-rakan yang tau bab kucing ni dan juga membaca info-info dekat dalam group kucing malaysia.

Jadi ada beberapa pilihan makanan kucing yang memang selalu jadi pilihan zaza. Kebiasaan zaza akan beli yang 8kg jika time tu ada bajet lebih atau beli yang repack 1 kg beberapa bungkus. Antara makanan kucing memang jadi pilihan zaza untuk si bulus kesayangan adalah :

1. Vital Plus Premium Cat Food Chicken Recipe
Makanan Kucing Terbaik Jadi Pilihan Si Bulusku
Jenama yang kucing zaza sangat suka. Ia adalah makanan kucing super premium yang boleh dikatakan murah juga dan bahan-bahan yang digunakan terbaik antaranya :

• Bahan-bahan BEBAS dari babi & lemak babi
• Dibuat dengan ayam asli
• Mengandungi Protein ( 30% ), Minyak & Lemak Mentah ( 15%)
• Taurine ditambah untuk mata yang kuat dan sihat
• Penjagaan alahan - dengan protein ayam terhidrolisis dan Omega 3 & 6 optimum
• Dirumuskan untuk kesihatan saluran kencing yang optimum
• Kawalan Hairball - mengandungi serat yang tinggi untuk membantu menghilangkan hairball
• Minyak salmon segar dan makanan salmon dicampur ke dalam formula untuk memenuhi deria rasa  kucing dan menjadikan kulit serta bulunya sihat
• Mengandungi karbohidrat yang sangat mudah dihadam untuk membantu pencernaan dan mencegah gangguan usus
• Vitamin E dan selenium untuk menguatkan sistem imun.
• Bebas daripada pengawet buatan dan pewarna

Vital Plus juga mempunyai perisa Salmon dan kebiasaan zaza akan beli yang chicken repack 1kg punya di DFPETGROCERY sebab servis yang pantas. Recommanded.

2. Misha Cat Food

Makanan Kucing Terbaik Jadi Pilihan Si Bulusku
Jenama Misha cat food ini zaza dapat tahu dari group kucing di facebook. Melihat akan feedback ramai pengguna kerana  bahannya pun ok, jadi zaza pun sekali sekala akan tukar ke jenama ini. Alhamdulillah kucing zaza pun suka makan.

Misha sesuai untuk semua jenis baka kucing dan peringkat usia bermula 3 bulan keatas. Antara bahannya adalah :

Makanan laut ( ikan lautan dan tuna ), makanan laut dehidrasi, serbuk daging (lembu), makanan kacang soya, gluten jagung, serat sayuran, serat kacang, derivatif protein haiwan, yis, minyak omega 3 & 6, taurin, glukosamin, serbuk telur, kalsium karbonat, vitamin dan zat galian penting, antioksidan. Mengandungi Protein mentah ( min 32% ) dan Lemak mentah ( min 15% ).

Boleh dapatkan makanan Misha ini di MISHA OFFICIAL STORE

3. Smartheart


Makanan Kucing Terbaik Jadi Pilihan Si Bulusku

Jenama ini pun zaza kenal tahun lepas. Harganya agak murah juga. Mempunyai Protein mentah
( 30% ) dan Lemak minyak ( 9% ). Jenama ini pun menjadi pilihan untuk bulus-bulus kesayangan.

• Mempunyai DHA & Choline yang dapat meningkatkan otak dan sistem saraf
• Omega-3 asid lemak dari minyak ikan baik untuk kesihatan jantung kucing
• Triple DHA Enhancement untuk meningkatkan ingatan, kewaspadaan dan kecerdasan kucing
• Vision Nourishing Suplement Taurina untuk penglihatan berkhasiat
• Vitamin E, Biotin, Zin, Omega 3 & 6 untuk kulit yang sihat
• Mempunyai Kalsium dan Fosforus untuk tulang dan gigi yang kuat

Boleh mendapatkan di SMARTHEART


4. Love Cat

Makanan Kucing Terbaik Jadi Pilihan Si Bulusku

Adakala zaza akan tukar kepada jenama lain juga seperti Love Cat sebab murah. Walaupun murah, jenama ini memenuhi standard oleh Persatuan Pegawai Kawalan Feed Amerika (AAFCO) & Piawaian Nutrisi untuk Kucing yang ditetapkan oleh NRC (Majlis Penyelidikan Kebangsaan Akademi Sains Kebangsaan AS).

Ia dihasilkan dari bahan yang berkualiti tinggi dan sokongan nutrisi yang lengkap. Mengandungi Choline chloride sebagai sebatian acetylcholine yang diperlukan untuk fungsi saraf otak. Bahan yang digunakan seperti :

• Daging & hidangan tulang, protein haiwan yang dicerna
• Suplement vitamin penting (Vitamin A, D3, E, K3, B1, B2, B6, B12, asid nikotinik, asid pantothenik, asid folik & biotin)
• Essential trace minerals supplement (tembaga, besi, mangan, zink, yodium, selenium), makanan ikan, garam
• Jus bonito, choline chloride, agen pewarna (putih, merah, hijau dan oren)
• Serat yang boleh dimakan, taurin, minyak tuna dan vitamin C & E
Boleh dapatkan di LOVE CAT

Untuk jenama Love Cat dan Smartheart tu zaza jarang beli..kebiasaan zaza beli Vital Plus dan Misha. Kadangkala je zaza akan beli Love Cat dan Smartheart tu. Apa pun keempat-empat jenama ni antara yang kucing zaza suka. Dan kalau untuk wet food pula zaza selalu belikan untuk mereka Snappy Tom Pouch Wet 85g.


CONTINUE READING
Zaza Iman
10 Comments

Moment With My Cat In HaiMeow Magazine

Moment With My Cat In HaiMeow Magazine



Moment With My Cat In HaiMeow Magazine

Moment With My Cat In Haimeow Magazine . Dari dulu lagi, zaza lebih suka dan banyak share tentang kucing zaza. Bila rasa bosan kat rumah je zaza akan buat hobi kesukaan iaitu bermain dengan kucing dan mengambil gambar  mereka. Rasanya dalam laptop zaza pun sangat penuh dengan gambar-gambar kucing yang pernah zaza bela.

Antaranya Wafa, seekor kucing jantan yang baik sangat perangainya. Tapi wafa dah tinggalkan zaza diawal bulan dec, tahun lalu akibat batu karang.

Walaupun wafa dah tak ada lagi, wafa dah tinggalkan adik-adiknya iaitu Lesh dan Sophia. Mereka lahir pada waktu yang berbeza tapi wafa sempatlah bermain dengan adiknya ini. Sekarang dua ekor adiknya ini sudah pun membesar dengan sihat.

Moment With My Cat In HaiMeow Magazine

Disebabkan zaza memang obses dengan kucing dan kebetulan zaza ada rakan sekolah yang bekerja dengan majalah HaiMeow, jadinya zaza pun diberi peluang untuk muncul dalam salah satu ruangan dalam majalah ini. Terima kasih EpulEjam!

Paling syok sebab cover hadapan majalah HaiMeow ini adalah pelakon yang tengah hot dalam drama Nur iaitu Ustaz Madi atau Azhan Rani. Pelakon favorite zaza tu dari zaman dulu lagi. Cuma baru sekarang Azhan Rani lebih menyerlahkan. Seorang pelakon yang sangat berbakat besar.

Dalam story ni zaza just perkenalkan diri zaza dan bercerita mengenai pengalaman cemas yang pernah berlaku pada kucing kesayangan zaza. Tentang wafa. Sebelum ni pada entri dulu zaza pernah share kisah wafa yang menghidap batu karang dan sporo. 

Pejam celik dah 7 bulan wafa tinggalkan zaza. Wafa ni macam special sikit sebab perangai dia tak sama dengan kucing-kucing yang pernah zaza bela dulu kala. Wafa ni kira kucing yang sangat baik. Now sikap baik tu tertumpah pada Lesh dan Sophia pula.

Zaza kurang tonjolkan ibu mereka. Ibu mereka zaza namakan sebagai Indi. Ibu jenis baik juga tapi susah untuk diajak bergambar. Selalu je lari bila zaza nak snap gambar ibu.. sebab itu hanya ada dua tiga keping je gambar ibu.

Moment With My Cat In HaiMeow Magazine

Moment With My Cat In HaiMeow Magazine

Edisi HaiMeow gambar cover Azhan Rani ni sebenarnya sudah edisi yang ke 52. Bermakna majalah ni pun dah berada lama dalam pasaran.

Tapi maybe tak ramai yang tahukan. Majalah ni pun banyak share tip penjagaan kucing dan rawatan sekiranya mereka tidak sihat. Bagus untuk semua pencinta kucing yang mahukan pelbagai info tentang kucing kesayangan.

Majalah ni boleh dapatkan dimana-mana kedai yang menjual atau lebih mudah terus beli dekat HaiMeow Official dalam Shopee. Harga hanya RM8.90 je.


CONTINUE READING
Zaza Iman
16 Comments

Patut La Asyik Kantoi Je..Rupanya Doa Si Cemong

Patut La Asyik Kantoi Je..Rupanya Doa Si Cemong


Patut La Asyik Kantoi Je..Rupanya Doa Si Cemong

Hari ini saya kongsikan lagi cerita dari JOM MENGETOP - Dr.Tuah Iskandar al Haj. Ini kisah  Doa Si Cemong. Ha tahu tak sapa Cemong? ala..yang suka mengeow tu. Minta ikan je keje.

Cerita Dr.Tuah

Ada haiwan peliharaan ke? ada bela kucing? ada bela Iguana?ada bela ikan?

Kalau ada pastikan makan minum tak sangkut.

Jangan sampai ikan kebulur. Ni kucing parsi awak bela dalam sangkar pun tak bagi makan. Iguana pun sama.beri makan tunjuk kasih sayang.

Dengar sini, haiwan peliharaan pun ada nurani juga. dia boleh mendoakan kecemerlangan anda atau kejahanaman hidup anda.

Rasulullah saw bersabda :

Cukuplah seseorang itu berdosa, ia menahan makanan terhadap orang yang dibawah kuasanya. 

Apa yang kucing fikir anda tahu ke? Dan ingat semua makhluk yang teraniaya akan diberikan haknya di akhirat nanti. Tengok kucing. Kadang diam aje. Apa dia fikir? ha..entah-entah dia kata " apalah tuan aku ni? bela aku tapi asyik sepak terajang aku. Dia ingat aku ni batu ke? kayu ke? YA ALLAH timpakanlah bala padanya. Tak selamat dunia akhirat.

Patut la asyik kantoi je, belajar tak ok. kerja tak menjadi. entah-entah doa si Cemong kot.

ha..ada betul jugak kan kata Dr.tuah ni? jadi jom sayang menyayangi haiwan peliharaan kita, jangan haiwan perliharaan saja, haiwan-haiwan yang ada sekali kat semua muka bumi. Mana tahu diorang lah yang mendoakan kesejahteraan kita  kat dunia dan akhirat nanti. Kan?


CONTINUE READING
Zaza Iman
12 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)