Memaparkan catatan dengan label KLINIK 1MALAYSIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KLINIK 1MALAYSIA. Papar semua catatan

Klinik 1Malaysia Beri Manfaat Kepada Orang Ramai

Klinik 1Malaysia Beri Manfaat Kepada Orang Ramai




Klinik 1Malaysia Beri Manfaat Kepada Orang Ramai. Bila datangnya musim demam dan selesema memang perit kan rasa..lagi pula bila berlanjutan sehingga beberapa hari..memang perlu ke klinik untuk membuat pemeriksaan dan mengambil ubat. Zaza faham mungkin ada sesetengah keluarga susah untuk klinik kesihatan lain yang mungkin jauh.. Jadi dengan adanya Klinik 1Malaysia ini dapat memberikan manfaat kepada orang ramai terutamanya bagi penduduk luar bandar dan warga kota yang kurang berkemampuan di Wilayah Persekutuan.

Zaza sendiri dan kakak pun pernah mendapatkan rawatan dekat Klinik 1Malaysia ni.. alhamdulillah layanan staf yang baik.. yang best sebab harga ubatannya murah tau..

Klinik 1Malaysia Beri Manfaat Kepada Orang Ramai
sumber gambar - http://klxpress.com.my

Di Klinik 1Malaysia ni antara rawatan yang ditawarkan adalah perkhidmatan rawatan sakit ringan seperti demam, selesema, batuk, mencuci luka dan penyakit  ringan yang lain. Bagi pesakit kronik yang stabil seperti asma,diabetes dan darah tinggi boleh membuat rawatan susulan di sini. Tapi sekiranya kes diluar bidang kuasa mereka, kes tersebut akan dirujuk ke klinik atau hospital berhampiran.


Untuk pengetahuan anda semua, Klinik  1Malaysia ni dah wujud sejak 2010 lagi tau..kewujudan klinik ini adalah inisiatif dari Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak untuk perkhidmatan  memberikan rawatan perubatan ringan kepada orang ramai terutama buat keluarga yang berpendapatan rendah.

Klinik 1Malaysia Beri Manfaat Kepada Orang Ramai
Sumber Gambar - - http://utaranews.com


Selain itu, terdapat juga khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan. Klinik 1Malaysia juga turut menawarkan perkhidmat program saringan HIV di Klinik 1 Malaysia yang terpilih sahaja.

Di Klinik 1Malaysia, anda tak perlu nak risau sebab bayaran yang dikenakan hanya RM1 sahaja bagi warganegara dan percuma bagi golongan warga emas. Memang sangat murah kan..dan memang sangat membantu orang ramai untuk mendapatkan rawatan, tambahan keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu ni..jadi adanya Klinik 1Malaysia ni memang memberikan satu kelegaan buat masyarakat.

Klinik 1Malaysia Beri Manfaat Kepada Orang Ramai

Klinik 1Malaysia dikendalikan oleh jururawat dan juga pembantu hospital. Klinik 1Malaysia juga sentiasa dipantau oleh Jabatan Kesihatan agar kemudahan dan bekalan ubatan sentiasa mencukupi.

Sehingga ke hari ini, sudah ada 346 buah Klinik 1Malaysia wujud di seluruh Malaysia dan telah memberikan banyak manfaat kepada berjuta penduduk setempat. Malah saban hari semakin ramai yang mengujungi Klinik 1Malaysia dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang dilakukan.

Klinik 1Malaysia ini dibuka dari pukul  10 pagi sehingga 10 malam.  Ia turut beroperasi di waktu cuti umum dan pada hujung minggu

Untuk anda yang nak mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia, boleh la mengunjungi  di mana-mana lokasi yang berdekatan. Berikut adalah senarai lokasi yang boleh anda lihat, Klik SENARAI LOKASI KLINIK 1MALAYSIA

CONTINUE READING
Zaza Iman
56 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)