Memaparkan catatan dengan label KESIHATAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KESIHATAN. Papar semua catatan

Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Bersama Team AFY Haniff

Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Bersama Team AFY Haniff



Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Bersama Team AFY Haniff. Assalamualaikum dan hi semua. Diharap semuanya sihat dan ceria sentiasa. Kali ini zaza nak cerita sikit tentang serangga perosak. Memang agak stress kan jika kerap saja serangga perosak berkeliaran di dalam rumah. Kebiasaannya serangga perosak seperti lipas dan tikus suka berada di bahagian dapur.

Serangga perosak ini sebenarnya boleh mendatangkan penyakit kepada manusia. Begitu banyak produk yang dapat menghalang serangga perosak ini tapi kebanyakan produk-produk tersebut mengandungi bahan toksik dan pastikan ia tidak selamat untuk kita gunakan.

Afy Haniff Perkenal Produk Halau Serangga Organik

Sedar akan perkara ini, maka AFY Haniff Group ( M ) Sdn Bhd yang diasaskan dan diperbadankan di Malaysia pada tahun 2006 telah menyediakan dan mengeluarkan satu produk detergen herba organic dan penghalau serangga yang mengandungi intipati serai. Produk AFY haniff ini tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan ia terkenal dengan formula organic yang dapat menakutkan serangga.

Sehingga hari ini, Produk AFY haniff telah berkembang maju dan berjaya berada di lebih daripada 2000 pasar raya di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Mereka juga telah berjaya membawa dan memasarkan produk penghalau serangga ini di luar negara seperti Brunei, Singapura dan Thailand.

Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Bersama Team AFY Haniff

Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Bersama Team AFY Haniff

Disebabkan produk ini telah mendapat tempat di hati ramai pengguna, jadi baru-baru ini, Pihak AFY haniff telah mengadakan aktiviti gotong royong untuk mewangikan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian, Kelantan.

Aktiviti yang dijalankan ini merupakan hasil kerjasama yang pertama di antara pihak AFY Haniff dan team McDonald’s dan ia telah dibantu oleh Bite Media Consultants yang bertindak sebagai pembantu di belakang takbir bagi menjayakan majlis gotong-royong ini.

Aktiviti membersihkan dan mewangikan Rumah Ronald McDonald ini adalah bertujuan sebagai tanda simpati kepada para pesakit dan juga waris terdekat untuk bahagian Pediatrik di HUSM Kubang Kerian Kelantan. Dengan kehadiran AFY haniff ini dapatlah membantu dalam meringankan sedikit bebanan adik-adik pesakit dan keluarga mereka sepanjang mendapatkan rawatan di HUSM Kubang Kerian.

Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Bersama Team AFY Haniff

Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Bersama Team AFY Haniff

Baca lagi »
Zaza Iman
8 Comments

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai Temerloh

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai Temerloh



Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai Temerloh. Assalamualaikum. Orang perempuan kalau bab penampilan diri memang penting kan. Dari penjagaan muka, badan, rambut hinggalah kaki memang sangat dititikberatkan.

Jadi macam dekat tempat zaza, Paya Pulai Temerloh ni memang tercari jugalah salon yang khas untuk muslimah sahaja. Kebetulan kawan zaza yang pernah pergi ke satu salon muslimah ni share kat zaza tentang salon tersebut. So zaza pun apa lagi lepas buat servey teruslah booking dan ajak rakan zaza tu pergi sekali.

Salon tu namanya Hair & Beauty Saloon. Sebaik sampai kat Anni Hair & Beauty Saloon,kami disambut dengan baik oleh pemiliknya Kak Anni. Sangat ramah orangnya..dan nak tahu tak kak Anni ni umur dia dah 41 tahun..macam tak percaya sebab nampak muda. Zaza fikir umur kak Anni ni dalam 33-35..pandai kak Anni jaga muka kan..awet mudaaaaaa

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai Temerloh
Gambar terkini ( 2019 )  Anni Hair & Beauty Saloon
Baca lagi »
Zaza Iman
10 Comments

Leedee Jus Nenas Brazil Sesuai Untuk Yang Sedang Berdiet

Leedee Jus Nenas Brazil Sesuai Untuk Yang Sedang Berdiet



Leedee Jus Nenas Brazil Sesuai Untuk Yang Sedang Berdiet. Nampak je zaza ni kurus tapi sebenarnya zaza jenis yang kuat makan tau. Dalam sehari entah berapa kali zaza makan..malam memang melantak selalu. Biasa petang pukul 5 dah makan, pastu pukul 8 makan lagi, lepas tu masuk jam 10 malam atau 11 malam mula la rasa lapar..ha time tu antara nasi atau maggi yang jadi pilihan.


Leedee Jus Nenas Brazil Sesuai Untuk Yang Sedang Berdiet

Leedee Jus Nenas Brazil Sesuai Untuk Yang Sedang Berdiet

Tapi kadangkala zaza risau juga kalau selera zaza ni tak dikawal. Yela bila tak dikawal mula timbul masalah obesiti ke apa kan..zaza tau maybe ada juga rakan zaza pun risau dengan kenaikan berat badan berlebihan ni..dengan selera makan yang melampau-lampau..so zaza nak sharelah sikit pasal produk Leedee Jus Nenas. Produk minuman Jus Leedee ni diperbuat dari buah Nenas dari Brazil.

Leedee Jus Nenas ini telah dikeluarkan oleh syarikat Naomi Beau Solution.
Zaza sendiri dah try beberapa sachet  Leedee Jus Nenas ni. Zaza kemam je terus masuk ke dalam mulut. Rasanya sedap, rasa macam gula-gula nenas.

Pada yang jenis susah nak kemam-kemam ni, boleh je bancuh dengan air..rasa tetap sama.


Leedee Jus Nenas Brazil Sesuai Untuk Yang Sedang Berdiet

Leedee Jus Nenas ini sesuai untuk diambil oleh sesiapa je yang ada masalah berat badan yang berlebihan. Senang kata obesiti la..

Leedee Jus Nenas ni TIDAK tergolong dalam ubat-ubatan atau pill kurus yang berbahaya sebaliknya ia adalah jus atau gentian makanan dan telah pun mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia ( 080618/05/215 ).

Produk ini juga HALAL. Jadi tak perlu risau lah jika nak ambil sebab ia diformulasi dari bahan-bahan terpilih yang berkualiti tanpa bahan kimia.

Leedee Jus Nenas ini membantu sesiapa saja yang nak turunkan berat badan dan untuk mereka yang nak kawal selera makan.

Selain Nenas, produk ini juga diperbuat dengan campuran buah-buahan seperti African Mango, Rasberru Ketone dan Bitter Orange.

Tidak mempunyai kesan sampingan. Leedee Jus Nenas juga sesuai untuk mereka yang rajin pergi gym dan ia juga membantu memulihkan kulit yang kusam. Ini kerana dalam Leedee Jus Nenas mengandungi Vitamin C yang dapat mengatasi masalah kulit kusam selepas kegemukkan.


Leedee Jus Nenas Brazil Sesuai Untuk Yang Sedang Berdiet

Selain tu jugak, Leedee Jus Nenas ni BEBAS daripada Julap dan Sibutramine. Mungkin ramai atau masih ada yang belum tahu, Julap adalah bahan yang boleh mencuci usus kita dan ia sangat bahaya kerana mampu membuatkan seseorang itu mengalami kanser usus. Sibutramine pula merupakan sejenis bahan kimia bahaya yang selalu digunakan dalam produk perlansingan badan. Penggunaan Sibutramine boleh mendatangkan strok atau penyakit jantung.


Leedee Jus Nenas Brazil Sesuai Untuk Yang Sedang Berdiet

Tahu tak yang Leedee Jus Nenas ni pun telah terjual sebanyak 5000 kotak dalam masa sebulan. Tahniah diucapkan!

Disini  juga zaza share beberapa testimoni pengguna. ( untuk testimoni lain boleh rujuk di Instagram dan juga facebook Leedee )


Leedee Jus Nenas Brazil Sesuai Untuk Yang Sedang Berdiet

Leedee Jus Nenas Brazil Sesuai Untuk Yang Sedang Berdiet

Oh ya, zaza dengar-dengar yang Noami Beau Solutions juga akan mengeluarkan produk baru dai jenama Leedee iaitu Leedee Kylie’s bengkung. Bengkung ini semestinya diperbuat dari bahan yang berkualiti tinggi.

So, kepada you all yang nak cuba dan mendapatkan Leedee Jus Nenas ni, boleh terus menghubugi agent-agent berdaftar atau terus hubungi maklumat di bawah :

LEEDEE HQ  
Instagram : https://www.instagram.com/leedee.hq/
Phone : 017 679 7262

WINGS
Instagram : https://www.instagram.com/leedee.official/
Phone : 017 664 0279

LEEDEE INTERNATIONAL
Instagram : https://www.instagram.com/leedee.international/
Phone : 017 679 0969


Harga Jualan :
RM 128.00 sekotak ( Semenanjung Malaysia )
RM 133.00 sekotak ( Sabah / Sarawak )

Sekotak : 15 Sachet

Leedee juga turut mencari beberapa pengedar. Jika you all berminat boleh membuat pertanyaan di talian berikut :

Leedee HQ : +60 17-6797262
Leedee wing 1 : +6017-6790969
Leedee wing 2 : +6017-6640279


Baca lagi »
Zaza Iman
14 Comments

Bijirin Oat Antara Makanan Yang Baik Diambil Ketika Sarapan Pagi

Bijirin Oat Antara Makanan Yang Baik Diambil Ketika Sarapan Pagi




Bijirin Oat Antara Makanan Yang Baik Diambil Ketika Sarapan Pagi. Masa zaza kerja dulu, zaza memang suka makan oat..sebab ia antara makanan untuk sarapan pagi yang  mudah nak disediakan. Zaza pernah makan oat jenama Beautyoat. Memang sedap gila rasanya. Sejak tu lah zaza jadi suka dengan oat. Tapi jenama Beautyoat dah tak ada dikeluarkan lagi..Beautyoat ni pun zaza dapat masa buat review suatu ketika dulu. 

Bijirin Oat antara makanan yang amat baik diambil ketika sarapan pagi kerana khasiatnya pada tubuh badan. Kebiasaannya orang yang berdiet gemar mengambil oat.

Kenapa Bijirin Oat sentiasa menjadi pilihan ketika sarapan pagi?

Bijirin Oat Antara Makanan Yang Baik Diambil Ketika Sarapan Pagi

1. Makanan Yang Sesuai Untuk Sarapan pagi - pengambilan sarapan pagi memang penting. Oleh itu,oat adalah makanan yang memang berkhasiat dan rasanya sedap. Dimakan bersama dengan susu krim beserta buah-buahan dapat memberikan kepeluan nutrisi seharian. Oat dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan juga paras kolestrol.

2. Memberikan Rasa Kenyang Yang Lama -  Makan oat dapat memberikan rasa kenyang. Dalam buku Panduan Diet Malaysia 2010, separuh daripada pengambilan bijirin penuh terdiri daripada bijirin penuh iaitu 2-4 saiz sajian sehari. Oleh itu, jika berasa mengantuk atau hilang tumpuan bolehlah mengambil oat sebagai makanan yang dapat memberikan tenaga


3. Makanan Yang Mempunyai Serat Yang Tinggi - Oat memiliki kandungan serat yang tinggi. Jadi oat adalah makanan yang sesuai untuk mereka yang nak berdiet kerana ia dapat memberikan rasa kenyang bagi jangka masa yang panjang. Makanan yang tinggi gula dan lemak dapat memberikan rasa kenyang dalam tempoh yang singkat. Cuba ambil oat sewaktu sarapan pagi dan campurkan  bersama buah-buahan dapat mengenyangkan anda sehingga ke waktu tengahari

4. Mempunyai pelbagai khasiat - Oat mengandungi Protein, Kalsium, Magnesium, Zink, Vitamin E dan  Zat Besi.

Bijirin Oat Antara Makanan Yang Baik Diambil Ketika Sarapan Pagi

5. Membantu Dalam Mengurangkan Kadar Kolestrol - Di dalam oat terdapat satu kompenen iaitu Beta- Glukan. Kompenen ini dapat mengurangkan kolestrol yang terdapat di dalam badan. Ia terdiri daripada serat yang mudah larut di dalam saluran pemakanan dan penghasilan lapisan seperti agar-agar yang bertindak mengumpulkan kolestrol berlebihan bersama-sama bahan seakan kolestrol.

Bijirin Oat Antara Makanan Yang Baik Diambil Ketika Sarapan Pagi

Bijirin Oat Antara Makanan Yang Baik Diambil Ketika Sarapan Pagi

6. Mengurangkan Risiko Sakit Jantung - Pengambilan oat disyorkan oleh saintis kerana ia dapat mengurangkan risiko sakit kardiovaskular iaitu sakit jantung. Kajian mendapati kadar kolestrol berkurang apabila mengambil oat. Seorang professor perubatan dan pemakanan, Dr James W. Anderson dari University of Kentucky mendapati bahawa paras kolestrol dapat diturunkan melalui pengambilan oat. Sumber - Majalah Mingguan Wanita


Baca lagi »
Zaza Iman
15 Comments

Kacang Pista Kekacang Yang Menguatkan Daya Ingatan

Kacang Pista Kekacang Yang Menguatkan Daya Ingatan



Kacang Pista Kekacang Yang Menguatkan Daya Ingatan. Walaupun harganya agak mahal tapi kalau dah suka tu tetap membeli juga. Kebiasaan kalau zaza balik kampung dan singgah 7 Eleven, kacang pista la yang selalu zaza beli untuk kunyah-kunyah di dalam kereta.

Ia antara kekacang yang menjadi kegemaran zaza. You all pernah makan? mestilah pernah kan..ia antara kekacang yang mempunyai rasa yang enak dan ranggup.

Kacang Pista Kekacang Yang Menguatkan Daya Ingatan

Kacang pista atau disebut Pistachio merupakan kacang yang dapat membantu menguatkan daya ingatan selain badam dan kismis. Kacang pista agak mahal kerana tidak tumbuh di negara kita.

Kacang pista juga turut mengandungi zat besi, niasin, kalium, riboflavin, dan zink. Selain itu kacang pista juga dapat menurunkan risiko penyakit jantung dan beberapa penyakit kanser.

Kacang Pista Kekacang Yang Menguatkan Daya Ingatan

Kacang Pista Kekacang Yang Menguatkan Daya Ingatan

Kacang pista mempunyai benefit nya tersendiri iaitu sebagai :

1. Antioksidan - kaya dengan antioksidan seperti Vitamin E, Vitamin C dan Lutein. Kotaren dan vitamin E yang terdapat di dalam kacang ini dapat memlindungi tubuh dari kerosakan akibat radikal bebas.

2. Untuk kesihatan mata - memakan kacang pista dapat membantu dalam meningkatkan fungsi penglihatan. Di dalam kacang pista, terdapat karotenoid yang dapat melindungi mata dari masalah seperti katarak dan degenerasi makula. Lutein dan zeaxanthin di dalam kacang ini pula dapat menjaga mata dari radiasi UV yang berbahaya.

3. Baik untuk kesihatan otak - di dalam kacang pista mengandungi Vitamin B6 yang dapat membantu meningkatkan jumlah hemoglobin dalam darah. Darah yang mempunyai oksigen akan ke otak dan ia membuatkan otak dapat berfungsi dengan baik.

4. Menjaga kesihatan jantung - Kacang pista mempunyai lemak sihat dan tidak membuatkan kadar kolestrol meningkat. Jadi ia sekaligus dapat mengurangkan risiko terkena penyakit jantung.

Kacang Pista Kekacang Yang Menguatkan Daya Ingatan

5. Kaya dengan serat - kacang pista juga mengandungi kandungan serat yang tinggi. 

6. Baik untuk kesihatan kulit dan rambut - turut mempunyai pelbagai jenis asid lemak essential, asam linoleat dan linolenik. Ia antara kandungan asid yang baik untuk pertumbuhan rambut dan menjana semula kulit yang sihat. selain itu ia jufa dapat mengawal tekanan darah dan meningkatkan kekebalan tubuh.

Sebenarnya banyak lagi benefit lain yang terdapat pada kacang pista. Selain dimakan begitu sahaja, kacang pista boleh dibuat kek, ais cream, cookies, pie, puding dan makan bersama salad. 



Baca lagi »
Zaza Iman
14 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)