Bukan sahaja wanita, orang lelaki pun perlu menjaga penampilan diri luar dan dalam. Selain dari penggunaan skincare untuk luaran, pengambilan produk minuman untuk dalaman juga perlu agar badan lebih sihat, kuat dan bertenaga.
Baru-baru ini satu lagi produk baru iaitu JEBAT telah diperkenalkan. Ia merupakan salah satu produk minuman khas untuk lelaki dari Jamu Tun Teja. Rasanya ramai yang dah familir dengan jenama Jamu Tun Teja ni kan?
Jamu Tun Teja telah memulakan operasi pada tahun 2017. Jamu Tun Teja ini dikenali sebagai Produk berasaskan Herba Terbaik di Malaysia dan terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Ia telah diasaskan oleh Hazira Azihan bt. Abd Wahab dan Syukri Hassan selaku Presiden Jamu Tun Teja.
“Tercetusnya idea untuk menghasilkan JEBAT ini sebab selalu tengok Syuk, merangkap suami keletihan kalau kerja berterusan. Macam mana nak maju dalam business kalau tak kental. I sendiri ialah consumer tegar Jamu Tun Teja, 24jam ibarat “nothing to me”. I boleh kerja beterusan tanpa sempadan tapi kalau Syuk tak boleh nak kejar energy bekerja I, macam mana ? Oleh itu, terhasilnya JEBAT by JTT ini.” ulas Hazira.
Pengasas, Hazira Azihan bt. Abd Wahab
JEBAT merupakan Minuman Tenaga yang dicipta khas bagi kaum lelaki. Antara bahan utama yang terdapat dalam JEBAT ini adalah seperti Tongkat Ali, Ginseng dan Madu Asli.
Antara manfaat yang terdapat pada JEBAT ini pula adalah memberikan tenaga tambahan untuk lelaki, mengurangkan masalah bintik hitam dan putih di muka, membantu mengurangkan kesan gelap akibat sinaran matahari pada kulit dan membantu pelancaran usus yang sihat.
Hazira juga memberitahu tentang keunikan produk JEBAT ini berbanding produk di pasaran ialah JEBAT mengandungi 3 bahan utama yang sangat bagus untuk lelaki. Kos pembuatan dan formulasi agak tinggi, namun JTT sangat berpegang teguh dengan Quality over produk yang hanya berlandaskan konsep Hit & Run.
“Dari segi konsep, JEBAT sangat berhubung kait dengan jiwa, semangat kepahlawanan Kemelayuan demi memartabatkan Sejarah Nusantara. Walaupun kos pemasaran pembuatan video dan grafik agak tinggi untuk syarikat SME seperti JTT yang baru menapak di industri ini, kami tidak gentar untuk melawan arus.” ujarnya.
“Dari awal tahun lepas lagi I dah terbayang nama produk JEBAT tu memang zasss! Kenapa bukan TUAH, sebab JEBAT ni macam bad boy sikit ada aura dan karakter yang gagah”.
Cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan produk Jebat menurut beliau “Lelaki susah nak setuju bab-bab supplement ni, kalau bab kari gulai lain la. Bab supplement, nak buat too delicious, it will end up as cordial taste, nak buat too medicinal taste, pahit segala herba. Kaum lelaki tak mungkin berpegang pada Beauty is Pain. Perempuan lain, Perempuan gigih. Jadi akhirnya, the taste is amazingly good! Dan bukan cordial taste. Lelaki yang consume JEBAT ni je akan tahu manfaat JEBAT ni. Every single ingredient akan bagi hints in one sip!” “I berharap agar JEBAT akan hit pada kali ini! I nak JEBAT diletakkan di Harrods!” Katanya lagi.
Selain JEBAT, JTT juga telah menghasilkan produk lain yang dibuat khas untuk wanita. Antara produk JTT adalah Jamu Tun Teja, Ginseng Herbal Soap, Feminine Herbal Wash, MEKAR, Sutera Lip Serum dan Lip Glass, RATU Hair Series , dan LAUT Spa Series.
Bagi yang ingin mendapatkan produk JEBAT dan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi Ms Mira di talian +60175173053 atau anda boleh menghantar e-mel ke jamutuntejahq@gmail.com