Memaparkan catatan dengan label KECANTIKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KECANTIKAN. Papar semua catatan

Pengalaman Guna Ephyra Skin Nano Serum dan Ephyra Skin Bar

Pengalaman Guna Ephyra Skin Nano Serum dan Ephyra Skin Bar



Assalamualaikum dan hi..apa khabar semua? semoga ceria dan sihat selalu. ok, semua orang mesti pernah mengalami keadaan dimana kulit muka bermasalah macam jerawat dan parut yang teruk kan..siapa yang follow zaza dari tahun 2015 mesti tahu pasal kulit  zaza yang teruk juga dulu..

Ni la keadaan kulit zaza yang dulu. zaza ada share pasal ni dekat entri tahun 2016. Boleh baca dan tengok kat sini Ephyra Skin Nano Advanved repair Serum Bantu Pudarkan Parut.

Dalam entri tu ada gambar kulit zaza yang banyak jerawat dan parut gelap.

Pengalaman Guna Ephyra Skin Nano Serum dan Ephyra Skin Bar
Ni kulit muka zaza yang dulu ( 2016 ).. gambar produk tu gambar terbaru ( 2020 )

Tapi untuk tahun ni, zaza just nak share je sekali lagi..sebab sampai sekarang zaza kekal gunakan Ephyra Skin Nano Serum dan dan Ephyra Skin Bar walaupun zaza pernah skip pakai ( konon nak try produk skincare lain haha..tapi last-last beralih juga ke Ephyra )

Asalnya zaza kenal produk Ephyra berpunca dari buat review dan tak sangka produk ni berkesan untuk zaza.

Dulu-dulu banyak juga produk zaza pakai sampai kan kulit zaza terbakar..haha..siapa masih ingat zaza pernah share dulu? mungkin dah lupa kot kan..siap kena pergi klinik dan kena inject kat punggung. Masa tu muka memang habis kemerahan seluruh wajah. nasib tak kena marah dengan mak sebab pakai produk bukan-bukan..

So sekarang ni zaza memang nak fokus dan kekal guna produk-produk Ephyra je..apa yang buat zaza terus guna Ephyra sebab ia antara produk yang sangat serasi dengan kulit zaza dan yang betul-betul baiki kulit zaza dari jerawat dan parut dulu..

Tapi zaza ada cakap yang zaza ada skip kan..sebab konon-konon nak try produk skincare lain..tapi kan..sudahnya lebih suka dengan Ephyra. Mungkin sebab bau nya sama yang zaza suka.

Ephyra ni ada 3 produk skincare tapi zaza hanya guna dua je iaitu Ephyra Skin Nano Serum dengan Ephyra Skin Bar ( sabun muka ). Yang satu lagi zaza tak guna ( Ephyra Skin Snow - masa mula-mula buat review je guna )

Pengalaman Guna Ephyra Skin Nano Serum

Seperti biasalah, zaza gunakan Ephyra Skin Nano Serum ni waktu malam sebelum zaza tidur. Botol dia pun sama je macam diawal keluaran cuma tempat pemicit tu dah lain sikit.

Rasa dia masa pakai tu sejuk-sejuk je.. zaza pakai dalam dua tiga titik dah cukup untuk satu muka. Hari tu masa zaza skip dan guna produk lain..kulit zaza dah jadi macam kurang sikit la cantiknya..so selepas ni  nak guna Ephyra je..nak konsisten balik..

Pengalaman Guna Ephyra Skin Nano Serum dan Ephyra Skin Bar
Ephyra Skin Nano Serum

Ephyra Skin Nano Serum ni menggunakan formulasi bahan antikoksida seperti Glutathione, Arbutin, Vitamin C dan E. So bahan-bahan ni memang baik untuk membaiki kulit jerawat dan parut.

MEMULIHKAN - Ia membantu mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia juga membantu memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang dan muda.

MEMPERBAHARUI - Ia menyerap jauh ke dalam sel kulit dan menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima. Untuk hasil yang lebih anjal, lembut dan kelihatan bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna.

MELINDUNGI - Membantu melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaaan dengan menjadi agen anti=oksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan vitamin E kepada kulit.

Pengalaman Guna Ephyra Skin Bar ( Sabun Pencuci Wajah )

Dalam banyak-banyak sabun pencuci muka yang pernah zaza guna, sabun Ephyra Skin Bar ni la yang paling zaza suka baunya..sedap sangat..dan bila zaza guna kulit zaza memang terasa lembut dan bestlah..

Pengalaman Guna Ephyra Skin Nano Serum dan Ephyra Skin Bar

Pengalaman Guna Ephyra Skin Nano Serum dan Ephyra Skin Bar

Setiap kali bangun tidur ke memang zaza suka cuci muka.. zaza potong sabun ni kepada 4 bahagian.So jimat lah.. Satu bahagian tu tahan la dua minggu macam tu..

EPHYRA SKIN BAR  adalah sabun cucian muka yang diformulasi 100% dengan bahan semulajadi dan tanpa sebarang bahan kimia terlarang. Dengan gabungan khasiat Glutathione, Alpha Arbutin dan Kolagen, Ephyra Skin Bar adalah antara “TOP PRODUCT” untuk jenama Ephyra.

KELEBIHAN EPHYRA SKIN BAR

 Merawat kulit berjerawat
 Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
 Menanggalkan kotoran, minyak dan sel kulit mati
 Mencerahkan wajah secara semulajadi 
 Menghilangkan bintik-bintik hitam 

Jadi kepada yang nak dapatkan produk Ephyra boleh beli kat Shopee


Klik Beli Ephyra Skin Bar


Boleh juga baca entri lama zaza pasal ephyra :




Baca lagi »
Zaza Iman
1 Comments

Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas

Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas



Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas. Assalamualaikum dan hi…sudah seminggu zaza berada di KL. Zaza dekat sini ada beberapa urusan sikit. So akan stay dalam beberapa hari lagi sebelum zaza pulang ke kampung halaman zaza.

Memandangkan zaza ada di KL ni dan memang dah lama sangat nak try buat rawatan wajah..jadi baru-baru ini zaza sempat singgah buat rawatan wajah dekat Cleo Clinic yang terletak di Desa Sri Hartamas Kuala Lumpur.

Pengalaman Buat Cleo Glow Peel Treatment di Cleo Clinic Sri Hartamas
Baca lagi »
Zaza Iman
9 Comments

Pynocare Suplement Dari Biolife Untuk Tona Kulit Yang Sekata

Pynocare Suplement Dari Biolife Untuk Tona Kulit Yang Sekata



Pynocare Suplement Dari Biolife Untuk Tona Kulit Yang Sekata

Pynocare Suplement Dari Biolife Untuk Tona Kulit Yang Sekata. Assalamualaikum dan hi..mungkin ramai dikalangan kita menghadapi masalah tona kulit yang tidak sekata. Yeahh sama macam zaza juga di bahagian  kulit lengan yang lebih gelap dari kulit muka. Dah banyak jenis losyen zaza pakai pun tak ada perubahan.

So zaza ada kenal akan satu produk dari Biolife iaitu Pynocare suplement yang elok untuk membaiki masalah tona kulit yang tak sekata.

Zaza pun baru je nak try mencuba dan memandangkan produk dari Biolife ni antara produk yang bagus dan ia ada dijual di Watson Malaysia.

 Apa Itu Melanin

Sebelum tu jom fahami dulu apa itu Melanin. Melanin adalah pigment yang terhasil daripada sel-sel melanosit dan ia memberi warna kepada kulit kita. Penghasilan melanin terjadi di lapisan kulit yang paling dalam dengan bantuan beberapa jenis enzim. Melanosit kemudiannya membawa melanin ke permukaan kulit dan ia menyumbang kepada warna kulit setiap individu.

Bintik-bintik hitam dan tona kulit yang tidak sekata disebabkan oleh penghasilan melanin yang berlebihan pada kawasan yang terdedah kepada pancaran matahari terutamanya di bahagian pipi, atas bibir, hidung dan dagu.

Punca- Punca Masalah Kulit

Faktor utama masalah kulit adalah cahaya matahari akibat terlalu lama terdedah dengannya. Perubahan hormon juga antara punca dari kehamilan, pil kontraseptif, Masalah Endokrin seperti tiriod dan ovari. Penggunaan kosmetik yang bertoksik pada cahaya, merkuri dan asid salisilik. Juga penggunaan ubat-ubatan yang bertoksid pada cahaya seperti antibiotik dan ubat anti-keradangan.

Pynocare Esen Untuk Tona Kulit Yang Sekata Bagaikan Kristal

MSCC Complex Actisome di dalam Pynocare ini dapat meningkatkan biovailability untuk penyerapan yang lebih baik seperti Mempertahankan dari radikal bebas - Membekalkan antioksidan yang berkuasa untuk melawan radikal bebas yang menjadi pencetus utama kepada masalah tona kulit tak sekata. Ia juga bertindak sebagai Pelindung UV dimana antioksidan yang ada dapat meningkatkan pertahanan terhadap kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya matahari.

Pynocare Suplement Dari Biolife Untuk Tona Kulit Yang Sekata

Pynocare Suplement Dari Biolife Untuk Tona Kulit Yang Sekata

Pynocare dihasilkan daripada beberapa bahan utama antaranya Ekstrak Kulit Kayu Pain Maritim Perancis, Vitamin C, Ekstrak D.Salina dan Vitamin E.

Bahan Utama Dalam Penghasilan Pynocare Suplement

Ekstrak Kulit Kayu Pain Maritim Perancis - Kaya dengan procyanidinoligomerik ( OPCs ) dan bioflavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan untuk emnghapuskan radikal bebas, Berupaya untuk membentuk lebih banyak struktur antioksidan dengan mengitar semula Vitamin C dan menghasilkan Vitamin E.

Vitamin C - Merupakan antioksodan semulajadi dan melindungi kulit daripada UVA,UVB dan cahaya yang boleh dilihat. Ia turut menghalang penghasilan dan pembentukan melanin  dan bekerjasama dengan Vitamin E.

Ekstrak D.Salina - Membekalkan sumber semulajadi yang kaya dengan karotenoid, beta-karotena. Merupakan antioksidan semulajadi yang melindungi membran sel dari pengoksidaan kipid dan kerosakan yang disebabkan oleh cahaya UV.

Vitamin E - Sebagai antioksidan larut lemak utama yang menghalang pengoksidaan lipid dan menghapuskan radikal bebas. Memberikan perlindungan UV serta mengurangkan kesan-kesan foto-penuaan.

Pynocare Suplement Dari Biolife Untuk Tona Kulit Yang Sekata

Pynocare adalah kombinasi dari ramuan tumbuhan semulajadi yang boleh melindungi kulit dari penuaan pra-matang dan masalah tona kulit yang tidak sekata. Oleh itu sesuai sangat diamalkan oleh anda yang ada masalah tona kulit.

Untuk pengambilan adalah mengikut dos yang ditetapkan iaitu Dos : 2 kapsul sehari selepas makan.

Bagi yang ingin mendapatkan produk Pynocare, boleh membuat pembelian di :




Baca lagi »
Zaza Iman
5 Comments

Oniey Beauty Treatment Untuk Masalah Parut Wajah Berdaftar Dengan NPRA

Oniey Beauty Treatment Untuk Masalah Parut Wajah Berdaftar Dengan NPRA



Oniey Treatment Skincare Untuk Masalah Parut Wajah Berdaftar Dengan NPRA

Oniey Treatment Skincare Untuk Masalah Parut Wajah Berdaftar Dengan NPRA

Oniey Beauty Treatment Untuk Masalah Parut Wajah Ada Kelulusan NPRA. Assalamualaikum dan hi semua. Salam ceria selalu. Semoga semuanya sihat sejahtera.

Bercakap tentang produk penjagaan wajah ni, sebenarnya telah ramai yang celik akan tentang sesuatu produk. Jika dulu kita tak ada kesedaran tentang produk-produk kecantikan ini. Tapi sekarang dah banyak info dan maklumat sesuatu produk yang boleh dicari.

Macam zaza juga, kalau nak guna sesuatu produk kecantikan yang baru, zaza kan search dulu maklumatnya sebelum membeli.

Kalau dulu kan, zaza memang alami satu keadaan di mana wajah zaza ni banyak gila jerawat dan parut-parut coklat gelap. zaza memang sedih juga masa tu. Dengan kulit keringnya..memang stress sangat. Dan masa itu juga zaza diperkenalkan dengan satu produk iaitu serum wajah. Jadi bagi zaza serum ni produk yang wajib perlu ada dalam penjagaan wajah.

Oniey Treatment Skincare Untuk Masalah Parut Wajah Berdaftar Dengan NPRA

Oleh itu, zaza nak kongsikan satu lagi produk kecantikan baru iaitu Oniey Beauty Treatment yang terdiri daripada 2 produk penjagaan wajah iaitu Acnex Serum dan Lifting Moisturizing Cream.

Kedua-dua produk ini telah pun  berdaftar dengan NPRA ( Bahagian Regulatori Farmasi Negara ) Boleh semak sendiri di sini ( Pilih bahagian cosmetic dan masukkan nama produk )

Oniey Treatment Skincare Untuk Masalah Parut Wajah Berdaftar Dengan NPRA

Oniey Beauty Treatment Acnex Serum

Didatangkan dengan isipadu 15ml,  Ancex Serum menggabungkan herba cina menggunakan teknologi kosmetik barat dimana ia bertindak melegakan jerawat, memudarkan parut hitam dan mengyingkirkan sel kulit mati. Ancex Serum ini juga membantu dalam mengawal pertumbuhan kuman, menyingkirkan dan menghalang rembesan minyak berlebihan dan juga mengecilkan liang pori.

Oniey Treatment Skincare Untuk Masalah Parut Wajah Berdaftar Dengan NPRA

Oniey Treatment Skincare Untuk Masalah Parut Wajah Berdaftar Dengan NPRA

Oniey Treatment Skincare Untuk Masalah Parut Wajah Berdaftar Dengan NPRA

Acnex Serum dihasilkan dari beberapa gabungan bahan utama iaitu Wicth Hazel, Niacinamide ( Vit B ), Extrak Mushroom dan Asid Glycolic.

Wicth Hazel - Mengatasi masalah jerawat lebam dan parut, mencerahkan sekeliling mata melegakan sunburn, mengatasi rasa kegatalan, memberikan kelembapan pada wajah dan mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan..

Niacinamide ( VIT B ) - Mengatasi masalah pigmentasi serta penuaan pada kulit serta megecilkan liang-liang pori.

Extrak Mushroom - Mengandungi astrigen dan juga pelembap  yang dapat membantu mengecilkan saiz pori , memberi keanjalan kulit dan memperbaiki tekstur tona kulit. Sesuai dan  baik untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Asid Glycolic - Membantu mencerahkan kulit serta menghaluskan kulit.Ia juga dapat memudarkan parut jerawat dan melawan tanda-tanda penuaan kulit.

Oniey Beauty Treatment Lifting Moisturizing Cream

Lifting Moisturizing Cream adalah pelembap wajah yang memberikan perlindungan matahari yang cukup dengan pelembab yang tahan lama. Ia menjadikan kulit lebih halus, lembut dan kelihatan lebih muda.

Oniey Treatment Skincare Untuk Masalah Parut Wajah Berdaftar Dengan NPRA

Lifting Moisturizing Cream dihasilkan dengan beberapa bahan seperti Extrak Bunga Matahari, Extrak Orange, Extrak Apple Stemcell dan Extrak Biji Anggur.

Extrak Bunga Matahari - Membantu dalam memberikan kelembapan pada kulit. Mengandungi Vitamin E yang dapat membantu mengatasi masalah jerawat dan membantu meningkatkan kelembapan kulit, sesuai untuk kulit kering dan berminyak.

Ektrak Orange - Membantu dalam membersihkan kulit-kulit mati, mengatasi masalah kulit kering. Ia juga dapat mencerahkan kulit dan mengecilkan liang-liang pori.

Ektrak Apple Stemcell - Mengalakkan pertumbuhan sel kulit baru dan membaiki epidermis lapisan kulit luar serta dapat mengurangkan kedutan pada kulit wajah. Juga bertindak sebagai anti penuaan yang membantu menjadikan kulit lebih lembut, licin, anjal dan memberikan rasa lembar dan segar bermaya. Selain itu, kelebihan extrak apple stemcell ini juga dapat memudarkan parut jerawat dan jeragat, mengilangkan lingkaran gelap bawah mata dan mengurangkan blackhead serta whitehead.

Ektrak Biji Anggur -  Memberikan kelembapan pada kulit wajah dan meningkatkan kolagen secara alami serta membantu mengatasi kedutan wajah. Ia juga menjadikan kulit lebih cerah dan menghilangkan flek hitam di wajah.

Cara Untuk Menggunakan Oniey Beauty Treatment

Selepas membersihkan wajah, ikuti step dibawah :

1. Gunakan 2 ke 3 titis Acnex Serum ke muka. Kemudian urut secara membulat ke atas supaya melancarkan peredaran darah serta mempercepatkan resapan ke dalam kulit.

2. Gunakan pula Lifting Moisturizing Cream dengan meratakan keseluruhan wajah untuk mengekalkan kelembapan wajah

Oniey Treatment Skincare Untuk Masalah Parut Wajah Berdaftar Dengan NPRA

Oniey Treatment Skincare Untuk Masalah Parut Wajah Berdaftar Dengan NPRA

Oniey Beauty Treatment diperbuat dari kilang bertaraf GMP dan tidak diuji kepada haiwan. Oleh itu skincare ini selamat untuk digunakan.

Cadangan zaza, pada mereka yang mempunyai masalah kulit wajah dan ingin memakai produk ini, hendaklah memakai secara konsisten bagi mendapatkan kesannya. Bagaimana pun kesannya adalah bergantung kepada setiap individu terbabit.

Harga bagi satu set Oniey Beauty Treatment ini hanyalah RM125 ( Semenanjung Malaysia ) dan RM135 ( Sabah / Sarawak )

Bagi yang ingin mendapatkan produk ini, boleh terus membuat pembelian di :

Whatsapp No : 013 592 7431




Baca lagi »
Zaza Iman
6 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)