Langkau ke kandungan utama

SOCIAL MEDIA

Memaparkan catatan dengan label HEALTHY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HEALTHY. Papar semua catatan
Salam dan hi korang.. sebulan lalu zaza ada share dekat whatsapp story berkenaan kaki dan badan zaza naik biji-biji gatal. Hampir 3 minggu nak pulih. Bila dah hampir baik, tiba-tiba dekat peha zaza datang balik gatal berjalur-jalur merah dan gatal sangat. Zaza tanya dalam group rakan dan tunjukkan gambar peha zaza dan seorang rakan beritahu mungkin scabies. So zaza search la pasal scabies. Tapi disebabkan dah tak tahan sangat gatal merah yang teruk, zaza pergi ke klinik dan bertanya betulkah yang zaza alami ni scabies. Dan doktor tersebut beritahu bukan dan siap tunjuk lagi gambar dalam album foto ciri-ciri scabies. Lega la bukan. Doktor cakap zaza alah pada gigitan hama.

Ini kejadian betul ya yang baru zaza alami..lepas tu terus zaza cuci bilik,basuh semua cadar, vacum, mop dan spray.

Alhamdulillah hilang cuma kesan kat kaki peha la parut-parut.. Tapi setelah beberapa minggu dan saat zaza tulis ni, dah masuk hari ketiga biji gatal datang balik. Nasib ada lagi ubat dari doktor cukup untuk seminggu. 

Oh ya masa zaza search pasal scabies ni seram juga tengok. Oklah zaza share sikit pasal scabies dan punca terjadi.

Scabies

KUDIS BUTA: Kutu?

Kudis Buta atau terma perubatannya, “SCABIES” ada sejenis jangkitan pada permukaan kulit yang disebabkan oleh sejenis kutu.

Kutu ini dinamakan Sarcoptes Scabiei.

Dewasa mahupun kanak-kanak tidak terlepas dari jangkitan ini.

Apakah itu Scabies? Punca dan Cara Mengubatinya

Apakah itu Scabies? Punca dan Cara Mengubatinya

Bagaimana boleh terkena jangkitan Scabies?

Scabies atau kudis buta tersebar apabila seseorang itu mempunyai “direct contact” secara berterusan dengan kutu ini.

Ia bukanlah masalah yang disebabkan kurang tahap kebersihan, tetapi ia dilihat cenderung di tempat-tempat seperti asrama dan penjara.

Kudis buta juga sangat cepat merebak dikalangan seisi keluarga. Individu yang berimuniti rendah juga lebih berisi dijangkiti kudis buta.

Jom kenali Sarcoptes Scabies
  • Mempunyai 8 kaki
  • Berbentuk bulat
  • Mampu mengorek kedalam kulit, membentuk “burrow” atau terowong
  • Kutu betina akan bertelur dan mati
  • Boleh ada sekitar 10-15 ekor pada badan pada satu masa.

Apakah itu Scabies? Punca dan Cara Mengubatinya

Apakah itu Scabies? Punca dan Cara Mengubatinya


Ada satu lagi jenis Scabies, dikenali sebagai Crusted scabies atau Norwegian scabies, yang mana boleh ada sehingga beribu ekor kutu Sarcoptes scabiei var hominis

Apakah tanda-tanda jangkitan KUDIS BUTA?
  • Gatal : terutama pada waktu malam. Ini adalah reaksi alahan badan terhadap kutu tersebut 
  • Biji-biji kemerahan pada : tapak tangan dan kaki, cela-celah jari, kemaluan, punggung dan pusat 
  • “Burrow” atau satu baris kemerahan : disebabkan terowong yang digali kutu untuk bertelur
  • Biji-biji berkandung nanah : akibat jangkitan kuman bakteria pada ruam kudis buta

Apakah itu Scabies? Punca dan Cara Mengubatinya
 
Diagnosis

Jumpa doktor yang berdekatan untuk pemeriksaan. Gejala-gejala atau tanda-tanda ruam scabies sudah cukup untuk doktor mengenalpasti kudis buta.

Ada kala doktor akan menggunakan satu alat yang dinamakan “Dermascope” untuk melihat ruam skudis buta dengan lebih jelas.

Rawatan

Ubat-ubatan anti-kudis buta

Ia biasanya perlu dipakai satu atau dua malam (berterusan) bergantung pada jenis preskripsi yang diberi. Ubat ini dalam bentuk losyen.

Ubat krim sapu dan biji juga ada diberi, bari mengurangkan gatal. Jika terdapat nanah, antibiotik perlu diberi terlebih dahulu sebelum memulakan rawatan anti-kudis buta.

Satu pekara penting, jika salah seorang dari ahli keluarga dijangkiti kudis buta, maka adalah wajar untuk doktor untuk merawat seluruh ahli keluarga kerana ia sangat mudah berjangkit. Rawatan tetap diberi walaupun ahli yang lain tiada tanda gatal atau ruam kemerahan.

 

Pesanan lain:
  • Pakaian yang dipakai dalam tempoh seminggu terkini perlu direndam dalam air panas dan dibasuh semula 
  • Basuh semula cadar katil dan selimut
  • Tilam yang ada perlu dijemur di luar kawasan rumah beberapa hari. Jika tilam sudah lama, bolehlah diganti dengan tilam baru

Harap info ini dapat sedikit sebanyak memberi gambaran tentang SCABIES aka KUDIS BUTA.

Dapatkan Rawatan Scabies di Klinik Avicenna

Sekiranya anda mengalami gelaja ini segera dapatkan rawatan lanjut di klinik atau boleh terus ke Klinik Avicenna.


Apakah itu Scabies? Punca dan Cara Mengubatinya

Di Klinik Avicenna mereka memberikan rawatan untuk penyakit kulit dan estetik yang terbaik. Ia mula dikenali sejak 2018 dan mula berkembang sehingga kini.

Di Klinik Avicenna, ia menjadi pilihan ramai dan rawatan dilakukan oleh doktor-doktor terlatih yang profesional dan berpengalaman.

Apakah itu Scabies? Punca dan Cara Mengubatinya

Apakah itu Scabies? Punca dan Cara Mengubatinya

Mereka juga menggunakan kelengkapan mesin-mesin laser terkini yang mendapat kelulusan dari FDA, rawatan di KLINIK AVICENNA diberi khusus terhadap masalah yang anda hadapi, supaya anda beroleh kulit yang lebih cantik, sihat dan berkualiti.

Selain dari rawatan Scabies, antara perkhidmatan yang ditawarkan disini adalah :

SKIN & DERMATOLOGY
  • Ekzema
  • Psoriasis
  • Allergic Skin Conditions
  • Minor Operations ( contoh seperti Cyst, Lipoma, Mole, Skin Tag )
  • Fungal Skin Infections
  • Bacterial Skin Infections
  • Viral Skin Infections
dan lain-lain masalah kulit.

AESTHETIC
  • Acne
  • Acner Scars
  • Pigmentations
  • Fillers
  • Fine Lines dan Wrinkles
  • Hair dan Scalp ( Removal dan Restoration )
  • Scars dan Keloids
  • Weight Loss
  • Medical-Grade Skincare
  • Whitening treatments
  • Treatments
GENERAL MEDICINE
( Cawangan Jitra Sahaja )
  • General Medical Treatment
  • Blood test dan Health Screening
  • Ultrasonography (Antenatal & Gynecology, Liver & Gall Bladder, Kidney, Urinary Bladder, Prostate)
  • Vaccination dan Immunization

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan lanjut dan rawatan, boleh terus menghubungi Klinik Avicenna terus di :

Klinik Avicenna Jitra
No 4a, Bandar Darulaman Jaya,
06000 Jitra, Kedah, Malaysia.
+604-917 6003

Klinik Avicenna Shah Alam
R-02-05 Emira, Jalan Akuatik A13/64A,
40100 Shah Alam, Selangor
+603 – 5038 4478


Website 

Instagram 



















Apakah itu Scabies? Punca dan Cara Mengubatinya

Ahad, Disember 10, 2023

Sekarang ni memang tengah musim panas yang sangat terik. zaza sendiri pun duduk dalam rumah berpeluh peluh maklumlah dalam bilik tak ada aircond. Cuma kipas je. Dengan keadaan cuaca yang memang tak menentu ni mudah buatkan terutama anak-anak kecil jatuh sakit.

Bila datang selesema dan batuk, anak-anak pun mudah menangis dan susah nak tidur. Ibu bapa mana yang tak risau kan dengan keadaan ini.

Disebabkan masalah inilah, jenama Tasneem Naturel telah memperkenalkan produk baru mereka iaitu CF-Patch dan Sleep Tight Patch.

Tasneem Nature CF-Patch dan Sleep Tight Patch untuk Melegakan Selsema dan Tidur Anak

CF-Patch dan Sleep Tight Patch adalah produk untuk melegakan selesema dan membantu masalah tidur anak-anak.

Tasneem Nature CF-Patch dan Sleep Tight Patch untuk Melegakan Selsema dan Tidur Anak

5000 Patchure Tasneem Natural Percuma Untuk Anda

Sempena dengan keluaran produk baru ini, Tasneem Natural bakal mengedarkan sebanyak 5000 Patchure secara percuma untuk anda. Macam mana nak tebus? 

Kejap lagi zaza share caranya tapi sebelum tu zaza nak share juga produk CF-Patch dan Sleep Tight Patch ini juga jadi pilihan Neelofa untuk anaknya Bilal.

 


CF-Patch & Sleep Tight Patch selamat untuk digunakan dan mempunyai kelulusan FDA, tidak berbau kuat dan sangat mudah untuk digunakan.

CF-Patch - Kebaikan dan Manfaatnya


Tasneem Nature CF-Patch dan Sleep Tight Patch untuk Melegakan Selsema dan Tidur Anak
CF-Patch


Bila lihat anak-anak selesema, pasti buatkan ibu bapa rasa tak senang hati. Biasanya selesema dan batuk berpunca dari keadaan dan orang sekeliling dan juga disebabkan oleh antibodi badan anak-anak yang masih lemah. Sebab itu mereka mudah terdedah dengannya.

Oleh itu perlunya rawatan awal antaranya dengan menggunakan CF-Patch ini.

Banyak kebaikan dan manfaat CF-Patch ini antaranya :

Membantu mengatasi batuk
CF-Patch ini dapat membantu melegakan batuk bayi. Batuk yang berpanjangan pastinya membuatkan bayi sakit dan menangis. Sedangkan jika kita pun batuk, terasa seksanya Tuhan je yang tahu kan.

Dapat melancarkan penafasan
CF-Patch ini bagus untuk digunakan kerana ia sangat membantu melancarkan nafas. Dengan memakai ia, tiada lagi masalah hingus, bendalir dan tahi hidung yang menyumbat rongga pernafasan pada anak-anak.

Menurunkan suhu
Bagi bayi yang alami demam, penggunaan CF-Patch ini juga dapat membantu menurunkan suhu badan bayi dengan cepat. Kebiasaan bila bayi selesama ia turut mendatangkan demam. 

Memngeringkan hingus bayi
CF-Patch ini juga berfungsi untuk mengeringkan masalah hingus bayi.


Bahan-Bahan Aktif dalam CF-Patch

Produk ini menggunakan bahan yang berkualiti dan selamat. Terdapat kandungan bahan aktif iaitu Tendrilleaf & Chekiang Fritillary Bulb.

Apa fungsi bahan aktif Tendrilleaf dan Chekiang Fritillary Bulb ini?

Fungsinya adalah untuk membantu menurunkan suhu panas tekak yang menjadi punca kepada masalah batuk.

Selain itu terdapat juga bahan seperti Akar Indigowood & Whiteflower Hogfennel Root. Fungsi bahan ini ia dapat membantu menjadikan tekak lebih selesa dan membebaskan kahak.

Terdapat juga ramuan lain yang turut digunakan dalam CF-Patch ini iaitu Heartlef Houttuynia Herb yang bertindak sebagai penyahtoksin dalam badan.  manakala penggunaan bahan Pepperweed dan Apricot Seed pula untuk bantu melancarkan dan melegakan paru-paru.

Tasneem Nature CF-Patch dan Sleep Tight Patch untuk Melegakan Selsema dan Tidur Anak

Cara Menggunakan CF-Patch boleh rujuk gambar di bawah :

Tasneem Nature CF-Patch dan Sleep Tight Patch untuk Melegakan Selsema dan Tidur Anak


Sleep Tight Patch - Kebaikan dan Manfaatnya

Tasneem Nature CF-Patch dan Sleep Tight Patch untuk Melegakan Selsema dan Tidur Anak
Sleep Tight Patchure

Setengah anak kecil memang susah hendak tidur terutama waktu malam. Bila waktu malam kita benar-benar letih dan megantuk, time itulah anak-anak tak boleh nak tidur. Sebab itulah adanya Sleep Tight Patch ini yang sangat bagus untuk membantu masalah tidur anak-anak.

Beberapa kebaikan dan manfaat Sleep Tight Patch ini antaranya :

Membantu mengurangkan keresahan
Sleep Tight Patch ini dapat membantu mengurangkan keresahan bayi. Keresahan yang dialami bayi antara salah satu punca kenapa bayi sukar tidur, asyik merengek dan selalu meragam. Dengan adanya Sleep Tight Patch ini, ia dapat membantu bayi tidur dengan baik dan sebagai ibu bapa bila tengok bayi dapat tidur dengan baik dan selesa, ia cukup melegakan.

Dapat memberikan kitaran tidur yang baik
Penggunaan Sleep Tight Patch ini dapat membantu memberi bayi jadual tidur yang lebih teratur. 

Membantu tidur nyenyak
Apabila bayi dapat tidur dengan nyenyak, bukan saja melegakan hati ibu bapa, ia juga amat membantu dalam proses tumbesaran bayi sekaligus dapat memberikan mood yang baik.

Kurangkan Situasi Terbangun
Bila malam waktu tidur, waktu itulah bayi merengek dan tak nak tidur. Kalau situasi ini berlaku setiap hari, ibu bapa pun boleh jadi letih bila pagi hari. Bila letih mulalah tak dapat nak fokus perkara lain. Jadi dengan Sleep Tight Patch ini, ia dapat membantu bayi kurang terbangun di tengah malam. Jadi waktu tidur ibu bapa pun kurang terganggu.

Bahan-Bahan Aktif dalam Sleep Tight Patch

Sleep Tight Pach ini juga menggunakan bahan berkualiti dan selamat. Di dalam produk Sleep Tight Patch ini terdapat bahan aktif iaitu Thinleaf Milkwort dan Silk Tree Albizia Bark.

Apakah fungsi kedua bahan ini?

Fungsinya adalah untuk membantu meningkatkan kualiti tidur dan memori serta bertindak sebagai anti-depresi.

Bahan aktif lain adalah Amber dan Raw Dragon Tooth. Amber dan Raw Dragon Tooth berfungsi untuk menenangkan saraf, membantu melancarkan peredaran darah serta mengurangkan masalah keradangan.

Selain dari bahan aktif ini, Sleep Tight Patch juga menggunakan ramuan lain iaitu Spine Date Seed dan Caulis Polygoni Multiflori.

Spine Date Seed dan Caulis Polygoni Multiflori bertindak untuk membantu menyah angin dalam badan.

Manakal ramuan Angelica Dahurica dan Lotus Plumule pula berfungsi sebagai antipiretik untuk mengurangkan demam dan meredakan sakit-sakit badan.

Sleep Tight Patch ini sesuai untuk anak-anak yang susah hendak tidur kerana bahan-bahan yang digunakan selamat dan selesa untuk bayi.

Tasneem Nature CF-Patch dan Sleep Tight Patch untuk Melegakan Selsema dan Tidur Anak
Cara Menggunakan Sleep Tight Patch boleh rujuk gambar di bawah :

Tasneem Nature CF-Patch dan Sleep Tight Patch untuk Melegakan Selsema dan Tidur Anak



Sebab Kenapa Perlu Tasneem Patchure Ini?

Seperti yang telah dijelaskan kebaikan dan fungsi produk Tasneem Patchure ini, zaza pasti ia antara produk yang baik harus ibu bapa ada dalam pencegahan awal mengatasi selesema dan susah tidur bayi. Lagi pula ia amat sesuai untuk bayi memandangkan bayi yang masih kecil tidak sesuai diberikan makan ubat.

Dengan adanya kewujudan Tasneem Patchure inilah, sekurang-kurangnya ia dapat membantu masalah tersebut.

Tasneem Naturel CF-Patch dan Sleep Tight Patch untuk Melegakan Selsema dan Tidur Anak


Tasneem Patchure ini bagusnya ia tak berbau kuat. Tidak seperti koyok. Kalau pakai koyok bau herbanya agak kuat dan keras. Ada orang tak tahan dengan bau herba yang kuat. Lagi pula Tasneem Patchure ni tak meruap jadi ia tidak menyebabkan bilik berbau busuk.

Antara produk yang mudah dan cepat untuk digunakan. Sekurang-kurangnya ibu bapa tak perlu nak beratur panjang di klinik. Dengan produk ini, senang main lekat je.

Tasneem Patchure juga tidak meninggalkan kesan lekatan gam. Jadi nak cabut pun senang dan tak menyakitkan bayi apabila hendak mencabutnya.

Dan paling penting, Tasneem Patchure ini selamat untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak kerana ia BEBAS TOKSIN dan LULUS FDA

Bahan dan kandungan bahan yang digunakan 100% menggunakan herba semulajadi.


Tasneem Nature CF-Patch dan Sleep Tight Patch untuk Melegakan Selsema dan Tidur Anak


5000 Patchure Percuma dan Cara Nak Tebus

Seperti yang zaza cakap diawal tadi, Tasneem Natural nak edarkan 5000 Patchure Percuma kepada anda. Mesti tak sabarkan nak tebus.

Caranya mudah saja. Hanya perlu isi maklumat anda di website rasmi Tasneem Naturel


Bagi sesiapa yang berminat juga untuk membeli, boleh terus membuat pembelian di website mereka. Untuk info lanjut tentang produk Tasneem Naturel boleh layari :






Tasneem Naturel CF-Patch dan Sleep Tight Patch untuk Melegakan Selsema dan Tidur Anak

Selasa, Jun 20, 2023


Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus | Sekarang ni bila usia dah masuk 30an memang sangat-sangat perlu menjaga kesihatan badan. Sekarang ni zaza pun dah stop atau dah kurang ambil minuman manis atau bergula. Puncanya sebab setiap hari kaki zaza jadi kebas tak kira masa. Kadang ia datang bila waktu zaza nak solat. Time ni memang krem gila kaki.

Zaza pun cari info kenapa kebas kaki kerap terjadi. Boleh kata hari-hari berlaku. Lepas dapat info seramlah juga baca.Lepas tu baru terfikir yang zaza hari-hari ambil minuman manis dengan kuantiti yang banyak. Sejak dari tu lah zaza plan-plan ubah tabiat minum. Zaza banyakkan minum air kosong je. Sekali dua je ambil air manis dalam sebulan. Dan alhamdulillah, selama berbulan-bulan kebas dah tak jadi..memang lega sangat..skin kulit muka zaza pun lebih sihat.

Selain tu zaza pernah juga alami masalah sembelit yang sangat kerap. Banyak kali dah zaza share dekat blog yang zaza memang ada masalah sembelit.

Bila banyak membaca pasal isu sembelit barulah tahu yang sembelit ni salah satu tanda ada masalah usus yang kurang sihat. Masalah sembelit ni dah 2-3 tahun. Sekarang je dah kurang alami.

Jadi penting tau untuk kita menjaga usus sebaiknya. Bila usus tak sihat ia boleh mendatangkan banyak masalah seperti berat badan cepat naik, kulit kusam dan berjerawat, cepat letih dan lesu, masalah pencernaan seperti sembelit, cirit-birit, gas, kembung perut, masalah pedih ulu hati dan beberapa lagi.

Alang-alang cakap pasal penjagaan usus, ni zaza nak share tentang produk kesihatan GKB ( GK BIO International Sdn Bhd )

Produk GKB ni khas untuk mereka yang mempunyai kesihatan usus. Ia membantu meningkatkan proses penghadaman secara menyeluruh dan untuk kesejahteraan usus secara Komprehensif.

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Untuk pengetahuan, GKB ( GK BIO International Sdn Bhd ) adalah syarikat yang telah ditubuhkan dengan usaha sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 2018.

GKB telah mengeluarkan lima produk unik untuk mereka yang menghadapi masalah penghadapan dan kesihatan usus iaitu GKB Probio+, GKB Probizymes, GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus, GKB G-Pro Gold dan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3.

Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi. Selain itu, probiotik yang bentuk granul probiotik ini juga dapat membantu mengurangkan risiko tercekik, sesuai untuk dimakan terus atau dicampurkan dengan minuman.

Jom zaza share info-info setiap produk

1. GKB Probio+ : Untuk Membaiki Usus

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Ia datang dalam packing berkotak dan dalam bentuk sachet. Zaza dah cuba makan. GKB Probio+ ni isinya berbentuk biji halus silinder ( kalau tengok macam gula-gula budak punya )

Rasanya manis-manis yang tak manis sangat. Cara makannya hanya tuang terus ke dalam mulut atau kalau nak campur dalam jus minuman pun boleh.

Sachetnya yang kecil amat mudah jika nak masuk dalam beg atau bawa travel. 

GKB Probio+ ni ada 5 jenis bakteria probiotik yang aktif tau dan 4 jenis prebiotik yang mana ia dapat membantu dalam proses pencernaan dan mengurangkan sembelit dan ciri birit. 

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Selain itu, ia juga membantu dalam pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan juga mengekalkan keseimbangan mikroflora usus serta dapat membantu meningkatkan imuniti.

Buat masa ni sembelit zaza belum datang lagi.

2. GKB Probizymes : Untuk Mengurangkan Gastritis

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Apa tu Gastritis?  Gastritis adalah keradangan perut. Tandanya seperti rasa nyeri ulu hati,mual,muntah dan rasa nyeri di perut.

Untuk GKB Probizymes ni, sebenarnya zaza belum makan lagi sebab zaza tak ada masalah gastritis. So mungkin nanti zaza akan share dengan rakan-rakan yang ada masalah tersebut dan teringin nak cuba.

Didatangkan dalam bungkusan kotak berwarna ungu dan dalam bentuk sachet. Setiap kotak mengandungi 30 sachet cukup untuk sebulan dan setiap sachet mengandungi 4.5 bilion jumlah bakteria probiotik hidup.

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus


Diformulasi daripada probiotik,prebiotik,enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak. Baik untuk mengatasi masalah kembung perut yang berpanjangan, sakit perut akibat gastrik dan mengurangkan simptom refluks asid gastrik dengan berkesan.

3. GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Untuk korang yang ada masalah kulit kering dan sensitif boleh ambil GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus ni.

Ia juga datang dalam kotak dan dalam bentuk sachet. Rasanya pun manis-manis macam gula-gula. Isinya juga berbentuk biji halus silinder. Memang sedap.

GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus juga mengandungi probiotik Lactobacillus rhamnosus yang dapat mencegah gastrousus ( radang usus ) seperti usus bocor atau dysbiosis ( ketidakseimbangan mikroorganisma dalam badan )

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, perlu amalkan secara konsisten. Pendapat zaza, sekurang-kurangnya perlu ambil dalam tempoh 1 hingga 3 bulan untuk menampakkan hasil. Bagaimana pun ia bergantung juga pada individu.

Produk ini juga membantu mencegah jangkitan alat kelamin wanita,meningkatkan imuniti dan melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob.

4. GKB G-Pro Gold : Untuk Mengurangkan Sembelit

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Produk ni pun sesuai untuk zaza sebab ia dapat membantu mengurangkan sembelit. Siapa yang memang ada sembelit tahu lah betapa seksanya untuk membuang air besar. Teringat dulu peristiwa masa zaza di salah sebuah universiti, tahun bila zaza dah lupa. Kebetulan sakit perut dan sembelit. Hampir 3 jam zaza dalam tandas kerana sembelit yang sangat-sangat teruk. Sejak kes ni lah zaza cuba beberapa produk untuk kurangkan sembelit.

Dalam GKB G-Pro Gold ini terdapat 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik. Datang dalam bentuk kapsul.

Setiap kapsul pula mempunyai 80 bilion jumlah bakteria probiotik hidup yang mana ia boleh membantu meningkatkan flora usus.

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Produk ni memang khas untuk membaiki usus. Untuk yang ada masalah iritasi usus,cirit birit yang teruk juga boleh mengambil produk ini.

Untuk produk ini, zaza belum cuba lagi sebab zaza nak habiskan makan GKB Probio+ dulu.


5. GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 : Untuk Mengawal Minyak dan Mengurangkan Kalori

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Panjang nak sebut nama produk ni hehe..btw, GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 ini dicipta khas untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan atau mengurangkan berat badan.

Selain itu fungsi-fungsi lain adalah membantu mengurangkan penyerapan kalori, meningkatkan tenaga, membantu sistem penghadaman, meningkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan kesan kerosakan kulit yang berpunca dari sinaran UV

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 ini juga kalau dimakan berterusan dapat membantu masalah sembelit, masalah kulit kering, mengurangkan kedutan kulit, menganjalkan kulit dan meningkatkan kesihatan.

Pengalaman Selepas Cuba Produk GKB

Zaza ambil GKB Probio+ untuk sembelit..buat masa ni memang sembelit tak ada datang lagi. Pembuangan pun lancar dan mudah. So memang rasa lega sangat. Kalau tak dulu memang seksa juga kalau sembelit tu datang kan.

Untuk GKB Probizymes, ia sesuai untuk diambil oleh mereka yang ada Gastritis iaitu keradangan perut. Seperti yang zaza dah beritahu di awal tadi, zaza belum makan sebab zaza memang tak ada masalah keradangan perut. Nak bagi mak abah cuba pun tak boleh sebab mereka consume ubat doktor setiap hari. Jadi nya untuk GKB Probizymes ni, zaza belum dapat kongsikan feedback buat masa ini. Tapi sekiranya korang ada masalah tersebut boleh pertimbangkan untuk cuba. Apa pun perlulah mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu.

Untuk GKB Lactobacillus Rhamnosus, zaza ambil waktu sebelum tidur. Kena rajin konsisten makan setiap hari untuk dapatkan kesannya dan sekurangnya dalam tempoh 2-3 bulan. Buat masa ni kesannya belum ada lagi. Mungkin ambil masa sikit untuk kulit zaza kerana setiap badan dan kulit orang tak sama. Ada orang seminggu dua dah dapat kesan. Ada orang sebulan lebih.. Apa pun GKB Lactobacillus Rhamnosus ni memang sedap sangat tau. Nanti habis sekotak boleh lah beli lagi.

GKB G-Pro Gold pula, ia juga untuk masalah sembelit. Memandangkan zaza tengah makan GKB Probio+, jadi zaza just consume selang seli dalam masa dua tiga hari baru makan GKB G-Pro Gold ni. Sebab tak nak lah makan dua-dua sekaligus setiap hari. Buat masa ni, sembelit zaza memang tak terjadi. Syukur sangat.

GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 sesuai untuk turunkan berat badan. Badan zaza pun sekarang memang tengah naik dan buncit. malu rasanya. zaza masih lagi dalam tempoh untuk makan. Jadi, zaza nak tengok dalam sebulan lebih lagi macam mana. Nak kena beli penimbang berat dulu untuk cek berjaya atau tidak berat turun.

Adakah Produk-Produk GKB Mempunyai Kelulusan dan Halal? 

So, zaza dah share info tentang produk-produk GKB ni..tapi mungkin ada yang was-was adakah produk ini ada kelulusan atau tidak?

Untuk maklumat, GKB sudah pun diperakui dengan SIJIL PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF GMP, TQF, HALAL, SIJIL KAWALAN KUALITI TAHAP 2 TFDA, Pensijilan Standart pembuatan cemerlang GMP MALAYSIA, FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025.

Setiap penghasilan produk juga mempunyai jaminan keselamatan, kualiti dan standard piawaian pembuatan produk pada tahap tertinggi.

So, korang tak perlu was-was lagi. 

Bagaimana pun, bagi yang ingin mencuba, zaza sarankan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu.


Bagaimana Untuk Membeli Produk GKB?

Pada anda yang berminat, boleh dapatkan produk GKB di semua cawanga Farmasi besar di Malaysia. 

GKB Official Selling Platform 

Semua farmasi besar termasuk :

Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy
Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak
Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy
Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy
East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan
Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy
Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy
Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy

Untuk senarai terbaru farmasi, boleh layari : 

Laman Web: www.mygkb.com

Platform Media Sosial GB:

Facebook: www.facebook.com/mygkb

Instagram: www.instagram.com/mygkb

TikTok: www.tiktok.com/@gkbmsia

RED ID: 1318211221 (GKB 集康宝)

YouTube: Official GKB - YouTube

#gkbinternational #gkbsoftlaunch2023 #gbprobiotics #gkbspacesuit










Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Selasa, Mac 21, 2023


Apakah yang dihasilkan Gaxodus selama 30 hari penggunaan?

Apakah yang dihasilkan Gaxodus selama 30 hari penggunaan?

Salam sejahtera para pembaca sekalian, kita bertemu lagi untuk membincangkan isu kesihatan yang merupakan kunci terpenting yang mesti dikekalkan.

Di sini, kita akan membincangkan salah satu suplemen kesihatan yang terkenal untuk tubuh, terutama untuk perut dan usus.

Tahukah pembaca bahawa imuniti badan kita sebenarnya boleh dipengaruhi oleh kesihatan usus kita tau (1).

Diketahui, mengikut kajian yang dijalankan, 70% kesihatan usus yang menurun juga akan menjejaskan sistem imun badan kita terhadap pelbagai penyakit.

Oleh itu, untuk melindungi tubuh daripada serangan bakteria, virus dan bahan berbahaya, kita boleh mulakan dari langkah pertama.

Langkah awal yang diketahui boleh dalam bentuk mengekalkan pengambilan makanan yang akan diambil setiap hari.

Mengekalkan diet, makan makanan yang sihat, minum banyak air juga boleh membantu mengekalkan tubuh yang sihat.

Selain itu, anda juga boleh mulakan dengan rajin bersenam, tidur yang cukup dan juga boleh mengambil pelbagai supplement mengikut keperluan badan (2).

Apakah Gaxodus dan apakah kegunaannya?

Jadi para pembaca, adakah di antara anda yang sering sakit perut tetapi walaupun anda makan makanan yang betul dan sihat?

Pembaca perlu tahu bahawa ini boleh menjadi petanda bahawa mungkin badan mengalami beberapa masalah.

Kemungkinan apa yang berlaku boleh jadi seperti badan tidak menyerap nutrien secara optimum atau boleh juga disebabkan oleh kekurangan zat makanan (3).

Mengapa badan tidak dapat menyerap nutrien? Adakah ini normal dan boleh dirawat?

Kini, beberapa perkara yang diketahui daripada penyelidikan yang dijalankan ialah ini tidak berbahaya.

Badan tidak menyerap nutrien daripada makanan secara optimum disebabkan oleh nutrien yang bersaing, makan terlalu cepat dan keadaan kesihatan umum yang lain.

Apakah yang dihasilkan Gaxodus selama 30 hari penggunaan?

Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk menyusun makanan yang hendak dimakan dan makan perlahan-lahan yang juga berfungsi untuk mengelakkan tercekik.

Tetapi mungkin sesetengah pembaca sudah biasa makan dengan cepat dan kadang-kadang terlupa atau malas untuk mengubah tabiat itu.


Jadi, tenang pembaca, Gaxodus iaitu supplement yang terkenal khusus untuk masalah sembelit juga berguna untuk usus.

Suplemen ini boleh membantu badan dengan bekerja lebih berkesan untuk menyerap nutrien yang baik yang tidak dapat diserap oleh badan (4).

Jika anda masih takut kerana tidak biasa dengan produk ini, kami boleh mengesahkan bahawa suplemen ini benar-benar sangat selamat.

Ini kerana syarikat yang mengeluarkan Gaxodus mempunyai pasukan pakar profesional yang cuba memastikan penyelidikan telah diuji untuk memastikan potensinya.

Produk ini juga diketahui telah mendapat kelulusan FDA tempatan Malaysia iaitu KKM & MESI.

Selain kesihatan usus, Gaxodus juga merupakan suplemen yang direka untuk membantu kesihatan badan yang lain.

Beberapa faedah lain yang boleh diberikan oleh Gaxodus termasuk menurunkan kolesterol, melegakan sakit gastrik, melegakan sembelit, mengurangkan cirit-birit dan membantu penurunan berat badan.

Bukan itu sahaja, Gaxodus juga didakwa sebagai suplemen yang berkualiti tinggi kerana bahan yang terkandung menggunakan bahan import premium.

Gaxodus boleh dimakan setiap hari kerana bahan-bahannya 100% daripada bahan herba dan di bawah ini saya akan kongsikan kesemua bahan-bahan yang terdapat dalam Gaxodus.

Sejumlah bahan yang terdapat dalam Gaxodus

1.Curcumin

Curcumin adalah sebatian semula jadi yang terdapat dalam kunyit, rempah yang biasa digunakan dalam masakan India.

Apakah yang dihasilkan Gaxodus selama 30 hari penggunaan?


Curcumin telah dikaji dan dikaji untuk potensi manfaat kesihatannya termasuk kesannya terhadap kesihatan usus (5).

Selain memberikan warna kuning khas pada kunyit, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa curcumin mungkin mempunyai ciri anti-radang dan antioksidan yang boleh membantu menggalakkan kesihatan usus.

Sesetengah kajian juga menyatakan bahawa curcumin boleh mengurangkan keradangan dalam usus dan boleh membantu memperbaiki gejala penyakit radang usus (IBD) seperti penyakit Crohn dan kolitis ulseratif.

Curcumin boleh membantu meningkatkan motilitas usus, iaitu keupayaan sistem pencernaan untuk memindahkan makanan melalui usus.

Ini boleh membantu melegakan gejala sembelit dan gangguan pencernaan yang lain.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa bioavailabiliti curcumin adalah agak rendah yang bermaksud ia tidak mudah diserap oleh badan.

Untuk meningkatkan penyerapannya, suplemen curcumin sering dirumus dengan sebatian lain.

Oleh itu, tidak hairanlah kunyit merupakan bahan semulajadi yang berpotensi untuk membantu mengatasi atau mencegah beberapa penyakit (6).

Contohnya osteoarthritis, diabetes, penyakit jantung, tekanan darah tinggi atau hipertensi, gangguan hati, dan kanser.




2. Lactobacillus acidophilus

Lactobacillus acidophilus ialah sejenis bakteria probiotik yang biasanya ditemui hidup dalam usus atau saluran penghadaman manusia.

Ia adalah salah satu daripada banyak bakteria berfaedah yang boleh membantu menyihatkan badan.

Apakah yang dihasilkan Gaxodus selama 30 hari penggunaan?


Selain itu, bakteria ini juga boleh membantu mengimbangi mikrobiom usus iaitu seperti himpunan mikroorganisma yang hidup dalam saluran penghadaman (7).

Penyelidikan menunjukkan bahawa Lactobacillus acidophilus mungkin mempunyai beberapa manfaat kesihatan apabila diambil dalam jumlah yang mencukupi.

Seperti boleh meningkatkan penghadaman, meningkatkan sistem imun dan membantu mengurangkan keradangan.

Selain itu, ia juga boleh membantu mencegah atau merawat keadaan tertentu seperti cirit-birit, sindrom usus besar (IBS), dan juga jangkitan faraj.

Kebanyakan lactobacillus acidophilus boleh didapati dalam beberapa makanan yang ditapai seperti yogurt dan kefir (8).

Ia juga boleh didapati dalam bentuk suplemen seperti kapsul, tablet, serbuk, dan juga cecair.

3. Mixed berries

Dari segi membantu meningkatkan kesihatan usus, mengekalkan diet dan menguruskan makanan ke dalam program diet adalah kunci (9).

Salah satu makanan diet yang sangat bermanfaat dan diketahui baik untuk usus ialah beri campuran.

Beri seperti beri biru, strawberi, elderberi dan beri hitam padat dengan nutrien dan antioksidan yang boleh menggalakkan kesihatan pencernaan.

Apakah yang dihasilkan Gaxodus selama 30 hari penggunaan?

Salah satu nutrien yang paling penting dalam buah beri ialah serat dan serat diketahui penting untuk mengekalkan penghadaman dan menggalakkan pertumbuhan bakteria usus yang bermanfaat.

Apabila serat dipecahkan oleh bakteria usus, ia menghasilkan asid lemak rantaian pendek (SCFA), yang dikaitkan dengan pengurangan pelbagai risiko penyakit.

Selain daripada serat, buah beri juga kaya dengan antioksidan seperti anthocyanin yang mempunyai sifat anti-radang dan boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser, penyakit radang usus, kanser kolon dan diabetes.

Sesetengah penyelidikan mencadangkan bahawa antosianin juga boleh membantu meningkatkan fungsi penghalang usus dan mengurangkan keradangan usus yang boleh membawa kepada pelbagai gangguan pencernaan (10).

Beri juga rendah kalori dan tinggi vitamin dan mineral yang menjadikannya tambahan yang sihat dan lazat untuk sebarang diet.

Pastikan anda memilih buah beri organik dan elakkan buah yang ditinkan atau dibungkus dengan gula tambahan kerana ini boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan usus.

Selain daripada bahan-bahan yang dinyatakan di atas, terdapat juga beberapa bahan lain yang baik untuk badan.

Seperti aloe-vera, pektin epal, biji cassia, prun, multivitamin, cordyceps, guar gum dan lain-lain lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut apakah kebaikan bahan-bahan dalam Gaxodus yang boleh diberikan kepada badan, anda boleh terus ke laman web rasmi mereka.




Apakah keputusan 30 hari selepas mengambil Gaxodus?

Seperti yang kita tahu, Gaxodus mempunyai tujuan dan fungsi utama untuk membantu meningkatkan kesihatan usus.

Kini, daripada beberapa testimoni ramai yang mengatakan selepas mengamalkan Gaxodus, anda dijamin boleh buang air besar setiap hari.

Bagi orang yang mempunyai penghadaman yang baik dan lancar, jangan risau, Gaxodus masih boleh dimakan kerana ia dapat membantu mengekalkan dan meningkatkan sistem imun badan.

Selain itu, testimoni pada hari kelima menyatakan pedih ulu hati yang dirasai akibat asid perut mula beransur-ansur reda malah sembuh.

Apakah yang dihasilkan Gaxodus selama 30 hari penggunaan?

Supplemen ini juga boleh menjadi sangat baik untuk anda yang suka makan makanan pedas tetapi takut kerana kesan pedas yang mungkin menjejaskan perut.

Kerana ada juga yang mengatakan selepas beberapa hari mengamalkan Gaxodus, perut terasa lebih selesa dan kurang sakit apabila makan makanan pedas.

Tetapi ia juga harus diperhatikan bahawa Gaxodus juga boleh membuat seseorang berasa tidak selesa. kenapa ?

Ini disebabkan sifat detoks yang disediakan oleh suplemen ini, jadi badan sering memberi isyarat untuk kerap membuang air besar.

Kesimpulan

Gaxodus sudah pun menjadi makanan tambahan yang terkenal dan juga pilihan nombor satu untuk orang ramai membantu meningkatkan kesihatan usus.

Selain itu, Gaxodus juga diketahui bebas daripada kebanyakan makanan yang boleh menyebabkan alahan.

Sekarang, kerana badan setiap orang berbeza, maka orang yang lebih sensitif terhadap alahan dinasihatkan untuk memberi lebih perhatian kepada kandungan bahan yang ada dalam suplemen.

Secara keseluruhan, ini adalah produk yang sangat baik, mempunyai kelayakan yang tinggi dan reputasi yang baik untuk produk tersebut.






Apakah yang dihasilkan Gaxodus selama 30 hari penggunaan?

Isnin, Mac 20, 2023


Hello!

I'm zaza iman, blogging since 2012. like photography, sometime i read book, sometime i like travel..masih menulis blog cuma kadangkala jiwa menulis itu telah menjauh ~ jan 2024 ~ for any collaboration can emel me here : zazaiman17@yahoo.com , thanks.

view this blog!