Memaparkan catatan dengan label HEALTHY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HEALTHY. Papar semua catatan

Garci Pro gel Kurangkan Rasa Kebas, Sakit Lutut dan Legakan Sakit Sendi

Garci Pro gel Kurangkan Rasa Kebas, Sakit Lutut dan Legakan Sakit Sendi



Garci Pro gel Kurangkan Rasa Kebas, Sakit Lutut dan Legakan Sakit Sendi. Assalamualaikum, sebenarnya kan, akhir-akhir ini zaza kerap mengalami masalah kaki kebas. Benda ni dah terjadi beberapa bulan. Bila zaza duduk bersila, atau duduk atas kerusi, atau ketika bangun dari katil, kaki zaza jadi kebas. Itu menyebabkan zaza macam tak boleh nak bergerak sehinggalah rasa kebas tu hilang. Bila keadaan ini terjadi, zaza tak buat apa pun. Just biarkan ia menghilang sendiri.

Pernah juga zaza buat carian dekat google kenapa kaki kerap kebas. Risau juga sebabnya kaki kebas yang kerap boleh jadi petanda kencing manis. Takut juga kan tapi dalam sejarah keluarga zaza, tak ada pun yang mengalami sakit kencing manis.

Apa yang zaza tahu kebas ni adalah salah satu daripada kompilasi yang membabitkan saraf ( urat saraf rosak ) dan ia juga termasuk dalam kumpulan besar kompilasi neuropati diabetes.

Bila usia mencecah tiga series ni, macam-macam lah sakit yang mula muncul. Macam kebas ni pun zaza sendiri tak pasti punca bermula dari mana. Mungkin faktor pemakanan? Sebab zaza kerap sangat ambil makanan dan minuman bergula. Boleh kata setiap hari.

Sebab tu sekarang ni zaza pun tengah usaha nak kawal pemakanan. Tapi kadang tu terbabas juga makan macam-macam benda yang manis.

Disebabkan masalah yang zaza hadapi sekarang ni jugalah, zaza ada cuba pakai Garci Pro Gel.

Garci Pro gel Kurangkan Rasa kebas, Sakit Lutut dan Legakan Sakit Sendi

GARCI PRO GEL KURANGKAN RASA KEBAS , SAKIT LUTUT DAN LEGAKAN SAKIT SENDI

Sebelum zaza nak try produk ni, zaza ada buat carian dulu. Bila zaza tengok Garci Pro Gel ni baik untuk mengatasi kebas, itu yang zaza pun terus nak cuba.

Garci Pro gel Kurangkan Rasa kebas, Sakit Lutut dan Legakan Sakit Sendi

So, zaza nak share lah pengalaman zaza pakai Garci Pro Gel ni. Pada zaza Garci Pro Gel ni sejenis Massage Gel yang agak berbeza dari yang lain. Bila zaza sapu dekat kaki yang kebas, rasa macam ada satu kelegaan. Rasa sejuk dan kulit tapak kaki rasa segar.

Masa tengah terjadi kebas tu, zaza cepat-cepat sapu dekat seluruh tapak kaki sambil tu zaza urut-urut perlahan sehingga terasa kebas tu mula berkurang dan lama-lama menghilang.

Pada zaza betullah yang Garci Pro Gel ni boleh membantu mengurang dan menghilangkan kebas.

MANFAAT GARCI PRO GEL

Zaza amat sukakan baunya. Bau yang fresh dari herba-herba semulajadi. Bau yang menenangkan. Selain dari baik untuk bantu redakan masalah kebas, Garci Pro Gel ni pun dapat membantu mengatasi beberapa masalah lain antaranya :

  • Melegakan sakit urat dan sakit lutut
  • Melegakan kekejangan otot dan masalah sakit sendi
  • Melancarkan pengaliran darah dan merawat saluran badan tersumbat
  • Membantu mengelakkan risiko strok dan serangan jantung mengejut
  • Melegakan selsema dan pening kepala
  • Melegakan sakit perut dan sengugut
  • Membuang angin dalam badan

Zaza sapu hanya bila kebas tu muncul. Cuma sekali sekala, kalau kebas tak datang pun, zaza suka je sapu sikit-sikit kat kaki bagi darah lancar. Lagi best sapu sebelum tidur. Lega je rasa.

Garci Pro gel Kurangkan Rasa kebas, Sakit Lutut dan Legakan Sakit Sendi
Tekstur Garci Pro Gel

Tekstur gel ini berwarna putih, ringan dan lembut je. Bila dah sapu tu, akan rasa sejuk-sejuk je dan berangin. Paling best ia tak melekit pun. Tidak panas dan menyerap ke dalam kulit dengan pantas.

Garci Pro gel Kurangkan Rasa kebas, Sakit Lutut dan Legakan Sakit Sendi
Selepas di sapu seketika

Garci Pro gel Kurangkan Rasa kebas, Sakit Lutut dan Legakan Sakit Sendi

Garci Pro Gel ni mengandungi 100% bahan semulajadi yang selamat digunakan. Ia dikeluarkan oleh syarikat MISG GLOBAL dan telah mendapat kelulusan KKM.

Garci Pro Gel ini merupakan produk yang berasaskan minyak kayu putih atau lebih dikenali sebagai Eucalyptus Oil yang mampu membantu melancarkan peredaran darah di saluran darah dan saraf. Ia amat mudah meresap ke dalam kulit kerana telah dihasilkan menggunakan teknologi nano.

Selain dari minyak kayu putih, bahan lain yang terdapat dalam Garci Pro Gel ini antaranya Argan Oil, Peppermint ( Daun Pudina ), Aloe Vera, Epal Hijau dan Menthol Crystals.

Garci Pro gel Kurangkan Rasa kebas, Sakit Lutut dan Legakan Sakit Sendi

CARA PENGGUNAAN GARCI PRO GEL

Cara penggunaan gel ini senang je. Just picit je sedikit gel dan sapu kat mana-mana bahagian yang rasa kebas, lenguh dan sambil tu urut secara perlahan-lahan.

Gel ini sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita yang mempunyai masalah seperti yang zaza beritahu di atas tadi. Pada yang aktif bersukan pun boleh menggunakannya.

TIPS PENGGUNAAN GARCI PRO GEL

Sedikit tips zaza nak share bila menggunakan Garci Pro Gel ni. Boleh amalkan iaitu

1. Untuk yang sakit kebas kurang dari 6 bulan – dinasihatkan guna 3 kali sehari iaitu waktu pagi, petang dan malam sebelum tidut

2. Untuk sakit kebas lebih dari setahun dan strok – dinasihatkan supaya sapu gel ini 4 jam sekali.


Garci Pro gel Kurangkan Rasa kebas, Sakit Lutut dan Legakan Sakit Sendi

So pada mana-mana rakan dan pembaca yang berminat nak cuba Garci Pro Gel ni bolehlah membuat pembelian terus melalui :

Website : https://garciprohq.com/
Instagram : https://m.facebook.com/gelsarafHq
Facebook : https://instagram.com/garcipromalaysia

Sekarang ni ada promosi yang ditawarkan. Beli 2 percuma 1 dan kos penghantaran adalah Percuma. Maklumat lanjut layari laman sesawang di atas.

CONTINUE READING
Zaza Iman
6 Comments

Ecolite Boostick Beri Tenaga Untuk Badan, Cantikkan Kulit dan Legakan Keletihan Mata

Ecolite Boostick Beri Tenaga Untuk Badan, Cantikkan Kulit dan Legakan Keletihan Mata


Ecolite Boostick Beri Tenaga Untuk Badan, Cantikkan Kulit dan Legakan Keletihan Mata. Akhir-akhir ni zaza kerap lesu dan cepat penat. Semuanya atas sebab bila zaza hadap buat kerja di waktu malam sampai 3-4 pagi..sudahnya bila masuk je pukul 10 pagi ke siang hari, mulalah lesu dan mengantuk gila.

Disebabkan benda ni berlarutan beberapa minggu, sekarang zaza dah cuba ubah tabiat tu. Alhamdulillah, bila siang je dah tak mengantuk sangat. Selain dari ubah tabiat tu, zaza ada juga cuba amalkan suplemen tambahan supaya badan zaza lebih cergas.

Suplemen yang zaza cuba adalah Ecolite Boostick Concentrated. Ecolite Boostick ni boleh membantu untuk memberikan tenaga pada badan yang keletihan, baik untuk mencantikkan kulit dan membantu melegakan keletihan mata. So sebab itulah zaza nak cuba sebab nak tengok keberkesanannya nanti.

Zaza baru je cuba beberapa hari. Walaupun baru cuba, zaza nak kongsilah dengan pembaca kebaikkan Ecolite Boostick ni. Lagi pun jenama Ecolite ni memang dipercayai sejak sekian lama.

Ecolite Boostick Beri Tenaga Untuk Badan, Cantikkan Kulit dan Legakan Keletihan Mata

Ecolite Boostick ni mempunyai 3 jenis rasa iaitu:

1. Ecolite Boostick Concentrated Bird’s Nest and Pear ( baik untuk kecantikan kulit )
2. Ecolite Boostick Concentrated Red dates and Date Palm ( baik untuk kecantikan kulit )
3. Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry and white chrysanthemum ( baik untuk kesihatan mata )

1. Ecolite Boostick Concentrated Bird’s Nest and Pear

Ecolite Boostick Beri Tenaga Untuk Badan, Cantikkan Kulit dan Legakan Keletihan Mata
Ecolite Boostick Concentrated Bird’s Nest and Pear 

Dihasilkan dari pati pekat buah pear dan sarang burung. Selain itu ia turut mengandungi beberapa bahan lain seperti  Lily Bulb, Tuckahoe, Monk Fruit, Kudzu Root, Ophiopogon Tuber, Linden Honey, Galacto-oligosaccharide Syrup.

Ecolite Boostick Beri Tenaga Untuk Badan, Cantikkan Kulit dan Legakan Keletihan Mata

Ecolite Boostick Concentrated Bird’s Nest and Pear ni baik untuk kecantikan kulit. Terdapat kandungan air, serat dan nutiren yang tinggi pada buah pear. Digabungkan pula dengan asid sialic sarang burung yang dapat membantu memperbaharui sel kulit sekaligus memberikan khasiat tambahan.

Ecolite Boostick Beri Tenaga Untuk Badan, Cantikkan Kulit dan Legakan Keletihan Mata

Selain itu, ia juga dapat mencegah sembelit dan sistem pencernaan. Elok sangat lah untuk zaza makan sebab zaza memang ada masalah sembelit. Bila datang je masalah tu, boleh 1-2 jam jugalah duduk dalam tandas. Teringat pengalaman zaza dulu selama 3 jam dalam tandas awam gara-gara sembelit yang teruk. 

Rasanya memang sedap sangat. Pada yang gemar tidur lewat malam, sesuai lah untuk ambil Ecolite jenis ini.

2. Ecolite Boostick Concentrated Red Dates and Date Palm

Ecolite Boostick Beri Tenaga Untuk Badan, Cantikkan Kulit dan Legakan Keletihan Mata
Ecolite Boostick Concentrated Red Dates and Date Palm

Umum mengetahui yang buah kurma mempunyai banyak khasiatnya. Ia sering digunakan dalam produk kecantikan dan kesihatan. Dengan campuran buah kurma dan kurma merah yang kaya dengan kandungan zat besi dan Vitamin A, Vitamin C, iron, Cellulose,  dan riboflavin, ia dapat membantu mereka yang mempunyai masalah kurang darah, meningkatkan fungsi hematopoietik, mencantikkan kulit, menyuburkan rambut dan melegakan sembelit.

Ecolite Boostick Beri Tenaga Untuk Badan, Cantikkan Kulit dan Legakan Keletihan Mata

Bahan lain yang terdapat dalam Ecolite Boostick Red Dates and Date Palm ini seperti Brown Sugar, Linden Honey, Galacto-oligosaccharide Syrup (GOS).

Ecolite Boostick Beri Tenaga Untuk Badan, Cantikkan Kulit dan Legakan Keletihan Mata

3. Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry and white chrysanthemum

Ecolite Boostick Beri Tenaga Untuk Badan, Cantikkan Kulit dan Legakan Keletihan Mata
Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry and white chrysanthemum

Kebiasaannya zaza selalu buat dan menyiapkan kerja-kerja design pada waktu malam. Jadinya bila menghadap pc terlalu lama, mata memang boleh jadi kering dan cepat je rasa letih. Oleh itu, untuk mengurangkan dan mengatasi masalah tu, zaza cuba ambil Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry and white chrysanthemum pula.


Wolfberry merupakan buah goji yang sememangnya diketahui banyak digunakan dalam produk kesihatan.  

Selain Wolfberry, bahan lain yang terdapat dalam perisa ini adalah White Chrysantemum ( bunga kekwa ) dan buah Delima. Ia mengandungi banyak nutrien yang bermanfaat dan baik dalam membantu melegakan keletihan mata, mencegah katarak, masalah rabun, melindungi dari cahaya biru, dan bertindak sebagai anti-pengoksidaan.

Info lain mengenai Ecolite Boostick

Ecolite Boostick dihasilkan mengunaakan bahan semulajadi yang berkualiti tinggi dengan menggunakan teknologi terkini. Setiap produk dipilih dari bahan semulajadi kelas pertama yang memenuhi spesifikasi makanan dan menggunakan pengeluaran aseptik dan teknologi pengenap aseptik.

Proses pengeluaran berlangsung lebih dari 24 jam, merangkumi pengekstrakan, penumpuan, penyediaan pes (pes penapisan madu) hingga pengumpulan pes. Setiap langkah diperiksa dengan teliti untuk memastikan kebersihan dan kualiti nya terjamin.

Halal dan Selamat

Produk Ecolite Boostick ini semestinya HALAL ( disahkan oleh JAKIM ) dan SELAMAT untuk dimakan. Ia juga telah lulus ujian standard makanan HACCP yang ketat.

Cara Pengambilan

Ambil 2 sachet sehari. Macam zaza nak jimat ambil satu sachet je sehari. Hanya koyak dan makan terus atau boleh juga campurkan dengan air suam. 

Untuk menyimpan pula, seeloknnya disimpan di tempat yang sejuk dan kering. Setiap sachet didatangkan dengan saiz 12g.

Harga dan cara Pembelian

Harga bagi sekotak Ecolite Boostick ini cuma RM38.80 ( ada 10 sachet ). So, kalau korang teringin nak cuba produk ni bolehlah beli dekat farmasi berdekatan seperti Guardian, Big Pharmacy dan Health Lane Family Pharmacy.

Atau pembelian online di Shopee Ecolite Malaysia . Untuk info lanjut boleh layari :










CONTINUE READING
Zaza Iman
11 Comments

Magicopper Mask & KKNEKKI Berkualiti Tinggi Dari Korea

Magicopper Mask & KKNEKKI Berkualiti Tinggi Dari Korea



Magicopper Mask & KKNEKKI Berkualiti Tinggi Dari Korea


Hi, 

Sekarang ini kita skali lagi sedang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) di seluruh Malaysia. Diharap semuanya baik-baik sahaja dan ikuti setiap SOP yang telah digariskan. Jangan lupa setiap kali hendak keluar, pakai pelitup muka dan sentiasa membersihkan tangan.

Pemilihan pelitup muka/mask yang berkualiti pun penting juga. Jadi kali ini zaza nak kenalkan mask yang zaza pakai ini adalah MAGICOPPER MASK & KKNEKKI dari brand MAGICOPPER.MY.

Mask Magicopper ini diperbuat dari Korea dan menggunakan material yang berkualiti tinggi dan lembut.

Dalam kotak Magicopper Mask ini didatangkan dengan 2 mask, 1 Pouch Beg untuk simpan mask dan 1 Strap.

Mask, Pouch dan Strap antimikrobial yang boleh dicuci.

Keistimewaan Magicopper Mask

1. Ia boleh melindungi dari pelbagai bakteria dan bahan berbahaya dengan menggunakan 99.9% bahan tembaga antimikrobial

2. Ia direka khas secara ergonomik dan eco-friendly.

Ciri - Ciri Copper Mask

Copper Metal Fabrik telah dikenali kerana daya aktof antimikrobial terhadap Staphylococus aureus dan E.Coli ( lebih 99.9%)

Ia telah disahkan selamat untuk digunakan melalui ujian Restricted Hazardous Substance ( RoHS ) ke tubuh manusia ( SGS Report )

Ciri - Ciri Mask Inner Fabrik

1. Antimicrobial/deodorization - Mengekalkan kesan Antimikrobial selepas pencucian berterusan dan pencegahan bau
2. Perlindungan UV - Melindungi kulit dari sinar UV
3. Pengeringan Pantas - Keupayaan mengeringkan dengan cepat untuk mengekalkan keselesaan
4. Kesan Penyejukan - Keupayaan penyejukan setelah sekian lama penggunaan

Peringatan

1. Sekiranya terdapat bahan asing pada copper film, bersihkan dengan tisu basah
2. Polyster Fabrik boleh dicuci dengan tangan menggunakan air dibawah 30 darjah celcius.
3. Sekiranya anda mengalami masalah kulit dan sukar bernafas, hentikan penggunaannya dengan segera
4. Sekiranya terdapat masalah dengan produk, sila hubungi tempat pembelian atau pengilang.

Selain dari kualitinya, Magicopper Mask ini juga menarik kerana warnanya macam gold dan nampak classy. Sesuai sangat nak match dengan pakaian. Sambil pakai mask, boleh cantik-cantik juga kan..

Magicopper Mask & KKNEKKI Berkualiti Tinggi Dari Korea

Jika anda berminat nak dapatkan Magicopper Mask ni boleh membuat pembelian terus di whatsapp https://cutt.ly/UjIqGOe  atau check out dekat instagram @magicopper.my. Guna Promo Code: ZZ7703 semasa membuat pembelian.












CONTINUE READING
Zaza Iman
2 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)