Zaza Iman : GADGET
Memaparkan catatan dengan label GADGET. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GADGET. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 05, 2018

Servis Repair Smartphone dan Iphone di Brofixit.com Kota Damansara
Ahad, Ogos 05, 2018 21 Comments

Servis Repair Smartphone Di Brofixit.com Kota Damansara. Phone bila lama pakai kadang-kadang tu ada je part-part yang mula nak rosak. Kalau terjatuh pula, screen phone pun ada yang mudah retak. Macam phone Huawei zaza baru beli ni..hari tu terjatuh sekali, terus ada sikit retak sikit tapi nasib baiklah retak pada screen protector je..

Kalau nak beli yang baru pun macam sayang jugak duit..ye la kalau nak beli yang baru mesti lah nak phone yang berkualiti dan kamera yang cantik, sudah tentulah harga untuk kamera yang cantik dalam lingkungan RM800 ke atas.

Jadi nak jimat lebih baik repair je..tapi kalau phone tu memang langsung dah tak boleh nak repair memang kena beli barulah jawabnya.

Jadi zaza nak share lah kat you all kedai BROFIXIT.COM ni..satu kedai yang menawarkan sevis specialis untuk membaiki kerosakan pada apa jua jenis phone termasuk iPhone dan iPad. Kalau ada masalah bateri ke, screen retak ke atau part-part lain pada phone, Brofixit boleh menyelesaikannya.

Servis Repair Smartphone dan Iphone di Brofixit.com Kota Damansara

Di Brofixit.com, mereka hanya menggunakan alat ganti berkualiti tinggi ( ORI level ) untuk keselamatan you all.. jadi tak perlu nak risau. Mereka juga terdiri dari pakar yang berpengalaman dan terlatih dalam membaik pulih kerosakan phone.

Servis-servis yang ditawarkan oleh Brofixit.com ini adalah seperti :

Water Damage
Screen Retak
Masalah bateri
Masalah Home Button
Masalah Volume Button
Motherboard
Speaker dan lain-lain

Paling menarik sekali di Brofixit ni bila mereka ada menawarkan servis " Door to door service ". Servis ni mereka datang sendiri ke tempat you all.. So kalau you all tak dapat nak keluar rumah ke, tak ada kenderaan ke, mereka boleh datang ke rumah untuk membaiki terus kat situ..ataupun mana-mana tempat lain seperti di pejabat, kedai makan, dan taman.

Servis Repair Smartphone dan Iphone di Brofixit.com Kota Damansara

Kebiasaan tempoh masa siap baiki pun dalam 30 minit ( bergantung pada kerosakan )..memang cepat dan pantas kan.

Untuk servis Door to door servis ni you all boleh buat booking secara online. Untuk booking online dibuat melalui website.

Cara Booking Repair Smartphone di Brofixit.com

1. Layari website www.brofixit.com

Servis Repair Smartphone dan Iphone di Brofixit.com Kota Damansara

2. Pilih Operating System yang anda gunakan ( Android atau IOS )

Servis Repair Smartphone dan Iphone di Brofixit.com Kota Damansara

3. Pilih jenama model phone yang digunakan
4. Pilih masalah yang you all alami

Servis Repair Smartphone dan Iphone di Brofixit.com Kota Damansara

4. Terus lakukan tempahan..Mudah je kan..

Selain dari tukar bateri, Brofixit juga akan membuat pemeriksaan dengan rapi setelah mereka menukarkan dengan bateri yang baru. Ia bertujuan untuk kelancaran smartphone atau iPhone pembeli agar kerosakan tidak akan berulang lagi. Mereka membuat ujian ketahanan "fitness test" untuk bateri yang baru.

Mereka juga membuat cek secara percuma bagi masalah phone dan jika ada kerosakan mereka akan repair ikut harga yang telah pun ditetapkan tanpa sebarang cas lain.

Servis Repair Smartphone dan Iphone di Brofixit.com Kota Damansara

Servis Repair Smartphone dan Iphone di Brofixit.com Kota Damansara

Servis Repair Smartphone dan Iphone di Brofixit.com Kota Damansara

Pelanggan Juga Berpuas Hati!

Rata-rata pelanggan Brofixit ni juga happy dengan servis yang dilakukan. Mana tidaknya selain servis yang cepat dan berkualiti, harga untuk repair pun murah dan berbaloi sekali. Malah ada pelanggan bernama Ima pun dah berkali-kali menggunakan servis Brofixit ni..sanggup datang dari Sepang untuk fix kan masalah iPhone nya.

Servis Repair Smartphone dan Iphone di Brofixit.com Kota Damansara

Servis Repair Smartphone dan Iphone di Brofixit.com Kota Damansara

Servis Repair Smartphone dan Iphone di Brofixit.com Kota Damansara

So kepada you all yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor boleh lah datang ke kedai Brofixit.com ni. Maklumat lanjut boleh terus bertanyakan sendiri dengan mereka di :

Alamat : 
BROFIXIT.COM KOTA DAMANSARA, 
33-2 PUSAT PERDAGANGAN THE STRAND,
47810 PETALING JAYA, MALAYSIA
Waktu Operasi : 10.00 pagi sehingga 9.00 malam
Website : www.brofixit.com
Whatsapp : 012 354 9006


Reading Time:

Isnin, Disember 18, 2017

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i
Isnin, Disember 18, 2017 23 Comments
Kualiti Gambar Huawei Nova 2i. Assalamualaikum dan hi all.. memandangkan baru-baru ni Huawei Nova 2i diperkenalkan di Malaysia, so zaza pun tak lepaskan peluang untuk memilikinya juga. Kebetulan telefon zaza yang satu lagi dah rosak.

Amat tertarik dengan review dan harganya yang murah, rezeki kali ni zaza dapat Huawei Nova 2i edisi warna biru.

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i

Sebelum mendapatkan sesebuah telefon, zaza akan pastikan keutamaan pada kamera sebab zaza memang suka mengambil gambar yang jelas dan warna yang terang. Ternyata Huawei Nova 2i antara yang berjaya memikat zaza sesuai dengan harganya yang tidak terlalu mahal.

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i

Huawei Nova 2i didatangkan dengan 4 kamera di mana  ia disokong dengan dwi kamera di hadapan dan dwi kamera di bahagian belakang.

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i

Hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Graphite Black, Prestige Gold dan Aurora Blue. Pilihan zaza pada mulanya Prestige Gold tapi bila di offer dengan warna biru, terus zaza ambil biru. Lagi pun warna biru terhad.

Saiz skrinnya 5.93 inci senang dimasukkan di dalam poket.

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i

Memperkenalkan gabungan kamera hadapan iaitu 12 megapixel dan 2 megapixel serta pelbagai fungsi gambar yang menarik. Manakala kamera belakang pula gabungan 16 Megapixel dan 2 megapixel di mana ia dapat memberikan kesan bokeh pada sesuatu gambar.

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i

Satu lagi yang zaza suka adalah gambarnya yang terang dan warnanya cantik. Berbeza dengan kamera casio zaza yang agak suram sedikit warnanya.

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i

Huawei Nova 2i menggunakan Sistem Operasi Android 7.0 dan EMUI 5.1 serta paparan 2160x1080 pixel. Turut dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 659, Memori 4GB RAM dan juga ruang storan sebanyak 64GB.
Antara gambar-gambar yang diambil
menggunakan Huawei Nova 2i

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i
Kamera belakang dengan kesan bokeh

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i

Bagi kamera belakang zaza amat berpuas hati kerana hasilnya memang cantik. Cuma di waktu malam, jika mode biasa agak kurang sedikit. tetapi korang boleh menggunakan mode Night Shoot kerana kesan dari mode ini agak kelihatan cantik juga.. sebenarnya banyak setting yang zaza masih belum cuba lagi..

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i
Menggunakan Night Mode

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i
Menggunakan mode biasa dengan flash

Bagi kamera hadapan pula..kualiti pun ok cuma ada sedikit noise terutamanya pada kawasan yang low light. Ada sebahagian gambar di dalam bangunan sedikit kurang tapi pandangan zaza okey je..

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i
mode biasa menggunakan kamera hadapan

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i
kesan bokeh kamera hadapan

Bagi siri Huawei Nova, Hannah Delisha telah dilantik sebagai duta dan beliau juga turut menyanyikan lagu tema bagi siri ini.

Huawei Nova 2i kini boleh didapati dengan harga RM1,299 dan pembeli terawal akan menerima cenderahati. Zaza turut menerima beberapa gift dari Huawei.

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i

Kualiti Gambar Huawei Nova 2i

Maklumat lanjut mengenai Huawei Nova 2i boleh melayari http://consumer.huawei.com/my/ dan   Facebook Huawei Malaysia.


Reading Time:

Labels

beauty (49) KECANTIKAN (24) KEHIDUPAN (14) KESIHATAN (32) LAIN-LAIN (75) OTHERS (33) PERCUTIAN (5) PROPERTY (2) RESEPI (10) REVIEW (44) SSPN1M (1) TEKNOLOGI (5) TELEKUNG (1) TIP (33)