Memaparkan catatan dengan label Featured. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Featured. Papar semua catatan

Be The Glamorous Drink Minuman Kecantikan Dengan Teknologi Dari Jepun

Be The Glamorous Drink Minuman Kecantikan Dengan Teknologi Dari Jepun



Be The Glamorous Drink Minuman Kecantikan Dengan Teknologi Dari Jepun. Bagi wanita, menjaga kulit wajah dan penampilan diri amat penting terutamanya yang usia semakin hari semakin meningkat. Seperti zaza juga yang menghampiri usia tiga series..memang amat mementingkan penjagaan luaran dan dalaman.

Wanita mana yang tak mahu cantikkan..bagi zaza, zaza teringin nak dapatkan kulit yang bersih dan bebas dari jerawat.

Bila sebut tentang produk-produk kecantikkan ni..zaza nak share la dengan rakan-rakan zaza semua mengenai produk minuman kesihatan dan kecantikan baru keluaran pertama Nadia's Secret Sdn Bhd iaitu BE THE GLAMOROUS DRINK 


Be The Glamorous Drink Minuman Kecantikan Dengan Teknologi Dari Jepun

Rupanya ia adalah produk dari Nadia Annuar. Mesti ramai juga yang kenal siapa Nadia Annuar ni kan? Kalau dulu wajah Nadia Annuar selalu dalam tv sebagai seorang host tv kat Malaysia. memang tak asing lagi lah..orangnya memang cantik dari dulu sehingga kini.
CONTINUE READING
Zaza Iman
14 Comments

50Gram X Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red

50Gram X Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red



Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red. Hi all..bila masuk kedai kosmetik kan zaza memang suka tengok barangan makeup macam foundation, eyeshadow, blusher, bedak dan juga lipstick. Kadang-kadang tu niat nak beli satu je barangan tapi bila dah masuk macam-macam nak beli..


Kalau lipstik zaza suka beli color nude-nude..zaza jarang guna warna merah terang tapi kali ni zaza rasa dah jatuh hati gila dengan warna lipstick color Juliet Red dari jenama Swanicoco - Show The Velvet Lipstick.


Color Juliet Red ni zaza rasa sesuai dengan zaza..tambah sesuai jika mengenakan shawl berwarna hitam..nampak lebih menyerlah..



50Gram X Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red
Juliet Red Color Lipstick

Swanicoco Lipstick ni limited edition tau..zaza suka sebab tekstur nya yang best sangat bila kali pertama zaza pakai..zaza oleskan dengan berus. Satu lagi bauannya harum mekar..ada setengah lipstick zaza tak boleh nak bau..tapi Swanicoco ni memang ikhlas zaza puji 💋

Swanicoco Lipstick baru je diperkenalkan hasil kerjasama jenama Swanicoco dari Korea dengan 50gram iaitu sebuah kedai bunga secara online di Malaysia.

50Gram X Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red

50Gram X Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red


SWANICOCO

Swanicoco adalah sebuah syarikat kosmetik yang bertapak di Korea. Pada mulanya Swanicoco mengeluarkan sabun semulajadi melalui proses penapaian. Jadi bahan dan pembuatannya adalah selamat untuk digunakan.

Swanicoco menggunakan bahan-bahan semulajadi dari ekstrak tumbuh-tumbuhan di dalam rangkaian produknya. Selain itu ia guja menggunakan bahan-bahan dari Perancis dan juga Eropah. Mereka juga menggunakan bahan dari Amerika Syarikat dan Australia.

Tak perlu nak risau sebab kandungan bahan mereka bebas dari bahan kimia berbahaya, tiada pewangi tiruan, tiada steroid, bebas paraben, bebas alkohol dan benzophenones.

50GRAM

50GRAM pula sebuah kedai bunga online yang beroperasi di Malaysia. 50Gram menyediakan servis penghantaran bunga-bungaan di Kuala Lumpur, Selangor dan juga Pulau Pinang. Jadi kalau you all nak tempah bunga untuk apa-apa je majlis boleh la tempah dengan 50Gram ni tau..

Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red

Swanicoco adalah jenama jenama kosmetik dari Korea untuk tahun 2018. Didatangkan dengan 3 warna istimewa yang begitu mempersonakan iaitu Juliet Red, Shine Orange dan Pink Blossom.

50Gram X Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red

Macam zaza memilih warna Juliet Red..lipstick ini mengandungi bahan pelembab semulajadi dan membantu melembapkan bibir dan tahan lama. So ia tidak mengeringkan bibir.. lipstick yang macam ni la zaza suka..

Nak cuci pun senang tau..antara bahan lain adalah seperti Octyldodecanol, Isononyl Isononanoate, Silica, Ricinus Communis (Castor) Seed Oil, Isoeicosane, Ozokerite, Ethylhexyl Palmitate, Microcrystalline Wax, Paraffin, Phenyl Trimethicone, Caprylic/Capric Triglyceride, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Polyhydroxystearic Acid, Kaolin, Tocopheryl Acetate, Caprylyl Glycol, Argania Spinosa Kernel Oil, Pentaerythrityl Tetra-Di-T-Butyl Hydroxyhydrocinnamate, Hexylene Glycol, Fragrance, Phenoxyethanol, Ci 15850, Ci 45410, Ci 15985, Ci 19140, Ci 15850

50Gram X Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red
Sebelum makeup dan sebelum pakai lipstick


50Gram X Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red
Selepas pakai Juliet Red color..menyerlah kan..

50Gram X Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red
Tekstur warna yang pekat.. 

Swanicoco Lipstick ni datang dalam bekas berputar.. nak cuci pun senang je.. pakai sehelai tisu basah dan gosok-gosok gitu je dah tanggal..

Selain teksturnya yang pekat, Swanicoco lipstick ni juga creamy dan ringan je kat bibir. Zaza pula suka pakai lipstick pekat-pekat..tapi ada kala pakai nipis untuk nampak natural. Kebiasaan lipstick warna terang ni sesuai untuk event-event glamor gituuuu..

50Gram X Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red

50Gram X Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red

50Gram X Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red

Lipstick ni pun boleh juga dibuat sebagai blusher..oleskan sikit kat pipi dan dap-dap kan..memang nampak cantik sangat tau..

Pendapat zaza :

Color: 10/10
Bauan : 9/10
Removing : 9/10
Ketahanan :8/10
Kelembapan : 9/10
Price : 5/10 

Harga Jualan

Harga jualan Swanicoco lipstick juliet red ini hanya RM88.85 je satu batang dan boleh mendapatkannya melalui website 50Gram. Selain itu you all juga akan dapat 25% diskaun untuk pembelian lipstcik ini. You all juga berpeluang untuk dapat lipstick percuma dan tinggal di villa.. untuk purchase di link berikut >>> SWANICOCO JULIET RED

Maklumat lanjut boleh layari :



CONTINUE READING
Zaza Iman
10 Comments

Alami Sengugut? Cuba 5 Tip Ini

Alami Sengugut? Cuba 5 Tip Ini


Alami Sengugut? Cuba 5 Tip Ini


Alami Sengugut? Cuba Tip Ini. Sakit sengugut memang sangat perit. Adakala sampai tak boleh nak bangun. Ada setengah dari kita juga mengambil pil tahan sakit untuk meredakan kesakitan.

Sebenarnya rasa sakit sengugut ni boleh dikawal jika kita tahu cara bagaimana mengalihkan minda dari terus memikirkan kesakitan tersebut.

Disini terdapat 5 Tip yang boleh dicuba saat mengalami sengugut. Mungkin dengan cara ini dapat mengurangkan kesakitan tersebut,

Mendengar Lagu - Sekiranya berasa susah untuk tidur kerana rasa sakit sengugut,cuba tenangkan diri dengan mendengar lagu. Mendengar lagu dapat membuatkan diri dan minda berasa tenang dari emosi dan perasaan marah akibat rasa sakit yang dialami.

Mandi Air Panas - Cubalah mandi dengan air panas atau suam. Ini kerana haba yang panas dapat membuatkan pengaliran darah ke arah bahagian pelvis berjalan lancar. Sekaligus ia membantu menenangkan otot kejang akibat sakit sengugut.

Tidur - Jalan mudah untuk melupakan sakit sengugut yang terjadi. Setelah bangun dari tidur, badan akan berasa segar dan bertenaga. Sekaligus kesakitan yang dialami reda dengan segera.

Minum Teh Halia Atau Kayu Manis -  Cuba ambil minuman panas yang berasaskan herba.Kerana minuman panas dapat mengurangan kekejangan. Umum mengetahui halia sangat bagus untuk menghilangkan rasa sakit manakala kayu manis berfungsi sebagai anti-radang yang dapat mengurangkan kekejangan di bahagian uterine.

Makan - Kebiasaannya apabila sengugut berlaku,kita akan cenderung untuk makan. Ia disebabkan badan kita menggunakan lebih kalori sewaktu sengugut dan adanya ketika menstruasi. Peningkatan penggunaan kalori tersebut membuatkan badan membakar lebih banyak kalori dan membuatkan berasa cepat lapar. Oleh itu, makanlah apa sahaja kerana ia dapat membuatkan rasa sengugut berkurangan. sumber - majalah EH


CONTINUE READING
Zaza Iman
6 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)