Zaza Iman: Featured



Memaparkan catatan dengan label Featured. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Featured. Papar semua catatan

Selasa, Mac 05, 2019

Crestar Pengedar Kipas Siling Berkualiti Dengan Design Moden
Selasa, Mac 05, 2019 10 Comments

Crestar Pengedar Kipas Siling Berkualiti Dengan Design Moden. Setiap rumah tentunya memiliki kipas angin untuk memberikan rasa keselesaan bila berada di dalam rumah. Namun begitu buat yang baru berpindah rumah, tentunya sukar hendak memilih kipas terutama kipas siling kerana terdapat pelbagai jenis kipas dan jenama.

Selain dari jenama, faktor penting pemilihan kipas siling adalah dari segi harga, rekaan, ketahanan dan juga waranti.

Di rumah zaza ada satu kipas yang cantik sangat designnya..tapi sayangnya tak berfungsi dan akhirnya hanya menjadi perhiasan saja.

Crestar Pengedar Kipas Siling Berkualiti Dengan Design Moden

Sesetengah dari kita juga tentu mempunyai masalah kipas siling yang bergoyang dan berbunyi bising. Tentunya ia merisaukan. Punca berlakunya masalah ini kerana terdapat skru yang telah longgar pada kipas siling tersebut. Jadi kita seharusnya mengambil langkah segera dengan mengetatkan kembali skru kipas tersebut. Jika tidak tahu boleh minta jiran-jiran yang boleh mengendalikannya.

Terdapat juga jenis kipas siling yang tidak boleh digunakan terlalu lama kerana mudah panas dan akhirnya rosak. Oleh itu amat penting untuk anda memilih kipas yang berkualiti.

Crestar Pengedar Kipas Siling Berkualiti Dengan Design Moden

CRESTAR ENTERPRISE  iaitu sebuah syarikat yang telah memperkenalkan kipas siling Crestar dengan rekaan design yang moden dan berkualiti tinggi.

Crestar Enterprise telah diwujudkan pada tahun 2004 dan telah menjadi sebuah syarikat yang maju dalam industri elektrik di Singapura dan menjadi pilihan ramai pelanggan. Syarikat ini kemudiannya menjadi Crestar Enterprise Pte Ltd pada Oktober 2009.

Crestar Pengedar Kipas Siling Berkualiti Dengan Design Moden

Ia kemudian terus berkembang dan menjadi salah satu peneraju pasaran terkemuka di perdagangan kipas siling di Singapura sejak ia ditubuhkan pada 2004.

Syarikat Crestar adalah pengedar tunggal bagi kipas siling Crestar. Ia menawarkan pelbagai jenis rekaan bentuk kipas siling yang berbeza dan ergonimic serta aksesori yang berkualiti. Ia termasukklah pengawal selia, pencahayaan dan lekapan lain yang berkaitan.

Setiap kipas siling Crestar yang dikeluarkan kini dilengkapi sepenuhnya dengan versi terbaru 188/153 Alumi Motor TM. Crestar Enterprise juga turut memperkenalkan model premium 2014 baru pereka kipas siling. ia juga termasuklah Siri IcolIcol Series, Skylite Series dan Rainlite Series. Model Siri 2014 Rainlite / Skylite turut dilengkapi dengan kawalan jauh 6 kelajuan dan pelbagai fungsi terlebih dahulu untuk kegunaan maksimum.

Beberapa rekaan dan jenis kipas mengikut saiz yang berbeza yang akan disesuaikan dengan bilik sama ada besar atau kecil.

Crestar Pengedar Kipas Siling Berkualiti Dengan Design Moden

Crestar Pengedar Kipas Siling Berkualiti Dengan Design Moden

Crestar Pengedar Kipas Siling Berkualiti Dengan Design Moden

Crestar Pengedar Kipas Siling Berkualiti Dengan Design Moden

Bagi memudahkan pelanggan, Crestar juga menyediakan laman web /www.crestarfan.com.sg untuk membuat Online Service Booking dan Online Waranty. Jika anda ada mengalami apa-apa masalah berkaitan kipas siling yang dibeli, boleh terus mengisi borang tersebut dan pihak Crestar di Singapura akan memberi maklumbalas.

Crestar Pengedar Kipas Siling Berkualiti Dengan Design Moden

Turut disediakan catalog untuk anda melihat design, description dan technical details mengenai produk. Sekiranya ada pertanyaan anda juga boleh menghantar mesej di bahagian Product Enquiry.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan kipas siling Crestar, boleh menghubungi mereka di laman berikut :


Tel : 6254 9483 / 6841 6412 / Fax : 6254 9438
Email : info@crestarfan.com.sg



Reading Time:

Isnin, Disember 31, 2018

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan
Isnin, Disember 31, 2018 7 Comments

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan. Assalamualaikum..Semalam masa ke Kuantan sempat juga zaza singgah menikmati makan tengahari dengan menu istimewa di Restoran Bummbu Nasi Singgey, Kuantan. Restoran yang baru memulakan operasinya pada 5 Ogos 2018 yang lalu. Agak menarik kerana di restoran ini menyediakan menu kuah singgang. Kalau sebut singgang kan, ia adalah menu kegemaran mak zaza tau.

Dekat restoran ini juga menggunakan meja dan kerusi menggunakan pallet kayu..serta hiasan lukisan yang terletak di dinding.

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan

Sebaik je menjejak masuk, seperti biasa diberi senarai menu untuk dipilih. Kalau zaza mestilah makanan berasaskan ayam menjadi pilihan.

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan

RESTORAN BUMMBU NASI SINGGEY

Bummbu diambil namanya dari perkataan rempah atau perencah dalam bahasa jawa. Manakala Singgey bermaksud singgang ( singgey sebutan dalam loghat kelantan )

Menu utama dalah nasi dan singgang. Singgang pula terdapat beberapa jenis iaitu Singgang Ikan dan Singgang Daging.

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan
Pemilik Restoran Bummbu Nasi Singgey

Ada beberapa menu yang telah zaza cuba antaranya Bummbu Plate. Dalam Bummbu Plate ni ada Ayam Plate, Daging Plate dan Kambing Plate. Harga dari RM13.50 hingga RM17.50. Memang berbaloi sebab ada roti, kentang dan salad.

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan
Ayam Plate menjadi pilihan zaza..

Zaza juga turut merasai menu utama iaitu nasi, singgang ikan dan singgang daging. Bagi singgang, rasanya sedap dan berbeza sedikit rasa kuahnya dari kebiasaan yang zaza masak..kalau bawa mak abah makan kat sini mesti boleh licin rasa hirup kuahnya..

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan
Singgang Daging

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan
Singgang Ikan Tongkol

Tak lupa juga, zaza turut merasai menu hidangan lain yang disediakan seperti Kepok Cheezy ,Chicken Ball, Tuna Sandwish dan Lempeng Nyior. Kepok Cheezy dia zaza suka..tak ada tulang-tulang pun..biasa sesetengah kepok macam ada tulang-tulang sikit. Harga hidangan ini bermula dari RM2.50 hingga RM6.00. Memang berbaloi lah harganya.

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan
Chicken Ball

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan
Kepok Cheezy


Ini pula hidangan Bummbu Set. Dalam Bummbu Set ini ada beberapa pilihan antanya :

SET A
Ayam Bakar  + Air Sirap/Teh O Beng

SET B
Daging Bakar + Air Sirap/Teh O Beng

SET C
Kambing Bakar  + Air Sirap/Teh O Beng

SET D
Ikan Bakar  + Air Sirap/Teh O Beng

SET E
Lemak Bakar  + Air Sirap/Teh O Beng

SET F
Singgang Daging  + Air Sirap/Teh O Beng

SET G
Singgang Ikan  + Air Sirap/Teh O Beng

Setiap set yang dijual bermula dengan harga dari RM6.50 hingga RM11.00 je..

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan
Hidangan Set

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan
Daging Bakar

Paling zaza suka daging bakar ni..sampai teringat-ingat kesedapannya..rasa yang enak dan lembut. Memang nak kena repeat lagi lah makan daging bakar ni..

Bagi minuman pula, beberapa pilihan yang ada seperti Bummbu Blend iaitu Milo Bummbu Blend, Kopi Bummbu Blend dan Jagung Bummbu Blend. harga hanya RM4.50 je. Dalam minuman Bummbu Blend ni ada sedikit diletakkan aiskrim.

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan
Bummbu Blend

Oh ya..nak tahu tak..inilah satu-satunya restoran yang menawarkan minuman air sirap dan teh O beng hanya 0.50 sen je tau secawan. Sangat-sangat berbaloi jika nak singgah makan kat sini.

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan
Air Sirap dan Teh O Beng hanya 0.50 sen je...

Untuk memenuhi selera citarasa pelanggan, Restoran Bummbu Nasi Singgey ini juga turut menyediakan beberapa menu western.


Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan

Restoran Bummbu Nasi Singgey ni bagi zaza terletak di lokasi yang strategik juga kerana berhampiran je dengan Mr DIY dan Kedai Eco RM2 Batu 3, Kuantan.

Restoran ini dibuka dari jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Setelah selesai menikmati dan menuju ke tempat lain, zaza dan juga rakan sempat merakam kenangan bersama pemilik restoran ini..

Hidangan Istimewa Lauk Singgang Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan

Bagi yang ingin merasa masakan singgang dan menu-menu yang zaza share ni, boleh datang ke sini. Sebarang info lanjut boleh mengikuti mereka di :



Reading Time:

Rabu, Disember 26, 2018

Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal
Rabu, Disember 26, 2018 20 Comments

Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal. Hi all, zaza memang suka membeli barang dekat Althea. Biasa zaza suka mencari produk makeup dan produk untuk rambut. Kalau dah buka je web Althea, memang berejam nak memilih produk mana yang berkenan.

Dekat Althea ni, selalu je ada produk-produk baru yang diperkenalkan dan yang terbaru adalah wangian badan Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal.

Zaza pun tak lepaskan peluang untuk mendapatkannya juga sebotol, tambahan pula Stay Fresh Body Sparkling Mist ini kolaborasi dari Althea dan Titi Kamal, Artis Indonesia yang cukup popular dan terkenal.

Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal

Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal

Stay Fresh Body Sparkling Mist datang dalam botol yang bersaiz 100ml. Saiz yang mudah juga untuk bawa dalam handbag atau travel. Design botolnya pun cukup memikat dengan design bunga-bungaan..zaza ni kan kalau nak beli sesuatu zaza suka tengok design botol selain dari bauan.

Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal

Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal
Titi Kamal

Titi Kamal..? Rasanya semua orang kenal beliau sebagai seorang penyanyi dan juga pelakon yang berjaya. Dengan rambutnya yang panjang dan gelap serta seorang fashionista dan memiliki kecantikan yang mengagumkan. Disebabkan itulah, Althea memperkenalkan Body Mist ini sesuai untuk kegunaan harian yang elegan, segar dan manis sebagai kerjasama bersama dengan Titi.

Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal

Fragrance Fresh Floral Fruity

Semburan Stay Fresh Body Sparkling Mist yang memikat ini telah diformulasi dengan wangian bunga dan buah iaitu Sweet Orange dan Fresh Peach. Ditambah pula dengan Bunga Rose yang sentiasa megah.


Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal

Antara bahan-bahan utama yang terdapat di dalam Stay Fresh Body Sparkling Mist adalah :

Damask Rose Water - 
Menghidupkan kulit terhidrat dan memberikan bauan aroma yang lembut
Sweet Orange Oil - 
Menyegarkan deria, rasa fresh
Elder Flower Extract -
 Menyejukkan dan melegakan kulit dan memberikan bauan aroma feminin

Lain-lain kandungan adalah Alcohol, Water, Glycerin, Fragrance, Pentylene Glycol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Rosa Damascena Flower Water, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Sambucus Nigra Flower Extract, Citrus Aurantiunm Dulcis ( Orange ) Flower Extract, Magnolia Liliflora Flower Extract, Plumeria Rubra Flower Extract, Lilium Tigrinum Extract, Ethylhexylglycerin.

Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal

Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal

Stay Fresh Body Sparkling Mist ini tidak melekit dan semestinya meninggalkan wangian yang segar dan harum pada badan.

Bauannya pun menyenangkan dan begitu lembut serta tahan lama. Selepas membersihkan diri, semburkan ia sebelum keluar rumah.


Harga sebotol Stay Fresh Body Sparkling Mist ini hanya RM35 sahaja. So kepada you all yang nak dapatkan produk wangian ini, boleh membuat pembelian terus di web Althea https://my.althea.kr/stay-fresh-body-sparkling-mist
Reading Time:

Selasa, Disember 18, 2018

Birthday Gift Box Istimewa Dari Althea
Selasa, Disember 18, 2018 15 Comments

Birthday Gift Box Istimewa Dari Althea. Hai all..rasa happy sangat bila ini pertama kali zaza terima Birthday Gift Box istimewa dari Althea. Terima kasih Althea sebab bagi point kredit untuk zaza beli pelbagai produk di Althea. Rambang mata juga nak pilih hadiah apa yang nak di beli.

Point kredit bernilai 400 ni diberi kepada ahli Althea Angel yang terpilih..Point ni dimasukkan ke dalam account Althea mengikut bulan kelahiran ahli.

Memandangkan zaza ni minat makeup dan produk-produk rambut, apa lagi zaza pun orderlah..

Oh sebelum tu zaza nak share sikit tentang Althea..sebab maybe ada yang belum tahu kan althea tu apa...Althea adalah satu jenama dan website secara online yang menjual produk kecantikan dari Korea. Di Althea, terdapat pelbagai-bagai produk kecantikan Korea dan semestinya ia adalah 100% asli. Paling seronok buat yang gemar shopping online adalah kerana Althea memberikan perkhidmatan penghantaran secara PERCUMA ke seluruh dunia. Althea banyak menawarkan pelbagai diskaun dan pilihan kotak kecantikan yang mengikut tema dan merupakan edisi terhad.

Birthday Gift Box Istimewa Dari Althea

Dalam masa hampir 2 minggu juga untuk zaza terima hadiah ni..maklumlah ia di hantar dari Korea. So bila nak sampai Malaysia ambil masa sikit..zaza dapat dalam 2 box warna pink. Jom tengok antara barang-barang yang zaza beli..ada yang zaza dah bagi mak untuk pakai..

1. Nature Republic Argan Essential Shampoo

Memandangkan rambut zaza tengah rosak..so zaza banyak beli shampoo. Senang buat stok kat rumah..Shampoo pilihan zaza dari jenama Nature Republic - Argan Essential Deep Care. Shampoo ini mengandungi ekstrak minyak argan yang dapat menyuburkan dan menguatkan rambut. menjadikan rambut sentiasa lembap.

Birthday Gift Box Istimewa Dari Althea

2. Argan Damage Hair Care Treatment & Argan Damage Shine Hair Mist

Kedua-dua produk ni pun fungsinya sama je macam shampoo argan. baik untuk menguatkan rambut, membaik pulih dan memelihara helaian rambut yang rosak. Bahan-bahan utama selain minyak argan adalah minyak bunga cendawan dan minyak kelapa sawit asai yang kaya dengan vitamin A dan E untuk menjaga rambut yang sihat.
Reading Time:

Sabtu, November 17, 2018

Be The Glamorous Drink Minuman Kecantikan Dengan Teknologi Dari Jepun
Sabtu, November 17, 2018 14 Comments

Be The Glamorous Drink Minuman Kecantikan Dengan Teknologi Dari Jepun. Bagi wanita, menjaga kulit wajah dan penampilan diri amat penting terutamanya yang usia semakin hari semakin meningkat. Seperti zaza juga yang menghampiri usia tiga series..memang amat mementingkan penjagaan luaran dan dalaman.

Wanita mana yang tak mahu cantikkan..bagi zaza, zaza teringin nak dapatkan kulit yang bersih dan bebas dari jerawat.

Bila sebut tentang produk-produk kecantikkan ni..zaza nak share la dengan rakan-rakan zaza semua mengenai produk minuman kesihatan dan kecantikan baru keluaran pertama Nadia's Secret Sdn Bhd iaitu BE THE GLAMOROUS DRINK 


Be The Glamorous Drink Minuman Kecantikan Dengan Teknologi Dari Jepun

Rupanya ia adalah produk dari Nadia Annuar. Mesti ramai juga yang kenal siapa Nadia Annuar ni kan? Kalau dulu wajah Nadia Annuar selalu dalam tv sebagai seorang host tv kat Malaysia. memang tak asing lagi lah..orangnya memang cantik dari dulu sehingga kini.
Reading Time: