Memaparkan catatan dengan label FOOD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FOOD. Papar semua catatan

Order Burn Cheesecake Dekat Blogger Sally Samsaiman ( The Cakesion )

Order Burn Cheesecake Dekat Blogger Sally Samsaiman ( The Cakesion )



Order Burn Cheesecake Dekat Blogger Sally Samsaiman ( The Cakesion ). Assalamualaikum dan hi..alhamdulillah jumpa lagi kita di entri kali ini. Oklah, bulan lepas sebenarnya adalh hari jadi seseorang. Zaza ingat je harijadi dia cuma saja malas nak wish sampai la tiba-tiba dia tanya ingat tak hari ini hari apa..haha..otak orang perempuan kan..kenangan yang 10 tahun lalu pun dia boleh ingat.

Memandangkan nak buat suprise dekat dia, so zaza pun puas fikir nak bagi apa..sampai lah terfikir nak suprise kan kek. Search lah zaza dekat facebook orang yang buat delivery kek area Kuala Lumpur. Punyalah cari sana sini barulah zaza teringat rakan blogger sendiri ada buat kek. Siapa lagi kalau bukan rakan blogger Sally Samsaiman



Order Burn Cheesecake Dekat Blogger Sally Samsaiman ( The Cakesion )


CONTINUE READING
Zaza Iman
0 Comments
Beli Makanan Sunnah Mix Dry Food dan Dapatkan Voucher RM300 Kembara Sufi Travel Tours

Beli Makanan Sunnah Mix Dry Food dan Dapatkan Voucher RM300 Kembara Sufi Travel Tours


Assalamualaikum dan hi, korang apa khabar? semoga baik-baik saja dan ceria selalu. Macam mana dengan aktiviti harian korang sepanjang mco ni? Zaza kat rumah kalau ada kerja yang dah selesai, so belah petang tu suka melepak kat kebun bunga depan rumah je..seronok sambil duduk bawah pokok rambutan dengan angin yang kuatnya..

Btw kan, zaza sebenarnya nak share lah sikit pasal Makanan Sunnah dan Dry Food ( Makanan Kering ) dari Kembara Sufi ni.

Rasanya mesti korang kenalkan Kembara Sufi? Sebuah Agensi Pelancongan yang agak popular dekat Malaysia. Rupanya selain dari travel, Kembara Sufi pun ada mengeluarkan produk makanan sunnah dan makanan kering sendiri.



CONTINUE READING
Zaza Iman
7 Comments
Sambal 3 Sekawan Ori Pahang Yang Sedap Dari Kembara Sufi

Sambal 3 Sekawan Ori Pahang Yang Sedap Dari Kembara Sufi


Sambal 3 Sekawan Ori Pahang Yang Sedap Dari Kembara Sufi. Assalamualaikum dan hi korang..hari tu kan zaza ada share makanan sunnah dan dry food dari Kembara Sufi..kali ini zaza nak share pasal sambal dia pula. 

Zaza ni kalau makanan, tekak zaza memang selera kampung betul. Tak macam kakak yang lebih suka menu-menu western. So kalau macam bila keluar atau singgah mana-mana nak makan ke, memang suka sangat dengan masakan kampung. Tambah pula kalau makan nasi ada ulam-ulam, petai, jering dan budu..memang dua tiga kali juga lah tambah nasi..

Selain dari tu, zaza suka makan nasi dengan sambal hitam pahang. Ni pun buatkan zaza tambah makan nasi dua tiga pinggan..

Selain dari agensi travel  dan mengeluarkan makanan sunnah, Kembara Sufi ni pun ada keluarkan produk Sambal Ori Pahang tau.

Sambal 3 Sekawan Ori Pahang Yang Sedap Dari Kembara Sufi


CONTINUE READING
Zaza Iman
6 Comments

Coolblog Perkenal Minuman Geisha Garden, Perisa Yubari Lemon dan Sakura Lemon

Coolblog Perkenal Minuman Geisha Garden, Perisa Yubari Lemon dan Sakura Lemon



Assalamualaikum dan hi korang..baru-baru ni zaza ternampaklah iklan Coolblog dekat laman sosial yang mana Coolblog ada memperkenalkan minuman siri terbaru iaitu Geisha Garden. Memandangkan sekarang ini sedang berlangsungnya temasya sukan Olimpik Tokyo 2021, Coolblog mengabdikan keunikan rasa dan budaya Jepun dengan memperkenalkan siri Geisha Garden ini bermula Julai 2021 sehingga Ogos 2021. Btw, jomlah kita bersama-sama memberi sokongan buat para atlet negara kita yang terlibat dalam sukan Olimpik Tokyo ini. Semoga ada kejayaan buat mereka.

Coolblog Perkenal Minuman Geisha Garden, Perisa Yubari Lemon dan Sakura Lemon

Memandangkan zaza berkesempatan untuk ke bandar, jadinya sempatlah zaza singgah Coolblog sekejap untuk membeli minuman baru ini. 

CONTINUE READING
Zaza Iman
6 Comments

Raintree Syurga Pencinta Teh dan Pakar Premium Food Gift

Raintree Syurga Pencinta Teh dan Pakar Premium Food Gift




Raintree Syurga Pencinta Teh dan Pakar Premium Food Gift. Assalamualaikum, siapa kat sini pengemar teh? Kalau dalam keluarga zaza, mak merupakan orang yang memang suka teh. Setiap pagi, petang atau malam memang wajib baginya untuk mengambil minuman teh. Kalau zaza pula ambil waktu tertentu je sama ada waktu pagi atau malam hari. Biasa zaza suka minum teh ais. Kalau teh panas, zaza suka makan biskut lemak cicah dengan teh panas. Dari zaman kecil lagi memang suka makan macam tu.

Kalau dulu-dulu masa kecil, zaza tahu teh cuma ada satu perasa je tapi sekarang ini sudah banyak pengeluar menghasilkan pelbagai perasa teh yang semakin banyak permintaan di seluruh dunia.

Mengikut sejarah, teh dihasilkan dari pokok renek Camellia Sinensis. Rasanya pula bergantung kepada jenis baka sama ada memberikan aroma yang wangi atau pahit.

Teh sememangnya minuman yang digemari ramai dan mempunyai peminatnya tersendiri. Ia bukan sahaja dibancuh dengan air panas bersama gula, tetapi boleh juga dibancuh menggunakan susu segar atau dicampur dengan herba.

Raintree Syurga Buat Pencinta Teh

Pernah tak korang dengar teh dari jenama RAINTREE ?? Rasanya peminat teh dekat Malaysia kurang familiar dengan jenama RAINTREE ni. Meh zaza rungkaikan keunikan teh jenama RAINTREE pada korang semua.

RAINTREE adalah jenama pengeluar teh yang ditubuhkan di Singapore pada tahun 1979 dan kini telah mempunyai kilang yang beroperasi di Pasir Gudang, Johor. Ia telah diasaskan oleh Hank dan Sarah. Pasangan yang gemar menikmati teh ketika melancong.

Memandangkan kerana cinta dan minat terhadap minuman teh dan juga kopi gourmet, makanya Raintree terus berkembang pesat menjadi pembekal teh, kopi dan juga produk roti khas.

Raintree juga telah mula menjadi pembekal teabags untuk cenderamata di luar negara, duty-free shop dan juga airport. Dan sekarang ini, Raintree menyasarkan hotel 5 bintang seperti Doubletree Hilton JB, Legoland, KSL, Suasana Suites dan Sunway BigBox JB. Raintree sedang dalam perbincangan untuk membekalkan produk teh untuk Hotel Hard-Rock Penang, Hotel Alila dan Bangi Golf Resort.

Dengan 42 tahun pengalaman, Raintree sentiasa memastikan setiap produk yang dikeluarkan adalah berkualiti dan bersih.

Raintree Syurga Pencinta Teh dan Pakar Premium Food Gift

Boleh di katakan Raintree adalah syurga bagi pencinta teh kerana mereka telah menghasilkan teh yang mempunyai pelbagai jenis perasa dan aroma yang mengasyikkan. Antara produk seperti teabags, Loose Leave, Coffee, Hadiah/Souvenir dan Confectionaries (artisan cookies, dried food dan festive cookies / snack)
CONTINUE READING
Zaza Iman
3 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)