Memaparkan catatan dengan label FOOD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FOOD. Papar semua catatan

Ramai Pesan Kek Krismas Terbaik Dari Kedai Kek Terkenal Di Valley Klang & KL

Ramai Pesan Kek Krismas Terbaik Dari Kedai Kek Terkenal Di Valley Klang & KL


Orang perempuan ni dia ada satu perangai tau. Perangai yang tiba-tiba craving nak makan itu ini. Selagi tak dapat selagi tu la terbayang-bayang dalam kepala otak. Kejap nak makan ayam goreng la, kejap nak aiskrim, haa nanti teringin nak kek pula..psss mengata kat diri sendiri sebenarnya hahaha..hari-hari craving nak makan macam-macam tau.

Lately, dekat laman sosial zaza suka tengok baker-baker share hasil diorang buat kek. Macam-macam bentuk dan deco kreatif bila diorang hasilkan kek sampaikan zaza pun naik meleleh tengok. Zaza paling suka makan kek berperisa coklat dan vanilla. Nak buat sendiri memang tak reti langsung. So kalau dah teringin tu memang beli kat kedai je terus.

Ada beberapa kedai kek yang terkenal dan selalu jadi pilihan ramai terutama buat yang tinggal dekat KL dan Klang Valley. Ini zaza list kan beberapa kedai kek yang boleh korang kunjungi. Manalah tahu jika ada rakan pembaca zaza ni nak buat sebarang majlis atau nak beli kek sempena krismas kan, boleh la servey-servey dekat kedai yang zaza list kan ni.

1. Gula Cakery

Kedai kek Gula Cakery ini terletak di Shah Alam, Selangor. Terdapat banyak jenis kek boleh didapati dekat sini. Pilih saja rasa yang anda suka. Antara yang menarik seperti Pistachio Cake, Bisscoff Mud Pie, Chocolate Caramel Pie, Hersheys Chocolate Cheesecake dan banyak lagi.

Ramai Pesan Kek Krismas Terbaik Dari Kedai Kek Terkenal Di Valley Klang & KL

Ramai Pesan Kek Krismas Terbaik Dari Kedai Kek Terkenal Di Valley Klang & KL

Alamat : Gula Cakery, 11, Jln Anggerik Aranda BG 31/BG, 40460 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi : 12.00 tengah hari - 8.00 malam
( Dibuka dari hari Selasa - Ahad  / Tutup : Isnin )

No Contact : 03-5131 4604

1. Cake Jalan Tiung

Kedai kek dengan suasana yang indah. Dekat sini boleh lepak-lepak sekali. Selain mencuba pelbagai jenis kek, di kedai ini juga turut menghidangkan pelbagai menu lain. Sambil-sambil makan kek tu bolehlah memesan dessert dan cookies yang ada. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.

Ramai Pesan Kek Krismas Terbaik Dari Kedai Kek Terkenal Di Valley Klang & KL

Ramai Pesan Kek Krismas Terbaik Dari Kedai Kek Terkenal Di Valley Klang & KL

Alamat: Cake Jalan Tiung, 31, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi: 12.00 tengah hari - 7.00 malam
( Dibuka : Rabu - Ahad / Tutup : Isnin dan Selasa )

No Contact : 012-878 7258

3. Twelve Slices Cafe

Kalau datang ke KL boleh singgah menikmati kek di Twelve Slices Cafe ini. Menyajikan aneka kek yang sedap dan pemandangan yang indah. Anda boleh cuba kek Pandan Gula Melaka, Rainbow Mille Crepe Cake dan Russion Medovic Honey Cake. Selain kek, Twelve Slices Cafe turut menghidangkan beberapa makanan lain. Kalau rasa lapar boleh cuba Nasi Lemak Ayam Berempah dengan Sambal Power atau Ciabatta Chicken  Teriyaki.

Ramai Pesan Kek Krismas Terbaik Dari Kedai Kek Terkenal Di Valley Klang & KL

Ramai Pesan Kek Krismas Terbaik Dari Kedai Kek Terkenal Di Valley Klang & KL


Alamat : G-10, Seasons Garden Residence, Jalan 26/26, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : 1.00 tengah hari - 10.00 malam
(Dibuka pada setiap hari)

No. Contact : 011 1020 3731

4.  Erni & Tina

Terletak di Alam Damai, KL. Kedai kek ini menyediakan kek premium buatan sendiri. Teringin nak makan buah rasberry? Boleh cuba kek Rasberry Romance. Boleh juga menikmati The Belgian Chocolate Cake buat pengemar kek coklat. Disini juga turut ada menu lain yang cukup mengiurkan. Sambil makan kek, anda boleh memesan Spicy Tomyam Pasta, Lemongrass Grilled Chicken dengan Couscous Salad dan beberapa lagi.

Ramai Pesan Kek Krismas Terbaik Dari Kedai Kek Terkenal Di Valley Klang & KL

Ramai Pesan Kek Krismas Terbaik Dari Kedai Kek Terkenal Di Valley Klang & KL


Alamat: 43, Jln 9/142 Alam Damai, G-05, Maxim Residence, Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
12.00 tengah hari - 8.30 malam 
(Waktu dibuka dari Rabu hingga Isnin / Tutup : setiap Selasa )

No. Contact : 03 8958 9909

5. Big Tree Bakery


Terus rasa craving bila tengok kek dekat Big Tree Bakery ni. Apa pelbagai jenis kek dan pastri yang cukup menyelerakan. Anda boleh cuba Pavlova dan Brownie Cheescake ( gabungan brownie dan cheescake ) disamping menikmati minuman coffee hot yang isitmewa. Hidangan lain yang boleh dicuba seperti Belgian Waffles dengan Ice-Cream /Bananas dan Charcoal Bomboloni.
Ramai Pesan Kek Krismas Terbaik Dari Kedai Kek Terkenal Di Valley Klang & KL

Ramai Pesan Kek Krismas Terbaik Dari Kedai Kek Terkenal Di Valley Klang & KL

Alamat: Big Tree Bakery, 32G, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
11.00 pagi sehingga 7.00 malam
( Waktu dibuka setiap hari Selasa - Ahad / Tutup : Isnin )

No. Contact : 03 2202 2868

Kepada anda yang berdekatan kawasan Valley Klang dan KL dan ingin menikmati kek di kedai ini tetapi malas nak keluar, boleh la order online. Sambil-sambil order kek boleh lah juga pesan makanan lain untuk dinikmati bersama kek tu kan. Caranya dengan menggunakan servis 'online food delivery' dari Foodpanda. Macam-macam jenis makanan ada.




CONTINUE READING
Zaza Iman
9 Comments

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh


Assalamualaikum,

Walaupun zaza duduk area berdekatan Temerloh tapi zaza memang kurang tahu sangat area sini. Kalau keluar dan ikut waze pun kadang tu still tak jumpa tempat yang nak dituju. Macam tu juga dengan tempat makan. Dah sampai bandar Temerloh tu barulah terhegeh nak google tempat makan best kat Temerloh..hahaaa..

Banyak rupanya tempat makan yang baru dan best ada dekat Temerloh ni dan antara salah satu yang zaza singgah adalah dekat Cucuk-Cucuk Pantai Lido.

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh

Zaza pergi dengan kawan zaza, blogger cik renex Macam biasa dia je la pemandu yang bawa zaza kemana-mana..terima kasih cik renex sebab sudi bawa zaza makan kat sini. Jarak rumah kami bukan dekat tau..sejam juga nak sampai semata-mata nak ambil zaza..

Cucuk-Cucuk Pantai Lido ni dibuka pada jam 5 petang hingga 11 malam. So zaza sampai kat sini dalam jam 5.30 petang.

Kat area sekitar sini pun ada port lawa tau nak ootd. Sebelum singgah makan sini, macam biasalah sempat lagi zaza ootd hahaaa..

Oklah, sampai je kat sini, ada beberapa menu makanan yang zaza cuba antaranya Cucuk-Cucuk, Tauhu Bakar, Set Talam Menyandor, Laicikang Telur Puyuh dan ABC.

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh

Apa tu Cucuk-Cucuk?

Ala Cucuk-Cucuk tu makanan macam bebola ikan, hotdog, tauhu, isi ketam dan banyak lagi yang dicucuk dengan lidi tu.

Harga Cucuk-Cucuk ni berbeza mengikut warna batang lidi.

  • RM 1.00 ( Batang tiada warna )
  • RM 2.00 ( Batang warna merah )
  • RM 5.00 ( Batang warna hijau )

Cucuk-Cucuk ni boleh dimakan begitu saja atau lebih enak dimakan bersama kuah. Kuah pula ada tiga jenis iaitu,

Kuah:

  • Kuah Sup + Sos Istimewa
  • Kuah Rojak
  • Kuah Yong Taufu
So zaza cuba kesemua kuahnya. Zaza suka kuah yong tau foo tu.. lagi pun agak lama dah zaza tak makan yong tau foo sejak pasar malam kat tempat zaza dah berubah ni, susah dah nak cari sebab banyak peniaga lama dah tak ada kat situ. Jadi bila dapat makan Cucuk-Cucuk ni dengan kuah yong tau foo dapat lah feeling-feeling nikmati yong tau foo.

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh

Yang ini pula Cucuk-Cucuk dengan kuah sup. Kalau budak-budak kecil memang suka makan ber sup ni kan. Ditambah dengan sos istimewa. Campurkan je sos istimewa dan kacau.

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh

Tauhu Bakar

Hidangan kedua zaza cuba adalah Tauhu Bakar. Harganya cuma RM6.00 je. Zaza sebenarnya tak berapa makan tauhu tapi zaza cuba juga. Ranggup dan kuah rojak pun sedap.

Bagi pengemar Tauhu boleh la cuba menu ini.

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh

Set Talam Menyandor

Hidangan ke tiga yang zaza cuba adalah Set Talam Menyandor. Kenapa nama menyandor? agaknya sebab bila makan set ni memang buat perut betul-betul kenyang dan terus rasa nak menyandor kat kerusi kot. Macam bersandar kat kerusi lah. Tu tekaan zaza lah. Mungkin ada maksud lain kan..tapi...ini adalah set yang paling zaza suka.

Kenapa suka sangat? Sebab ada petai hehe..zaza ni hantu petai tau. So keje zaza mengutip petai je sampai licin.

Set Talam Menyandor ni harganya RM18.90 sahaja. Dalam ini ada Nasi, Ikan Bakar Petai
( Siakap/Talapia ), Air Asam Jawa, Ikan Masin Bulu Ayam, Ulam, Tembikai, Air Sirap atau Teh O Ais.

Ikan Bakar dia memang sedapppp..tambah cicah dengan air asam jawa dan ada ikan masin. Memang puas lah makan. Bagi zaza Set Talam Menyandor ni boleh berkongsi 2-3 orang ( dewasa sorang dengan budak-budak).  

Next time kalau singgah lagi boleh la ajak family pula makan set ni.

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh

Laicikang Telur Puyuh & ABC

Untuk menghilangkan rasa dahaga, zaza cuba Laicikang Telur Puyuh dan ABC. Ini adalah pertama kali zaza jumpa Laicikang bubuh Telur Puyuh tau. Laicikang ni sedap. Puas juga minum sebab mangkuknya pun besar.

Selain Telur Puyuh, ada banyak campuran bahan lain macam kacang, cincau, buah longan, biji selasih dan beberapa lagi.

Harga Laicikang Telur Puyuh ni cuma RM5.00 je.

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh

Selepas rasa Laicikang, zaza cuba ABC dia pula. Harga pun sama juga RM5.00 je semangkuk. Zaza memang suka ABC. Kalau keluar makan makan-mana kedai makan, memang selalu pesan ABC je..

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh

So pada korang yang berdekatan atau ada yang nak singgah Temerloh, boleh la cuba port makan baru ni. Suasana pun meriah dan seronok nak melepak. Harga semua makanan pun berbaloi juga.

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh

Cucuk-Cucuk Pantai Lido : Tempat Makan Baru Di Temerloh

LOKASI :

CUCUK-CUCUK PANTAI LIDO
DYNATON BUKIT ANGIN
( Sebaris Cozyshack cafe, Belakang Rotarium Steamboat )

Waktu Operasi : 5.00 petang hingga 11.00 malam. Dibuka setiap hari.

Tel : 012 -961 6350

Instagram : @ccpl_temerloh




CONTINUE READING
Zaza Iman
8 Comments

My Ayam Ketuk Is The Town KL,Selangor and Negeri Sembilan

My Ayam Ketuk Is The Town KL,Selangor and Negeri Sembilan




Ayam Ketuk Is The Town KL,Selangor and Negeri Sembilan

MY AYAM KETUK today announced Couple Combo Set and Family Combo Set, a new addition to its menu. Couple Combo Set and Family Combo Set meal are made special for two and for four to six-person, where we are offering a new way for Malaysians to enjoy the food with partner, family or, friends

Ayam Ketuk Is The Town KL,Selangor and Negeri Sembilan

“These combos are specially made for everyone who loves to enjoy the food with their companion so that they will have the best experiences and memories with us!” said Mr. Fairul, Business-owners of MY AYAM KETUK.

Ayam Ketuk Is The Town KL,Selangor and Negeri Sembilan

“We always received a lot of tags, mentions and, shares from our customers that they are enjoying our food. We love to be a part of our customers’ daily life routine by providing them good food and good experience with us”.

  • Features and benefits of Couple Combo Set and Family Combo Set include:
  • Each Couple combo set or Family combo set will receive free drink for each of the meal.
  • Free ala-carte “Kobis Goreng” when dine-in at any of our franchise

Just snap, tag and share us on Facebook and Instagram to redeem the free drinks and free ala-carte “Kobis Goreng”

Couple Combo RM 21.80 – Set for 2 people

Ayam Ketuk Is The Town KL,Selangor and Negeri Sembilan


Couple Combo RM 43.60 – Set for 4 people

Ayam Ketuk Is The Town KL,Selangor and Negeri Sembilan


Couple Combo RM 65.40 – Set for 6 people

Ayam Ketuk Is The Town KL,Selangor and Negeri Sembilan

Couple Combo Set and Family Combo Set will be available starting 15th December 2020, at a starting price from RM21.80 to RM65.40. For more information on Combo Set or Menu Set, visit us on Facebook and Instagram @myayamketuk. 

About MY AYAM KETUK


Started in December of 2019 and previously known as Ayam Ketuk 3 Jempol, we are moving forward to rebrand our name to My Ayam Ketuk so that it will have a fresh yet trendy name to bring it globally. Furthermore, with the slogan of “Free Unlimited Refill “Nasi & Sambal”, we are obviously wanted to give our customers unlimited good food experiences. Our food ranges between RM9.90 to RM11.90 where it is affordable and reasonable for everyone to come, taste and, repeat. #MAK2020 #rasaikepedasansebenar #hanyauntukyangberanisahaja

For more information, visit us on

Facebook : https://www.facebook.com/myayamketuk

Instagram : https://www.instagram.com/myayamketuk
















CONTINUE READING
zaza
0 Comments

Bagaimana Aplikasi Penghantaran Makanan Dalam Talian Boleh Bantu Pulihkan Perniagaan Sewaktu PKP Ini?

Bagaimana Aplikasi Penghantaran Makanan Dalam Talian Boleh Bantu Pulihkan Perniagaan Sewaktu PKP Ini?


Perkhidmatan perhantaran makanan pada era masa kini sememangnya mmpunyai permintaan yang cukup tinggi terutamanya bila berlakunya keadaan wabak pandemik.

Selain dapat membantu orang ramai yang kehilangan kerja, ia juga membantu menjana ekonomi buat peniaga-peniaga kedai makanan yang turut terkesan dengan wabak koronavirus.

Dengan adanya aplikasi penghantaran makanan ia memudahkan orang membeli makanan dan barang keperluan tanpa perlu keluar rumah dan tak perlu bersesak. Tambahan pula musim PKP yang membataskan pergerakan semua orang.

Cuma adakala pastinya terasa rindu dengan keadaan pemandangan orang ramai membanjiri kedai atau rindu suasana melepak dengan keluarga atau rakan-rakan sambil berbual kan.

Bagaimana Aplikasi Penghantaran Makanan Dalam Talian Boleh Bantu Pulihkan Perniagaan Sewaktu PKP Ini?

Sebenarnya kan ada banyak sebab kenapa aplikasi penghantaran makanan dalam talian sangat diperlukan. Disini zaza senaraikan sikit beberapa sebab :

Membantu dalam Menjana Ekonomi Peniaga

Setiap hari semakin banyak permintaan orang membeli menerusi aplikasi penghantaran makanan. Jadi orang ramai tak perlu nak bersesak sekaligus dapat menjaga jarak sosial. Kita pun lebih mudah untuk mencari makanan dengan hanya klik sahaja.

Jadi ia amatlah membantu peniaga-peniaga untuk menjual makanan mereka dan menjana ekonomi seperti sebelum berlakunya pandemik dan pkp ini.

Membantu agar Peniaga Makanan dapat Meneruskan Operasi

Apabila berlakunya pandemik dan pkp, banyak peniaga makanan yang terpaksa menutup kedai mereka. Hal ini sudah pastinya membimbangkan mereka dan menjejaskan pendapatan. Tapi dengan adanya aplikasi penghantaran makanan ini telah membantu supaya perniagaan mereka dapat terus beroperasi seperti biasa.

Servis Penghantaran Makanan Basah dan Runcit

Selain dari menyediakan makanan yang dimasak, aplikasi penghantaran makanan juga turut menyediakan servis penghantaran makanan basah dan runcit ke rumah. Zaza sendiri pun masa datang rumah kakak di KL dan malas sangat nak keluar ke pasaraya sebab jauh, jadi zaza membuat pesanan membeli melalui aplikasi sahaja. Lagi mudah dan jimat masa sekaligus membantu peniaga memulihkan perniagaan mereka.

Peniaga Dapat Memperkenalkan Kedai Makan Mereka

Penggunaan aplikasi penghantaran makanan ini ternyata boleh membantu peniaga makanan memperkenalkan menu-menu makanan yang mereka sediakan kepada orang ramai. Kerana dalam aplikasi tersebut, peniaga makanan boleh mempromosikan gambar makanan dan harga. Jadi sangat mudah untuk bantu buat yang berada jauh untuk mendapatkan makanan yang ditawarkan.


Bagaimana Aplikasi Penghantaran Makanan Dalam Talian Boleh Bantu Pulihkan Perniagaan Sewaktu PKP Ini?

Buat peniaga baru atau lama yang masih belum menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan ni, zaza cadangkan untuk anda menggunakan platform servis online food delivery  dari Foodpanda Sebuah platform perkhidmatan penghantaran makanan yang mudah dan selamat untuk digunakan. Lagi pula ia antara yang sangat popular di Malaysia. Jadi ambillah peluang ini dalam membantu menambahkan pendapatan anda pada musim pkp ini.





CONTINUE READING
Zaza Iman
0 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)