Memaparkan catatan dengan label FOOD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FOOD. Papar semua catatan

Bagaimana Aplikasi Penghantaran Makanan Dalam Talian Boleh Bantu Pulihkan Perniagaan Sewaktu PKP Ini?

Bagaimana Aplikasi Penghantaran Makanan Dalam Talian Boleh Bantu Pulihkan Perniagaan Sewaktu PKP Ini?


Perkhidmatan perhantaran makanan pada era masa kini sememangnya mmpunyai permintaan yang cukup tinggi terutamanya bila berlakunya keadaan wabak pandemik.

Selain dapat membantu orang ramai yang kehilangan kerja, ia juga membantu menjana ekonomi buat peniaga-peniaga kedai makanan yang turut terkesan dengan wabak koronavirus.

Dengan adanya aplikasi penghantaran makanan ia memudahkan orang membeli makanan dan barang keperluan tanpa perlu keluar rumah dan tak perlu bersesak. Tambahan pula musim PKP yang membataskan pergerakan semua orang.

Cuma adakala pastinya terasa rindu dengan keadaan pemandangan orang ramai membanjiri kedai atau rindu suasana melepak dengan keluarga atau rakan-rakan sambil berbual kan.

Bagaimana Aplikasi Penghantaran Makanan Dalam Talian Boleh Bantu Pulihkan Perniagaan Sewaktu PKP Ini?

Sebenarnya kan ada banyak sebab kenapa aplikasi penghantaran makanan dalam talian sangat diperlukan. Disini zaza senaraikan sikit beberapa sebab :

Membantu dalam Menjana Ekonomi Peniaga

Setiap hari semakin banyak permintaan orang membeli menerusi aplikasi penghantaran makanan. Jadi orang ramai tak perlu nak bersesak sekaligus dapat menjaga jarak sosial. Kita pun lebih mudah untuk mencari makanan dengan hanya klik sahaja.

Jadi ia amatlah membantu peniaga-peniaga untuk menjual makanan mereka dan menjana ekonomi seperti sebelum berlakunya pandemik dan pkp ini.

Membantu agar Peniaga Makanan dapat Meneruskan Operasi

Apabila berlakunya pandemik dan pkp, banyak peniaga makanan yang terpaksa menutup kedai mereka. Hal ini sudah pastinya membimbangkan mereka dan menjejaskan pendapatan. Tapi dengan adanya aplikasi penghantaran makanan ini telah membantu supaya perniagaan mereka dapat terus beroperasi seperti biasa.

Servis Penghantaran Makanan Basah dan Runcit

Selain dari menyediakan makanan yang dimasak, aplikasi penghantaran makanan juga turut menyediakan servis penghantaran makanan basah dan runcit ke rumah. Zaza sendiri pun masa datang rumah kakak di KL dan malas sangat nak keluar ke pasaraya sebab jauh, jadi zaza membuat pesanan membeli melalui aplikasi sahaja. Lagi mudah dan jimat masa sekaligus membantu peniaga memulihkan perniagaan mereka.

Peniaga Dapat Memperkenalkan Kedai Makan Mereka

Penggunaan aplikasi penghantaran makanan ini ternyata boleh membantu peniaga makanan memperkenalkan menu-menu makanan yang mereka sediakan kepada orang ramai. Kerana dalam aplikasi tersebut, peniaga makanan boleh mempromosikan gambar makanan dan harga. Jadi sangat mudah untuk bantu buat yang berada jauh untuk mendapatkan makanan yang ditawarkan.


Bagaimana Aplikasi Penghantaran Makanan Dalam Talian Boleh Bantu Pulihkan Perniagaan Sewaktu PKP Ini?

Buat peniaga baru atau lama yang masih belum menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan ni, zaza cadangkan untuk anda menggunakan platform servis online food delivery  dari Foodpanda Sebuah platform perkhidmatan penghantaran makanan yang mudah dan selamat untuk digunakan. Lagi pula ia antara yang sangat popular di Malaysia. Jadi ambillah peluang ini dalam membantu menambahkan pendapatan anda pada musim pkp ini.





CONTINUE READING
Zaza Iman
0 Comments

Mesti Kunjungi Restoran Makanan Barat Ini Ketika Berada di Johor Bahru

Mesti Kunjungi Restoran Makanan Barat Ini Ketika Berada di Johor Bahru



Mesti Kunjungi Restoran Makanan Barat Ini Ketika Berada di Johor Bahru. Dalam Malaysia ini ada banyak negeri dan setiap negeri ada menu terkenal masing-masing. Tetapi, di sampingan tiap menu makanan tempatan bagi tiap negeri itu, ada juga makanan lain yang boleh dinikmati. Kerana itu Malaysia ini cukup terkenal sebagai salah sebuah negara dengan menu makanan yang sangat-sangat sedap.

Selain dari makanan tempatan, menu makanan barat juga ada banyak dan jika kebetulan berada di Johor Bahru, di sini akan dikongsikan beberapa restoran yang menyajikan makanan barat untuk di cuba semasa berada di JB.

#1 - Bigdaddy’s Family Cafe & BarberShop

Mesti Kunjungi Restoran Makanan Barat Ini Ketika Berada di Johor Bahru

Bigdaddy’s Family Cafe & BarberShop menawarkan pelbagai jenis hidangan yang menarik. Di sini setiap menu bukan saja diambil kira tentang rasa malah cara persembahannya juga. Kerana itu, makanan di sini rata-ratanya nampak sangat menggiurkan.

Kedai ini saat sesuai di singgah tatkala sedang mencari makanan barat yang sedap untuk makan hingga kenyang. Manakan tidak, jumlah makanan yang dihidang untuk setiap portion nampak agak banyak hingga boleh makan hingga kekenyangan.

Di sini juga, anda boleh memilih daripada 10 jenis dulang hidangan yang boleh dinikmati untuk 3 hingga 5 orang makan. Salah satu daripadanya sudah tentulah dulang western.

Mesti Kunjungi Restoran Makanan Barat Ini Ketika Berada di Johor Bahru

Jika kebetulan ingin makan bersama keluarga dan masing-masing ada keinginan yang berbeza, di sini ada segalanya. Dari menu masakan barat, shellout sehingga kepada makanan asli tempatan seperti ikan patin masak tempoyak, sotong bakar, ikan keli dan banyak lagi. Pencuci mulut seperti cendol juga ada sebagai pelengkap rasa.

Alamat: No 28 Jln Padi Emas 6/1 Bandar Baru uda Johor Bahru

#2 - The Pinggan Cafe Johor Bahru

Mesti Kunjungi Restoran Makanan Barat Ini Ketika Berada di Johor Bahru

The Pinggan Cafe Johor Bahru adalah salah sebuah kafe yang sudah agak terkenal di kalangan warga tempatan dan juga pelancong luar. Di sini suasana makan cukup selesa. Malah, untuk menambahkan suasana mesra pelanggan itu, kafe ini tidak hanya ada tempat duduk yang okay tetapi turut dilengkapi dengan surau dan juga bilik permainan untuk kanak-kanak.

Soal makanan sudah tentulah turut di beri perhatian oleh pemilik kafe ini. Buktinya mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan menarik yang boleh menambat citarasa pelanggan untuk pelbagai golongan usia.

Mesti Kunjungi Restoran Makanan Barat Ini Ketika Berada di Johor Bahru

Antara masakan yang menjadi pilihan ramai adalah seperti cheezy crispy chicken chop, grill chicken hamburger dan nachos cheese,nasi goreng kampung kambing dan banyak lagi. Di sini menu barat dan tempatan bergabung untuk memudahkan semua pelanggan yang mahukannya.

Alamat: 9 Jalan Tampoi Susur 1, Johor Bahru 81200

#3 - The Dreamliner Airways Café

Mahu makan dalam suasana seperti berada di awangan? Manalah tahu kalau-kalau sudah lama terasa nak makan di dalam kapal terbang tetapi masih belum punya kesempatan. Jika ya, boleh cuba kunjungi The Dreamliner Airways Café kerana di sini benar-benar boleh rasa sedang makan dalam suasana seperti di atas awan.


Mesti Kunjungi Restoran Makanan Barat Ini Ketika Berada di Johor Bahru

Di The Dreamliner Airways Café ini ia bukan saja istimewa dengan deko dan suasana ketika makan tetapi juga sangat istimewa dengan menu makanannya yang pelbagai.

Antara makanan barat yang sering menjadi pilihan pelanggan di sini adalah seperti Chicken chop, chicken grill, lamb chop dan sebagainya. Bagi yang lebih sukakan menu tempatan, makanan timur turut ada untuk di cuba.

Alamat: 7, Jalan Harmonium 35/1, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor

#4 - Cats Café

Mesti Kunjungi Restoran Makanan Barat Ini Ketika Berada di Johor Bahru

Kafe Kucing? Ya, ini benar-benar sebuah kafe yang sangat sinonim dengan kucing. Buktinya, ia merupakan sebuah kafe yang penuh dengan kucing dan bagi yang ingin merasai bagaimana rasanya untuk membelai kucing, inilah tempatnya.

Jika tak salah, Cats Café ini merupakan kafe kucing yang pertama dibuka dalam negeri Johor ini. Para pencinta kucing bolehlah berkunjung ke sini. Sambil belai kucing boleh juga nikmati pelbagai menu yang ada.

Mesti Kunjungi Restoran Makanan Barat Ini Ketika Berada di Johor Bahru

Sambil makan, sambil dapat melihat gelagat kucing-kucing manja ini. Jika sebelum ini memang dah lama idam mahu bela kucing tetapi tak mampu disebabkan masa dan sebagainya, inilah salah satu cara untuk lepaskan keinginan yang ada.

Alamat: 31A Jalan Abdul Samad Lorong 2C, Johor Bahru

#5 - JBorn Cafe & Bistro – Kg Melayu

Mesti Kunjungi Restoran Makanan Barat Ini Ketika Berada di Johor Bahru

JBorn Cafe & Bistro merupakan salah satu nama restoran yang sudah lama terkenal di Johor Bharu. JBorn Cafe & Bistro ini terkenal kerana menawarkan lebih daripada 40 jenis menu makanan barat yang pelbagai. Jika datang ke sini memang boleh rambang mata dibuatnya kerana tidak tahu mahu pilih menu yang mana satu. 

Antara aneka pilihan makanan yang ditawarkan adalah seperti beef nachos, lasagna beef, monster beef burger, lamb chop, cheezy fried chicken chop dan banyak lagi. Tidak hanya makanan barat semata-mata, di sini turut ada hidangan melayu seperti nasi ayam, nasi kambing, pulut mangga, mee bandung dan sebagainya. Tiga dalam satu (makanan barat, melayu dan thai), inilah kelebihan JBorn Cafe & Bistro.

Untuk pengetahuan anda juga, terdapat 3 cawangan Jborn Café & Bistro yang telah berjaya di buka di sekitar Johor Bahru ini iaitu di Kampung Melayu, Kempas, dan juga Taman Adda Heights.

Alamat: 150, Jalan Tebrau Lama, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor

Mesti Kunjungi Restoran Makanan Barat Ini Ketika Berada di Johor Bahru

Jika kebetulan anda berada di Johor Bharu atas faktor kerja dan sebagainya, masih belum biasa dengan jalan di JB atau mungkin juga terasa bimbang untuk keluar ke mana-mana dalam suasana COVID-19 ini, anda masih boleh nikmati hidangan western food near me yang ada di kawasan sekitar dengan bantuan servis penghantaran secara terus oleh Foodpanda.

Dengan menggunakan servis pesanan secara atas online di website atau aplikasi Foodpanda ini, semuanya sangat mudah hanya dengan menggunakan hujung jari dan dapat juga elakkan diri dari berada di tempat awam.


CONTINUE READING
Zaza Iman
4 Comments

Balang Kaca Kuih Jenama Luminarc Berkualiti Dan Kedap Udara

Balang Kaca Kuih Jenama Luminarc Berkualiti Dan Kedap Udara


Kalau pasal balang kuih ni biasanya kakak zaza la memang rajin dia beli. Macam-macam balang atau bekas. Penuh dah belas/balang makanan dalam almari khas yang dia simpan. Kadangkala mak pun rajin juga beli..Biasa kalau mak-mak atau yang dah kahwin ni memang suka mengumpul.. macam zaza kurang sikit bab-bab membeli balang/bekas ni..

Tapi kan nak beli balang untuk letak kuih atau apa jenis makanan ni memang kena cari yang elok, berkualiti bagus dan yang penting tahan lasak dan selamat untuk guna.

So antara salah satu jenama yang zaza nak suggest adalah Luminarc. Mungkin ada dari pembaca blog zaza ni peminat jenama ini?

Balang Kaca Kuih Jenama Luminarc Berkualiti Dan Kedap Udara
Rekaan balang yang simple tapi elegan gitu..

Balang Kaca Luminarc

Zaza ni memang suka beli kudap-kudap..bila malam je suka la mengunyah sambil layan lagu atau sesambil baca buku..so memang perlu ada balang untuk simpan kudap-kudap supaya boleh disimpan lama dan tak masuk angin.

Istimewanya Balang Kaca Luminarc ini adalah :

  • Balang Kaca kedap udara
  • Permukaan licin dan selamat
  • Kaca lutsinar yang membolehkan anda dapat melihat kandungan makanan dengan lebih jelas



Ciri - Ciri Balang Kaca Luminarc

Tahan Lasak - 
Balang ini tahan lasak, kalau jatuh ke lantai sekali pun tak pecah

Getah Balang Yang Kuat -
Getah pada permukaan penutup balang berkualiti tinggi untuk mengelakkan aliran udara memasuki balang

Balang Kaca Kuih Jenama Luminarc Berkualiti Dan Kedap Udara
Permukaan penutup balang yang berkualiti untuk mengelak dari udara masuk


Kaca Berbaja -
Dihasilkan melalui proses pembajaan haba.Kaca dipanaskan 680°c dan disejukkan.
Kaca menjadi 5 kali ganda lebih kuat 

Kaca Lutsinar -
Kaca yang direka khas untuk melihat isi kandungan dalam balang kaca.Menjadikanya tampak elegen dan moden

Tidak Mempunyai Sudut Yang Tajam -
Sudut yang direka khas bagi semua golongan usia. Permukaan dan sudut balang yang selamat dipegang dan digunakkan semua.

Tiada Logam Yang Berbahaya -
Tidak di campurkan logam dan kimia yang berbahaya ke dalam kaca luminarc. Semuanya bebas dan selamat digunakan.

Warna Yang Menarik -
Di reka khas dengan 2 pilihan warna yang menarik iaitu pink dan biru

Warna Kaca Tak Pudar -
Kaca warna yang tidak akan luntur dan pudar disebabkan hakisan atau basuhan.

Balang Kaca Kuih Jenama Luminarc Berkualiti Dan Kedap Udara
Dua pilihan warna yang menarik iaitu biru dan pink


Kenapa Perlu Guna Balang Kaca Luminarc

Balang Kaca Luminarc ni berbeza dari balang yang lain. Kalau tengok rekaan bentuknya memang nampak elegen dan minimalis. Kalau zaza pun suka design yang macam ni..simple dan tak bercorak. So kalau nak tampal sticker macam sticker nama-nama bahan pun lawa kan..

Kualiti makanan yang terjamin. Rekaan balang dan penutup balang ini membantu mengelakkan dari udara masuk. So makanan akan lebih tahan lama.

Balang ini pun boleh guna dalam jangka masa yang lama. Walaupun jatuh atau penggunaan yang kasar, tapi balang ni tetap utuh bertahan.

Balang Kaca Luminarc Sesuai Pada Golongan :

Golongan Ibu-Ibu
Betul la kan..biasa kalau dah kahwin dan bergelar ibu-ibu ni mesti suka dengan barang-barang sebegini. Mungkin ada setengah tu bila masukkan makanan dalam balang tak kedap udara, habis makanan jadi lemau dan tak elok. Bila tak elok, anak-anak yang makan makanan tersebut boleh ditimpa sakit contoh sakit perut. So balang yang bagus dari segala segi pembuatannya amatlah dititik beratkan supaya tak mendatangkan mudarat.

Bakal Pengantin
Balang macam ni pun amat sesuai tau kalau nak jadikan hadiah untuk majlis perkahwinan. Ataupun jadikan ia sebagai doorgift buat tetamu.

Founder Produk
Bagi founder produk yang sukakan kelainan dan ada bajet lebih boleh la gunakan balang ini bagi menaikkan lagi seri produk mereka.

Balang Kaca Kuih Jenama Luminarc Berkualiti Dan Kedap Udara

Balang Kaca Kuih Jenama Luminarc Berkualiti Dan Kedap Udara

Info Jenama Luminarc

Jenama Luminarc ini merupakan sebuah jenama dibawah syarikat Kumpulan Arc International. Ia adalah sebuah jenama yang popular dan telah wujud sejak tahun 1984. Ia telah berada di pasaran sejak 72 tahun sehingga kini telah semakin ramai penggunanya.

Syarikat ini menghasilkan balang Luminarc dengan menggunakan kaca yang berkualiti tinggi untuk mencapai kekuatan yang diperlukan. Kaca ini dipanaskan pada suhu 680'C dan disejukkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Harga Balang Kaca Luminarc

1 Set ( 6 pcs ) RM99 ( termasuk kos penghantaran bagi Semenanjung Malaysia )
1 Set ( 6 pcs ) RM139 ( termasuk kos penghantaran bagi Sabah dan Sarawak )

Bagi yang ingin membuat pembelian boleh terus menghubungi mereka di :

Instagram : http://instagram.com/balangkacaluminarc
Whatsapp : 016 640 5527





CONTINUE READING
Zaza Iman
9 Comments

77 Resepi Istimewa Air Fryer Chef Hanieliza

77 Resepi Istimewa Air Fryer Chef Hanieliza



Assalamualaikum dan semua..apa khabar? Semoga semuanya ceria selalu..bab masak ni zaza bukanlah mahir..tahu yang basic je..adakala bila nak belajar masakan-masakan baru zaza memang suka google atau buat carian dekat facebook. Tapi adakala tak jadi dan itu buat zaza rasa sedih dan kecewa.

Macam baru ni zaza cuba buat gulai kuning telur ayam guna santan xxxxx tapi berbuih banyak..api pasang kecil je..lepas tu tak tahu kenapa rasanya tak sedap.. terus zaza macam kecewa gila tau.zaza pun buang kuah gulai tu..tapi hari tu masa zaza masak rebung masak lemak cili api guna santan Kara sedap pula..elok je..

Kat rumah zaza ni pun ada juga Air Fyer tapi zaza tak pernah guna sebab kakak punya. So memang tak usik la kecuali kakak je pakai untuk dia masak-masak.

Kalau ada yang nak try belajar guna Air Fryer ni boleh la cuba masak dengan buku 77 Resepi Istimewa Air Fryer dari Chef Hanieliza ni..

Banyak gila kan resepi yang ada dalam buku ni..mudah bila ada buku sebab boleh disimpan. Nak mencari resepi pun senang..selak je buku..


77 Resepi Istimewa Air Fryer Chef Hanieliza

77 Resepi Istimewa Air Fryer Chef Hanieliza

Antara resepi yang ada masakan Ayam Bakar Berempah, Ayam Bakar Lada Hitam,Ayam Bakar Serai, Ayam Goreng Korea, Ayam Goreng Halia, Ayam Percik, Kebab Ayam, Kepak Ayam Madu, Nugget Ayam, Ayam Goreng Korea dan beberapa lagi.

Untuk resepi Ikan dan Makanan Laut pula seperti Ikan Bakar Air Asam, Ikan Bakar Serai, Ikan Bilis Goreng Cili Api, Ikan Cencaru Sumbat, Ikan Pari Bakar Sambal, Ikan Salmon Bakar Cajun, Ikan Dory Breadcrumbs, Kerang Bakar, Keli Goreng dan banyak lagi.

Resepi Daging seperti Bolognese Cheesy Fries, Daging Bakar Lada Hitam, Burger Homemade dan Sosej Goreng Lada Hitam.

77 Resepi Istimewa Air Fryer Chef Hanieliza

77 Resepi Istimewa Air Fryer Chef Hanieliza

Bagi yang teringin nak buat Kerabu dan masakan Sayur, ada resepi antaranya Kerabu Ikan, Kerabu Ikan Bilis dan Tempe,Kerabu Daging, Kerabu Sotong, Salad Ayam dan Epal, Salad Telur, Salad Udang, Salad Kentang Oregano dan banyak lagi..

Turut diselitkan resepi masakan telur yang pelbagai dan kuih serta muffi. Resepi-resepi ini menggunakan Air Fryer.

77 Resepi Istimewa Air Fryer Chef Hanieliza

Dalam buku resepi ini lengkap dan disertakan juga panduan menggunakan Air Fyer. Baguskan.. Murah je buku resepi ni..so kalau nak dapatkan boleh beli kat shopee..

Untuk pembelian di Shopee boleh terus ke sini > 


Tapi kalau dah kehabisan stok boleh je beli kat seller lain dalam shopee yang masih available..

Harga pun murah dalam RM20.00 sahaja..

Pengenalan Tentang Chef Hanieliza

Berasal dari Kuala Lumpur dan kini menetap di Terengganu. Aktif dalam bidang masakan sejak berusia 26 tahun. Kini aktif menjadi guru masakan dan banyak menulis buku resepi. Beliau juga pernah dijemput untuk membuat demo masakan di rancangan Wanita Hari Ini, TV3 dan Rancangan Nasi Lemak Kopi O, di TV9. Banyak pencapaian yang diperoleh sehingga menjadi terkenal.



CONTINUE READING
Zaza Iman
6 Comments

Resepi Patin Tempoyak Original Pahang

Resepi Patin Tempoyak Original Pahang



Assalamualaikum dan hi..kalau ke Temerloh apa yang korang akan bayangkan? Tentu nya teringat akan makanannya yang paling popular iaitu Ikan Patin Masak Tempoyak kan..zaza pun antara pengemar masakan ikan patin tempoyak..paling suka bila dapat hirup kuahnya..memang boleh licin mangkuk.

Antara kedai patin tempoyak yang sedap di Temerloh yang terletak berhampiran dengan sungai tu..Orang Temerloh dan Pahang mesti tahu kan..kalau orang luar, boleh je google insyaallah jumpa la tempatnya..

Tapi macam zaza lah, kalau nak masak sendiri memang tak terbuat.. setakat kalau zaza nak makan baik beli je hehe..

Tapi mungkin ada dikalangan korang yang nak cuba belajar masak Patin Tempoyak ni boleh cuba Resepi Patin Tempoyak Original Pahang yang dikongsi oleh Suraya Yaacob.

Resepi Patin Tempoyak Original Pahang
Foto dan Resepi  Kredit : Suraya Yaacob
( Minta halal ya untuk zaza share resepi ini kepada pembaca blog ini )

Resepi Patin Tempoyak Original Pahang

Bahan - Bahan dan cara masak :

10 ulas cili padi merah
1 inci kunyit hidup
*Tumbuk dalam lesung batu sampai lumat

3 sudu tempoyak dimasukkan dan gaul rata
Kemudian masukkan ke dalam periuk

Tambah air dan didihkan di atas dapur

Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa
Masukkan ikan dan tunggu sampai didih

Setelah mendidih, masukkan daun kesum dan bunga kantan

Siap dan boleh lah dimakan bersama keluarga tersayang..


Mudah je rupanya kan nak masak ikan patin tempoyak original pahang ni..bahannya pun mudah sangat nak dapat. Ok selepas ni ni boleh la kita sama-sama belajar masak..oh ya zaza patin tempoyak ni mau bertambah-tambah makan nasi..

Oklah selamat mencuba!




CONTINUE READING
Zaza Iman
3 Comments

Terokai 3 Restoran Terbaik Dengan Hidangan Sedap di Kuala Lumpur

Terokai 3 Restoran Terbaik Dengan Hidangan Sedap di Kuala Lumpur



Kalau dekat KL, bila zaza datang rumah kakak dan waktu dia cuti, memang selalu bawa zaza jalan-jalan dan bawa makan kat tempat makan yang best dia selalu pergi. Zaza ingat kakak ada bawa makan laksa dan abc dekat kedai bawah pokok.Cuma zaza agak lupa kat mana lokasinya.

Tapi bila kakak kerja, so memang zaza pun malas keluar. Zaza datang rumah kakak pun time musim cuti sekolah yang panjang je bawa anak-anak dia sekali. Sebab anak buah zaza duduk kampung dengan zaza sekali mak ayah.

Kalau malas nak keluar tu dan rasa malas gila nak masak, zaza memang suka order food delivery kat FoodPanda je. Senang hehe..

So zaza nak share tiga restoran terbaik dengan hidangan sedap di KL ni..ada restoran yang zaza nampak rakan-rakan pun ada review juga. Bila nampak diorang pun kata ok, zaza pun nak share la kan. Mungkin ada yang dah datang dan menikmati makanan kat restoran ni? Untuk yang belum boleh la cuba..

1. Marmalade Kuala Lumpur

Terokai 3 Restoran Terbaik Dengan Hidangan Sedap di Kuala Lumpur

Marmalade terletak di tingkat 1 pusat membeli belah Bangsar Village. Mempunyai ruang yang santai dan menenangkan.

Menu hidangan utama di sini adalah Chimichurri Burger dan Beef Lasagna. Bagi yang menyukai hidangan salad, di Marmalade mereka menyediakan banyak pilihan salad yang enak.

Antara lain-lain menu hidangan seperti pelbagai jenis Pasta dengan harga bermula dari RM30 ke atas. Bagi yang ingin menikmati nasi boleh cuba nasi ulam berharga RM32.00. Anda juga boleh menghilangkan rasa haus dengan menikmati Smootie Bowls, Milkshakes atau Fresh Juice.

Mereka turut menyediakan makanan untuk kanak-kanak seperti Fish Fingers, Mini Chicken Terayaki Rice,Mini Bolognese, Mini Cheeseburger dan Cheesy Soldier with Tomato Dip. So tak perlu pening nak pilih makanan apa untuk anak-anak kan..

Malaysian Food
Waktu Buka : 10:00 AM - 8:30 PM
Lokasi : 1F-18, Bangsar Village 2, Jalan Telawi 2, 59100 Kuala Lumpur

Nak Order Di Food Panda? Klik je  : Marmalede


2. Luckin Kopi Jalan Panggong

Terokai 3 Restoran Terbaik Dengan Hidangan Sedap di Kuala Lumpur

Luckin Coffee ini baru dibuka. Walaupun baru tapi suasana dekorasi kafe ini cukup indah tau. Sesuai untuk melepak bersama teman-teman atau family.

Bagi pengemar minuman kopi memang wajib singgah ke restoran Luckin Coffee ni sebab mereka ada menawarkan kopi biasa sehingga kopi premium. Harga minuman juga murah.

Antara hidangan best seller yang ditawarkan pula seperti Nasi Lemak Ayam Goreng, Mee Siam Ayam Goreng, Mi Sedap Ayam Goreng.

Untuk teatime ditawarkan menu hidangan seperti Kaya Butter Toast + half boiled egg, Peenut Butter Toast + half boiled egg dan Banana Nutella Toast + half boiled egg

Lain-lain menu hidangan yang menarik seperti Signature Ayam Goreng, Chicken Chop, Ala Carte ( Nasi Lemak Biasa, Mee Siam Biasa, Indomee Biasa dan Signature Salted Egg Chicken Rice ), Toast dan Snack.

Ruang tempat makan juga selesa dan luas. Jika ada kesempatan boleh la berkunjung ke Luckin Coffee ini atau jika nak membuat order online, boleh menggunakan khidmat food delivery seperti FoodPanda.

Malaysian Food
Waktu Buka :  10:00 AM - 5:00 PM
Lokasi : 14 Jalan Panggong, 50000 Kuala Lumpur

Nak Order Di FoodPanda? Klik je  : Luckin Coffee 

3. Gajah Mada ( Nu Sentral )


Sesekali jika teringin nak merasai masakan Indonesia, Thai, Malaysia dan Vietnam, boleh la singgah ke restoran Gajah Mada di Nu Sentral.

Merupakan restoran baru yang diasaskan oleh The Majapahit Group. Terletak berdekatan dengan Ikea Cheras.

Antara menu hidangan yang menarik disini yang boleh anda nikmati seperti Malaysia Chicken Satay, Indonesia Oxtall Soup, Creamy Tom Yam Soup, Nasi Goreng, Sayuran, Malaysian Chicken Rendang, Nooodles, Dessert, Signature Beverage dan banyak lagi menu lain.

Menu-menu ini dipersembahkan oleh CHEF PAK ISAN SANTIBI, master kuliner dengan pengalaman lebih dari 25 tahun dalam meenyediakan masakan Asia Tenggara di beberapa negara.

Indonesia, Malaysian, Thai & Vietnam Food
Waktu Buka : 10:30 AM - 9:45 PM
Lokasi : L5-05,Level 5, U Sentral 201, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 50470 Kuala Lumpur

Nak Order Di FoodPanda? Klik je : Gajah Muda ( Nu Sentral )



So kalau teringin nak cuba menu-menu di tiga restoran ini, dah tak payah susah nak keluar..order je dari FoodPanda. Duduk rumah pun okay boleh makan sedap-sedap dengan servis food delivery dari FoodPanda ni tau.

Sepanjang zaza guna servis FoodPanda ni, alhamdulillah okay je. Cas servis penghantaran pun murah. Masa menunggu pun tak lama ( ikut pada restoran ).

FoodPanda pun menerima pembayaran melalui cod ataupun boleh bayar secara online guna kredit atau debit card. 

So kalau ada yang belum pernah menggunakan servis melalui FoodPanda, jangan lupa tau untuk download app FoodPanda di telefon okayyy!


CONTINUE READING
Zaza Iman
7 Comments

Tempat Makan Menarik Di Kimstone Food Court Kuantan

Tempat Makan Menarik Di Kimstone Food Court Kuantan



Tempat Makan Menarik Di Kimstone Food Court Kuantan. Assalamualaikum dan hi..masa ke Kuantan minggu lalu zaza dan rakan menginap dekat Kompo Villa..so belah malam kami keluar untuk makan malam pula. Untuk kali ini destinasi makan malam adalah dekat Kimstone Kuantan. Tempat ni pun rakan zaza juga yang beritahu.. kalau tanya zaza pasal Kuantan memang tak tau sangat sebab sangat jarang datang.

So malam tu lepas je isyak, terus la keluar menuju ke Kimstone. Tak jauh pun dari kami menginap. Sampai je kat sini, alhamdulillah ada parking kereta yang kosong.


First time datang dan tengok..waaa teruja juga sebab memang ramai juga orang makan kat sini.temptnya cantik dipenuhi dengan cahaya lampu yang indah. Macam biasalah terus la snap-snap gambar dulu sebelum makan.

CONTINUE READING
Zaza Iman
10 Comments

10 Menu Patut Cuba Semasa Berada di Petaling Jaya

10 Menu Patut Cuba Semasa Berada di Petaling Jaya



Hi Assalamualaikum..apa khabar semua? Harap ceria dan sihat selalu. Kalau ke KL, biasanya di hujung-hujung tahun baru zaza akan pergi..itu pun sebab kena tolong kakak zaza jaga anak-anaknya yang cuti sekolah.

So masa kat sana hari tu..zaza ada lah install aplikasi FoodPanda untuk order makanan. Maklumlah rumah kakak aparment tingkat 7, so kat situ pun tak ada kedai-kedai terdekat yang boleh jalan kaki..nak kena drive atau keluar jauh sikit baru ada..so kadang tu memang malas je nak keluar membeli.. jalan terbaik order je kat Food Panda kan..

Rumah kakak zaza memang kat Petaling Jaya..so zaza nak share la sikit 10 menu makanan yang boleh dicuba jika korang berada kat Petaling Jaya. Boleh la order kat FoodPanda delivery Malaysia


1. Sate | D'Warong Sate@ Seri Buluh

10 Menu Patut Cuba Semasa Berada di Petaling Jaya

Sesekali bawa keluarga pergi makan sate pun syok juga kan..tapi kalau rasa malasnya nak keluar dan nak makan kat rumah je, boleh la order sate dekat D'Warong Sate @ Seri Buluh.

Waktu Operasi : Isnin hingga ahad | 6.00 petang - 11.30 malam | HALAL

2.Korean Crispy Chicken Burger | Mr Burger 

10 Menu Patut Cuba Semasa Berada di Petaling Jaya

Bagi yang mengidam nak makan burger dan roti john, Mr Burger adalah pilihan yang best. Rotinya sangat lembut dan harganya juga berpatutan.

Baca review dari pembeli pun rata-rata berpuas hati dengan servis yang diberikan. 

Waktu Operasi ( delivery) : 1 petang-8 malam
Facebook : https://web.facebook.com/mr.burgerofficial01/ | +60 17203 3757 | HALAL

3. Malaysian Food | Minang Haji Azhar

10 Menu Patut Cuba Semasa Berada di Petaling Jaya
Foto : google

Bagi yang meminati masakan kampung seperti daging goreng dendeng, daging dan ayam rendang,ikan pari asam pedas, gulai lemak nangka dan lain-lain, boleh cuba menikmati hidangan disini.

Waktu Operasi ( delivery ) : Isnin - Ahad | 10:00 pagi- 5:00 Petang
016-610 6323 | HALAL

4. Laksa Power | Selera Utara Food Court

10 Menu Patut Cuba Semasa Berada di Petaling Jaya

Siapa peminat laksa kat sini? Kalau anda, nampaknya kita satu geng lah..selalu kalau keluar mana-mana mesti zaza akan cari laksa. Jadi kalau teringin nak makan laksa boleh try order dekat Selera Utara Food Court ni.

Selain laksa, ada juga menu seperti rojak buah, maggi sup ayam, bakso dan pelbagai nasi dan lauk pauk.

Waktu Operasi ( delivery) : Isnin hingga ahad | 10:30 pagi - 8.30 malam | HALAL
Lokasi : Tesco Extra Damansara

5. Pisang Goreng | Goreng Pisang Sedap Kota Dame

10 Menu Patut Cuba Semasa Berada di Petaling Jaya

Petang hari adakala memang teringin nak makan pisang gorengkan. Apa kata order je dekat Goreng Pisang Sedap Kota Dame. Selain goreng pisang ada juga keropok lekor cheese dan cucur udang

Waktu Operasi ( delivery) : Isnin hingga ahad | 12.00 tengahari - 6.00 petang | HALAL

6. Mee Bandung Muo | Real Tomyam @ Mee Bandung Muo

10 Menu Patut Cuba Semasa Berada di Petaling Jaya

Kat Johor memang terkenal dengan Mee Bandung Muo. Jadi kepada yang teringin menikmati tapi nak ke Johor agak jauh, boleh cuba dekat Real Tomyam @ Mee Bandung Muo.Harganya pun agak berpatutan untuk satu pinggan.

Selain itu ada juga menu lain seperti laksa johor, mee kari bonda,  maggi char dan char kuey teow

Waktu Operasi ( delivery ) : Isnin hingga ahad | 12.00 tengahari - 11.00 malam |  HALAL
Lokasi : Seksyen 6 Kota Damansara, Petaling Jaya

7. Tauhu Bergedil | Lidah Goyang Kota Damansara

10 Menu Patut Cuba Semasa Berada di Petaling Jaya

Sekarang ni memang viral juga manu tauhu bergedil kan..rmai kata sedap tapi zaza belum cuba lagi memandangkan zaza tak gemar makan tauhu. Tapi kalau anda tercari-cari tauhu bergedil boleh cuba makan di Lidah Goyang Kota Damansara.

Ada dua pilihan iaitu Tauhu bergedil daging dan Tauhu bergedil mix.

Waktu Operasi ( delivery ) : Isnin hingga ahad | 8.00 pagi - 6.30 petang | HALAL
Lokasi : Jalan Cecawi, Kota Damansara

8. Donut | Donut Cun NSK Kota Damansara

10 Menu Patut Cuba Semasa Berada di Petaling Jaya

Biasa anak-anak suka betul makan donut yang  topping nya ada pelbagai perisa seperi coklat. Jadi apa kata sesekali belanja anak-anak makan donut dekat Donut Cun di NSK Kota Damansara. Boleh juga ditambah dengan minuman yang ada seperti slurpee markisa, slurpee kiwi, mango baverage dan orange baverage.

Waktu Operasi ( delivery ) : Isnin hingga ahad | 9.30pagi- 6.3 malam | HALAL

9. Masakan Tomyam Panas | Ani Tom Yam Corner

10 Menu Patut Cuba Semasa Berada di Petaling Jaya

Sedapnyaaa tomyam..dah lama tak makan..kadang tu nak masak sendiri macam malas kan..jadi cara paling senang order je kat Ani Tom Yam Corner.

Selain tomyam, ada juga banyak menu lain yang best-best untuk dipilih. Antaranya masakan mee/bihun/kuey tiow, nasi goreng. Pekena pula dengan minuman seperti ais milo, barli juice, fresh orange..fuhh memang kenyanggg..

Waktu operasi ( delivery ) : Isnin hingga ahad | 12.00 tengahari - 11.59 malam | HALAL
Lokasi:Pangsapuri Taman Medan Cahaya

10. Lauk Asam Pedas | Asam Pedas Claypot YB

10 Menu Patut Cuba Semasa Berada di Petaling Jaya

Bagi yang sukakan masakan lauk asam pedas boleh cuba hidangan ini dekat Asam Pedas Claypot YB. Harga yang ditawarkan amat berpatutan.Bolehlah bawa keluarga atau teman-teman makan disini. Antara pilihan ikan untuk lauk asam pedas ini seperti ikan kembung, ikan merah, ikan merah kepala, ikan tenggiri, ikan jenahak, ikan pari dan ikan mayong.

Waktu operasi ( delivery ) : Isnin hingga ahad | 11.00 pagi hingga 5.00 petang | HALAL
Lokasi :  Selera Sri Manja, Gerai No 5



CONTINUE READING
Zaza Iman
14 Comments

Coolblog Perkenal Minuman Baru Cheese Pinky Berry Dengan Aura Merah Jambu

Coolblog Perkenal Minuman Baru Cheese Pinky Berry Dengan Aura Merah Jambu



Sesekali basahkan tekak dengan minuman dari Coolblog pun syok juga kan. Lagi pula sekarang ni cuaca memang panas betul..cepatlah terasa dahaganya.

Tahu tak yang baru-baru ni kan Coolblog telah memperkenalkan minuman perisa baru tau. Kali ni berasaskan buah Strawberry. Tentu ramai yang suka kan dengan perisa baru ni. Korang kena cuba tau!

Coolblog Perkenal Minuman Baru Cheese Pinky Berry Dengan Aura Merah Jambu

Minuman siri baru ini diberi nama Cheesy Pinky Berry dengan tiga jenis perisa iaitu Cheesy Pinky Berry Strawberry Milk, Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese dan Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo.

Minuman ini jual dengan harga RM8.80 untuk saiz 700ml.

Coolblog Perkenal Cheesy Pinky Berry Melalui Radio SURIA FM

Minuman siri ini telah diperkenalkan secara rasmi oleh Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Coolblog Cik Win Zakaria menerusi radio SURIA FM. Ini merupakan pertama kali Coolblog mempromosikan produk minumannya di stesen radio dengan kehadiran barisan utama penyampai radio SURIA FM seperti Issey, Fizi, Tyzo, Rara dan Suraya. Kemunculan pelakon yang popular dengan watak Lailer didalam drama bersiri ‘Kampung People’ iaitu Riena Diana semasa majlis pelancaran turut menambahkan lagi hangatnya aura merah jambu yang dibawakan oleh Coolblog.

Dengan pelancaran minuman ini juga menandakan ia merupakan kempen pertama oleh Coolblog bagi tahun 2020.

Coolblog Perkenal Minuman Baru Cheese Pinky Berry Dengan Aura Merah Jambu

Coolblog Perkenal Minuman Baru Cheese Pinky Berry Dengan Aura Merah Jambu

Coolblog Perkenal Minuman Baru Cheese Pinky Berry Dengan Aura Merah Jambu

Dengan taktik komunikasi – Let Coolblog Pink Your World, mesej utama kempen Cheesy Pinky Berry ini adalah untuk memberitahu umum bahawa Coolblog kini tampil dengan aura dan semangat merah jambu yang penuh semangat yang membara. Keenakkan rasa strawberi premium yang diadun bersama susu segar, cheese dan oreo juga turut disertakan dengan butiran jeli berbentuk hati pasti menambat tunas rasa setiap pelanggan setia dan penggemar minuman smoothies. Cheesy Pinky Berry dijual pada harga RM8.80 bagi saiz 700ml dan boleh didapati di kesemua 300 cawangan Coolblog seluruh Malaysia.

Muzik Video Cheesy Pinky Berry

Bagi menyemarakkan kan lagi dunia merah jambu bagi peminat setia Coolblog dan juga penggemar minuman smoothies, Coolblog telah melancarkan muzik video Cheesy Pinky Berry yang dibintangi oleh Riena Diana. Berlatarkan muzik jingle yang comel dan berunsur Korea, muzik video Cheesy Pinky Berry boleh di saksikan di laman sosial rasmi Instagram dan Facebook Coolblog Malaysia. Versi boleh muat turun akan dilancarkan tidak lama lagi dan peminat Coolblog boleh memuat turun muzik video Cheesy Pinky Berry ke dalam peranti mereka.

Cabaran Tarian TikTok Cheesy Pinky Berry

Sempena kempen Cheesy Pinky Berry ini, CoolBlog menganjurkan cabaran tarian melalui aplikasi TikTok yang diberi nama #CPBDanceChallenge. Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membeli minuman mana-mana perisa minuman Cheesy Pinky Berry Coolblog, muat naik video tarian menggunakan lagu rasmi Cheesy Pinky Berry dan peserta yang mendapat undian tertinggi akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai. Maklumat lanjut cabaran tarian TikTok Cheesy Pinky Berry akan dikemaskini di laman sesawang dan media sosial rasmi Coolblog.

Coolblog Perkenal Minuman Baru Cheese Pinky Berry Dengan Aura Merah Jambu

Coolblog Perkenal Minuman Baru Cheese Pinky Berry Dengan Aura Merah Jambu

Kenyataan Media

"Kami sangat gembira dan berbangga memperkenalkan Cheesy Pinky Berry sebagai taruhan pertama oleh Coolblog pada tahun ini dan saya yakin siri dan perisa baharu Cheesy Pinky Berry ini akan membawa minuman Coolblog ke peringkat seterusnya dan mendapat sambutan lebih hebat berbanding siri kempen sebelum ini.

Apa yang menarik pada kempen Cheesy Pinky Berry ini adalah pada strategi kami dalam memberi minuman yang trendy dan terkini bagi tahun 2020. Bukan mudah untuk kami meyajikan sesuatu yang menepati citarasa semua, tetapi menjadi prinsip utama kami untuk sentiasa memberikan yang terbaik untuk peminat Coolblog dan setelah melakukan beberapa fasa kajian, kami melihat minuman berasaskan buah strawberry bakal menjadi trend yang hangat untuk 2020, maka dengan itu kami dengan bangganya memperkenalkan 3 minuman terbaharu kami yang kami beri nama Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese, Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo dan Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky.

Selain perisa strawberi menjadi trend terkini, kami di Coolblog memilih strawberi kerana keenakkan stawberi itu apabila diadun dengan bahan-bahan dan perisa ikonik serta berkualiti dari Coolblog, ianya menghasilkan rasa minuman yang amat sedap dan menepati citarasa penggemar minuman smoothies di Malaysia. Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese – keenakkan strawberry yang diadun dengan keju yang penuh krim. Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo – Minuman strawberry yang diadun dengan biskut Oreo dan akhir sekali Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky, campuran strawberi dan susu segar. Kami percaya ketiga-tiga siri Cheesy Pinky Berry ini semestinya menambah satu lagi dimensi pada palate rasa pencinta Coolblog.”

Info lanjut mengenai produk-produk Coolblog boleh ikuti di :


#CheesyPinkyBerry
#CoolblogCPB
#CoolblogMalaysia




CONTINUE READING
Zaza Iman
8 Comments

Resepi Sambal Kentang Bilis Simple

Resepi Sambal Kentang Bilis Simple




Resepi Sambal Kentang Bilis Simple. Seperti biasalah, kat rumah zaza akan masak untuk family..mak ayah dengan anak-anak buah je la ada untuk makan tapi adakala bila mak tak kemana, mak yang akan masak..

Kadangkala tu zaza pun macam mati kutu juga nak masak apa hari ni..sebab zaza ni tak adalah mahir dan pandai sangat masak..basic tu boleh la..entah sedap ke tidak janji boleh masuk perut dan kenyang kan..! hehe

So hari ni zaza macam teringin nak makan sambal bilis sebenarnya..tapi sebab bahan pun tak berapa ada dan ikan bilis pun sikit..lepas tu pula ternampak kentang yang kakak beli..alang-alang tu ambil je la tiga empat biji kentang dan terhasillah sambal kentang bilis yang paling simple sekali..itu pun zaza google juga tau resepi hahaha..

So tak salah juga kan zaza nak share resepi..walaupun senang dan semua orang tahu..tapi manalah tahu kalau-kalau ada orang lain yang macam zaza juga masih nak belajar masak..boleh la try juga buat sambal kentang ni..

Alhamdulillah sambal kentang zaza buat sepinggan ni habis dimakan..siap anak buah request suruh buat lagi..betul tau..tak tipu..memang anak buah suruh buat lagi..tapi tengoklah kalau ada bahan dan rajin hehe..

So resepi nak buat sambal kentang simple ni..caranya

Bahan-Bahan

Kentang
Ikan Bilis
Cili Padi
Bawang Merah
Garam
Gula

1. Potong kentang macam zaza buat tu..dan goreng. Bila dah lembut, angkat dan ketepikan
2. Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan
3. Tumbuk cili padi dan bawang merah  ( macam zaza guna cili padi dalam 4 biji sebab jenis tak tahan pedas )
4. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula
6. Selepas tu biarkan sejuk seketika dan barulah masukkan kentang dan ikan bilis yang digoreng tadi..gaul rata
7. Siappp

So simple gila kan..ada resepi letak cili kisar, bawang putih..tapi zaza try ikut resepi yang zaza jumpa dan simple ni pun dah cukup sedap dah..bertambah makan nasi..










CONTINUE READING
Zaza Iman
2 Comments

Buah Berangan Sedap Di Temerloh

Buah Berangan Sedap Di Temerloh


Buah Berangan Sedap Di Temerloh. Minggu lepas dah makan buah berangan. Tapi biasalah datang musim kempunan..tercari-cari. Agak susah juga nak mencari. Kebetulan balik ke kampung lalu bandar Temerloh. Memang zaza tahu kat Temerloh ada satu gerai tepi jalan yang menjual buah berangan ni.

So sempat la singgah sekejap dan beli sekilo. Gerai ni berdekatan dengan Jambatan Temerloh dan berhadapan dengan Tempat Mandi Kubang Gajah.

Baru ni masa kat KL, zaza ada beli sedikit dan beri kawan zaza rasa.. teruja dia makan sebab pertama kali rasa. Katanya sedap.

Buah berangan ni dipanggil juga sebagai Chesnut. Agak mahal sedikit harganya.

Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh
Sempat singgah membeli.. thanks pakcik..ramah je dengan pelanggan

Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh

Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh

Buah berangan ni dimasak dengan pelbagai cara. Salah satu cara yang paling popular adalah memasak dalam kuali menggunakan batu arang kecil.

Rasa buah berangan ni rasanya manis dan lembut. Baunya wangi. Macam zaza..sekali makan sampai berkali-kali. 

Untuk pengetahuan korang..buah berangan ni mengandungi Vitamin C yang tinggi. tiada kolestrol dan lemak yang sedikit.


Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh
Batu arang kecil digunakan untuk memasak buah berangan

Masa makan buah berangan ni..terfikir juga..dari mana buah berangan ni terhasil. Yela kadang-kadang kekacang ada yang tumbuh dari tumbuhan dalam tanah. Ada yang dari pokok. Rupanya buah ni terhasil dari sebuah pokok. Kalau tengok macam bulu-bulu rambutan pun ada.


Pokok Buah Berangan yang menghijau..
ala-ala macam rambutan je tengok.. Foto dari Padangjawaku

Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh
Apabila buah telah matang dan masak...Foto dari Padangjawaku

Mungkin tak ramai yang tahu lagi tentang buah ni. Kalau ada pengunjung yang datang..warga asing ke..yang datang ke Temerloh boleh la cuba merasa keenakan buah berangan ni.

CONTINUE READING
Zaza Iman
9 Comments

Hybrid Cocojello Di Finger Food Bites Puchong

Hybrid Cocojello Di Finger Food Bites Puchong



Hybrid Cocojello Di Finger Food Bites Puchong. Assalamualaikum dan hi..apa khabar semuanya. Sudah beberapa hari zaza ada dekat KL ni. Ada beberapa urusan zaza kat sini dalam tempoh 2-3 minggu. Bila kat sini mulalah zaza terasa nak mencari menu-menu yang best untuk dinikmati yang jarang-jarang ada kat tempat zaza.

Memandangkan sekarang ini semuanya dah mudah. Tak perlu nak keluar jauh-jauh nak cari makan. Order saja guna app Grab Food. Ini kali pertama zaza buat tempahan makanan melalui app Grab Food. Kalau lihat menu yang ada dalam app tu terasa nak order semuanya.

Tapi masa tengah mencari menu apa yang nak dicuba tu..zaza terlihat ada menu berasaskan kelapa. Zaza ni memang pengemar kelapa. Jadi apa saja makanan yang ada kelapa mesti nak cuba.

Hybrid Cocojello Di Finger Food Bites Puchong
Antara flavor baru yang diperkenalkan
CONTINUE READING
Zaza Iman
8 Comments

Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena

Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena


Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena

Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena. Kalau musim perayaan selain laksa asam, Laksa Lemak antara pilihan menu yang sentiasa family zaza buat.. kalau dah buat memang nasi zaza tak sentuh seharian sebab balun makan laksa je...tambah pula laksa adalah makanan kegemaran zaza..memang hantu betullah..


Hari tu sempat tolong mak dekat dapur buat laksa lemak kelantan ni..Nampak macam kuah cair sikit tapi rasa dia sedap tau..kalau pekat lagi super duper sedappp

Kuah dia lebih kurang kuah laksam jugak.  Mungkin ada yang tak pernah makan kan...so boleh la cuba buat nanti. Kalau nak buat sorang-sorang tu mesti rasa macam malas je kan sebab leceh nak perisi ikan dan lain-lain...Jadi boleh ajak family lain membantu atau rakan-rakan ke..baru la syokkan.

Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena

Bahan-bahan yang diperlukan :
1 kg Ikan selayang
1/2 Santan pekat
10 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
3 keping asam keping
Lada Hitam
Garam dan Gula

Cara Masak :
1. Rebus ikan selayang. Kemudian ambil isinya dan kisar. Letak dalam periuk
2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, dan lada hitam dan campur kedalam periuk tadi
3. Masukkan santan dan sedikit air ( sebagai tambahan ) dan asam keping
4. Masak di atas dapur, kacau sehingga mendidih
5. Masukkan garam dan gula
6. Rasa..kalau dah rasa kuah okey boleh lah tutup api..

Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena

Resepi Laksa Lemak Kelantan Ditaburi Daun Pucuk Capena
Daun pucuk capena bersama timun hiris

Parut atau hiris timun untuk dibuat ulam makan bersama laksa...selain timun zaza suka campur dengan ulam daun pucuk capena..daun pucuk capena tu warna hijau kemerahan gelap..kat tempat korang zaza tak pasti korang sebut apa...Maaf zaza lupa nak shoot gambar pucuk capena tu.. Nanti zaza ingat zaza cuba share kat sini okay..

Lepas tu bolehlah bubuh sikit cili potong-potong bagi pedas.. ada setengah orang buat cili sambal..tapi jenis zaza family cili potong je...

Kemaskini - 12 Nov 2019


CONTINUE READING
Zaza Iman
3 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)