Langkau ke kandungan utama

SOCIAL MEDIA

Memaparkan catatan dengan label FOOD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FOOD. Papar semua catatan


Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Baru je zaza lepas makan siput sedut masak lemak cili api hasil abah dan mak tangkap dekat parit di kampung baru-baru ni. Kebetulan pula ternampak perkongsian dari ( kredit Fienaz Shafie ) berkongsi Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api caranya. Jom kita cuba masak!

Bahan-bahan

1 kg Siput Sedut
2 kotak santan
2 biji kunyit hidup (size kecil)
8-10 biji cili padi
2 batang serai (diketuk)
Halia 1 inci
300ml santan cair
1 cawan air
1 keping Asam Keping
Garam & Gula secukup rasa
1 helai Daun Kunyit (size besar)
*Kalau tak mahu tumis letak minyak pun boleh ikut citarasa masing-masing

Untuk cara memasak, korang boleh tonton video yang Fienaz kongsi di  facebooknya



Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Sabtu, April 06, 2024


Resepi Kacang Buncis Sambal Tumis

Malam-malam ni terliur pula bila ternampak Resepi Kacang Buncis Sambal Tumis ni. Makan nasi panas ditambah dengan ikan masin memang cukup menyelerakan.

Jom kita cuba resepi dibawah ini

RESEPI KACANG BUNCIS SAMBAL TUMIS

Bahan-Bahan
1/2kg kacang buncis potong serong
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit belacan
segenggam ikan bilis
3 sudu cili kisar
garam dan aji
sedikit gula

Cara Memasak 
1. Tumbuk bahan-bahan bertanda (*)
2. Panaskan minyak.. masukkan ikan bilis.. goreng sekejap jangan sampai garing..
3. Masukkan bahan tumbuk..tumiskan hingga kekuningan..
4. Masukkan pula cili kisar.. tumis hingga naik bau..
5. Masukkan kacang buncis.. garam.. aji dan gula secukup rasa..
6. Bila kacang dah agak lembut.. tutup api
sedia untuk dihidang.

Kredit kepada pemilik dan juga perkongsian dari facebook Resepi Enak



Resepi Kacang Buncis Sambal Tumis

Jumaat, Januari 12, 2024


Assalamualaikum dan hi..kalau ke Temerloh apa yang korang akan bayangkan? Tentu nya teringat akan makanannya yang paling popular iaitu Ikan Patin Masak Tempoyak kan..zaza pun antara pengemar masakan ikan patin tempoyak..paling suka bila dapat hirup kuahnya..memang boleh licin mangkuk.

Antara kedai patin tempoyak yang sedap di Temerloh yang terletak berhampiran dengan sungai tu..Orang Temerloh dan Pahang mesti tahu kan..kalau orang luar, boleh je google insyaallah jumpa la tempatnya..

Tapi macam zaza lah, kalau nak masak sendiri memang tak terbuat.. setakat kalau zaza nak makan baik beli je hehe..

Tapi mungkin ada dikalangan korang yang nak cuba belajar masak Patin Tempoyak ni boleh cuba Resepi Patin Tempoyak Original Pahang yang dikongsi oleh Suraya Yaacob.

Resepi Patin Tempoyak Original Pahang
Foto dan Resepi  Kredit : Suraya Yaacob
( Minta halal ya untuk zaza share resepi ini kepada pembaca blog ini )

Resepi Patin Tempoyak Original Pahang

Bahan - Bahan dan cara masak :

10 ulas cili padi merah
1 inci kunyit hidup
*Tumbuk dalam lesung batu sampai lumat

3 sudu tempoyak dimasukkan dan gaul rata
Kemudian masukkan ke dalam periuk

Tambah air dan didihkan di atas dapur

Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa
Masukkan ikan dan tunggu sampai didih

Setelah mendidih, masukkan daun kesum dan bunga kantan

Siap dan boleh lah dimakan bersama keluarga tersayang..


Mudah je rupanya kan nak masak ikan patin tempoyak original pahang ni..bahannya pun mudah sangat nak dapat. Ok selepas ni ni boleh la kita sama-sama belajar masak..oh ya zaza patin tempoyak ni mau bertambah-tambah makan nasi..

Oklah selamat mencuba!




Resepi Patin Tempoyak Original Pahang

 



30 Jenis Resepi Rendang Raya


Resepi Rendang Ayam

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 labu bawang besar (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
2 batang serai dititik
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 biji santan
2 asam keping
Kerisik
Gula melaka
Garam
2 helai daun kunyit(hiris halus)

Bahan-bahan blended:

30 tangkai cili kering(rebus dulu)
3 inci kunyit hidup
3 inci halia
3 inci lengkuas

Cara-cara masak:

1.Panaskan minyak.tumis bawang blended & serai hingga naik bau.masukkan serbuk jintan putih & jintan manis.kacau rata.
2.Masukkan bahan-bahan blended(cili kering,kunyit hidup,halia & lengkuas).
Biar sampai pecah minyak.
4.Masukkan ayam dan gaul rata.
5.Masukkan santan dan kecilkan api.
Masak hingga ayam masak.
6.Masukkan kerisik,asam keping,gula melaka dan garam.masak hingga rendang pekat/sedikit kering.
7.Tabur daun kunyit dan tutup api.

Selamat mencuba..

Kredit : Zatun Najahah Ghazali



30 Jenis Resepi Rendang Raya

Resepi Rendang Kerang

Bahan-bahan diperlukan:

600gm isi kerang
150gm cili kisar
100 gm bawang putih *dikisar
50gm bawang merah *dikisar
50gm halia *dikisar
50 gm serai *dikisar
40gm kerisik
10gm gula melaka
2 helai daun kunyit
1/2 liter santan
1sudu teh garam
minyak masak secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

1.Tumiskan bahan dikisar hingga naik bau.kemudian masukkan pula daun kunyit,garam,dan gula melaka
2. Kacau rata dan masukkan isi kerang
3.Masukkan santan dan kacau hingga pekat.kemudian masukkan kerisik.
4.Perlahankan api dan tunggu hingga masak.
Kredit : Dapur Kak Tina


30 Jenis Resepi Rendang Raya

Resepi Rendang Daging
BAHAN:
1) Bawang Merah/Putih (kisar)
2) Cili kering (kisar)
3) Kunyit Hidup (kisar)
4) Halia (kisar)
5) Lengkuas (kisar)
6) Jintan halus (kisar)
7) Bunga lawang/kayu Manis
8) Kerisek
9) Santan cair (1biji kelapa)
10) Daun kunyit /Daun limau purut (hiris)
11) Daging Batang Pinang
12) 1 batang serai (ketuk)
CARA-CARA :
1) - kisar bawang putih /merah/cili kering/halia/
lengkuas/jintan halus/kunyit hidup @ serbuk knyit/cili padi (optional)

2) panaskan mnyk, tuang bhn kisar tadi smua ke dalam kuali, masukkn serai/ kayu manis/Bunga lawang.. tumis smpi pecah minyak.

3) - Seterusnya masukkan 1kg daging btg pinang .
Dah pekat tmbh sikit air dlm 1 cwn. Baru masukkan kerisek.

4) Masukkn santan, seterusnya msukkn garam dan biarkan dia msak.

5) Akhir skali masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau . Masak sehingga kering , jika nak berkuah tambah lagi air dan adjust rasa . Siap!
Resepi ni tiada anggaran berapa biji bawang, berapa sukatan cili, memandangkan saya masak hanya main agak-agak dan campak sahaja ikut rasa. Saya hanya berikan bahan-bahan utama dalam memasak rendang sahaja
Kredit: Tengku Roselyza Raja Muhammad
Dekat sini zaza share 3 jenis resepi je tau. Untuk 27 lagi resepi lain, korang boleh tengok dekat link ini >>> 30 Jenis Resepi Rendang


30 Jenis Resepi Rendang Raya


Hello!

I'm zaza iman, blogging since 2012. like photography, sometime i read book, sometime i like travel..masih menulis blog cuma kadangkala jiwa menulis itu telah menjauh ~ jan 2024 ~ for any collaboration can emel me here : zazaiman17@yahoo.com , thanks.

view this blog!