Langkau ke kandungan utama

SOCIAL MEDIA

Memaparkan catatan dengan label FASHION. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FASHION. Papar semua catatan

 

Hi korang.. dah lama rasanya tak bercuti ke pusat-pusat peranginan. Last dulu zaza bercuti masa dekat Port Dickson. Tempah hotel dengan kolam mandi private. Seronok sebab bercuti dengan kakak dan anak-anak dia. Sekarang kakak pun dah sibuk dengan kerja. So tak ada masa nak becuti sama.

Tapi itulah kan, bila tengok rakan-rakan bercuti bawa anak-anak mandi kolam..tengok rakan-rakan bersama geng-geng pergi mandi sungai..eh seronoknya..teringin la pula kan..

Tapi kan macam kita orang perempuan ni, kalau nak mandi manda tak kisah kat tempat private ke atau terbuka, seeloknya kenalah pakai pakaian mandi atau renang yang sesuai. 

Zaza adalah juga servey-servey pakaian mandi dan renang untuk wanita dekat web dan laman beli-belah. So, zaza terjumpalah satu jenama pakaian mandi dan renang, LYRA SWIMWEAR. Bila zaza belek-belek tengok, eh cantik-cantiklah design baju mandi diorang ni..tak pernah jumpa lagi design pakaian mandi macam ni..memang lawa sangat.

Pakaian Renang Wanita Lyra Swimwear

BAGAIMANA LYRA SWIMWEAR DITUBUHKAN

Ikram, merupakan pengasas LYRA Swimwear ini menyatakan LYRA dicipta melalui perjuangan seorang wanita untuk mencari pakaian renang yang sesuai dengan gaya hidupnya. Menurutnya, agak sukar untuk menemui pakaian renang yang sopan. Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk menghasilkan sendiri pakaian renang mengikut apa yang diinginkan.

Mengambil masa selama setahun membuat papan mood di bilik tidur dan juga bercakap dengan wanita dari semua agama yang menghadapi masalah kesukaran ketika berenang, akhirnya beliau mencipta rangkaian jenama LYRASWIMS

Pada Disember 2016, beliau telah melancarkan jenama ini dan rekaan LYRA mempunyai keanggunan Hollywood klasik, reka bentuk sejuk dan minimalis pantai Maghribi.


KEISTIMEWAAN PAKAIAN RENANG LYRA SWIMWEAR

Selain design yang ekslusif, cantik dan selesa, Pakaian renang LYRA ini dihasilkan daripada fabrik Carvico Itali yang ringan, cepat kering, berkualiti premium dengan perlindungan UV Tinggi.

LYRA juga menyediakan pembelian dalam set lengkap atau berasingan. Ia termasukan dengan penutup kepala gaya turban, seluar renang dan tudung renang.

Bukan itu sahaja, LYRA juga telah berjaya dipamerkan di London Modest Fashion Week sekaligus dapat mengembangkan lagi rangkaian jenama ini dengan lebih banyak reka bentuk sesuai untuk wanita kontemporari.

KOLEKSI - KOLEKSI PAKAIAN RENANG LYRA SWIMWEAR

Disini zaza kongsikan sikit beberapa pakaian renang LYRA yang ada. Memang cantik dan rekaan pun buat zaza juga tertarik serta lain dari yang lain. Ada banyak lagi design yang korang boleh servey dekat website LYRA ni.

Pakaian Renang Wanita Lyra Swimwear

Pakaian Renang Wanita Lyra Swimwear

Pakaian Renang Wanita Lyra Swimwear

Pakaian Renang Wanita Lyra Swimwear



Dibawah ini pula antara koleksi penutup kepala yang boleh korang pilih. Ada banyak warna boleh tengok di website LYRA :

Pakaian Renang Wanita Lyra Swimwear

Pakaian Renang Wanita Lyra Swimwear

Pakaian Renang Wanita Lyra Swimwear
Turban Knot Swim Cap

Pakaian Renang Wanita Lyra Swimwear


Selain pakaian untuk renang, ada juga koleksi lain seperti baju maxi dress dengan kaftans. Tapi koleksi maxi dan kaftans belum ada banyak lagi. Mungkin akan dikemaskini nanti.

So buat korang yang nak cari pakaian renang wanita, bolehlah servey-servey dekat LYRA website okay. Harga pun sesuai lah dengan kualitinya. Sambil-sambil berenang, sambil-sambil tu boleh bergaya..kannn



Pakaian Renang Wanita Lyra Swimwear

Rabu, Mac 08, 2023


Hello!

I'm zaza iman, blogging since 2012. like photography, sometime i read book, sometime i like travel..masih menulis blog cuma kadangkala jiwa menulis itu telah menjauh ~ jan 2024 ~ for any collaboration can emel me here : zazaiman17@yahoo.com , thanks.

view this blog!