Memaparkan catatan dengan label FASHION. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FASHION. Papar semua catatan

Handbag Baru Edisi Neufa Serena Dari Neufa.My

Handbag Baru Edisi Neufa Serena Dari Neufa.My



Assalamualaikum dan hi semua..Apa khabar. Diharap semuanya sihat dan ceria selalu. Zaza memang suka membeli handbag cuma kebanyakan koleksi beg zaza jenis kecil saiznya, jadi boleh muat beberapa barang je. Pernah sekali tu zaza beli satu handbag ni secara online..zaza ingat besar rupanya kecil..muat-muat masuk wallet je..itu lah silap tak tengok saiz..terpengaruh tengok gambar macam besar kan..hehe

Memang sebelum ni zaza ada servey nak beli handbag lain yang besar yang boleh muatkan dslr zaza dengan beberapa barangan lain tapi bila servey tak banyak yang berkenan dan kebanyakan kualiti macam tak sama dengan gambar. Sebab sebelum beli zaza memang suka baca review-review sesuatu barang tu dari pembeli lain.

Tapi kan..jujur zaza cakap yang zaza berpuas hati sangat dengan handbag dari jenama Neufa ni..Sebelum ni Neufa telah memperkenalkan koleksi handbag The Orked, dan untuk koleksi tahun 2020 ni, Neufa melancarkan handbag baru Edisi Neufa Serena.

Handbag Baru Edisi Neufa Serena Dari Neufa.My

NEUFA

Neufa merupakan sebuah jenama handbag di Malaysia dan menjual koleksi handbagnya secara atas talian. Neufa menyediakan handbag buat wanita dengan kualiti yang bermutu tinggi dan harga jualan yang mampu untuk dimiliki.

Buat masa ini hanya ada dua edisi yang terdapat di website iaitu The Orked dan Serena. 

EDISI NEUFA SERENA

Bagi tahun 2020 ini, Neufa memperkenalkan handbag edisi Neufa Serena dengan tiga pilhan warna iaitu Serena Garnet, Serena Pine Green dan Serena Black.

Handbag Baru Edisi Neufa Serena Dari Neufa.My

Warna Serena Pine Green menjadi kesukaan zaza kerana zaza memang gemarkan warna hijau. Apa yang membuatkan zaza suka sangat handbag edisi ini kerana material dan saiznya yang besar.

MATERIAL BERKUALITI DAN TEBAL

Serena adalah handbag dari versi The Orked yang diperbaharui. Handbeg Serena menggunakan material kulit yang lebih baik dan tebal. Ia diperbuat dari Nylon berkualiti tinggi. Handle atau pemegang beg tu pula diperbuat dari 100% genuine cow leather ( kulit lembu )

Handbag Baru Edisi Neufa Serena Dari Neufa.My

SAIZ YANG BESAR DAN LUAS

Apa yang zaza suka adalah saiznya yang luas dan besar. Jadi banyak barang yang zaza boleh letak dalam handbag ni. Tak perlu lagi zaza nak bawa dua tiga beg untuk letak barang lain. Biasanya kalau berjalan jauh mesti kita akan bawa sekurangnya dua beg untuk letak kain telekung kan..so handbag ni muat untuk letak telekung, wallet dan beberapa barangan kecil lain.

Handbag Baru Edisi Neufa Serena Dari Neufa.My

HANDBAG DENGAN TAG NAMA SENDIRI

Apa yang eksklusif dan istimewanya handbag Serena ini adalah kerana didatangkan dengan tag nama sendiri. Kiranya kita boleh letak nama kita pada handbag ini. Letak nama ni percuma tau..memang tak ada cas tersembunyi.

Handbag Baru Edisi Neufa Serena Dari Neufa.My

BOLEH JADIKAN SLING BAG

Handbag Serena juga dilengkapi dengan tali panjang. Boleh la bergaya dengan cara silang. Talinya juga tebal dan lebar. Boleh adjust panjangnya.

Handbag Baru Edisi Neufa Serena Dari Neufa.My

KOS PENGHANTARAN PERCUMA 

Kos penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh Neufa. Ia adalah PERCUMA, tanpa caj tersembunyi, selagi kita berada di Malaysia.
Handbag ini juga diletakkan di dalam kotak istimewa yang tebal. Jadi ia selamat dari rosak semasa dalam proses penghantaran. Ada warranty 180 hari.

Penghantaran biasanya akan mengambil masa 4-6 hari bekerja untuk pemprosesan. Dalam kebanyakan kes, bungkusan akan diterima kepada pelanggan sebelum 6 hari.

Handbag Baru Edisi Neufa Serena Dari Neufa.My

Zaza memang berpuas hati dengan handbag dari Neufa ni..nak beli dan jadikan hadiah untuk tersayang atau teman-teman pun okay juga.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan handbag Edisi Neufa Serena ni, boleh la buat tempahan segera. Harganya cuma RM229 sahaja.

Pembelian terus melalui :

Website : https://neufa.my/

#neufa #neufamy #neufaserena




Baca lagi »
Zaza Iman
10 Comments

Bawal Shawl Labuh Senang Bentuk Untuk Gaya Muslimah

Bawal Shawl Labuh Senang Bentuk Untuk Gaya Muslimah



Bawal Shawl Labuh Senang Bentuk Untuk Gaya Muslimah. Assalamualaikum..siapa kat sini gila dengan tudung? Kalau korang pun sama memang satu geng la kita kan hehe..dekat rak pakaian zaza pun banyak tudung-tudung yang dibeli pastu ada yang tersimpan je tak pakai..sebabnya...kalau nak keluar tu mesti asyik pakai tudung yang sama je..

Sebenarnya zaza suka pakai tudung jenis tudung bawal dan shawl. Cuma kalau shawl tu kadangkala zaza rasa macam bulat sangat muka bila pakai..So muncul lah trend sekarang Bawal Shawl yang labuh dan mudah dibentuk.

Bila tengok model-model pakai tu terus zaza jatuh hati..dalam hati kata lawanyaaaa...so zaza pun buat keputusan nak cuba Bawal Shawl Lyeen Roslee.

Lyeen pun kenalan rakan juga..so selepas zaza cuba tu kan...memang zaza puas hati sangat dengan kualitinya. Disebabkan tu lah zaza pun jadi agent Bawal Shawl LR ni


Ada lebih 50 warna yang menarik, dari color pastel, terang dan gelap-gelap yang boleh dipilih.

Keistimewaan Bawal Shawl LR :

Awning menggunakan Bawal Premium Kanggaro
Saiz Shawl 1.8m x 0.75
Boleh adjust kelabuhan ( bidang 45' ke 60' )
Material Shawl dari Heavy Chiffon

HARGA : RM23 SEHELAI

Contoh gambar zaza pakai Bawal Shawl LR


Ramai yang suka dengan Bawal Shawl ni..so kalau ada yang berminat untuk mendapatkannya boleh dapatkan dengan zaza okay..

Zaza dah sediakan katalog so boleh la korang tengok terus warna apa yang memikat hati.. Untuk lihat katalog boleh klik link di bawah :


Kat situ juga zaza ada tulis sekali waktu penghantaran dan kos poslaju untuk setiap helaian yang korang nak beli. Mudah sikit kan korang nak rujuk..dan juga cara nak buat belian.

Lepas dah tengok-tengok dan berkenan jangan lupa wasap okay! Insyaallah zaza akan membalas secepat mungkin. Jika ada kelewatan mungkin waktu tu line internet tiada atau ada urusan.. 

Terima kasih..!


Baca lagi »
Zaza Iman
7 Comments

Short Sleeve Polo Tshirt Dari Boxy.my

Short Sleeve Polo Tshirt Dari Boxy.my



Short Sleeve Polo Tshirt Dari Boxy.my

Orang perempuan ni bab shopping memang no 1. Ada setengah tu suka shopping kasut, ada yang lebih tertarik dengan beg tapi zaza lebih gemar membeli tudung dan juga baju.

Bab harga semestinya zaza suka beli yang murah-murah je..asalkan selesa untuk dipakai.Jadi untuk kali ini zaza telah mendapatkan satu tshirt untuk kegunaan jalan-jalan dan bersukan di Boxy.my

Zaza pilih jenis Boxy Microfiber Classic Short Sleeve Polo Shirt berwarna merah dan mempunyai kolar. Biasa tshirt berkolar ni kan untuk orang lelaki..tapi perempuan nak pakai pun tak ada masalah.

Cantik dipakai dengan seluar ataupun skirt. Seperti zaza mengenakan tshirt ini dengan skirt berwarna hitam.

Short Sleeve Polo Tshirt Dari Boxy.my

Memandangkan zaza mendapatkannya secara online, jadinya zaza tak tahu kualitinya itu bagaimana. Jadi bila baju tshirt ni dah sampai tu barulah zaza dapat pegang sendiri dan rasa bagaimana dengan kualiti kainnya.

Bagi zaza kainnya lembut dan kualitinya ok saja. Selesa dan tak panas bila dipakai. Jahitannya pun kemas. Jadi memang sesuai la juga untuk dipakai semasa buat apa jua aktiviti.

Short Sleeve Polo Tshirt Dari Boxy.my

Menggunakan fabrik microfiber yang berkualiti dan amat sesuai sekali dipakai dengan badan orang Malaysia. Macam zaza ambil saiz s. So memang ngam-ngam la dengan zaza. Pakai pun terletak je dengan badan.

Ada pelbagai saiz yang ditawarkan bermula dari XS sehingga ke saiz 3XL. Dan terdapat beberapa pilihan warna yang boleh dipilih.

Harga pun murah juga tau. Tengah ada sales ni hanya RM15.90 je sehelai. Penghantaran yang dibuat juga cepat.

Selain dari jenis microfiber polo tshirt terdapat juga jenis lain seperti cotton polo tshirt, premium cotton casual tee, microfiber long sleeve, pro series microfiber dan microfiber youth series.

Short Sleeve Polo Tshirt Dari Boxy.my

Boxy.my

Boxy.my merupakan sebuah kedai dalam talian menawarkan kepada anda kameja- T berkualiti dengan harga yang murah dan mampu milik.Boxy.my telah ditubuhkan sejak tahun 2009 dan terus berkembang setiap hari.

Kenapa Memilih Boxy.my
1. Kawalan kualiti
Boxy.my akan sentiasa memastikan bahawa tumpuan utama mereka adalah dalam kualiti produk. Mereka akan memastikan pelanggan mendapat kualiti terbaik dan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan sebagai V.I.P.


2. Khidmat Pelanggan yang Mesra
Di Boxy.my, mereka tidak akan berkhidmat kepada pelanggan dengan sikap "because-this-is-my-job". Mereka juga akan memastikan pelanggan akan berasa selesa sepanjang membeli-belah. Jika mereka ( pelanggan ) memerlukan bantuan semasa membeli-belah, Boxy.my akan memberikan mereka sokongan terbaik yang dapat mereka temui dalam talian.

Short Sleeve Polo Tshirt Dari Boxy.my

Bagaimana untuk membuat pembelian Boxy.my

Sekiranya you all ingin membuat pembelian boleh terus order di https://www.boxy.my/ dan jika ada sebarang keraguan, cadangan, komen mengenai produk mereka boleh lah menghubungi mereka melalui  emel ( sales2.vtapparel@gmail.com ) atau hubungi mereka di talian +60127829012.




Baca lagi »
Zaza Iman
4 Comments

Korean Women Embroidery Floral Striped Fashion: Herbaju

Korean Women Embroidery Floral Striped Fashion: Herbaju



Korean Women Embroidery Floral Striped Fashion: Herbaju. Perempuan dah fashion memang tak dapat dipisahkan. Macam zaza la gila dalam membeli pakaian. Tiap bulan tu ada je pakaian yang hendak dibeli. Sekarang ni zaza lebih gemar membeli secara atas talian saja sebab kebanyakan atas talian ni design lebih up to date. Tapi mungkin ada yang kurang gemar kerana risau akan kualiti pakaian tu.

Tapi bagi zaza, jika yang dibeli tak menepati kualiti yang dikehendaki, zaza okay saja. Cuma kalau macam jubah dan dress-dress labuh tu itu memang kena pilih yang betul-betul punya.

Memandangkan zaza sangat gemar membeli pakaian atas talian, so zaza nak share salah satu tempat shopping pakaian yang buat zaza jatuh cinta. Apa yang buatkan zaza suka sebab butik ni sentiasa update pakaian baru.

Korean Women Embroidery Floral Striped Fashion: Herbaju

Butik ini namanya HERBAJU. Setakat ni dah beberapa kali zaza shopping kat Herbaju ni. Asalnya zaza suka tengok Yatie Sendayu Tinggi punya outfit. Pakaian dia simple-simple je tapi nampak nice sangat. So bila zaza nampak pakaian kat Herbaju ni, terus rasa berkenan dan apa lagi kan...

Sebelum ni zaza banyak beli blouse kosong, so kali ni zaza beli Korean Design Women Embroidery Floral Striped Long Sleeve pula..


Korean Women Embroidery Floral Striped Fashion: Herbaju

Zaza suka sangat dengan fabrik nya dari jenis cotton blended. Berbeza dari kain tshirt-tshirt biasa. Cotton blended tak nipis dan tidak terlalu tebal. Mungkin setengah orang kurang selesa terutama bila pakai dengan cuaca panas. Tapi zaza okay saja. Rasa selesa.

Korean Women Embroidery Floral Striped Fashion: Herbaju

Kebanyakan blouse dan tshirt dekat Herbaju ni free size. Tapi ada disediakan ukuran lengkap setiap pakaian tu, so mudahlah nak buat pilihan dan membeli.

Selain dari blouse dan tshirt, kat Herbaju pun ada jual pants. Harga-harga yang ditawarkan pula bermula dari RM25 hingga RM40.

Korean Women Embroidery Floral Striped Fashion: Herbaju

Korean Women Embroidery Floral Striped Fashion: Herbaju

Korean Women Embroidery Floral Striped Fashion: Herbaju

Kualiti dan jahitan pakaian pun kemas. Setakat ni zaza beli tak ada lagi sebarang kerosakan. Semuanya zaza puas hati.

Penghantaran pun cepat. Biasanya setiap order akan disiapkan dalam tempoh 24jam dan akan dihantar pada keesokannya selepas membuat pembayaran.

So kalau di West  Malaysia, korang akan terima dalam 2-5 hari bekerja bergantung kepada poslaju.  Untuk pelanggan East Malaysia pula anta 3-7 hari. Tapi sepanjang zaza beli, biasanya hari ke tiga dah sampai.. ( tempat zaza memang barang ambil masa 3 hari )

So kepada yang nak dapatkan koleksi-koleksi pakaian dekat Herbaju ni boleh la membuat pembelian di :



Baca lagi »
Zaza Iman
8 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)