Posts about: FASHION
Kebiasaan zaza pakai saiz S untuk dress. Jadi bila servey dekat banyak butik baju kebanyakan saiz S bagi bahu dan labuh macam orang yang pakai saiz M. Zaza ni pendek je orangnya. Sampai lah zaza terjumpa satu jenama pakaian dengan saiz yang sesuai untuk zaza. Saiz yang tepat.
Brand Laleesa. First time tengok baju-baju dia memang design up to date. Design-design sekarang yang ramai intsa-insta femes di instagram pakai. Kebanyakan zaza jumpa dekat butik-butik Indonesia di instagram tapi mereka tidak buat delivery ke Malaysia. Nasib baik zaza jumpa Laleesa ni.
Zaza dah dapatkan tiga helai baju kat sini. Laleesa Ruffle Layered Dress je yang sempat zaza pakai dan shoot photo. Lagi dua nanti bila zaza free, zaza share okay. Kualiti kain pun zaza memang puas hati dan yang penting harga baju-baju dress Laleesa ni semuanya dibawah RM60.
Assalamualaikum, hi apa khabar? Harap semuanya sihat dan ceria selalu. Alhamdulillah baru selepas beberapa hari yang lalu kita menyambut Hari Raya kan..walaupun tak dapat beraya seperti tahun sebelum ini, tapi tetapi sambutan tetap meriah.
Btw kan, zaza ni memang penggemar tudung dan rajin beli. Kebanyakan koleksi hijab atau tudung zaza jenis plain shawl. Kalau jenis bercorak zaza kurang sikit tapi ada je yang bercorak sekali sekala zaza pakai. Selebihnya lebih kepada plain je. Rasa macam plain ni lebih sesuai dengan muka zaza ni..
So kali ini zaza nak share satu jenama tudung yang zaza suka iaitu MARHUNA.
Jom hilangkan rasa bosan sepanjang tempoh #dudukrumah dengan peluang memenangi RM500 untuk 6 bulan dari SofeaRose ni! Fuh, macam keluarkan duit KWSP dah, dapat RM500 untuk 6 bulan berturut-turut, RM3,000 kalau dijumlahkan!
Jenama hijab dan pakaian muslimah trendy, SofeaRose sememangnya sudah tidak asing dalam kalangan si pecinta fesyen. Tidak pernah culas mengambil berat tentang perkembangan kaum wanita khususnya, SofeaRose sentiasa mahu memberikan yang terbaik buat semua peminat-peminatnya dan sebab itu, hari ini mereka ingin berkongsikan RM3,000 ini bersama anda. Macam-macam boleh kita beli dengan RM3,000 kan?
Dengar je cerita pasal menang wang tunai ni dah membuatkan bibir anda mengukir senyuman kan? Hehe. Menerusi program #duitrayaSofeaRose, SofeaRose ingin mencari seorang pemenang untuk menerima duit raya sebanyak RM500 selama 6 bulan, ya RM3,000!
Caranya mudah, anda hanya perlu membuat pembelian minima sebanyak RM109 melalui :
1) Website www.sofearose.com ;
2) Facebook @sofearose ;
3) Instagram @sofearose_hq ;
4) Agent / Dropship SofeaRose yang berdaftar
Yang bestnya, anda akan mendapat dua penyertaan kalau anda menjadi pembeli terawal. Dua penyertaan bermaksud dua kali ganda peluang untuk menang RM3,000! Wow!
Untuk menunjukkan ketelusan kepada pemenang, pemenang akan dipilih secara LIVE di Facebook & Instagram mereka. RM500 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda setiap 5hb selama enam bulan berturut-turut.
Bagi yang baru mendengar jenama SofeaRose ini, mereka mula mencipta nama pada 2014 dan aktif dengan gaya Art To Wear yang digayakan di pentas antarabangsa seperti London pada 2016 dan Madrid pada 2017. Setelah itu, empayar SofeaRose terus melebar dengan terpatrinya SofeaRose x Erra Fazira melalui pelancaran The Primadona series. Tahun ini, sekali lagi SofeaRose mencipta nama di dalam pentas seni menerusi SofeaRose x Diana Danielle Grandeur Raya 2020 dengan menampilkan 40 pilihan koleksi raya bergaya mewah namun pada harga mampu milik kerana, bagi Sofearose hanya satu, Kemewahan Milik Semua.
Baru-baru ini SofeaRose terkesan dengan cerita keluarga yang kurang berkemampuan kerana pandemic COVID19 ini dan lantas melancarkan Tabung COVID19 SofeaRose dengan menggunakan 5% hasil jualan kepada keluarga yang kurang bernasib baik. Tambahan lagi, SofeaRose juga membubarkan yuran pendaftaran sebagai dropship untuk membantu mereka yang terkesan dari Covid19 untuk mencari pendapatan sampingan.
Jom kita sama-sama support jenama SofeaRose, boleh menang wang tunai RM3,000 sambil bersedekah kepada mereka yang memerlukan DAN paling penting, dapat produk yang best sangat sangat!
Nak lagi best? Gunakan COUPON CODE : NUR10 ini semasa membuat pembelian di website untuk mendapat discount sebanyak 10% untuk baju raya. Coupon code khas untuk pembaca di blog www.zazaiman.com .Okay, sampai sini sahaja. Assalamualaikum!
Assalamualaikum dan hi semua..Apa khabar. Diharap semuanya sihat dan ceria selalu. Zaza memang suka membeli handbag cuma kebanyakan koleksi beg zaza jenis kecil saiznya, jadi boleh muat beberapa barang je. Pernah sekali tu zaza beli satu handbag ni secara online..zaza ingat besar rupanya kecil..muat-muat masuk wallet je..itu lah silap tak tengok saiz..terpengaruh tengok gambar macam besar kan..hehe
Memang sebelum ni zaza ada servey nak beli handbag lain yang besar yang boleh muatkan dslr zaza dengan beberapa barangan lain tapi bila servey tak banyak yang berkenan dan kebanyakan kualiti macam tak sama dengan gambar. Sebab sebelum beli zaza memang suka baca review-review sesuatu barang tu dari pembeli lain.
Tapi kan..jujur zaza cakap yang zaza berpuas hati sangat dengan handbag dari jenama Neufa ni..Sebelum ni Neufa telah memperkenalkan koleksi handbag The Orked, dan untuk koleksi tahun 2020 ni, Neufa melancarkan handbag baru Edisi Neufa Serena.
NEUFA
Neufa merupakan sebuah jenama handbag di Malaysia dan menjual koleksi handbagnya secara atas talian. Neufa menyediakan handbag buat wanita dengan kualiti yang bermutu tinggi dan harga jualan yang mampu untuk dimiliki.
Buat masa ini hanya ada dua edisi yang terdapat di website iaitu The Orked dan Serena.
EDISI NEUFA SERENA
Bagi tahun 2020 ini, Neufa memperkenalkan handbag edisi Neufa Serena dengan tiga pilhan warna iaitu Serena Garnet, Serena Pine Green dan Serena Black.
Warna Serena Pine Green menjadi kesukaan zaza kerana zaza memang gemarkan warna hijau. Apa yang membuatkan zaza suka sangat handbag edisi ini kerana material dan saiznya yang besar.
MATERIAL BERKUALITI DAN TEBAL
Serena adalah handbag dari versi The Orked yang diperbaharui. Handbeg Serena menggunakan material kulit yang lebih baik dan tebal. Ia diperbuat dari Nylon berkualiti tinggi. Handle atau pemegang beg tu pula diperbuat dari 100% genuine cow leather ( kulit lembu )
SAIZ YANG BESAR DAN LUAS
Apa yang zaza suka adalah saiznya yang luas dan besar. Jadi banyak barang yang zaza boleh letak dalam handbag ni. Tak perlu lagi zaza nak bawa dua tiga beg untuk letak barang lain. Biasanya kalau berjalan jauh mesti kita akan bawa sekurangnya dua beg untuk letak kain telekung kan..so handbag ni muat untuk letak telekung, wallet dan beberapa barangan kecil lain.
HANDBAG DENGAN TAG NAMA SENDIRI
Apa yang eksklusif dan istimewanya handbag Serena ini adalah kerana didatangkan dengan tag nama sendiri. Kiranya kita boleh letak nama kita pada handbag ini. Letak nama ni percuma tau..memang tak ada cas tersembunyi.
BOLEH JADIKAN SLING BAG
Handbag Serena juga dilengkapi dengan tali panjang. Boleh la bergaya dengan cara silang. Talinya juga tebal dan lebar. Boleh adjust panjangnya.
KOS PENGHANTARAN PERCUMA
Kos penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh Neufa. Ia adalah PERCUMA, tanpa caj tersembunyi, selagi kita berada di Malaysia.
Handbag ini juga diletakkan di dalam kotak istimewa yang tebal. Jadi ia selamat dari rosak semasa dalam proses penghantaran. Ada warranty 180 hari.
Penghantaran biasanya akan mengambil masa 4-6 hari bekerja untuk pemprosesan. Dalam kebanyakan kes, bungkusan akan diterima kepada pelanggan sebelum 6 hari.
Zaza memang berpuas hati dengan handbag dari Neufa ni..nak beli dan jadikan hadiah untuk tersayang atau teman-teman pun okay juga.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan handbag Edisi Neufa Serena ni, boleh la buat tempahan segera. Harganya cuma RM229 sahaja.
Pembelian terus melalui :
Website : https://neufa.my/
Instagram : https://www.instagram.com/neufa.my/
Facebook : https://www.facebook.com/neufa.my/
#neufa #neufamy #neufaserena
Langgan:
Catatan (Atom)
Social Media
Search