Memaparkan catatan dengan label ENTERTAIMENT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ENTERTAIMENT. Papar semua catatan

Ramayan Beri Nafas Baru Kepada Rock Melayu Dengan Single Terbaru "PUAS"

Ramayan Beri Nafas Baru Kepada Rock Melayu Dengan Single Terbaru "PUAS"



Ramayan Beri Nafas Baru Kepada Rock Melayu Dengan Single Terbaru "PUAS". Puas adalah single kedua Ramayan yang telah dipetik daripada album penuh mereka yang pertama, Di Persiaran Cakrawala, selepas single pertama mereka, Lamunan Anak Bulan, dirilis pada 1 Mei 2020, diikuti oleh pelancaran album Di Persiaran Cakrawala pada 22 Januari tahun ini.

Album terbitan Luncai Emas ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan, memandangkan para peminat telah menunggu lebih 4 tahun untuk karya terbaru Ramayan. Lebihan lagi apabila berita tentang kolaborasi mereka bersama pengasas kugiran Sore dan pemuzik tersohor Indonesia, Mondo Gascaro, tersebar dan antisipasi untuk album ini pun makin meningkat. Single pertama, Lamunan Anak Bulan, pula menjadi kegemaran para peminat, dan juga menjadi muqadimah kepada pembaharuan muzik mereka; iaitu bunyi psychedelia yang berbeza daripada EP mereka namun tetap mengekalkan jiwa yang sama. Namun, setelah itu semua gembargembur pelancaran album ini terhambat apabila PKP diumumkan di seluruh negara lalu menunda pelancarannya hampir setahun.

Ramayan Beri Nafas Baru Kepada Rock Melayu Dengan Single Terbaru "PUAS"
CONTINUE READING
Zaza Iman
2 Comments
Cici Pertaruhkan Lagu Keluaran Terbarunya "Ku Takkan Mengalah" Dalam Pertandingan Carta Lagu Artis Sabah ( CLAS ) Musim 14

Cici Pertaruhkan Lagu Keluaran Terbarunya "Ku Takkan Mengalah" Dalam Pertandingan Carta Lagu Artis Sabah ( CLAS ) Musim 14



Feli Stacy Paimin atau lebih mesra dengan nama pentasnya – CICI, berusia 15 tahun, merupakan seorang penyanyi yang aktif dan terlibat dalam industri hiburan & muzik tanah air sejak umur 8 tahun . Cici berasal dari Kundasang, Sabah dan bersekolah di Sekolah Seni Malaysia Sabah. Beliau membawakan genre muzik Balada , Pop & Rock.


Lagu ‘’Ku Takkan Mengalah’’ ciptaan oleh Shaiffulhan telah dianugerahkan kepada Cici untuk menyanyikan lagu ini setelah Cici dinobatkan Juara dalam pertandingan Bintang Remaja RTM Sabah 2019. Penciptaan lagu ini juga secara tak langsung terhasil apabila komposer Shaiffulhan telah memenangi Juara dalam pertandingan Carta Lagu Artis Sabah musim ke-12 dengan lagu yang dipertandingkan berjudul ‘’Keseorangan’’ nyanyian Santiana Ramli . Oleh itu , Shaiffulhan telah ditawarkan untuk mencipta lagu ini untuk Cici menerusi pertandingan itu.


Cici Pertaruhkan Lagu Keluaran Terbarunya "Ku Takkan Mengalah" Dalam Pertandingan Carta Lagu Artis Sabah ( CLAS ) Musim 14
CONTINUE READING
Zaza Iman
0 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)