Memaparkan catatan dengan label DRAMA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DRAMA. Papar semua catatan

Tonton Cerekarama Kasih Tau Foo Fah

Tonton Cerekarama Kasih Tau Foo Fah


Tonton Cerekarama Kasih Tau Foo Fah. Di barisi oleh pelakon Michael Ang, Sharifah Sakinah, Mior Darwish dan Pekin Ibrahim yang disiarkan di TV3.

***

Agak jarang juga zaza tonton cerita dekat tv...tapi kalau slot cerita cerekarama memang suka tengok sebab lebih kepada kisah kemasyarakatan yang banyak isi dan pengajaran boleh di ambil.

Baru-baru ini ditayangkan drama Kasih Tau Foo Fah. Dilakonkan oleh pelakon berberbakat seperti Sharifah Sakinah, Pekin Ibrahim, Adik Mior Darwish dan pertama kali zaza tengok lakonan Michael Ang. Memang best cerita ni. Dari mula sampai habis memang mengalir airmata zaza tau!

Tonton Cerekarama Kasih Tau Foo Fah

Sinopsis

Mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri, Ramlan dan Anis bersama anak mereka Fitri. Suatu hari Ramlan telah meninggalkan sepucuk surat yang menyatakan dia terpaksa melarikan diri kerana di kejar oleh Ah Long akibat telah berhutang dengan mereka.

Anis kemudian cuba untuk membawa Fitri pergi tetapi tidak berjaya kerana dihalangi oleh Ah Long yang memberi amaran kepadanya.

Sekali lagi Anis membawa Fitri lari kemudian menyorokkan Fitri di dalam sebuah kotak di tepi bangunan kaki lima. Sebaik sahaja menyorokkan Fitri, datang Ah Long dan menangkap Anis. Anis dan Fitri akhirnya terpisah.

Sehinggalah seorang penjaja Tau Foo Fah bernama Ah Leong menjumpai Fitri dan membawanya tinggal bersama dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Namun sepanjang hari Fitri hanya mendiamkan diri apabila di tanya oleh Ah Leong. Sehinggalah Fitri telah mengundang kemarahan Ah Leong. Disebabkan itulah, akhirnya Fitri bersuara.

Suatu hati Ah Leong bercadang untuk menjadikan Fitri anak angkat dan membawanya ke Pusat Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mehon penjagaan Fitri bagaimanapun pendapatan Ah Leong menjual Tau Foo Fah tidak mampu untuk menampung kehidupan Fitri. 

Sehinggalah ada sebuah keluarga telah mengambil Fitri sebagai anak angkat dan berita ini mengejutkan Ah Leong.

Apa yang terjadi pada Fitri selepas itu? Bahagiakah atau derita? Bagaimana dengan Anis, ibunya yang telah terpisah? dan ayahnya Ramlan? Mampukah Fitri bersatu kembali bersama keluarga kandungnya?

Kalau nak tahu cerita penuh sila tonton terus di link di bawah. Pasti korang pun mengalir airmata tengok kisah ni!

Youtube TV3

Tonton Online Cerekarama Kasih Tau Foo Fah



CONTINUE READING
Zaza Iman
0 Comments

Akhirnya Terlayan Juga Drama Camelia TV3 Lakonan Diana Danielle dan Ain Edruce

Akhirnya Terlayan Juga Drama Camelia TV3 Lakonan Diana Danielle dan Ain Edruce



Akhirnya Terlayan Juga Drama Camelia TV3 Lakonan Diana Danielle dan Ain Edruce

Sudah lama zaza kurang menonton drama melayu dekat tv. Sebab asyik drama cinta dan orang kaya je..bosan juga....cuma yang zaza ada layan dan tengok sebelum ni adalah drama Kampung People sebab ada Elly Mazlein atau lebih famous dengan nama Kak Lina PomPom. Memang minat dengan Kak Lina Pompom ni sejak dari kemunculannya dengan lagu “usah ditambah bara yang tersimpan”.Tambah pula tarikh hari lahir kami sama..

Zaza tak tahu pun akan kemunculan drama Camelia ni..sebab zaza pun sangat-sangat jarang tengok tv. Rasanya dalam seminggu berapa kali je selebihnya zaza selalu tengok dekat youtube je jika ada apa-apa cerita.

Sama la macam drama Camelia ni..semuanya berpunca dari status-status rakan facebook yang banyak story pasal watak mariam dan marina tu lakonan Diana Danielle dan Ain Edruce. Dari situ lah zaza pun macam berkenan nak tengok dan akhirnya terjebak juga.. Tambah pelakon-pelakonnya pun semua best baik Diana Danielle, Ain Edruce, Lisdawati, Saharul Ridzwan, Hafizd Roshdi dan pelakon-pelakon lain.

Tapi zaza terus tengok dari episode yang ke 4 punya..haha..dan ada part masa marina nak kahwin tu..yang ayahnya datang nak nikahkannya…mengalir juga airmata ni haha..

Mesti ramai yang nangiskan part tu..geram je rasa..zaza minat nak tengok selain sebab pelakonnya..zaza minat dengan jalan cerita nya..agak berbeza sikit..tak adalah asyik-asyik cerita cinta je yang agak membosankan.

Akhirnya Terlayan Juga Drama Camelia TV3 Lakonan Diana Danielle dan Ain Edruce

Akhirnya Terlayan Juga Drama Camelia TV3 Lakonan Diana Danielle dan Ain Edruce

Cerita Camelia bermula..

Sebuah kisah tentang kehidupan keluarga yang porak peranda. Ditambah pula dengan sikap anak-anak yang suka meroyan.

Diana Danielle memegang watak bernama Mariam. Seorang gadis kampung yang cukup lemah lembut dan baik.

Ain Endruce pula memang watak bernama Marina seorang yang suka memberontak dan agresif. Kiranya pegang watak jahat lah..

Saharul Ridzwan pula memang watak bernama Malik yang merupakan anak angkat keluarga Mariam.

Pada tahun 1999, adik beradik iaitu Mariam, Marina dan Malik tinggal bersama ibu bapa mereka, Halim dan Zainab. Turut tinggal bersama adalah nenek mereka bernama Tok Su. Mereka hanya mengerjakan sawah yang dipajak untuk meneruskan kehidupan.

Nenek mereka Tok Su selalu melebihkan Marina yang dikatakan lebih cantic berbanding Mariam. Ia membuatkan Mariam selalu tertekan kerana sering dipandang rendah oleh Tok Su.

Mariam tetap berasa tertekan walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik selalu berada dipihaknya. Mariam juga menjadi trauma atas sikap jahat Marina terhadapnya. Keadaan itu menyebabkan Mariam telah memiliki “split identiti”

Identiti yang bernama Camelia. Camelia mula menguasai diri Mariam dimana dia ingin menjadi lebih cantik dari Marina dan berusaha untuk membalas dendam pada Marina diatas apa yang telah dilakukan olehnya dahulu.

Malik yang menjadi suami Mariam cuba sedaya upaya mengembalikan semula Mariam sebelum Camelia menguasai badan Mariam. Dengan kekuatan cinta mereka sejak dari kecil, Malik berharap dapat dia dapat mengalahkan Camelia.

Kalau dilihat sehingga episode ke 6 ini..memang sakit hati dengan Marina tu..pula tu watak suami Marina, si Hafidz Roshdi yang macam lembut sangat..tak berapa nak tegas..buat geram je rasa..tapi nama pun cerita kan..

Sebuah drama yang sarat dengan emosi dan beberapa pengajaran yang boleh diambil.

Drama Camelia bermula dari isnin hingga khamis bermula pukul 10 malam selalui slot Samarinda TV3. Drama yang jalan cerita sangat best ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Terima kasih sebab menghasilkan drama yang berbeza dan berjaya buat zaza nak menontonnya.

Drama Camelia ditayangkan sebanyak 15 episod. So korang jangan lupa untuk tonton drama ini okay..kalau dah terlepas episode sebelum ni boleh la tonton drama camelia online dekat youtube tv3

CONTINUE READING
Zaza Iman
3 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)