Memaparkan catatan dengan label DIY MUDAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DIY MUDAH. Papar semua catatan

Cantikkan Kuku Dengan DIY Mudah Di Rumah

Cantikkan Kuku Dengan DIY Mudah Di Rumah



Cantikkan Kuku Dengan DIY Mudah Di Rumah. Selain wajah dan badan, kuku pun kena jaga juga..kadangkala zaza pun jeles tau tengok kuku rakan-rakan yang cantik bersinar je..

Nak jaga kuku ni tak lah susah mana pun. Semuanya boleh dilakukan sendiri di rumah tau..jom tengok bahan apa yang boleh digunakan di rumah untuk mencantikkan kuku..

Cantikkan Kuku Dengan DIY Mudah Di Rumah

Bawang Putih
Ambil bawang putih dan buang kulitnya. Kemudian bersihkan bawang  lalu digosokkan pada kuku. Kemudian biarkan beberapa minit. Setelah itu bilas dengan air. Kena rajin amalkan bagi memastikan kuku cantik dan sihat.

Cantikkan Kuku Dengan DIY Mudah Di Rumah

Lemon
Lemon mengandungi Vitamin C yang tinggi.Kandungannya itu dapat membantu menjadikan kuku kelihatan cantik. Caranya hanya hiris sedikit buah lemon dan saoukan ke atas kuku untuk kuku yang kusam dan kering. Setelah beberapa minit, bilas dengan air.

Cantikkan Kuku Dengan DIY Mudah Di Rumah

Limau Nipis
Potong limau nipis kepada dua bahagian. Gosokkan ke atas kuku serta biarkannya selama beberapa minit. Bilas dengan air. Praktikal amalan ini untuk pastikan kuku sentiasa cantik dan sihat.

Belimbing Buluh
Gosok buah belimbing buluh terus ke atas permukaan kuku. Selepas itu, rendam kuku di dalam air suam yang telah dicampur garam untuk hasil yang lebih efektif. Biarkan ia kering dengan sendiri. Untuk kesan lebih baik, sapukan minyak zaitun. Amalkan petua ini untuk atasi masalah kuku kusam dan mudah kering.

Cantikkan Kuku Dengan DIY Mudah Di Rumah

Kulit Tembikai
Percayalah yang kulit buah tembikai boleh memberikan efek kuku yang lebih berkilat dan bersih. Caranya adalah dengan menggosok kulit buah tembikai ke atas permukaan kuku. Biarkan ia mengering. Cuci dengan air sehingga bersih.

Kredit : http://eh.com.my/artikel/diy-petua-cantikkan-kuku/



Baca lagi »
Zaza Iman
8 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)