Memaparkan catatan dengan label COSMETICS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label COSMETICS. Papar semua catatan

Lazada Launches First Super Brand Day with M·A·C

Lazada Launches First Super Brand Day with M·A·C




Lazada Launches First Super Brand Day with M·A·C. Perkara yang zaza suka bila shopping adalah membeli pakaian dan barangan makeup. Sejak dah mula pandai sikit basic makeup yang betul, zaza asyik nak membeli je terutamanya kalau tengah ada sales.

Kalau pasal makeup ni zaza gemar mencuba dan membeli foundation, eyeshadow, berus makeup dan juga lipstik.

Kebetulan pula pada hari esok, Lazada sekali lagi membuat  promosi best untuk kesemua pelanggannya terutama peminat barangan jenama M.A.C.

Lazada Launches First Super Brand Day with M·A·C

M.A.C X Lazada Super Brand Day - Too many lipsticks?Never.  Antara promosi terbaru yang akan berlangsung esok selama satu hari saja tau..

Jadi time ni la untuk you all semua  peminat M.A.C boleh mendapatkan pelbagai koleksi lipstick terbaik mereka.

Lazada Launches First Super Brand Day with M·A·C

M.A.C memang antara jenama paling popular dan diminati ramai..satu jenama yang ikonik dan fashion-forward makeup brands. M.A.C juga antara brand pilihan jurusolek di Malaysia.

Sempena dengan meraikan Nasional Lipstick Day pada 29 Julai ini, semua peminatnya berpeluang mendapatkan tawaran khas sehingga 11.59 malam sahaja di Lazada.

Antara tawaran istimewa tersebut adalah seperti :

1. Free full-sized lipsticks dengan minimum sebanyak RM70
2. Free lipstick mobile key ring dengan pembelian sebanyak RM140*
3. Limited edition Little M.A.C Duos dengan kotak hadiah istimewa ( mini lippies in three different pairs of smashing shades )*
4. Lazada National Lipstick  Day stickers and M.A.C x Lazada Super Brand Day gift box  dengan sebarang pembelian.

Lazada Launches First Super Brand Day with M·A·C

M.A.C atau sebutan penuhnya adalah Make-up Art Cosmetics merupakan satu jenama kosmetik professional dan terkemuka di Toronto dan sehingga kini produk-produk M.A.C telah dijual di 106 buah negara di seluruh dunia.

Lazada Launches First Super Brand Day with M·A·C

Lazada Launches First Super Brand Day with M·A·C

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Lazada, Robin Mah, “ Super Brand Day” adalah satu peristiwa penting bagi Lazada dalam memberikan pengalaman membeli belah selama  satu hari dengan jenama Global.

Jadi apa lagi, untuk you all semua, jangan lepaskan saat-saat sebegini. Muat turn aplikasi Lazada sekarang mulakan troli anda di https://www.lazada.com.my/wow/i/my/sub/super-brand-day-v1?wh_weex=true

Maklumat lanjut mengenai Super Brand Day boleh layari :



CONTINUE READING
Zaza Iman
13 Comments

 Sentuhan Makeup Ephyra Matte Glow Foundation Dan Ephyra Lips Matte

Sentuhan Makeup Ephyra Matte Glow Foundation Dan Ephyra Lips Matte




 Sentuhan Makeup Ephyra Matte Glow Foundation Dan Ephyra Lips Matte. Zaza ni memang minat sangat dengan makeup..walaupun tak la mahir sangat..dalam family..zaza dan seorang kakak je yang gila makeup..kakak-kakak lain memang tak berapa sangat..zaza pun masih lagi belajar..sekarang yang zaza reti makeup basic je..tapi part paling susah adalah kening.. 2 tahun lebih tau zaza usaha belajar buat bentuk kening.. haha..baru sekarang la nampak bentuk sikit..kalau dulu kawan-kawan selalu tegur..awat kening macam sinchan..zzzzz…

Ada satu hari tu masa zaza jalan kat sebuah mall di kuala lumpur..zaza masuk kedai barangan kosmetik..dan jurujual kat situ tegur makeup zaza pecah dan bercapuk..so zaza tengok cermin yang ada kat kedai tu..memang rasa time tu nak pergi cuci muka..

But now..zaza dah tahu sikit basic makeup dengan betul.. sebelum apply sebarang foundation..zaza akan sapu dulu moisturizer dan primer..lepas tu barulah zaza sapu foundation terbaru dari Ephyra iaitu Ephyra Matte Glow Foundation.


Ephyra Matte Glow Foundation

Sebelum ni Ephyra hanya ada produk minuman  dan skincare je..now Ephyra dah keluarkan produk cosmetics seperti foundation dan juga lips matte.

Zaza memang pakai produk Ephyra dah lama.. sekarang ni zaza jatuh hati dengan foundation dan lips nya.

Ini hasil makeup zaza guna Ephyra Matte Glow Foundation.  Makeup paling simple..lepas dah pakai..zaza tak sapu bedak..zaza terus je oles sedikit blusher kat pipi..dan selepas beberapa ketika zaza dapat tengok hasil kulit zaza lembab-lembab.



Satu lagi part yang paling zaza suka sebab senang nak blend..guna berus atau jari..memang mudah gila..dan satu lagi sebab senang juga nak cuci.. kalau nak balik kampong yang perjalanan jauh..memang zaza akan pakai foundation jenis macam ni…

Sangat sesuai sekali untuk daily makeup atau nak pergi kerja..Ephyra Matte Glow Foundation ni tak rasa melekit pun dan ringan sekali di muka. Tahan 1-3 bulan sebab pakainya hanya sedikit je..tak perlu banyak-banyak.

Yang menarik tentang Ephyra Glow Foundation

Ada SPF 30 yang melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB
Full coverage yang mana dapat tutup cela dan parut dimuka
Kaya dengan Vitamin E yang melembabkan kulit
Menjaga dan merawat kulit ( whitening, anti aging, brightens skin tone )
Tahan sehingga  12 jam dan tak membuatkan muka berminyak walaupun pakai lama
Memberi kesan glowing pada wajah
Tidak membuatkan liang pori tersumbat

Kandungan : 15ml
Harga : RM58 ( SM ) / RM62 ( SS )

Ephyra lips ni istimewanya sebab ada Jojoba Oil dan kandungan Vitamin E yang dapat melembabkan bibir..Apa yang zaza suka dengan Ephyra lips ni ia juga senang gila nak dibersihkan.. ada sentengah lips bila nak bersih..kena tonyoh kuat sampai sakit bibir..tapi Ephyra lips ni tak langsung..lap-lap je dengan tisu basah..



Cream to matte tekstur yang pekat..ringan dan longlasting sehingga 6 jam..memang you all nak cantik-cantik tu kena try tau produk Ephyra ni..

Harga Ephyra Lips

RM30 untuk satu batang
Harga tak masuk postage

Bagi yang nak dapatkan produk-produk Ephyra boleh membuat pembelian di Ephyra Hq



CONTINUE READING
Zaza Iman
4 Comments

Glam Face Primer Moss Mayra

Glam Face Primer Moss Mayra



Glam Face Primer Moss Mayra.
Zaza bukanlah mahir sangat makeup tapi untuk yang basic dah boleh la sikit-sikit.. pernah juga masuk beberapa kelas solekan..

Kalau dulu bila makeup zaza terus je sapu foundation kat muka..dan ia menyebabkan solekan zaza tak bertahan, bercapuk dan cair.. pelik juga..masa tu tertanya-tanya kepada orang lain cantik je..

Rupanya banyak step makeup yang zaza tak tahu dulu..now..zaza dah reti sikit..so sebelum sapu foundation, kenalah sapu pelembab dan juga primer

Jadi antara favorite brand cosmetics primer yang zaza pakai adalah Glam Face Primer Moss Mayra.

Glam Face Primer Moss Mayra

Kenapa zaza suka dan menjadi kegemaran zaza? sebenarnya zaza dah pakai primer ni dah beberapa bulan.

Dan yang menarik sebab harganya yang murah dan mampu untuk dibeli..Glam Face Primer Moss Mayra ni ada dua saiz.. satu saiz 7g RM30 dan 20g RM59.

Zaza beli yang 7g sebab masa tu nak cuba..dan tak sangka pula zaza terus jatuh hati..memang lembut sangat jadi kulit, rasa lembab-lembab dan smooth je..

Glam Face Primer Moss Mayra
Botol petak saiz 20g

Glam Face Primer Moss Mayra
saiz 7gram

Kalau nak jimat beli terus yang 20g tu..sebab memang murah RM59 je kan.. tapi kalau yang nak mencuba boleh pakai yang 7g..zaza pakai 7g pun memang lama juga tahan..sebab primer ni tak perlu sapu banyak-banyak sangat..calitkan sikit-sikit kat pipi, dahi, dagu dan hidung kemudian sapu je secara meyeluruh.

Apa keistimewaan yang ada pada Glam Face Primer Moss Mayra ni..? kalau you all nak tau kan, primer ni berfungsi untuk merawat dan formulasi terbaik essence tumbuhan

Zaza pakai ni memang buat makeup bertahan lama walaupun muka berpeluh. Satu lagi sebab tekstur dia memang ringan. Warna primer ni zaza suka sebab pink-pink lembut je..comel je kan warna dia..

Glam Face Primer Moss Mayra
Tekstur yang sangat ringan

Primer ini juga ada SPF30 yang dapat mengelakkan sunburn..jangan risau okay sebab ia lulus KKM dan dikilangkan oleh kilang yang bertaraf GMP. Lagi pun memang ramai juga jurusolek yang pakai..Paling penting ia 100% BEBAS MERKURI dan HYDROQUINONE.

Sesuai sangat digunakan pada semua jenis kulit. Primer ni antara wajib yang zaza bawa kalau pergi berjalan jauh..

Favorite Brands Cosmetics This Month - April
ini wajah solekan zaza menggunakan primer Glam Face Primer Moss Mayra diikuti dengan foundation dan lain-lain..

So kalau you all nak dapatkan primer ni boleh hubungi agent terpilih..macam zaza beli kat agent di Shopee Malaysia

Kredit Gambar produk Facebook : https://www.facebook.com/mossmayramalaysia/

CONTINUE READING
Zaza Iman
7 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)