Memaparkan catatan dengan label CAREER. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CAREER. Papar semua catatan

Program Bangkit Bisnes dari Krisis 3.0 Percuma Datuk Wira Dr Azizan Osman Buat Usahawan Terkesan Pandemik Covid - 19

Program Bangkit Bisnes dari Krisis 3.0 Percuma Datuk Wira Dr Azizan Osman Buat Usahawan Terkesan Pandemik Covid - 19


 

Program Bangkit Bisnes dari Krisis 3.0 Percuma Datuk Wira Dr Azizan Osman Buat Usahawan Terkesan Pandemik Covid - 19. Assalamualaikum dan hi semua, Apa khabar? Semoga semuanya sihat dan ceria selalu.Sudah hampir dua tahun kita telah melalui fasa-fasa pandemik akibat wabak covid -19 yang masih belum nampak penghujungnya.

Saban hari ada sahaja kita membaca dan mendengar bermacam berita mengenai ramai orang yang terkesan akibat dari pandemik ini. Kehilangan orang tersayang dan begitu juga para usahawan dan mereka yang berniaga tidak kira dikedai atau ditepi jalan, semuanya sangat terkesan kerana terpaksa menutup perniagaan mereka.

Memang sedih bila membaca kisah-kisah mereka yang ditulis di laman sosial yang terpaksa menutup perniagaan. Ada yang terpaksa menutup perniagaan selamanya kerana sudah tidak mampu menanggung lagi beban yang terpaksa dilalui.

Program Bangkit Bisnes dari Krisis 3.0 Percuma Dr Azizan Osman Buat Usahawan Terkesan Pandemik Covid - 19

Oleh sebab itu, mengalas tanggungjawab untuk membantu para usahawan, Pengasas Richworks International, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan menganjurkan sebuah program kempen "Bangkit Bisnes dari Krisis 3.0" secara percuma pada 27 ogos sehingga 29 Ogos 2021.

"Program Dr Azizan ni mula-mula je free,lepas tu pancing suruh orang ramai masuk program berbayar dia hahaha..dia kaya, kita? Belum tentu lagi. Nanti masuk sia-sia je.."

Mungkin kita biasa dengar dan baca komen sebegini bila dengar adanya berita atau program datuk Wira Dr Azizan yang akan berlangsung. 

Sebenarnya mereka mungkin tidak pernah mengikuti program berkenaan. Dan jika mereka sudah ikuti, mungkin tidak melakukan tindakan konsisten yang perlu untuk lihat hasilnya. 

Program Bangkit RichWorks Datuk Wira Dr Azizan Osman Untuk Para Usahawan

Memahami keadaan ramai usahawan yang terkesan akibat pandemik, RichWorks sedia membantu mereka untuk memberikan panduan dan bantuan untuk perniagaan mereka.

Sebenarnya, sudah banyak program-program percuma yang pernah dibuat oleh Datuk Wira Dr Azizan dan RichWorks sejak tahun lalu ketika PKP 1.0 dan RichWorks telah berjaya membantu lebih 1 juta peserta dan usahawan sejak 2008 melalui Program Live Event dan Virtual Online.

Selain itu, sudah 800K lebih orang yang telah menyertai program tersebut dari tempoh pandemik sehingga kini. Sedikit sebanyak, telah ramai yang mendapat manfaat daripada program tersebut. Malah, sebelum itu juga sudah lebih 700,000 orang telah menyertai program RichWorks secara fizikal sejak 2008 sehingga 2019 ( 11 tahun ).

Benarkah Program Usahawan Datuk Wira Dr Azizan Berkesan Bantu Usahawan? Nak Sertai Tapi Ragu-Ragu?

Mungkin ramai yang ragu-ragu dan masih takut untuk menyertai program ini. Sebenarnya kan tak perlu ragu-ragu kerana telah ramai testimoni yang telah berkongsi sendiri pengalaman dan perubahan yang mereka lalui selepas mengikuti program percuma tersebut. Korang boleh baca pengalaman mereka di website RichWorks sendiri atau jika korang tahu mana-mana rakan atau sesiapa yang ada disekeliling korang  yang pernah menyertai, mungkin boleh mendengar terus pengalaman mereka face to face. Ada yang dalam masa beberapa hari sudah ada perubahan, dan ada juga yang cuba buat sesuatu yang dipelajari dan saksikan peningkatan masa kini.

Program Bangkit Bisnes dari Krisis 3.0 Percuma Dr Azizan Osman Buat Usahawan Terkesan Pandemik Covid - 19

Masa inilah untuk korang dapatkan ilmu sebanyaknya dan bangkit kembali bersama RichWorks. Boleh memulakan bisnes baru 2021 dan boleh bisnes dari rumah je.

Bagaimanapun, program-program PERCUMA ini biasanya berlangsung selama 3 hari sahaja. Ada yang sehingga 12 malam. Ada yang bersiri-siri. Memang tak cukup untuk nak tukar seorang usahawan dari kosong hingga berjaya capai jutaan ringgit dalam tempoh sebulan tapi RichWorks berjaya bantu Usahawan capai RM1 juta Pertama dalam tempoh 6-12 bulan melalui program mentoring spire.

Selain itu, melalui ilmu, strategi dan MenThor sudah tentu ia memberikan perubahan dibuktikan sendiri oleh peserta-peserta yang belajar dan melakukan tindakan dengan ilmu yang tepat dari bimbingan MenThor secara konsisten mengikut tahap dan fasa bisnes mereka.

Join Telegram Datuk Wira Dr Azizan Osman Untuk Panduan dan Perkongsian Ramai Usahawan

Bagi korang yang baru nak mula mengikuti Datuk Wira Dr Azizan Osman, boleh juga mendapatkan ilmu, panduan dan perkongsian daripada RichWorks dan ramai usahawan-usahawan berjaya. Disitu, korang boleh membaca dan melihat sendiri setiap hari ada saja aktiviti dan perkongsian ilmu yang diberikan.

Program Bangkit Bisnes dari Krisis 3.0 Percuma Dr Azizan Osman Buat Usahawan Terkesan Pandemik Covid - 19

Sertai Telegram Datuk Wira Dr Azizan Osman 

JOIN TELEGRAM SEKARANG

Untuk pengetahun korang, lebih daripada 700 usahawan di bawah program Mentoring RichWorks dapat menghasilkan jualan kumpulan sekitar RM2.2 bilion pada tahun lalu.

Apa pun, bagi korang yang nak menimba ilmu, jangan berputus asa dan banyak alasan. Perumpamaan mudah, seperti pergi di universiti dalam kelas dihadiri 50 orang pelajar. BELAJAR DENGAN CIKGU YANG SAMA, WAKTU YANG SAMA, ADAKAH SEMUA PELAJAR AKAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG SAMA??? Jawapan sudah tentu tidak, semua berbalik kepada diri sendiri sama ada teruskan usaha, melakukan perubahan dan tindakan berterusan. Apatah lagi jika kita ikut langkah-langkah daripada usahawan lain yang sudah pun berjaya

 Ingat, siapa yang berusaha dia berjaya. 

Pengalaman 13 Tahun RichWorks Membimbing Usahawan

Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks telah mempunyai pengalaman selama 13 tahun dalam industri keusahawanan. Beliau telah banyak melatih dan membimbing usahawan sejak 2008 lagi. Sebelum RichWorks diwujudkan lagi, beliau sudah mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang marketing dan sales hingga mengetuai syarikatnya dengan client-client korporat besar seperti TM-Streamyx, HSBC dan lain-lain.

Kerana kepakarannya dalam bidang keusahawanan dan marketing ini bersama passion dalam melahirkan usahawan berjaya, Datuk Wira Dr Azizan Osman sering upgrade diri dan menimba ilmu dengan mentor antarabangsa . Beliau juga sering melakukan kajian dan research apa yang relevan dengan bisnes masa kini.

Program Bangkit Bisnes dari Krisis 3.0 Percuma Dr Azizan Osman Buat Usahawan Terkesan Pandemik Covid - 19

Difahamkan Datuk Wira Dr Azizan Osman telah pergi ke SILICON VALLEY pada 2017 untuk belajar bersama pakar-pakar disana tentang digitalisasi. Sebaik saja beliau pulang, beliau terus berkongsikan tentang transformasi dan kepentingan sebelum ada Covid-19 ini lagi. malahan beliau terus bersemangat dan mempunyai passion untuk melihat anak bangsa usahawan berjaya. Walaupun banyak orang skeptikal dan fikir negatif namun beliau tetap lakukan apa yang boleh beliau lakukan dan sumbangkan pada mereka yang memerlukannya.

Mungkin ada kata, jika nak bantu bagi semuanya PERCUMA lah. Suka atau tidak, setiap penganjuran latihan dan program bimbingan sebenarnya ia melibatkan kos, masa, tenaga dan team yang membantu dalam mempersiapkan program dan memastikan ia berjalan dengan baik.

Namun, tiada sebarang paksaan buat korang untuk mengikuti program percuma seperti yang akan diadakan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini. Jika korang tidak berminat, boleh cuba ikuti program lain. Ia nya adalah pilihan masing-masing.

Melalui program-program percuma pun boleh buatkan usahawan itu mendapatkan hasilnya jika dia bertindak, cari jalan dan terus konsisten.

Program Bangkit Bisnes dari Krisis 3.0 Percuma Dr Azizan Osman Buat Usahawan Terkesan Pandemik Covid - 19

Jangan Lepaskan Peluang Untuk Sertai "Bangkit Bisnes dari Krisis 3.0

Pada zaza, "Bangkit Bisnes dari Krisis 3.0" adalah satu peluang yang harus direbut kerana ia adalah percuma. Dengan keadaan pandemik ini, mungkin ramai yang tidak mempunyai kewangan yang baik. Jadinya program ini adalah alternatif yang bagus sekali dari Datuk Wira Dr Azizan untuk membantu usahawan diluar sana. Inilah masanya untuk korang belajar upgrade diri ini sebagai persediaan untuk kehidupan dan bisnes dalam keadaan dunia yang baru ini.

Rugi kalau tak ambil peluang ini. Kalau ada rakan-rakan di sekeliling korang yang minat, boleh juga mengajak mereka menyertainya.  Bukan selalu peluang percuma ini ada. Belajar, dapatkan ilmu yang betul dan keluar dari zon selesa.


Program ""Bangkit Bisnes dari Krisis 3.0" akan berlangsung pada 27 Ogos sehingga 29 Ogos 2021 ( selama 3 hari )

Pada yang berminat boleh daftar di >> DAFTAR BANGKIT BISNES DARI KRISIS 3.0



CONTINUE READING
Zaza Iman
0 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)