Memaparkan catatan dengan label BUANG ANGIN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BUANG ANGIN. Papar semua catatan

Kenapa Wanita Yang Berkahwin Perlu Amal Air Halia Panas

Kenapa Wanita Yang Berkahwin Perlu Amal Air Halia Panas


Kenapa Wanita Yang Berkahwin Perlu Amal Air Halia Panas. Sebenarnya zaza pun rajin juga tau sekali sekala buat air halia panas sebab nak buang angin. Nak tahu tak, air halia panas ni bukan je baik untuk wanita bujang. yang dah berkahwin pun elok juga amalkan tau.

Selain dapat membuang angin, ia juga boleh membakar lemak, memanaskan tubuh, menguatkan sistem pertahanan tubuh dari penyakit dan bermacam lagi.

Kenapa Wanita Berkahwin Perlu Amal Air Halia Panas

MEMBUANG ANGIN

Untuk membuang angin, biasa zaza ambil halia sebesar ibu jari dan hiris halus. Lalu rendamkan dalam air panas bersama uncang teh. Biarkan seketika dan boleh terus minum. Selain dapat membuang angin, badan akan terasa segar. Hari tu dalam satu minggu juga zaza ada buat. Kena rajin sebenarnya tau..

MEREDAKAN TEKANAN

Selain dibuat minum dan dijadikan bahan dalam masakan, Halia juga dapat meredakan tekanan dan memulihkan dalaman badan. Caranya ambil air halia bersama madu setiap hari. Selain memberikan tubuh kesegaran ia juga dapat menyerlahkan kecantikan semulajadi.

MENURUNKAN BERAT BADAN

Halia dapat membantu melancarkan sistem metabolisme tubuh. Oleh itu halia dapat menurunkan berat badan. Caranya hiris halia dan campurkan dengan air panas bersama madu dan perahan air limau. Amalkan selalu ketika perut kosong.

Kenapa Wanita Berkahwin Perlu Amal Air Halia Panas

MENGATASI MASALAH PENCERNAAN

Bagi yang mengalami perut kembung atau cirit birit ketika datang haid boleh cuba minum air halia panas. Ini kerana ia dapat meredakan usus seterusnya dapat mengatasi masalah tersebut.

BAU BADAN

Bagi yang menghadapi masalah bau badan, boleh mengamalkan minum air halia bersama teh setiap hari atau korang boleh kunyah halia yang telah ditumbuk hancur. Lakukan setiap hari.

MENGUATKAN SISTEM IMUN TUBUH

Kandungan halia boleh membantu membersihkan sistem limfa, mengeluarkan racun dan membunuh bakteria yang menjadi punca penyakit.

Sumber : keluarga.karangkraf.com

Baca lagi »
Zaza Iman
12 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)