Memaparkan catatan dengan label BISNES. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BISNES. Papar semua catatan

Titan Summit 2021 Kisah Inspirasi Kejayaan Jenama Sabella antara 100 Usahawan Jutawan Titan RichWorks

Titan Summit 2021 Kisah Inspirasi Kejayaan Jenama Sabella antara 100 Usahawan Jutawan Titan RichWorks



Titan Summit 2021 Kisah Inspirasi Kejayaan Jenama Sabella antara 100 Usahawan Jutawan Titan RichWorks. Assalamualaikum, zaza teringat dulu sekitar 5-6 tahun lalu pernah ikut kakak sertai program keusahawanan yang penyampai ceramahnya dari usahawan yang dikenali. Masa tu dari Pahang sanggup turun ke Kuala Lumpur untuk mengikuti program tersebut.

Zaman tu memang zaza pun suka sangat ikuti tokoh-tokoh usahawan yang berjaya. Setiap kali buka internet je, mesti zaza akan baca blog-blog yang menceritakan tentang usahawan dan bisnes. Langgan newspaper. Bila dapat emel je, memang teruja baca ilmu dan tip yang dikongsikan.

Walaupun zaza bukanlah usahawan tapi zaza suka sangat dengan kisah mereka. Sejak dari itulah zaza banyak sertai peluang bisnes seperti dropship.

Kebanyakan usahawan yang zaza suka ikuti kisah mereka ini bermula ketika usia yang muda. Seronok dan bangga dengan mereka walaupun berliku ujian yang mereka alami untuk mencapai tahap yang mereka berada sekarang ini.

Kalau sebut tentang usahawan, siapakah tokoh usahawan yang korang suka dan kagumi? Hari ini zaza nak ceritakan tentang pasangan usahawan jutawan yang sangat dikenali di era kini.



CONTINUE READING
Zaza Iman
4 Comments

Program Bangkit Bisnes dari Krisis 3.0 Percuma Datuk Wira Dr Azizan Osman Buat Usahawan Terkesan Pandemik Covid - 19

Program Bangkit Bisnes dari Krisis 3.0 Percuma Datuk Wira Dr Azizan Osman Buat Usahawan Terkesan Pandemik Covid - 19


 

Program Bangkit Bisnes dari Krisis 3.0 Percuma Datuk Wira Dr Azizan Osman Buat Usahawan Terkesan Pandemik Covid - 19. Assalamualaikum dan hi semua, Apa khabar? Semoga semuanya sihat dan ceria selalu.Sudah hampir dua tahun kita telah melalui fasa-fasa pandemik akibat wabak covid -19 yang masih belum nampak penghujungnya.

Saban hari ada sahaja kita membaca dan mendengar bermacam berita mengenai ramai orang yang terkesan akibat dari pandemik ini. Kehilangan orang tersayang dan begitu juga para usahawan dan mereka yang berniaga tidak kira dikedai atau ditepi jalan, semuanya sangat terkesan kerana terpaksa menutup perniagaan mereka.

Memang sedih bila membaca kisah-kisah mereka yang ditulis di laman sosial yang terpaksa menutup perniagaan. Ada yang terpaksa menutup perniagaan selamanya kerana sudah tidak mampu menanggung lagi beban yang terpaksa dilalui.

Program Bangkit Bisnes dari Krisis 3.0 Percuma Dr Azizan Osman Buat Usahawan Terkesan Pandemik Covid - 19
CONTINUE READING
Zaza Iman
0 Comments

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur


Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur. Pada 16 Januari 2017 baru-baru ini, satu Majlis Pelancaran GT Dollar Malaysia telah diadakan di  Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Mas Ermieyati Bin Samsudin.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan terkenal dan 3,000 pemimpin industri IT dan e-dagang yang menyokong pembangunan ekosistem FinTech dinamik sekaligus membuka jalan untuk inovasi SMART seperti GT DOLLAR menjadikan Malaysia sebagau satu kuasa yang berpengaruh dalam sektor FinTech.


Dalam majlis ini, GT Dollar telah melancarkan produk baru yang dibawa oleh mereka iaitu Aplikasi GT Dollar dan GT Robot.


Pelancaran GT Dollar Malaysia

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur

Kerjasama diantara Malaysia dan GT Dollar ini dikatakan dapat memberikan kemudahan gaya hidup kepada masyarakat melalui pelancaran aplikasi mudah alih GT Dollar.

Aplikasi "One-stop mobile e-commerce platform" ini bertujuan membina masyarakat yang padu untuk penggunaan dan perniagaan dari pelbagai industri untuk berinteraksi dalam pasarannya.

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur

Melengkapkan lagi kerjasama ini, GT Robot dihasilkan dengan teknologi tinggi dan inovasi di bawah GT Group, Pakar kemajuan dalam penyelesaian robot humanoid.

Robot comel ini dikenali sebagai GT Wonder Boy yang mampu berinterkasi sebagai pembantu manusia.

Kerajaan Malaysia juga sedang merancang untuk memperuntukkan pelaburan di suatu kawasan di sepanjang sempadan Negeri Sembilan - Melaka untuk pembuatan dan pemasangan sendiri kilang GT Robot yang bernilai RM300 juta.

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur
GT Wonder Boy 

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur

Dengan pertumbuhan ini, dianggarkan sebanyak lebih kurang USD 20 Billion dapat dijana oleh syarikat ( sama dengan 10 Juta Mobile Robot ) dan mampu mewujudkan lebih 10,000 pelaung pekerjaan kepada penduduk dalam tempoh 5 tahun yang akan datang.

Oleh yang demikian, Kilang GT Robot tersebut akan menjadi yang pertama di Asia dengan pembuatan yang mesra alam ditambah lagi menggunakan peralatan teknologi tinggi selepas China.

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur
Y.B Datuk Mas Ermieyati Bin Samsudin melancarkan secara rasmi Majlis Perlancaran GT Dollar Malaysia 
Berbelanja Dengan Bijak Bersama GT Dollar

GT Dollar juga turut menawarkan e-wallet buat mereka yang sentiasa sibuk dengan kos sara hidup sekarang yang tinggi.

Dengan e-wallet ini ia dapat membantu peniaga mengembangkan perniagaan mereka dan mendapat lebih ramai pelanggan baru.

Ia juga menawarkan kepada pengguna tawaran istimewa, diskaun dan promosi di peringkat global.Selain itu dia juga dapat menghubungkan mereka dengan pengguna baru serta dapat mengekalkan program kesetiaan melalui pengagihan kredit maya ( GTD )

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur

Komunikasi diantara pengguna dan peniaga juga bertambah mudah kerana adanya lokasi GPS-Lancar dan perkhidmatan lain seperti pemindahan data,pembayaran bil utiliti dan rangkaian chat sosial dan beberapa lagi perkhidmatan lain.

Bagi anda yang ingin menggunakan aplikasi ini, boleh muat turun di aplikasi ' GT Dollar " di play store. Apabila anda memuat turun dan mendaftar, anda akan diberikan kredit percuma RM300 ke dalam akaun GT Dollar anda.

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur
GT Mobile

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur
GT Watch

Selain robot GT Wonder Boy, GT Dollar juga turut melancarkan dua lagi gadget istimewa iaitu GT Mobile dan GT Smart Watch.

Maklumat lanjut mengenai GT Dollar dan gadget  ini boleh layari www.gtdollar.com
CONTINUE READING
Zaza Iman
3 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)