Posts about: Althea
Althea A'bloom - New Collection From Althea. Hi guys! Setiap tahun Althea sentiasa memperkenalkan produk-produk barunya di website Althea. Untuk yang belum mengenali tentang website ni, Althea adalah satu laman beli belah produk kecantikan dan kosmetik dari Korea. So kalau korang semua nak dapatkan produk-produk Korea yang berkualiti, sila terjah website ini okayy..
Untuk kali ini, Althea sekali lagi memperkenalkan produk baru iaitu Althea A'bloom. Apa yang menarik dalam koleksi kali ini?
Athea A'bloom Collection
Simple Makeup Using Althea Makeup Product. Hai, today sekali lagi zaza nak share makeup pilihan zaza kali ini dari Althea Korea. Kalau sebelum ni zaza ada menggunakan beberapa barangan lain dari Althea seperti shampoo, cleanser, spray badan dan sunscreen tapi untuk kali ini, zaza nak try barangan makeup pula.
Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal. Hi all, zaza memang suka membeli barang dekat Althea. Biasa zaza suka mencari produk makeup dan produk untuk rambut. Kalau dah buka je web Althea, memang berejam nak memilih produk mana yang berkenan.
Dekat Althea ni, selalu je ada produk-produk baru yang diperkenalkan dan yang terbaru adalah wangian badan Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal.
Zaza pun tak lepaskan peluang untuk mendapatkannya juga sebotol, tambahan pula Stay Fresh Body Sparkling Mist ini kolaborasi dari Althea dan Titi Kamal, Artis Indonesia yang cukup popular dan terkenal.
Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal
Stay Fresh Body Sparkling Mist datang dalam botol yang bersaiz 100ml. Saiz yang mudah juga untuk bawa dalam handbag atau travel. Design botolnya pun cukup memikat dengan design bunga-bungaan..zaza ni kan kalau nak beli sesuatu zaza suka tengok design botol selain dari bauan.
Titi Kamal
Titi Kamal..? Rasanya semua orang kenal beliau sebagai seorang penyanyi dan juga pelakon yang berjaya. Dengan rambutnya yang panjang dan gelap serta seorang fashionista dan memiliki kecantikan yang mengagumkan. Disebabkan itulah, Althea memperkenalkan Body Mist ini sesuai untuk kegunaan harian yang elegan, segar dan manis sebagai kerjasama bersama dengan Titi.
Fragrance Fresh Floral Fruity
Semburan Stay Fresh Body Sparkling Mist yang memikat ini telah diformulasi dengan wangian bunga dan buah iaitu Sweet Orange dan Fresh Peach. Ditambah pula dengan Bunga Rose yang sentiasa megah.
Antara bahan-bahan utama yang terdapat di dalam Stay Fresh Body Sparkling Mist adalah :
Damask Rose Water -
Menghidupkan kulit terhidrat dan memberikan bauan aroma yang lembut
Sweet Orange Oil -
Menyegarkan deria, rasa fresh
Elder Flower Extract -
Menyejukkan dan melegakan kulit dan memberikan bauan aroma feminin
Lain-lain kandungan adalah Alcohol, Water, Glycerin, Fragrance, Pentylene Glycol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Rosa Damascena Flower Water, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Sambucus Nigra Flower Extract, Citrus Aurantiunm Dulcis ( Orange ) Flower Extract, Magnolia Liliflora Flower Extract, Plumeria Rubra Flower Extract, Lilium Tigrinum Extract, Ethylhexylglycerin.
Bauannya pun menyenangkan dan begitu lembut serta tahan lama. Selepas membersihkan diri, semburkan ia sebelum keluar rumah.
Langgan:
Catatan (Atom)
Social Media
Search