Memaparkan catatan dengan label AUTOMOTIF. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AUTOMOTIF. Papar semua catatan

Ini Yang Perlu Anda Fikir Sebelum Membeli Kereta Terpakai

Ini Yang Perlu Anda Fikir Sebelum Membeli Kereta Terpakai



Siapa kat sini yang sedang merancang nak membeli kereta terpakai tapi risau sebab banyak risikonya? Kalau hendak beli kereta baru pula mungkin kewangan tak berapa ok dan agak mahal.

Zaza sendiri pun guna kereta ayah je buat masa ni tapi memang terdetik nak beli kereta sendiri nanti. Zaza pun baru mahir bawa kereta dalam kampung je. Kalau dekat jalanraya besar atau bandar memang tak berani lagi nak bawa sorang-sorang.

Pernah juga terfikir nak beli kereta terpakai. Kalau guna kereta ayah je selalu kesian pula sebab ayah pun guna setiap hari untuk kesana sini.

Ada juga servey sebelum ni pasal kereta. Kalau zaza tak kisah sangat kereta tu design macam mana janji elok, boleh tahan lama. Kereta biasa macam axia atau myvi pun tak apa. Zaza bukanlah gila sangat dengan kereta ni. Pada zaza asal boleh guna untuk ke sana sini pun dah bersyukur sangat.


INI YANG PERLU ANDA FIKIR SEBELUM MEMBELI KERETA TERPAKAI

Oklah, zaza nak share la sikit pada korang yang rancang nak beli kereta terpakai ni. Panduan ni pun untuk zaza juga kalau nak beli nanti. 

Panduan Untuk Beli Kereta Terpakai

1. Beli Ikut Kemampuan Dan Bajet

Perkara utama adalah bajet dan kemampuan. Misal kata bajet korang nak beli kereta Axia dalam harga RM25k je. So boleh la servey kereta Axia je. Bajet ni penting supaya kewangan tidak terbabas.

2. Buat Carian Online

Ada banyak laman yang menjual kereta terpakai. Jadi korang bolehlah buat servey dulu. Baca terperinci setiap penerangan dalam laman tersebut. Dalam masa sama boleh bertanya kepada rakan-rakan media sosial jika mereka pernah membeli kereta terpakai untuk mendapatkan lebih banyak info.

3. Cari Kenderaan Yang Usia Pengeluaran Bawah 5 Tahun

Zaza ada juga buat carian di beberapa laman. Jadi pada pembeli yang nak mengurangkan risiko kerosakan kereta, disyorkan untuk membeli kereta terpakai yang pengeluarannya tak lebih dari 5 tahun.

4. Buat Pemeriksaan Pada Badan Kenderaan

Kalau rasa tak mahir pasal kenderaan terutamanya perempuan, boleh bawa rakan lelaki untuk menemani bagi membuat pemeriksaan pada badan kereta. Biasanya orang lelaki lebih mahir dan tahu selok belok kenderaan. Jadi lebih selamat untuk mengelakkan dari ditipu oleh jurujual. Lakukan pemeriksaan di dalam dan luar kenderaan.Pastikan semua dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan.

5. Pandu Uji Kereta Yang Bakal Dibeli

Lakukan ujian pandu uji terlebih dahulu. Bawa kereta ke beberapa kawasan dan cuba lalu kawasan yang ada selekoh. Buat penelitian sama ada keluar bunyi atau tidak ketika memusingkan stereng kereta. Beri perhatian juga pada enjin dan tayar kereta.

6. Buat Perbandingan dengan Beberapa Kenderaan

Sebelum membeli, korang boleh membuat perbandingan dengan beberapa kereta lain ( model yang sama ). Bandingkan harga dan pandu uji supaya tak tersalah beli.

7. Pilih Kenderaan Mileage Rendah

Mileage adalah jarak perbatuan sesebuah kenderaan. Lagi jauh kereta bergerak, lagi cenderung untuk kereta mengalami kerosakan. Oleh itu, pilihlah kenderaan yang mileage rendah supaya kereta mampu bertahan lama.

8. Jangan Beli Kenderaan Yang Diubah Suai

Berhati-hati dalam membeli kenderaan terpakai kerana ada kemungkinan ia sudah diubah suai. Kenderaan yang terlalu banyak diubah suai kemungkinan tahap keselamatannya diragui kerana barang alat ganti yang digunakan mungkin dari kedai atau dipasang oleh orang yang tak bertauliah.

INI YANG PERLU ANDA FIKIR SEBELUM MEMBELI KERETA TERPAKAI

Membeli kereta terpakai bukanlah mudah. Banyak lagi sebenarnya yang perlu korang diambil tahu. Jangan terburu-buru. Sekurang-kurangnya ambillah masa lama untuk membuat servey agar korang tak menyesal dikemudian hari.

Korang juga boleh membuat carian beli kereta terpakai dekat Carsome. Carsome adalah salah satu perkhidmatan untuk membantu korang membeli kereta terpakai atau jika ingin menjual kereta lama pun boleh. Mereka menawarkan kenderaan yang berkualiti dan sememangnya dipercayai.

Jika korang juga sedang mencari kereta sedan terpakai, boleh tengok 7 kereta sedan ini yang terbaik di Malaysia https://www.carsome.my/news/item/7-kereta-sedan-terpakai-terbaik-di-malaysia




CONTINUE READING
Zaza Iman
10 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)