Memaparkan catatan dengan label AFFILIATE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AFFILIATE. Papar semua catatan

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia



Assalamualaikum dan apa khabar semua. Bertemu lagi pada hari ini. harap semuanya ceria dan sihat. Siapa yang dah biasa cari duit sampingan dengan affiliate? Beberapa tahun dulu zaza pernah juga join affiliate dengan jual al Quran. Cecah ratusan la juga hasil yang zaza dapat tapi sekejap je bila pihak yang buat affiliate Al Quran tu dah stop.

Tapi baru-baru ni zaza adalah join Affiliate bersama Shopee Malaysia. Affiliate Shopee ni pun diperkenalkan oleh pihak marketing Shopee sendiri.

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia

So zaza tak nak cerita panjang, just zaza nak ajar macam mana untuk korang daftar dan promote barang-barang yang ada di Shopee dan jana income melaluinya.

Disini zaza share income/komisen zaza dari 1 May hingga 17 May. Bagi zaza ok lah untuk permulaan. Ada rakan lain dah beratus hasilnya.. itu yang zaza pun mencuba dan tak sangka dah berjaya cecah RM50 ni..

Dan paling best sebab minimum untuk cash out adalah RM60 ke atas ( sila baca terma & syarat pada setiap kempen di accestrade )


Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia



Jumlah rewards yang zaza kumpul

Apa yang zaza promote? buat masa ni zaza promote produk untuk rambut gugur dan produk ni memang zaza pakai dan menjadi. Zaza memang ada share pasal product ni kat blog zaza juga dulu.

Macam mana nak Daftar Affiliate Shopee

1. Pertama sekali daftar terus di Accestrade ( klik banner ) atau klik DAFTAR AFFILIATE SHOPEE



2. Setelah selesai daftar isi maklumat dekat setting akaun seperti Profile, Bank Acc, Site ( PENTING ). Masa daftar, dekat site url boleh letak url facebook.

3. Selepas tu korang check kat bahagian " Available Campaign" dan cari SHOPEE kemudian tick dan Apply

UPDATE : SELAIN SHOPEE, BOLEH APPLY AFFILIATE BRAND LAIN SEPERTI KLOOK, PGMALL, WATSON, ZALORA, ALLYOUNG dan lain-lain yang ada.

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia


4. Tunggu affiliate Shopee korang tu approved dan bila dah approved korang cek dekat " Applied Campaign"


5. Korang akan nampak seperti gambar dibawah ni dan klik yang zaza bulatkan tu

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia

6. Selepas klik, korang akan nampak lah info-info tentang affiliate seperti link affiliate korang, banners untuk promote di blog, jumlah rewards by categori dan lain-lain.
Selesai.
Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia

Macam mana nak promote produk Shopee dan jana income

1. Pergi kat shopee dan cari produk-produk yang hendak di jual. Ok lebih menarik kalau produk tu korang ada beli dan pengalaman guna sendiri.

2. Copy url link produk tersebut seperti gambar di bawah

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia


3. Generate url link tadi dekat "Custom Creatives". Paste kan url link tu dekat "Landing Url". Kemudian "Creative Name" tu letak la nama seperti contoh Seborin Tonic


Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia

4. Klik Generate

5. Selesai.

6. Gunakan link yang dah generate tadi dan promote la link tersebut sama ada di facebook, instagram, twitter atau apa-apa media sosial yang lain. oh ya..bila dah generate link, dia akan jadi link panjang, so korang kena pendekkan dulu link tu dekat https://bitly.com/  )
so nanti jadilah macam Contoh zaza promote seperti ini :

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Affiliate Shopee Malaysia

So kalau ada pembaca yang klik link tersebut dan beli produk-produk melalui link tu, korang akan dapat komisen. Try lah okay..kalau tak faham boleh tanya zaza..



CONTINUE READING
Zaza Iman
11 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)