Memaparkan catatan dengan label ADVERTORIAL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ADVERTORIAL. Papar semua catatan

MAHA 2016 Berjaya Tarik Jutaan Pengunjung

MAHA 2016 Berjaya Tarik Jutaan Pengunjung


MAHA 2016 Berjaya Tarik Jutaan Pengunjung. Assalamualaikum rakan-rakan zaza semua. Apa khabar. Baru-baru ini zaza berkesempatan hadir ke MAHA 2016 ( Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia.

Last zaza pernah datang semasa tahun 2008 kalau tak silap. Dan MAHA 2016 kali ini memang cukup meriah sangat. Tapi sayangnya zaza tak dapat lawat banyak tempat. Dengan kaki sakit. So berpeluang ke kawasan-kawasan berdekatan je. Sedih rasa hati tak dapat melawat kasawan upin ipin dan lain-lain


MAHA 2016 Tarik Jutaan Pengunjung
Meriahnya sambutan dari orang ramai

MAHA 2016 Tarik Jutaan Pengunjung

MAHA 2016 Tarik Jutaan Pengunjung

Berkonsepkan OUR FOOD, OUR FUTURE MAHA 2016 berjaya menarik 3.7 pengunjung. - Sumber Berita Harian,

MAHA 2016 telah diadakan di Taman Pameran Pertanian Malaysia, MAEPS Serdang. Pameran MAHA 2016 ini berlangsung dari 1 Disember sehingga 11 Disember lalu.

Turut hadir ke pameran MAHA 2016 ini ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

MAHA 2016 Tarik Jutaan Pengunjung
Wali Band

Selain pameran dan jualan tentang hasil pertanian, terdapat juga Kampung Mok Cun, Upin Ipin dan juga festival muzik.

Beberapa artis juga turut hadir membuat persembahan. Zaza juga berkesempatan bergambar bersama artis dari Indonesia, Wali Band.

MAHA 2016 Tarik Jutaan Pengunjung

Masa zaza datang..memang ramai sangat orang. Sepanjang berada di MAHA 2016..apa yang zaza beli dan bawak balik adalah selonggok jagung je..mehmeh... Bukan main lagi berjalan sana sini tapi yang dibelinya hanya selonggok jagung berharga RM5.00

Sebenarnya juga zaza nak beli pokok buah-buah tapi sayang zaza tak boleh nak bawa balik memandangkan untuk balik semula ke tempat zaza tinggal adalah dengan menaiki bas..so susah la pulak kan..

Apa pun zaza amat gembira datang ke MAHA 2016 kali ni.. seronok....Rasa nak pergi lagi sebab tak puas. Insyaallah tahun depan jika ada lagi zaza nak pergi dan shopping lebih banyak lagi.. ;)


CONTINUE READING
Zaza Iman
1 Comments

Ezbuy Laman Web Shopping Murah Pilihan Ramai

Ezbuy Laman Web Shopping Murah Pilihan Ramai


Ezbuy Laman Web Shopping Murah Pilihan Ramai. Zaza memang suka sangat beli belah secara online. Kebanyakan barangan seperti pakaian,kasut dan makeup menjadi kegilaan zaza. Memandangkan masa untuk keluar terhad..so zaza lebih suka membeli atas talian saja.

So kat sini zaza nak kenalkan kat korang satu website shopping online yang sedang popular iaitu EZBUY

Ezbuy Laman Web Shopping Murah Pilihan Ramai

Di EZBUY terdapat beribu item yang dijual. Memang gila la tengok. Antara barangan yang dijual seperti pakaian wanita,pakaian lelaki, permainan kanak-kanak, kasut, aeg dan aksesori, barangan sukan, peralatan rumah dan dapur, peralatan pejabat,barangan motor,produk kecantikan dan kesihatan, barangan telefon dan juga komputer.

Terdapat pelbagai jenama yang boleh korang pilih. Harga ada yang murah. Ada yang sedikit mahal. Pun begitu bijaklah membeli.

Paling menyeronokkan di EZBUY ni adalah kos penghantarannya hanya RM8.80 (unlimited parcel size & weight )

So dah tak sabar rasanya nak shopping di EZBUY? Jom tengok caranya seperti dibawah.

1. Daftar acc EZBUY. Setelah berjaya daftar boleh la mula membuat pesanan
2. Pilih pesanan yang korang nak. Klik ADD TO CARD
Macam zaza pilih baju New Winter Fashion Show Rose Print Pettiskirt Dressess
berharga RM64.71 ( panjang betul nama item :p )

Ezbuy Laman Web Shopping Murah Pilihan Ramai


3. Pilih kos penghantaran. Disini ada empat pilihan. So kalau nak murah pilih la yang biasa. Selepas siap pilih CHECK OUT

Ezbuy Laman Web Shopping Murah Pilihan Ramai

 3. Masukkan butiran peribadi seperti nama, alamat dan nombor telefon.
Pastikan segala maklumat adalah betul

Ezbuy Laman Web Shopping Murah Pilihan Ramai


4. Selesai proses mengisi maklumat peribadi....maka akan keluarlah page seperti dibawah. 
Seterusnya klik TOP UP NOW

Ezbuy Laman Web Shopping Murah Pilihan Ramai

5. Akhir sekali..pilihlah cara pembayaran yang korang mahukan.

Haaa...senang dan mudah je kan?


Bagi korang yang baru mendaftar dengan EZBUY, korang juga berpeluang untuk mendapatkan voucher bernilai RM15 yang akan dimasukkan ke dalam account EZBUY korang.

So kalau korang nak membeli belah di EZBUY daftar je di sini..



CONTINUE READING
Zaza Iman
5 Comments

KEMPEN KESEDARAN SAYANGI KULIT WAJAH ANDA DENGAN EPHYRA

KEMPEN KESEDARAN SAYANGI KULIT WAJAH ANDA DENGAN EPHYRA



KEMPEN KESEDARAN SAYANGI KULIT WAJAH ANDA DENGAN EPHYRA

KEMPEN KESEDARAN SAYANGI KULIT WAJAH ANDA DENGAN EPHYRA. Terdedah kepada sinaran UV atau cahaya matahari terik dalam tempoh yang panjang adalah antara punca terjadiya masalah kulit wajah termasuk kanser kulit. Perkara ini didedahkan oleh Pakar Estetik dan Kecantikan, Dr. Hatun Deleila Azrai dalam Majlis Kempen Kesedaran “Sayangi Kulit Wajah Anda” anjuran Ephyra.

KEMPEN KESEDARAN SAYANGI KULIT WAJAH ANDA DENGAN EPHYRA

Antara masalah kulit yang timbul termasuklah jeragat, tompok hitam atau ‘melasma’ yang menyebabkan wanita kurang berkeyakinan diri untuk berjumpa orang ramai. Seawal usia 20-an, wanita berisiko untuk berdepan dengan masalah kulit wajah.  Jeragat terutamanya, bukan sahaja mencacatkan penampilan seseorang malahan tanpa pengawalan dan rawatan yang betul ia boleh menjadi masalah serius.

KEMPEN KESEDARAN SAYANGI KULIT WAJAH ANDA DENGAN EPHYRA


“Kajian menunjukkan 80-90% wanita Asia mengalami masalah jeragat akibat sinaran UV. Sinaran UV dari matahari yang berlebihan menghasilkan melanin yang banyak. Melanin diperlukan oleh kulit untuk melindungi sel daripada rosak. Namun, sekiranya penghasilan melanin berlebihan, ia akan menyebabkan tompok hitam terjadi dan tidak terkawal.”
Kempen kesedaran “Sayangi Kulit Wajah Anda!” yang dianjurkan Ephyra memberi kesedaran kepada wanita untuk menjaga dan menghargai kulit wajah mereka dalam cabaran cuaca hari ini.

KEMPEN KESEDARAN SAYANGI KULIT WAJAH ANDA DENGAN EPHYRA

Pengarah Urusan & Pengasas Ephyra ; Pn. Amiza Amiruddin memberitahu Ephyra kini menambah dua lagi produk penjagaan wajah iaitu Serum Ephyra Skin Nano Advanced Repair & Pelembap Muka Ephyra Skin Snow Advanced White Repair. Disamping ‘killer product’ mereka iaitu sabun pencuci muka Ephyra Skin Bar.
Serum yang berteknologi Nano & dipatenkan di Switzerland ini bertekstur ringan dengan bahan asasnya adalah air. Manakala pelembap muka dengan teknologo Geno-White pula sangat mudah menyerap dan langsung tidak melekit atau berminyak apabila digunakan.


Ia dirumuskan khas dan difokuskan kepada masalah kulit wanita Asia seperti jeragat, jerawat, parut jerawat, kulit kendur dan kulit kusam. Formulasi semulajadi yang hebat digunakan dengan kandungan bahan antioksida seperti Glutathione, Vitamin C dan Vitamin E yang diekstrak dari sumber buah-buahan.

Duta Ephyra, Memey Suhaiza & Norman Hakim pun turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan produk Ephyra setelah hamper 4 tahun. Malahan apa yang menarik Ephyra yang terkini telah menerima Anugerah Asia Pacific Super Health Brand 2015-2017. Anugerah ini memberikan kredibiliti dan keyakinan pengguna tentang kualiti produk tempatan seperti Ephyra.

KEMPEN KESEDARAN SAYANGI KULIT WAJAH ANDA DENGAN EPHYRA


Semalam, baru je terima parcel Ephyra Skin Care Series. Tak sabar nak cuba dan rasa sendiri keberkesanan produk terbaik dari Ephyra ni. Tambahan pula nak Hari Raya kan, semua nak berseri-seri & nampak cantik. Tunggu review dari saya ye!

Untuk konsultasi dan maklumat lanjut mengenai produk Ephyra hubungi –

Hotline : 019-3999 238 / 03-4141 7889


CONTINUE READING
Zaza Iman
7 Comments

 Blouse Dan Jubah Nursing Serta Mesra Wudhuk Dari Norie Signature

Blouse Dan Jubah Nursing Serta Mesra Wudhuk Dari Norie Signature



Blouse Dan Jubah Nursing Serta Mesra Wudhuk Dari Norie Signature. Zaza memang gila dengan baju..pantang nampak yang berkenan mesti nak beli. Sekarang ni banyak zaza lihat trend gadis dan wanita memakai pakaian blouse dan jubah plain dengan warna pastel. Warna pastel banyak dipilih kerana ia memberikan kesan kelembutan pada si pemakai.

So buat korang yang nak ke sebarang majlis dan sedang mencari baju yang sesuai, nursing dan mesra wudhuk zaza suggestkan korang boleh dapatkan koleksi blouse dan jubah dari NORIE SIGNATURE.

NORIE SIGNATURE merupakan butik pakaian online yang mula semakin dikenali  ramai yang terletak di Meru, Klang. NORIE SIGNATURE menjual pakaian  seperti jubah, blouse, kurung moden, polazo, shawl yang berkonsepkan menutup aurat dengan sempurna dan longgar. Menepati ciri-ciri pakaian seorang muslimah. 

LAYLA BLOUSE

Kini NORIE SIGNATURE memperkenalkan satu lagi koleksi baru pakaian mereka iaitu LAYLA BLOUSE. Didatangkan dengan 5 pilihan warna pastel yang begitu memukau pandangan mata. Antara warna yang dikeluarkan adalah Aqua Blue, Dusty Purple, Mustart, Nude Peach dan Soft Pink.




Promosi Jualan Murah Blouse Dan Jubah Dari Norie Signature
5 pilihan warna pastel Layla Blouse

LAYLA BLOUSE menggunakan material dari premium soft crepe yang cukup selesa dan tidak panas. Nursing dan mesra wudhuk. Yang menariknya ia labuh dan menutup pinggul. Kain yang best dan selesa. Tak mudah kedut. Rekaannya yang unik dan moden. Di bahagian lenggan baju seperti ada corak alunan bertingkat-tingkat.

Terdapat dalam saiz S,M,L dan XL. Sangat sesuai dikenakan dengan seluar polazzo. 

Promosi Jualan Murah Blouse Dan Jubah Dari Norie Signature
Warna Layla Blouse yang menjadi kesukaan zaza... 

Harga bagi LAYLA BLOUSE KINI HANYA RM99 je


HELENA BLOUSE

Selain LAYLA BLOUSE yang kini menjadi kegilaan wanita, NORIE SIGNATURE juga mempunyai koleksi blouse lain seperti HELENA BLOUSE. HELENA BLOUSE didatangkan dengan 6 pilihan warna iaitu Brown, Cream, Dark Blue, Green, Grey dan Magenta.

Blouse Helena dibuat dengan menggunakan  material premium soft crepe. Selesa dan tidak panas. Nursing dan mesra wudhuk. Kainnya pun tak mudah kedut. Bagi korang yang hendak menghadiri majlis santai bersama sahabat bolehlah memilih HELENA BLOUSE ni.

Terdapat dalam saiz S,M,L dan XL. Ukuran penuh saiz boleh rujuk dekat www.noriesignature.my
Promosi Jualan Murah Blouse Dan Jubah Dari Norie Signature

Harga bagi HELENA BLOUSE HANYA RM99 je


Promosi Jualan Murah Blouse Dan Jubah Dari Norie Signature
Warna yang buat zaza jatuh cinta... 


WARDAH JUBAH EDISI 2016

Mencari jubah yang simple untuk dipakai di majlis perkahwinan sahabat? Apa kata cuba pulak koleksi WARDAH JUBAH EDISI 2016.

WARDAH JUBAH direka dengan menggunakan material heavy dull satin dan terdapat lace-lace kecil pada hadapan baju. Terdapat 4 warna pilihan iaitu Tiffany Blue,Dark Green, Golden Brown dan Ice Pink. Designnya tampil simple namun kelihatan elegan dan moden. 

WARDAH JUBAH juga nursing dan mesra wudhuk. Untuk korang yang memiliki tubuh tinggi sangat sesuai dipakai. Kainnya cukup selesa apabila dipakai dan tidak mudah kedut.

Terdapat dalam saiz S,M,L dan XL. Stok jubah ini sangat terhad. So cepat cepat la order. Kalau habis tak akan direstock kembali.  Ukuran penuh saiz boleh rujuk dekat www.noriesignature.my

Promosi Jualan Murah Blouse Dan Jubah Dari Norie Signature
Tiffany Blue

Promosi Jualan Murah Blouse Dan Jubah Dari Norie Signature
Ice Pink

Promosi Jualan Murah Blouse Dan Jubah Dari Norie Signature
Dark Green

Promosi Jualan Murah Blouse Dan Jubah Dari Norie Signature
Golden Brown

Harga bagi WARDAH JUBAH HANYA RM159 je

Oh ya, NORIE SIGNATURE juga menawarkan promo diskaun sebanyak 10% ke atas pembelian blouse dan jubah ( untuk pembelian pertama sahaja )

Gunakan kod promo REG10 semasa anda membuat CHECKOUT.

So kalau korang berminat sangat nak dapatkan koleksi blouse dan jubah yang ditawarkan oleh NORIE SIGNATURE ni, boleh la membuat tempahan terus dengan melayari :


Alamat : Norie Signature Online Store, 63B, Tingkat 2,
Jalan Besar KU/8, Meru, Klang Selangor.
Whatsapp : 016 - 660 7840 ( Norie )

Pembayaran boleh dibuat melalui :

FPX, Master Card, Visa, CIMB, MAYBANK, RHB, AMBANK,
ALLIANCE BANK dan HONG LEONG BANK

***

Selamat membeli belah bersama NORIE SIGNATURE :)


CONTINUE READING
Zaza Iman
6 Comments
[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)