Langkau ke kandungan utama

SOCIAL MEDIA

Memaparkan catatan dengan label +. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label +. Papar semua catatan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah ini adalah buku kedua karya Mustaqim Jiwa yang zaza miliki bertajuk Ketika Hati Berfatwa. Jika sebelum ni zaza ada kongsikan tentang bukunya yang lain bertajuk Teruntuk Langit Yang Bercanda

Sebelum ini, Mustaqim Jiwa menggunakan nama pena Serban Putih. Untuk buku Ketika Hati Berfatwa ni zaza tertarik nak beli sebab ada rakan pengikut zaza kat instagram yang share. Hari tu zaza ada buat servey tentang buku motivasi apa yang best untuk dibaca. So dia cakap dia ada baca buku Ketika Hati Berfatwa ni..sebenarnya dah lama dah zaza nampak buku ni dekat instagram Mustaqim Jiwa ni..cuma tak beli-beli lagi..dan akhirnya beli juga sebab pertama zaza suka dengan tajuk dia. Baca tajuk pun dah menarikkan..dan kedua zaza suka tengok design cover buku ni..rasa macam..hmm tak tahu nak cakap. Macam terpegun la..macam ada sesuatu yang indah dan ketenangan.

Ketika Hati Berfatwa by Mustaqim Jiwa ( Nukilan Biruni )
Foto - Nukilan Biruni

Ketika Hati Berfatwa by Mustaqim Jiwa ( Nukilan Biruni )

Rabu, Januari 20, 2021

"Wahai manusia, dengarlah sungguh-sungguh kata-kata ini. Sembahlah Allah, Diri kan lah solat 5 waktu, Berpuasalah di bulan Ramadan, Tunaikanlah zakat daripada kekayaanmu, kerjakanlah haji jika mampu. Ketahuilah setiap muslim itu bersaudara kepada muslim yang lain.

Ingat, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertangungjawabkan atas segala apa yang kamu kerjakan. Oleh itu awasilah. Jangan kamu sesekali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Ditinggalkan kita dengan dua perkara, jika berpegang teguh, nescaya kita tidak akan sesat selamanya iaitu AL QURAN dan SUNNAH Utusan Langit Terakhir."

***

Takdir 3 : Janji-Nya Yang Tidak Termungkir, buku terakhir dalam trilogi Takdir oleh Hilal Asyraf.

Takdir 3 : Janji-Nya Yang Tidak Termungkir by Hilal Asyraf
Versi Baru

Takdir 3 : Janji-Nya Yang Tidak Termungkir by Hilal Asyraf

Jumaat, Januari 15, 2021



"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. "Surah Al-Ankabut


Takdir 2 Percaya Yang Tidak Sirna merupakan kesinambungan dari trologi Takdir oleh Hilal Asyraf.

Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna by Hilal Asyraf


Sinopsis


Kisah mengenai pemuda bernama Angkasa dalam membebaskan dunia kegelapan kepada cahaya yang dikuasai pemerintahan kejam, Sang Asura. Bersama sahabatnya Kiai Hutan, Raja Nuo, Mughirah Syu"bah, Ruh Faizan, Khalid al Walid..dan ramai lagi watak. 

Dunia mula mendapat cahaya dan kebaikkan mula menyinar. Menyah kegelapan yang Sang Asura bawa ke atas muka bumi. 6 bulan berlalu tanpa peperangan. Tanah Haram dan Bumi Barakah menjadi aman tanpa gangguan. Barang dagangan dan hasil pertanian kian bertambah kerana tanah yang semakin subur.

Kerajaan Utopia seakan membeku setelah mengalami peristiwa kekalahan. Tiada sebarang berita dan serangan seperti biasa.

Dakwah berjalan dengan baik. Dan Angkasa Sakti telah berada dalam satu perjalanan yang besar untuk manfaat mendatang. 

Tanah Suci, Bumi Barakah dan Chinmayi mula merasakan kekuatan. Lantas bergerak merata di atas muka bumi mengumpulkan kemenangan. Dengan beraninya, serangan ke Ethan dilancarkan dan kali ini Sang Asura tidak mengalah. Dia juga mempunyai rencana sendiri.


Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna by Hilal Asyraf

****

Assalamualaikum saudara-saudaraku di dalam Islam. Hari ini, aku, Mughirah Syu'bah dan Toriq akan berangkat pulang. Kami tinggalkan bersama kalian tiga orang tentera kami. Mereka bukan semata-mata tentera, tetapi mereka juga memahami akan agama Allah dan Utusan Langit Terakhir.

"Mereka akan duduk disini bersama kalian, untuk meneruskan ajaran Islam. Semoga kalian termasuk dalam kalangan yang faham."Khalid Al-Walid bersuara, sambil memandang tiga tenteranya dalam rombongan mereka.


***




Suasana subuh pagi itu dingin dan bacaan Ruh Faizan lebih sayu daripada biasa.

Dia membaca surah Dhuha dengan penuh penghayatan. Yakin betapa Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya tidak akan meninggalkannya.

Surah Ad-Dhuha ayat pertama hingga ayat ke 11 dibaca pada rakaat pertama.


Dan demi waktu Dhuha. Dan malam apabila ia sunyi sepi. ( Bahawa) Tuhanmu ( wahai Muhammad ) tidak akan meninggalkanmu. Dan ia tidak benci ( kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).". Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu ( kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat ) sehingga engkau redha ( berpuas hati ). Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu dia memberikan pertolongan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari ( jalan yang benar ), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk ( dengan wahyu- Al Quran )? Dan didapatiNya engkau miskin ( yatim piatu ), lalu Ia memberikan kekayaan ( menjadi rasul yang membawa risalah)?Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya. Adapun orang yang meminta ( bantuan pimpinan ) maka janganlah engkau tengking herdik. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan ( dan zahirkan ) sebagai bersyukur kepadaNya.


***    

Dan Dia ( Allah ) telah menghantarkan kepada mereka burung ( tentera bergajah ) burung ababil yang berbondong-bondong. Kiai Api membacakan ayat ketiga daripada surah Al-Fil.

Kemudian menyambung dengan ayat ke empat daripada surah Al-Fil " Yang melontar mereka dengan batu-batu daripada sejenis tanah yang dibakar keras."

Mereka melihat dengan mata mereka sendiri burung-burung besar tadi melepaskan batu yang bercahaya dari paruh, turun menghentam tentera-tentera Amara. Barisan tentera Amara kucar-kacir dan ramai manusia menemui ajal.


***

Menurut Hilal Asyraf, Takdir membawa pembaca jauh melangkaui zaman. Kala kegelapan menguasai dunia, tika dunia telah hancur oleh tangan-tangan manusia, Hilal mengajak kita untuk menghayati nilai-nilai suci perjuangan di jalan yang mengtauhidkan Yang Maha Berkuasa.


Biodata Penulis :

Mohamad Hilal Asyraf bin Abdul Razak. Berasal dari Johor dan merupakan graduan di Yarmouk University dalam bidang Usuluddin. Memulakan karier sebagai penulis sejak 2009. Aktif dalam menghasilkan karya-karya fiksyen dan non fiksyen. Telah menghasilkan lebih 40 buah karya. Merupakan mengasas kepada website Langitilahi dan kini menguruskan perniagaan penerbitannya sendiri.


Ini versi lama. Sekarang dah ada versi baru yang ditulis semula.

Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna by Hilal Asyraf
Versi Baru 2020











Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat. Pernah tak korang alami jeragat kat muka? Zaza pernah juga jumpa seorang aunty ni yang jeragat dia kat pipi memang bagi zaza teruk juga lah sebab dah jadi gelap sangat dan besar. Aunty tu datang sebab sedih dengan masalah dia dan nak cuba skincare apa yang ok untuknya. Ini pengalaman zaza lah masa bekerja dekat kedai kosmetik dulu.

Tahu tak punca terjadinya jeragat ni? Sebenarnya kan jeragat ni berpunca dari melanin pada kulit kita. Lagi banyak melanin terjadi, lagi banyak la jeragat akan keluar. Kulit terdedah dengan sinar UV juga antara penyebab terjadinya melanin. Makin banyak kulit terdedah dengan sinaran UV, semakin banyak melanin akan terhasil. Tambahan pula dekat Malaysia ni sepanjang tahun adalah musim panas.

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat

Melanin juga boleh meningkat disebabkan oleh suhu yang tinggi pada kulit. Misalnya kita berada di kawasan persekitaran yang panas atau melakukan sesuatu yang membuatkan kulit terasa panas. Contohnya kita tinggal di dalam bilik yang panas dan bersuhu tinggi, jadi kulit akan sensitif terhadap panas lalu menghasilkan lebih banyak melanin.

Jadi macam mana nak atasi masalah jeragat ni? Ok kat sini zaza nak share beberapa tips yang boleh membantu untuk menghilangkan jeragat.

Cara Nak Merawat Kulit Berjeragat

1. Cuci Wajah Dengan Kerap

Kebiasaannya zaza akan cuci wajah dengan pencuci muka dua atau tiga kali sehari. Bila kulit zaza rasa macam berminyak tu memang zaza akan cuci. Kalau nak tahu lebihan minyak dan bakteria yang ada tu boleh menyebabkan jeragat terjadi. Jadi dengan mencuci wajah dapat menyingkirkan lebihan minyak dan bakteria tersebut. Tetapi perlu ingat kerap cuci sehingga kulit wajah terlalu kering pun tak bagus juga.

2. Guna Lemon

Zaza ada juga terbaca yang rakan share yang lemon juga boleh membantu untuk menghilangkan jeragat. Ini kerana lemon mempunyai asid dan vitamin yang dapat menghapuskan jeragat. Caranya hanya dengan sapukan lemon dekat kulit yang berjeragat. Selepas tu boleh basuh muka dengan air.

3. Guna Cuka Epal

Penggunaan cuka epal ni memang banyak digunakan sebagai petua untuk menghilangkan jeragat. Caranyadengan campurkan cuka epal dengan sedikit air dan sapukan pada kulit. Biarkan beberapa ketika sehingga meresap ke kulit. Selepas tu barulah dibilis. Kena kerap amalkan setiap hari sehingga jeragat hilang

4. Buat Masker Kunyit

Kunyit juga banyak digunakan dalam mengatasi masalah jeragat dan jerawat. Cara menggunakannya adalah dengan campurkan 3 sudu teh serbuk kunyit dengan 3 sudu the susu hangat. Kacau sebati. Selepas itu sapu masker kunyit tu dekat kawasan kulit yang berjeragat. Biarkan ia kering sekitar 15 minit. Setelah itu cuci wajah menggunakan air suam.

5. Penggunaan Cream Pelembap Wajah

Bagi yang jenis malas nak buat cara guna lemon dan lain-lain tu, zaza suggest untuk menggunakan cream pelembap wajah yang sesuai untuk muka. Cream pelembap memang wajib pakai okay dalam rutin penjagaan wajah ni sebab ia boleh mengawal dari terjadinya pertumbuhan jeragat.

Salah satu yang zaza pun guna sekarang produk Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature.

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature bantu menghilangkan jeragat

Zaza suka cream ni sebab ia adalah ia merupakan skincare dari Korea. Kebanyakan produk kecantikan dari Korea adalah antara yang terbaik.

Aqua Whitening Cream merupakan Pelembap berasaskan air yang memberikan rasa sejuk pada kulit. Bila sapu dekat kulit wajah tu memang terasa sejuk dan lembap berair.

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat

Bila suhu kulit kita tinggi dan sensitif terhadap panas, jadi mudahlah melanin terbentuk. Jadi dengan memakai Aqua Whitening Cream ini, ia dapat membantu menjadikan kulit sejuk dan lembap. Aqua Whitening Cream ini juga mempunyai % bahan “Niacinamide” yang tinggi yang dikenali sebagai
Vitamin B3 dimana ia juga dapat memberikan kelembutan pada kulit dan mencerahkan kulit.

Tekstur Aqua Whitening Cream

Korang boleh nampak yang tekstur dia adalah “water based”. Warna nya pun putih cerah. Sebelum pakai, zaza cuba test kat tangan dulu macam yang zaza share kat bawah ni. So korang nampak tak selepas zaza sapu rata, ada kesan seperti titisan air pada kulit.

Bila test kat tangan dan rasa tak ada kesan iritasi, boleh la pakai kat muka pula. Dan yang penting cream ni tak melekit pun.

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat
Sebelum cream disapu 

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat
Selepas cream disapu 

Cara Penggunaan Aqua Whitening Cream 

Untuk pakai cream ini, boleh dilakukan 2 kali sehari di waktu pagi dan di waktu malam. Pertama sekali adalah dengan mencuci muka sehingga bersih. Kemudian calitkan Aqua Whitening Cream dekat pipi, dahi, dagu, hidung. Boleh juga sapu di leher. Selepas tu sapu dan urut perlahan..

Dalam beberapa saat, korang akan nampak titisan air keluar. So dap-dap je bagi meresap ke kulit.

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat
Selepas cuci muka, calitkan Aqua Whitening Cream di pipi, dahi, dagu dan hidung 

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat
Sapu dan urut perlahan 

Terdapat titisan air keluar..dap-dap saja bagi meresap ke kulit 

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat
Kulit terasa segar dan lembap 

Aqua Whitening Cream ini juga dihasilkan dengan ekstrak herba yang dapat membantu menenangkan kulit dan memperbaiki kulit serta mengekalkan kelembapan kulit sekaligus dapat menghalang terjadinya jeragat.

Aqua Whitening Cream ini mengandungi Camellia Japonica Seed Oil yang berfungsi untuk melembapkan kulit. Tidak menyekat liang kulit dan tak menyumbang kepada jerawat.ia juga dapat memperbaiki kulit dari kekeringan dan sunburn.

Kandungan Niacinamide dalam cream ini juga membantu memutihkan, mengecilkan liang pori sehingga dapat mengawal kulit berminyak.

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat

Selain dari penggunaan cream pelembap untuk menghalang pertumbuhan jeragat, kita juga perlu melindungi kulit dari bahaya cahaya matahari. Jadi zaza suggest untuk gunakan Gold Nano CC Cream, juga dari Hansaegee Nature.

6. Gold Nano CC Cream Sebagai Pelindung Matahari

Ok ini botol yang kedua zaza pakai..cream ni best sebab bila pakai tu rasa ringan je muka. Gold Nano CC Cream ni bertindak sebagai “Pelindung Matahari” kerana mempunyai SPF 50+ PA +++ yang melindungi dari UVA & UVB.

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat

Kebiasaannya ramai orang nak kan produk yang menghilangkan jeragat dengan cepat. Mereka tak suka pakai pelindung matahari dan pelembap. Tapi yang sebenarnya dua-dua ini lah yang penting.

Jeragat tidak akan hilang segera hanya dengan menggunakan sedikit krim atau jika hilang pun ia boleh datang kembali jika kita tidak melindungi kulit dari sinar UV.

Jadi memang perlu merawat kulit dengan betul. Sebab itulah zaza suggest kan juga untuk pakai Gold Nano CC Cream ini yang bertindak sebagai sunscreen ( pelindung kulit ) yang membantu melindungi kulit daripada bertambah banyak melanin yang menyebabkan lebih banyak jeragat.

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat

Seeloknya digunakan setiap hari walaupun hanya duduk dirumah dan sekurang-kurangnya ( minimum ) penggunaan 2 kali sehari. Boleh ulang pakai setiap 3 jam.

Tekstur Gold Nano CC Cream

Zaza suka dengan tekstur nya yang ringan, tak berminyak dan tak melekit. Biasa zaza pakai memang di waktu siang je la. Cream ini bila pakai dia akan berubah warna mengikut tona kulit kita secara semulajadi.

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat
Sebelum di sapu 

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat
Selepas di sapu 

Kulit pun akan rasa segar je dan nampak glowing. Gold Nano CC Cream ini memgandungi 3 bahan utama iaitu Mineral Water, Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract dan Nano Gold.

Mineral Water berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan pH kulit. Ia dapat meningkatkan keanjalan kulit. Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract pula sebagai anti bakteria yang membantu dalam melegakan kerengsaan kulit dan kulit yang bermasalah manakala Nano Gold dapat mencegah penuaan kulit serta memblok radiasi infrared dan mempunyai antioksidan yang tinggi.

Cara Penggunaan Gold Nano CC Cream

Selepas mencuci wajah dan pakai Aqua Whitening Cream, seterusnya boleh lah pakai Gold Nano CC Cream. Seperti biasa calitkan sedikit cream ke pipi, dagu, dahi dan hidung dan sapu secara rata sehingga sama dengan tona kulit.

Disini zaza share muka zaza bila disapu cc cream dengan tidak. Nampak macam lembap-lembap kan kulit zaza bila disapu cc cream tu.

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat
Hasil pakai Gold Nano CC Cream + bedak sikit 

Kedua-dua produk ini bebas paraben. Tanpa Sulfat dan tanpa Alkohol. Jadi ia memang selamat digunakan.

Selain tu kedua nya mempunyai bauan yang sedap dan menyenangkan. Dengan penjagaan yang betul, kulit akan sihat dan bebas jeragat. Yang penting kenalah sentiasa konsisten pakai.

Ini je la beberapa tips yang zaza tahu dan share dengan korang. Kalau korang nak dapatkan kedua-dua produk Hansaegee Nature ni, boleh terus beli dekat :

Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat

Brand : Hansaegee Nature 


Punca dan Cara Merawat Kulit Muka Jeragat

Isnin, Jun 01, 2020


Moment With Guardian Retreat Health Beauty 2019 at Avillion PD. Assalamualaikum dan hi..Alhamdulillah, pertama kali zaza dapat peluang untuk bersama-sama dengan rakan blogger untuk sama-sama menyertai program Guardian Retreat Health Beauty 2019 yang bertempat di Avillion Port Dickson, Negeri Sembilan.

Undangan ini dari Kak Bee Abdullah yang uruskan tentang program ni. Terima kasih Kak Bee. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam ( Rabu - Jumaat ).

Moment With Guardian Retreat Health Beauty 2019 at Avillion PD : Part 1
Berkumpul di Giant Shah Alam bersama Kak Anie , Nazirah Hashim dan Kolin Zainal

Moment With Guardian Retreat Health Beauty 2019 at Avillion PD : Part 1

Khamis, Oktober 24, 2019


Hello!

I'm zaza iman, blogging since 2012. like photography, sometime i read book, sometime i like travel..masih menulis blog cuma kadangkala jiwa menulis itu telah menjauh ~ jan 2024 ~ for any collaboration can emel me here : zazaiman17@yahoo.com , thanks.

view this blog!