Sekarang ni memang tengah musim panas yang sangat terik. zaza sendiri pun duduk dalam rumah berpeluh peluh maklumlah dalam bilik tak ada aircond. Cuma kipas je. Dengan keadaan cuaca yang memang tak menentu ni mudah buatkan terutama anak-anak kecil jatuh sakit.
Bila datang selesema dan batuk, anak-anak pun mudah menangis dan susah nak tidur. Ibu bapa mana yang tak risau kan dengan keadaan ini.
Disebabkan masalah inilah, jenama Tasneem Naturel telah memperkenalkan produk baru mereka iaitu CF-Patch dan Sleep Tight Patch.
CF-Patch dan Sleep Tight Patch adalah produk untuk melegakan selesema dan membantu masalah tidur anak-anak.
5000 Patchure Tasneem Natural Percuma Untuk Anda
Sempena dengan keluaran produk baru ini, Tasneem Natural bakal mengedarkan sebanyak 5000 Patchure secara percuma untuk anda. Macam mana nak tebus?
Kejap lagi zaza share caranya tapi sebelum tu zaza nak share juga produk CF-Patch dan Sleep Tight Patch ini juga jadi pilihan Neelofa untuk anaknya Bilal.
CF-Patch & Sleep Tight Patch selamat untuk digunakan dan mempunyai kelulusan FDA, tidak berbau kuat dan sangat mudah untuk digunakan.
CF-Patch - Kebaikan dan Manfaatnya
Bila lihat anak-anak selesema, pasti buatkan ibu bapa rasa tak senang hati. Biasanya selesema dan batuk berpunca dari keadaan dan orang sekeliling dan juga disebabkan oleh antibodi badan anak-anak yang masih lemah. Sebab itu mereka mudah terdedah dengannya.
Oleh itu perlunya rawatan awal antaranya dengan menggunakan CF-Patch ini.
Banyak kebaikan dan manfaat CF-Patch ini antaranya :
Membantu mengatasi batuk
CF-Patch ini dapat membantu melegakan batuk bayi. Batuk yang berpanjangan pastinya membuatkan bayi sakit dan menangis. Sedangkan jika kita pun batuk, terasa seksanya Tuhan je yang tahu kan.
Dapat melancarkan penafasan
CF-Patch ini bagus untuk digunakan kerana ia sangat membantu melancarkan nafas. Dengan memakai ia, tiada lagi masalah hingus, bendalir dan tahi hidung yang menyumbat rongga pernafasan pada anak-anak.
Menurunkan suhu
Bagi bayi yang alami demam, penggunaan CF-Patch ini juga dapat membantu menurunkan suhu badan bayi dengan cepat. Kebiasaan bila bayi selesama ia turut mendatangkan demam.
Memngeringkan hingus bayi
CF-Patch ini juga berfungsi untuk mengeringkan masalah hingus bayi.
Bahan-Bahan Aktif dalam CF-Patch
Produk ini menggunakan bahan yang berkualiti dan selamat. Terdapat kandungan bahan aktif iaitu Tendrilleaf & Chekiang Fritillary Bulb.
Apa fungsi bahan aktif Tendrilleaf dan Chekiang Fritillary Bulb ini?
Fungsinya adalah untuk membantu menurunkan suhu panas tekak yang menjadi punca kepada masalah batuk.
Selain itu terdapat juga bahan seperti Akar Indigowood & Whiteflower Hogfennel Root. Fungsi bahan ini ia dapat membantu menjadikan tekak lebih selesa dan membebaskan kahak.
Terdapat juga ramuan lain yang turut digunakan dalam CF-Patch ini iaitu Heartlef Houttuynia Herb yang bertindak sebagai penyahtoksin dalam badan. manakala penggunaan bahan Pepperweed dan Apricot Seed pula untuk bantu melancarkan dan melegakan paru-paru.
Cara Menggunakan CF-Patch boleh rujuk gambar di bawah :
Sleep Tight Patch - Kebaikan dan Manfaatnya
Setengah anak kecil memang susah hendak tidur terutama waktu malam. Bila waktu malam kita benar-benar letih dan megantuk, time itulah anak-anak tak boleh nak tidur. Sebab itulah adanya Sleep Tight Patch ini yang sangat bagus untuk membantu masalah tidur anak-anak.
Beberapa kebaikan dan manfaat Sleep Tight Patch ini antaranya :
Membantu mengurangkan keresahan
Sleep Tight Patch ini dapat membantu mengurangkan keresahan bayi. Keresahan yang dialami bayi antara salah satu punca kenapa bayi sukar tidur, asyik merengek dan selalu meragam. Dengan adanya Sleep Tight Patch ini, ia dapat membantu bayi tidur dengan baik dan sebagai ibu bapa bila tengok bayi dapat tidur dengan baik dan selesa, ia cukup melegakan.
Dapat memberikan kitaran tidur yang baik
Penggunaan Sleep Tight Patch ini dapat membantu memberi bayi jadual tidur yang lebih teratur.
Membantu tidur nyenyak
Apabila bayi dapat tidur dengan nyenyak, bukan saja melegakan hati ibu bapa, ia juga amat membantu dalam proses tumbesaran bayi sekaligus dapat memberikan mood yang baik.
Kurangkan Situasi Terbangun
Bila malam waktu tidur, waktu itulah bayi merengek dan tak nak tidur. Kalau situasi ini berlaku setiap hari, ibu bapa pun boleh jadi letih bila pagi hari. Bila letih mulalah tak dapat nak fokus perkara lain. Jadi dengan Sleep Tight Patch ini, ia dapat membantu bayi kurang terbangun di tengah malam. Jadi waktu tidur ibu bapa pun kurang terganggu.
Bila malam waktu tidur, waktu itulah bayi merengek dan tak nak tidur. Kalau situasi ini berlaku setiap hari, ibu bapa pun boleh jadi letih bila pagi hari. Bila letih mulalah tak dapat nak fokus perkara lain. Jadi dengan Sleep Tight Patch ini, ia dapat membantu bayi kurang terbangun di tengah malam. Jadi waktu tidur ibu bapa pun kurang terganggu.
Sleep Tight Pach ini juga menggunakan bahan berkualiti dan selamat. Di dalam produk Sleep Tight Patch ini terdapat bahan aktif iaitu Thinleaf Milkwort dan Silk Tree Albizia Bark.
Apakah fungsi kedua bahan ini?
Fungsinya adalah untuk membantu meningkatkan kualiti tidur dan memori serta bertindak sebagai anti-depresi.
Bahan aktif lain adalah Amber dan Raw Dragon Tooth. Amber dan Raw Dragon Tooth berfungsi untuk menenangkan saraf, membantu melancarkan peredaran darah serta mengurangkan masalah keradangan.
Selain dari bahan aktif ini, Sleep Tight Patch juga menggunakan ramuan lain iaitu Spine Date Seed dan Caulis Polygoni Multiflori.
Spine Date Seed dan Caulis Polygoni Multiflori bertindak untuk membantu menyah angin dalam badan.
Manakal ramuan Angelica Dahurica dan Lotus Plumule pula berfungsi sebagai antipiretik untuk mengurangkan demam dan meredakan sakit-sakit badan.
Sleep Tight Patch ini sesuai untuk anak-anak yang susah hendak tidur kerana bahan-bahan yang digunakan selamat dan selesa untuk bayi.
Cara Menggunakan Sleep Tight Patch boleh rujuk gambar di bawah :
Sebab Kenapa Perlu Tasneem Patchure Ini?
Seperti yang telah dijelaskan kebaikan dan fungsi produk Tasneem Patchure ini, zaza pasti ia antara produk yang baik harus ibu bapa ada dalam pencegahan awal mengatasi selesema dan susah tidur bayi. Lagi pula ia amat sesuai untuk bayi memandangkan bayi yang masih kecil tidak sesuai diberikan makan ubat.
Dengan adanya kewujudan Tasneem Patchure inilah, sekurang-kurangnya ia dapat membantu masalah tersebut.
Tasneem Patchure ini bagusnya ia tak berbau kuat. Tidak seperti koyok. Kalau pakai koyok bau herbanya agak kuat dan keras. Ada orang tak tahan dengan bau herba yang kuat. Lagi pula Tasneem Patchure ni tak meruap jadi ia tidak menyebabkan bilik berbau busuk.
Antara produk yang mudah dan cepat untuk digunakan. Sekurang-kurangnya ibu bapa tak perlu nak beratur panjang di klinik. Dengan produk ini, senang main lekat je.
Tasneem Patchure juga tidak meninggalkan kesan lekatan gam. Jadi nak cabut pun senang dan tak menyakitkan bayi apabila hendak mencabutnya.
Dan paling penting, Tasneem Patchure ini selamat untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak kerana ia BEBAS TOKSIN dan LULUS FDA.
Bahan dan kandungan bahan yang digunakan 100% menggunakan herba semulajadi.
5000 Patchure Percuma dan Cara Nak Tebus
Seperti yang zaza cakap diawal tadi, Tasneem Natural nak edarkan 5000 Patchure Percuma kepada anda. Mesti tak sabarkan nak tebus.
Caranya mudah saja. Hanya perlu isi maklumat anda di website rasmi Tasneem Naturel
Link untuk tebus : https://www.tasneemnaturel.com/patchure/
Bagi sesiapa yang berminat juga untuk membeli, boleh terus membuat pembelian di website mereka. Untuk info lanjut tentang produk Tasneem Naturel boleh layari :
Instagram : https://www.instagram.com/tasneemnaturelhq
Facebook : https://www.facebook.com/tasneemnaturelhq
Boleh dikatakan setiap anak ni masa diorang baby mmg akan guna brand yg berlainan utk minya angin, location and so on.. so if ada lagi no 5 insyallah kita guna yg ini yer hihi :D
ردحذف